Page |3
一年级
15. Tong _______ digunakan untuk membuang barang kaca.
A jingga B biru C coklat
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian menjawab semua soalan.
Sofia suka bermain piano. Ayah Sofia menghadiahkan sebuah piano
kepada Sofia. Dia bermain piano pada masa lapang. Cikgu Ai Fang datang ke
rumah Sofia untuk mengajar Sofia bermain piano pada hari Sabtu.
Sofia sentuh mata piano dengan jari. Kemudian, dia ketuk mata piano
perlahan-lahan. Bunyi piano yang keluar berbeza-beza. Sofia berasa seronok
apabila mendengar bunyi piano. Dia rajin berlatih. Sekarang, Sofia sudah
pandai bermain piano.
16. Siapakah yang menghadiahi Sofia piano?
A Ibu Sofia B Ayah Sofia
17. Bilakah Sofia belajar bermain piano?
A hari Sabtu B hari Selasa
18. Mengapakah Cikgu Ai Fang pergi ke rumah Sofia?
A untuk mengajar Sofia bermain piano.
B untuk mengajar Sofia mengetuk mata piano.
19. Apakah perasaan Sofia apabila mendengar bunyi piano?
A dia berasa bosan. B dia berasa seronok.
20. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Sofia pada masa lapang?
A mengajar piano B bermain piano
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian menjawab semua soalan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara Malaysia. Bunga raya
mempunyai lima kelopak. Bunga raya mempunyai beberapa jenis warna iaitu
merah, kuning, putih dan merah jambu.
Kita boleh menanam bunga raya di halaman rumah untuk mencantikkan
halaman rumah kita. Bunga raya ada banyak kegunaan. Salah satu kegunaannya
ialah dibuat jus yang sangat sedap diminum.
21. Apakah bunga kebangsaan negara Malaysia?
A bunga raya B bunga mawar
22. Berapakah kelopak bunga yang terdapat pada bunga raya?
A 4 B 5
FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK ([Link]
Page |4
一年级
23. Apakah jenis warna yang terdapat pada bunga raya?
A merah, kuning, biru dan hitam
B merah, kuning, putih dan merah jambu
24. Mengapakah kita menanam bunga raya di halaman rumah?
A untuk diminum
B untuk mencantikkan halaman rumah
25. Apakah kegunaan bunga raya?
A untuk membuat jus B untuk membuat roti
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian menjawab semua soalan.
Nama saya Chong Shin Hui. Umur saya tujuh tahun. Saya murid darjah
satu. Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sam Yoke. Saya
pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Saya suka membaca buku. Saya
ingin menjadi seorang doktor.
26. Berapakah umur Chong Shin Hui.
A 7 B 6
27. Dimanakah Chong Shin Hui bersekolah?
A SJK(C) Sungai Way.
B SJK(C) Sam Yoke.
C SJK(C) Sum Tek.
28. Bagaimanakah Chong Shin Hui pergi ke sekolah?
A menunggang motosikal. B menunggang basikal.
29. Apakah hobi Chong Shin Hui?
A membaca buku B bermain bola
30. Apakah cita-cita Chong Shin Hui?
A menjadi seorang doctor. B menjadi seorang jurutera.
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian menjawab semua soalan.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Antaranya
ialah durian, manggis, betik, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan sangat
lazat dan mengandungi vitamin. Oleh itu, buah-buahan tempatan disukai ramai
tanpa mengira usia. Pelancong asing juga amat menggemari buah-buahan
tempatan.
Selain itu, buah-buahan tempatan murah harganya berbanding dengan
buah-buahan import. Buah-buahan tempatan juga mudah diperolehi
FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK ([Link]
Page |5
一年级
terutamanya apabila tiba musimnya. Buah yang paling terkenal dan digemari
ramai ialah durian yang dikenali sebagai “Raja Buah”.
31. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis _____________________________.
32. Yang manakah bukan buah-buahan tempatan?
A Durian B Kiwi C Manggis D Tembikai
33. Mengapakah buah-buahan disukai ramai?
Buah-buahan disukai ramai kerana ia sangat ___________________ dan
mengandungi ______________________.
34. Harga buah-buahan tempatan lebih _______________ berbanding
dengan harga buah-buahan import.
35. Buah apakah yang digelar “Raja Buah”?
Buah ___________________ yang digelar “Raja Buah”.
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian menjawab semua soalan.
Notis Gotong-royong
Gotong-royong membersihkan kawasan Desa Kasih ini akan diadakan pada:
Tarikh : 17 Oktober 2016
Masa : 8.30 pagi
Hari : Sabtu
Tempat berkumpul : Balai Raya Desa Kasih
Semua penduduk dijemput hadir. Sila bawa parang, cangkul dan alatan lain
yang berkaitan.
Muafakat Membawa Berkat
Abdul Rahman bin Ngah,
Ketua Kampung Desa Kasih.
36. Apakah aktiviti yang akan diadakan dalam notis?
A Gotong-royong membersihkan kawasan Desa Kasih.
B Berkelah di Hutan Lipur Sungai Tua.
C Menyertai pertandingan melukis Jalur Gemilang.
37. Bilakah aktiviti ini diadakan?
A 12 Oktober 2016 B 17 Oktober 2016 C 15 Oktober 2016
FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK ([Link]