07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.
fm Page 119 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 119
A Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
Hussain & Ors
SHARIAH HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL CASE NO 14100–
099–0012 OF 2010
B MOHD SHUKOR SABUDIN ShHCJ
14 APRIL 2010
Islamic Law — Administration of justice — Uphold fairness — Ultimate aim of any
proceedings — Obligation of upholding justice absolutely — Islamic injunctions on
administering and enforcing laws honestly and justly
C
Islamic Law — Chief shariah prosecutor — Discretionary powers — Control and direction
of criminal prosecutions in Shariah Court — Institute, conduct or discontinue any
proceedings for an offence — Whether chief shariah prosecutor could be compelled to
commence certain specified criminal proceedings — Factors considered in determining
whether to institute criminal proceedings — Syariah Criminal Procedure (Federal
Territories) Act 1997 ss 7, 73, 103, 137, 152, 167, 181, 183 & 193
D
Islamic Law — Jurisdiction — High Court — Application to compel chief shariah
prosecutor to institute proceedings — Qazaf proceedings against Mohamad Saiful Bukhari
bin Azlan — Objection to application — Whether within jurisdiction of court —
Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 s 46(2)(b)(ii) — Criminal
Offences (Federal Territories) Act 1997 s 41 — Syariah Court Civil Procedure (Federal
E Territories) Act 1998 ss 244 & 245
Islamic Law — Proceedings — Irregularity of — Qazaf — Application to compel chief
shariah prosecutor to commence proceedings against Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan
— Whether application should have been by summons and statement of claim — Whether
application irregular — Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 ss 5
F &7
Islamic Law — Syarie lawyer — Etiquette — Application to disqualify from appearing as
counsel — Conflict of interest — Potential witness — Whether should be granted — Practice
Direction No 4 of 2002 — Peguam Syarie Etiquette Rules 2001
G The applicant sought to compel the respondents to institute criminal
proceedings against Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan for qazaf (false
accusation). The respondents had, apart from raising a preliminary
objection, filed an interlocutory application alleging, inter alia, that there
had been non-compliance and/or irregularity in commencing the present
application.
H
Held, allowing the respondents’ preliminary objection and setting aside the
case:
(1) This application ought to have been by way of summons and
statement of claim. The court agreed with the respondents’
I submission that the above mode had its significance. There must be a
full hearing before a decision could be arrived at and this would be
possible in a case commended by way of summons (see para 5).
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 120 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
120 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
(2) The decision whether or not to prosecute a case is an important A
process in prosecution. This is because not all investigated cases will
end up with prosecution. To ensure that the decision to prosecute is
correct, due consideration must be given to the complainant, the
suspect and the public in general. The decision to institute or to
discontinue any proceedings cannot be made haphazardly but will
largely depend on the investigation report from the Investigation Unit/ B
State Religious Enforcement Division (see para 16).
(3) The powers of the chief shariah prosecutor in determining whether
or not to prosecute a particular case is quasi judicial. The chief
shariah prosecutor will act professionally and based on his legal
knowledge. Since Shariah criminal cases are unique, facts and merits C
of an individual case must be considered. The chief shariah
prosecutor must be just, free and objective. Therefore, in arriving at
a decision, he must not involve his personal views of the suspect, the
victim, their backgrounds and political inclination, among others
(see para 23).
D
(4) Public interest consideration is the main criteria in civil crime
prosecutions and the same priority is also accorded to Shariah crimes.
In fact, all cases would have the element of public interest because
Shariah crime leaves its effect on the morality and the religion of the
society. Be that as it may, the challenge lies is the investigation papers.
If the investigation is complete and with sufficient evidence to the E
extent of certainty, only then would they be able to carry out
effectively the trust given to them (see para 24).
Observation: F
All parties, be it the prosecution, the hisbah institution or other institutions,
are hereby reminded that any external interference by the authorities or the
rulers in the discharge of judicial functions and the administration of justice
of a judge would be considered a transgression and hence, sinful.
G
[Bahasa Malaysia summary
Pemohon memohon untuk memperolehi satu perintah mahkamah untuk
memberi arahan kepada pihak pendakwaaan untuk memulakan kes bagi
suatu tindakan jenayah. Dalam tindakan ini, pemohon memohon kepada H
mahkamah supaya responden-responden di dalam kes ini menjalankan
kuasa pendakwaan terhadap Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan di atas
kesalahan qazaf. Responden-responden telah membuat suatu bantahan
awalan di dalam dewan terbuka. Responden-responden juga telah
memfailkan permohonan interlokutori terhadap permohonan pemohon.
Alasan-alasan permohonan, antara lain, adalah bahawa terdapat I
ketakpatuhan dan/atau kesalahaturan di dalam memulakan prosiding
permohonan ini.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 121 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 121
A Diputuskan, membenarkan bantahan awal responden-responden dan
mengenepikan kes:
(1) Permohonan ini hendaklah dibuat dengan saman dan pernyataan
tuntutan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak responden-
responden bahawa perkara ini mempunyai implikasi yang besar
B kerana kes ini memerlukan perbicaraan penuh sebelum mahkamah
mengeluarkan keputusan dan sesuatu perbicaraan penuh hanya dapat
dilakukan bagi kes yang dimulakan dengan saman sahaja (lihat
perenggan 5).
(2) Keputusan sama ada untuk mendakwa sesuatu kes atau tidak, adalah
satu langkah yang amat penting dalam proses pendakwaan. Ini kerana
C tidak semua kes yang disiapkan oleh bahagian penguatkuasaan
berakhir dengan pendakwaan. Pertimbangan yang wajar harus
diberikan kepada kepentingan pengadu, orang yang disyaki dan
masyarakat seluruhnya bagi memastikan keputusan yang dibuat
adalah betul. Hakikatnya, dalam membuat keputusan sama ada untuk
D menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding, ia tidak
boleh berlaku sewenang-wenangnya. Keputusan tersebut lazimnya
tertakluk kepada hasil siasatan yang ada yang telah dikemukakan oleh
Unit Siasatan/Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama negeri (lihat
perenggan 16).
(3) Kuasa ketua pendakwa syarie adalah bersifat quasi judicial dalam
E menentukan sama ada untuk mendakwa atau tidak sesuatu kes. Di
sini pertimbangan profesional akan dibuat berdasarkan pengalaman
perundangan ketua pendakwa syarie sendiri. Oleh sebab setiap kes
jenayah Syariah adalah unik dan tersendiri, maka wajar diberi
pertimbangan berasaskan merit dan fakta kes berkenaan. Ini
bermakna ketua pendakwa syarie mestilah adil, bebas dan objektif.
F
Beliau tidak boleh melibatkan pandangan peribadi terhadap suspek,
mangsa dan latar belakang, pendirian politik dan sebagainya dalam
pembuatan keputusan (lihat perenggan 23).
(4) Kepentingan masyarakat merupakan kriteria utama dalam
pendakwaan jenayah sivil dan keutamaan yang sama juga diberikan
G oleh jenayah Syariah. Boleh jadi semua kes mempunyai elemen
kepentingan awam kerana jenayah Syariah adalah juga jenayah yang
memberi kesan kepada moral dan agama masyarakat, namun
klasifikasi dan keutamaan mengenai kepentingan awam itu juga
diperlukan. Sungguhpun demikian, cabaran utama terletak pada
kertas siasatan, iaitu jika ia lengkap dan bukti mencukupi ke tahap
H yang meyakinkan, barulah mereka dapat menjalankan amanah yang
diberikan dengan berkesan (lihat perenggan 24).
Pemerhatian
I Sayugia diberikan perhatian dan ingatan kepada semua pihak, sama ada
pihak pendakwa, institusi hisbah atau institusi lainnya, bahawa sebarang
campur tangan daripada pihak-pihak luar atau daripada pihak penguasa
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 122 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
122 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
atau pihak pemerintah dalam urusan kehakiman dan keadilan seseorang A
hakim adalah dikira suatu maksiat.]
Notes
For cases on High Court, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2006 Reissue)
paras 542–548. B
For cases on Islamic law generally, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2006
Reissue) paras 478–719.
Cases referred to
Application of Tan Boon Liat @ Allen; Re, Tan Boon Liat v Menteri Hal Ehwal C
Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1976] 2 MLJ 83; [1976] 1 LNS 126, HC
(not folld)
Johnson Tan Han Seng v Public Prosecutor; Soon Seng Sia Heng v Public
Prosecutor Public Prosecutor v Chea Soon Hoong; Teh Cheng Poh v Public
Prosecutor [1977] 2 MLJ 66, FC (refd)
Minister of Finance, Government of Sabah v Petrojasa Sdn Bhd [2008] 4 MLJ D
641; [2008] 5 CLJ 321, FC (distd)
Moriazi bin Mohamad lwn Ajmawati binti Attan JH (2005) XX 105, CA
(refd)
P Patto v Chief Police Officer, Perak & Ors [1986] 2 MLJ 204; [1986] 2 CLJ
13, SC (not folld) E
Tang Hak Ju v Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang & Ors [2010] 1 MLJ 319;
[2010] 1 CLJ 93, CA (distd)
Legislation referred to
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 ss 4, F
8, 9, 12, 13
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993 ss 46(2)(b)(ii), 58(2)
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 ss 7,
41, 73, 103, 137, 152, 167, 181, 183, 193
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) G
1998 ss 5, 7, 244, 245, 245(ii), Jadual Kedua
Kanun Prosedur Jenayah s 376(i)
Perlembagaan Persekutuan perkara 145(3)
Quranic verses referred to H
Surah al-Nisa (4): 58, 105
Surah al-Maidah (5): 42, 49
Surah al-Nahl (16): 90
Books referred to I
al fiqh al Islami wa Adillatuhu by Dr Wahbah al Zuhaily
At Thuruqul Hukmiyyah by Ibnu al Qayyim al Jauziyyah
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 123 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 123
A Majma’ al Anhar Fi Syarie Multaqa al Abhar
Mughni al-Muhtaj by Shaikh Muhammad Khatib Al-Syarbini, Juz Keempat
p 372
Nadzariyyat al Dakwa Baina al-Syariyyah al Islamiyyah by Dr Muhammad
Naim Yassin
B
Kamar Ainiah Ibrahim (Dorina Abdullah, Jamal Lokman Sulaiman, Fadhlina
Sidek, Mohd Burok and Mohd Rafie with her) (Kamar Ainiah Raziff &
Zashidi) for the applicant.
Zainul Rijal Abu Bakar (Mohd Firdaus with him) (Zainul Rijal Talha &
Amir) for the respondents.
C
Mohd Shukor Sabudin HMTSy:
PENGHAKIMAN RINGKAS
[1] Pihak pemohon di dalam kes ini ialah Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
D
yang diwakili oleh barisan peguam syarie pemohon yang diketuai Puan
Kamar Ainiah bt Arifin, Cik Dorina bt Abdullah, Encik Jamal Lokman bin
Sulaiman dan Encik Zulkifli bin Nordin. Difailkan lagi tiga wakalah
peguam syarie bertarikh 1 Mac 2010 bagi mewakili pemohon iaitu Puan
Fadhlina bt Dato’ Sidek, Encik Mohd bin Burok dan Dr Mohd Rafie bin
E Mohd Shafie. Peguam pemohon iaitu Encik Zulkifli bin Nordin telah
menarik diri daripada mewakili pemohon dalam kes ini dengan menfailkan
notis penarikan diri peguam syarie bertarikh 9 Mac 2010. Manakala pihak
responden dalam kes ini ialah Encik Shamsudin bin Hussain, Ketua
Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (responden pertama), Dato’ Hj
Che’ Mat bin Che’ Din, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
F Persekutuan (responden kedua) dan Mejar Jeneral Dato’ Hj Jamil Khir bin
Hj Baharom (B) (responden ketiga), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Responden-responden diwakili oleh Encik Zainul Rijal bin Abu Bakar,
Encik Mohd Firdaus Mohamed Arifin dan Encik Roslizam bin Rahim.
[2] Kes ini telah difailkan oleh pemohon melalui peguam syarienya pada
G 7 Januari 2010. Kes ini dimulakan dengan permohonan tanpa tajuk beserta
dengan afidavit pemohon yang diiqrarkan oleh pemohon pada hari yang
sama. Pihak plaintif telah menfailkan afidavit penyampaian kepada
mahkamah bertarikh 11 Jan 2010. Di dalam afidavit ini pemohon
memobon kepada mahkamah supaya responden-responden di dalam kes ini
menjalankan kuasa pendakwaan terhadap Mohamad Saiful Bukhari bin
H Azlan (MSB), di atas kesalahan qazaf. Akan tetapi pihak responden-
responden melalui peguam syarienya telah membuat suatu bantahan
awalan di dalam dewan terbuka. Responden-responden juga telah
memfailkan permohonan interlokutori terhadap permohonan pemohon
secara bertulis pada 9 Februari 2010. Antara alasan-alasan permohonan
ialah:
I
(a) Bahawa YB Encik Zulkifli bin Nordin, sebagai salah seorang daripada
peguam syarie pemohon, berkemungkinan dipanggil sebagai saksi di
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 124 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
124 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
dalam permohonan ini mengenai suatu soal fakta yang matan dan A
dipertikaikan.
(b) Terdapat ketakpatuhan dan/atau kesalahaturan di dalam memulakan
prosiding permohonan ini.
(c) Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan B
permohonan pemohon.
[3] Isu pertama ialah, adakah salah seorang peguam syarie pemohon iaitu
Encik Zulkifli bin Nordin boleh mewakili pemohon dalam kes ini?
Mahkamah di dalam perkara ini tidak akan mengupas panjang berkenaan
dengan persoalan ini kerana, telah jelas di dalam Arahan Amalan No 4
C
Tahun 2002 bahawa semua peguam syarie yang beramal di Mahkamah
Syariah adalah terikat dengan Etika Peguam Syarie 2001. Mahkamah juga
merujuk kepada lampiran 26(a) arahan amalan tersebut yang menyatakan:
(a) Peguam Syarie tidak boleh hadir mengendalikan sesuatu kes di dalam
mahkamah atau dalam Kamar di mana dia ada sebab bagi mempercayai
bahawa dia akan menjadi seorang saksi mengenai sesuatu fakta yang matan D
dan dipertikaikan, dan jika semasa hadir dalam mengendalikan sesuatu kes
dia didapati akan menjadi saksi sebagai demikian, dia hendaklah jangan hadir
mengendalikan kes itu seterusnya.
Perkara ini juga jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam
responden-responden di dalam bantahan awal responden-responden dan di E
dalam eksh 12 afidavit pemohon yang menyatakan bahawa Encik Zulkifli
bin Nordin mempunyai percanggahan kepentingan semasa mewakili
pemohon di dalam kes ini. Selanjutnya, mahkamah telah menerima notis
penarikan diri peguam syarie bertarikh 9 Mac 2010 dan peguam responden-
responden tiada bantahan berkenaan dengan penarikan diri peguam
Zulkifli bin Nordin. F
Justeru itu, mahkamah berpendapat bahawa tiada isu yang perlu
diputuskan berkenaan dengan isu pertama ini.
[4] Isu kedua; adakah berlaku ketidakpatuhan dalam memulakan prosiding
mal? Sebelum meneruskan perbincangan mengenai isu ini, mahkamah G
ingin menjelaskan bahawa kes ini dibuat dalam prosiding kes mal bukan
prosiding kes jenayah. Mahkamah sekali lagi merujuk kepada permohonan
pemohon yang memohon kepada mahkamah supaya responden-responden
di dalam kes ini menjalankan kuasa pendakwaan terhadap Mohamad Saiful
Bukhari bin Azlan (MSB) di atas kesalahan qazaf. Mahkamah merujuk
kepada s 5 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah H
Persekutuan) 1998, yang menyatakan bahawa:
1 Ketakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya tidaklah membatalkan mana-mana prosiding
melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah
boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak,
mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya I
sebagai tak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas
apa-apa terma yang difikirkannya adil.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 125 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 125
A Mahkamah meneruskan dengan merujuk kepada s 7 dan Jadual Kedua
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1998 menyatakan:
7(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis
lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan dengan
saman.
B
(2) Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan
dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan dengan permohonan.
[5] Mahkamah berpuashati telah berlaku ketakpatuhan dalam
menyediakan pliding oleh pihak pemohon dan mahkamah berpendapat
bahawa permohonan ini hendaklah dibuat dengan saman dan pernyataan
C
tuntutan. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak responden-
responden bahawa perkara ini mempunyai implikasi yang besar kerana kes
ini memerlukan kepada perbicaraan penuh sebelum mahkamah
mengeluarkan keputusan dan sesuatu perbicaraan penuh hanya dapat
dilakukan bagi kes yang dimulakan dengan saman sahaja. Berdasarkan
D kenyataan ini mahkamah sekali lagi memetik hujahan bertulis pihak
responden-responden yang merujuk kepada Jurnal Hukum Jilid XX Bhg I
Tahun 2005 (1426H) ms 105–121 di dalam Kes Rayuan Mal No 10000–
41–04 Tahun 2003 dan 10000–41–07 Tahun 2003 di Mahkamah Rayuan
Syariah Shah Alam antara Moriazi bin Mohamad lwn Ajmawati binti Attan:
Permohonan yang dikemukakan oleh plaintif tidak mengikut prosedur yang
E
ditetapkan dalam Kanun Prosedur Mal Syariah (Selangor) 1991. Kes sepatutnya
dimulakan dengan penyata tuntutan yang perlu kepada saman. Kes ini dimulakan
dengan permohonan.
Di dalam kes tersebut, Panel Rayuan di dalam alasan penghakimannya
menyatakan seperti berikut:
F
Para 3 Berbalik kepada persoalan apakah cara yang sepatutnya untuk memulakan
tindakan di dalam kes ini, apakah melalui permohonan atau melalui tuntutan.
Peruntukan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah 1991 Selangor menjelaskan
beberapa peruntukan bagi seseorang untuk membuat tuntutan atau permohonan.
Seksyen 23 menjelaskan bahawa tiap-tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan
saman di dalam borang yang ditetapkan. Penyata tuntutan hendaklah dicatatkan
G di belakang saman dan hendaklah mematuhi kehendak s 52. Manakala ss 69
sehingga 74 menjelaskan pula seseorang boleh membuat permohonan dengan
secara notis dan afidavit dalam borang yang ditetapkan.
Para 4 Bantahan awal yang dikemukakan oleh perayu semasa kes ini mula
didengar di Mahkamah Tinggi Syariah ialah kerana permohonan yang
H dikemukakan oleh plaintif/pemohon pada masa itu tidak mengikuti prosedur
yang ditetapkan dalam Kanun Prosedur Mal Syariah 1991, tidak jelas sama ada
permohonan/tuntutan itu perlu melalui saman dan penyata tuntutan atau melalui
notis permohonan beserta afidavit sokongan. Enakmen Kanun Prosedur Mal
Selangor 1991, tidak ada memperuntukkan perkara ini dengan jelas, begitu juga
dengan Arahan Amalan No 4 Tahun 2002 Selangor tidak mengkategorikan kes
hutang dalam kategori tuntutan atau permohonan. Perayu berpendapat ia adalah
I tuntutan yang perlu kepada saman yang mana sekali gus membolehkan
keterangan plaintif didengar, disoal balas dan disoal semula, begitu juga dengan
saksi-saksi jika ada.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 126 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
126 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
Para 5 Setelah kami meneliti rekod rayuan, kami dapati kes ini telah difailkan A
dalam bentuk permohonan melalui saman atau notis permohonan bersama
afidavit sokongan, bukan melalui saman beserta dengan penyata tuntutan.
Memang benar kami bersetuju dengan hujah perayu seperti yang kami nyatakan
di para 3 dan para 4 di atas tadi.
Tambahan pula di dalam hujah pihak peguam pemohon, perkara ini telah
dipersetujui bahawa pihak pemohon tiada apa-apa halangan dan bersedia B
untuk meminda permohonan ini jika mahkamah mengarahkan sedemikian.
[6] Isu ketiga; adakah mahkamah ini berbidang kuasa mendengar
permohonan ini? Sebelum meneruskan perbincangan kes ini, mahkamah
ingin menjelaskan bahawa kes ini adalah bantahan awal berkenaan dengan
permohonan pemohon untuk pihak responden pertama menjalankan C
tugasnya sebagai ketua pendakwa syarie dan mengarahkan supaya
responden kedua dan ketiga daripada mempengaruhi responden pertama
untuk menjalankan yang diamanahkannya. Mahkamah setelah menerima
permohonan serta meneliti hujahan kedua-dua belah pihak. Mahkamah
berpendapat bahawa mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk
D
mendengar dan memutuskan kes ini menurut s 46(2)(b)(ii) Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993,
iaitu:
46(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh
Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang
Hakim Syarie. E
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —
(a) ...
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam;
... F
(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa
diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Permohonan pemohon berkaitan dengan qazaf di dalam s 41 telah
dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-
wilayah Persekutuan) 1997 yang:menyatakan bahawa: G
41 Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain
melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang
saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
H
[7] Mahkamah pula merujuk kepada s 244 berkaitan dengan kuasa sedia
ada mahkamah dan s 245 berkaitan dengan hukum Syarak di bawah Akta
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998
yang menyatakan bahawa:
244 Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau
menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah I
yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan
proses Mahkamah.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 127 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 127
A 245(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan dibawah Akta ini yang
tidak selaras dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat
ketidakselarasan itu.
(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak
diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah
menggunakan Hukum Syarak.
B
KEADILAN
[8] Mahkamah ingin menegaskan berkaitan isu menegakkan keadilan
supaya kedua-dua pihak memahaminya dengan lebih mendalam berkaitan
kes ini. Mengikut hukum Syarak sebagaimana yang telah dinyatakan oleh
C Shaikh Muhammad Khatib Al-Syarbini, di dalam kitabnya, Mughni al-
Muhtaj, Juz Keempat, cetakan Dar al-Fikr, tanpa tarikh pada ms 372,
kehakiman adaiah fardu kifayah kerana urusan manusia tidak akan stabil
tanpanya.
Kehakiman juga merupakan satu kuasa yang diberi untuk menegakkan
D keadilan dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menyekat perbuatan
orang yang zalim serta memberi hak kepada yang berhak. Oleh kerana
itulah Islam memerintahkan supaya melaksanakan kehakiman. Allah SWT
berfirman:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
E telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-
dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah
F orang-orang yang fasik.
Surah al-Maidah (5): 49
Allah SWT juga mengarahkan supaya keadilan sentiasa tetap digunakan
untuk kepentingan seluruh manusia tanpa mengira perbezaan bangsa,
bahasa, agama, sempadan negeri, fahaman politik dan negara. Allah SWT
G berfirman:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya.
H
Surah al-Nahl (16): 90
Mahkamah Syariah berfungsi sebagai tempat pengadilan mengikut
hukum Syarak. Keadilan mengikut hukum Syarak itu dilakukan,
dilaksanakan dan dihayati. Persoalan ini dijelaskan oleh Allah SWT
I seperti di bawah:
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan
segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 128 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
128 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah A
diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan kalau Engkau
berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu
sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka
dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil.
Surah al-Maidah (5): 42 B
Di dalam ayat lain Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
C
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa
Melihat.
Surah al-Nisa (4): 58
FirmanNya lagi: D
105 Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-
Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara
manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui
wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang
khianat.
E
Surah al-Nisa (4): 105
[9] Konsep kehakiman menurut istilah Syarak yang diamalkan adalah
seperti berikut:
Dari segi istilah ialah menghukumkan di antara beberapa orang yang bersengketa
dengan undang-undang Islam dengan cara yang tertentu. F
Dan yang dimaksudkan dengan cara tertentu itu ialah dengan membuat dan
mengemukakan dakwaan kepada hakim, peraturan dan syarat-syarat yang
mesti dipatuhi oleh seorang hakim dan juga pihak yang bersengketa dalam
mahkamah. Berasaskan kepada cara-cara inilah hakim akan menjatuhkan
hukumannya, yang mana memutuskan perbalahan berdasarkan kepada G
keterangan-keterangan yang diangkat dan dikemukakan dan kepadanya.
Pengemukaan dakwaan jenayah oleh pihak pendakwa raya
[10] Pendakwaan dilakukan oleh pihak pendakwa raya, sebagaimana yang
berlaku pada masa sekarang yang mana pihak kerajaan melantik pendakwa H
raya dan beberapa pembantunya serta diberikan kuasa kepada mereka bagi
mengesan kesalahan-kesalahan jenayah dan mengekori penjenayah-
penjenayah, seterusnya mengemukakan dakwaan yang berkaitan dengan
jenayah yang dilakukan dan menuntut supaya dikenakan hukuman
keseksaan kepada penjenayah-penjenayah tersebut. Tindakan ini adalah
sesuatu yang positif bagi pihak kerajaan berbuat demikian kerana I
kesalahan-kesalahan itu adalah perbuatan yang diharamkan dari segi
Syarak, maka ia adalah maksiat yang boleh memudaratkan individu dan
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 129 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 129
A masyarakat, di samping ia merupakan kefasadan di muka bumi Allah SWT
sedangkan syariat Islam memerintahkan supaya dibasmi segala bentuk
kemudaratan dan kejahatan. Maka di antara tanggungjawab pihak
pemerintah ialah mengambil apa sahaja cara yang harus bagi memastikan
tujuan ini tercapai. Antaranya membentuk satu badan pendakwaan awam
al-Niyabat al-Ammah bagi menjalankan tugas mengesan kesalahan-
B
kesalahan dan seterusnya mendakwa sesiapa sahaja yang melakukannya.
Badan ini dalam menjalankan tugasnya adalah disifatkan sebagai pengganti
atau mewakili masyarakat dan indivldu yang mengalami kemudaratan
disebabkan berlakunya jenayah. Sesungguhnya pada setiap jarimah
(kesalahan jenayah) itu ada hak Allah SWT sama ada hak itu sepenuhnya
C bagi Allah atau wujudnya juga hak-hak hamba. Hak Allah ertinya sesuatu
yang berkaitan dengan kepentingan awam, ia juga adalah hak masyarakat.
[11] Penentuan siapa orang yang mendakwa dan siapa orang yang
didakwa adalah sangat perlu pada pandangan Islam. Tujuannya adalah
untuk mengetahui siapakah yang akan dipertanggungjawabkan membawa
D saksi dan siapakah yang akan diminta memberi keterangan, sumpah dan
sebagainya.
Ada beberapa takrif mengenai orang yang mendakwa dan orang yang
didakwa ini. Antaranya ialah seperti berikut.
F
Orang yang mendakwa (al mudda’a) ialah orang yang tidak dipaksa di
mahkamah jika dia enggan membawa kes ke mahkamah. Ini disebabkan dia
adalah orang yang menuntut. Manakala orang yang didakwa (al mudda’a
‘alaihi) ialah orang yang dipaksa perbicaraannya di mahkamah kerana dia
adalah orang yang kena tuntut.
G
Selain itu, orang yang mendakwa ialah orang yang menggunakan kata-
katanya untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, atau
mensabitkan hak pada tanggungannya. Manakala orang yang didakwa ialah
orang yang menafikan demikian.
H
Pendakwaan mempunyai peranan yang besar. Buktinya ialah fuqaha
sepakat mengatakan bahawa untuk mendapatkan hak dan melaksanakan
hukuman yang terdiri daripada hukuman qisas, hudud dan ta’zir sebagai
kaedah umum tidak dapat dicapai kecuali dengan perantaraan
pendakwaan. Hak tidak dapat dituntut tanpa adanya pendakwaan dan
I hukuman, kecuali dalam beberapa kes yang terpaksa dikecualikan seperti
mendapatkan hak pemberi hutang daripada orang yang berhutang yang
sengaja melambat-lambatkan pembayarannya.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 130 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
130 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
Aspek-aspek pendakwaan yang disepakati oleh ahli-ahli fiqh adalah seperti
berikut: D
(a) Hisbah dan mazalim: Kedua-duanya tidak disyaratkan membuat
pendakwaan. Tetapi pegawai muhtasib dan mazalim boleh mengambil
tindakan ke atas kes berkenaan sebaik sahaja dia melihatnya.
(b) Hak-hak Allah SWT: iaitu hak yang berkaitan dengan kepentingan
E
masyarakat seperti melanggar kehormatan agama seperti tidak
berpuasa pada siang hari pada bulan Ramadan dengan sengaja;
menzahirkan fahaman ilhad; melanggar sistem perkahwinan Islam
seperti seorang wanita Islam berkahwin dengan seorang lelaki bukan
Islam; berkahwin dengan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin
dengannya, hidup secara suami isteri selepas talak tiga; berkahwin F
dengan perempuan yang berada dalam iddah sama iddah talaq atau
kematian suami; dan melakukan jenayah yang membawa kepada
hukuman hadd yang berkaitan dengan hak Allah SWT semata-mata,
seperti berzina, minum arak dan lain-lain. Kesemua perkara ini boleh
diambil tindakan oleh qadi secara sendirinya jika dia mengetahui
demikian, atau kerana dakwaan oleh seseorang Islam. G
(c) Hak-hak individu: iaitu hak-hak yang berkaitan dengan manusia.
Mengenai hak ini qadi tidak boleh mengambil tindakan jika tidak ada
pendakwaan daripada tuan yang empunya hak, ini kerana kehakiman
merupakan cara untuk mendapatkan kembali hak dan hak seseorang
tidak dapat diperoleh kembali kecuali dengan menuntutnya. Hak-hak H
ini merangkumi perkara-perkara berikut:
(i) Mu’amalat kontrak-kontrak: sivil seperti jual beli, sewa, syarikat
dan sebagainya.
(ii) Hukum-hukum kekeluargaan yang berkaitan dengan harta; seperti
nafkah, mahar dan tempat tinggal. Mengenai hukum-hukum I
kekeluargaan yang tidak berkaitan dengan harta seperti
pendakwaan nasab; pendakwaan seorang wanita yang dia telah
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 131 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 131
A baik, pendakwaan mempunyai hubungan mahram dengan
seseorang lelaki dan pergaulan yang diharamkan tidak
disyaratkan adanya pendakwaan.
(iii) Jenayah yang ada hak manusia; contohnya seperti qisas, juruh
(menyebabkan luka), kesalahan ta’zir, qadhaf, curi dan hirabah
B (Kitab al fiqh al Islami wa Adillatuhu, Dr Wahbah al Zuhaily)
I
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 132 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
132 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
Persamaan dan perbezaan antara institusi hisbah dan institusi qadi A
[12] Kedua-dua badan tersebut mempunyai persamaan dari segi tugas
menentang kezaliman, mencegah kemungkaran, mendengar serta
memutuskan dakwaan seterusnya mengenakan hukuman. Jelas kedua-
duanya berfungsi menegakkan keadilan dan mengembalikan hak kepada
yang sebenarnya berhak. Namun demikian ia tetap mempunyai beberapa B
perbezaan. Antara perbezaan tersebut ialah:
(a) Muhtasib bertindak secara aktif untuk menyeru ma’ruf dan mencegah
mungkar di samping berusaha untuk memperbaiki parlakuan
masyarakat dan dalam masa yang sama memastikan agar undang-
undang serta peraturan awam dipatuhi. Qadi/hakim/mahkamah pula C
menjatuhkan hukuman antara pihak yang bertelingkah serta
memastikan hukuman atau penyelesaiannya.
(b) Muhtasib adalah sebagai penguatkuasa undang-undang dan
kadangkala bertugas melaksanakan hukuman atau keputusan
mahkamah. Qadi/hakim/mahkamah pula bertanggungjawab mentadbir
D
undang-undang dan menyelesaikan pertelingkahan berdasarkan
undang-undang.
(c) Muhtasib boleh bertindak walaupun tidak ada aduan dibuat dari plhak-
pihak terbabit sekiranya perbuatan tersebut jelas salah. Qadi/hakim/
mahkamah pula bertindak membuat perbicaraan jika terdapat aduan
kes. E
[13] Dalam banyak hal, sesuatu pendakwaan banyak bergantung kepada
kesempurnaan fail kes yang disediakan oleh pihak penguatkuasa agama. Jika
kes sempurna, yakni, maklumat mencukupi, bahan bukti juga wujud yang
boleh mengaitkan suspek dengan sesuatu kesalahan, maka keyakinan
pendakwa membawa kes juga akan meningkat. Satu SOP (standard F
operating procedure) memang diperlukan bagi menghalusi lagi langkah-
langkah penguatkuasaan dan pendakwaan. Dalam konteks undang-undang
jenayah Syariah dan sistem keadilannya, penguatkuasaan dan pendakwaan
berpaksikan Akta/Enakmen tatacara jenayah Syariah yang jelas
mengandungi segala aspek prosedural berkaitan menguruskan tindakan-
G
tindakan berkaitan kesalahan yang dilakukan. Dengan peruntukan yang
sedia ada, pihak penguatkuasa dan pihak pendakwa tidak akan tersasar
dalam melaksanakan tugas masing-masing. Oleh kerana pentadbiran
keadilan jenayah Syariah perlu dilihat menjunjung keadilan dan berkesan
dalam pelaksanaannya.
H
Pendakwaan Syariah
[14] Ketua pendakwa syarie diberikan kuasa yang luas dan besar oleh
undang-undang, sebagaimana yang termaktub di bawah s 58(2) Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993,
iaitu: I
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan
menurut budibicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 133 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 133
A apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah. [Pin.
Akta A931: s 3]
Kuasa menggunakan budi bicara ini dilihat begitu besar. Selain itu s 181
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 juga
menetapkan bahawa:
B Ketua pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kawalan dan arahan ke atas segala
pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Akta ini.
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan):
Seksyen 7 Bidangkuasa jenayah Hakim
C Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan
mempunyai kuasa untuk —
(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan
bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam
bidang kuasa tempatan Hakim itu;
D Seksyen 73
Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 4, 8, 9, 12 atau
13 Akta KesalahanJenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 boleh
dimulakan kecuali dengan keizinan Ketua Pendakwa Syarie.
Seksyen 103 Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada
mana-mana peringkat:
E
(1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman
diberikan, Pendakwa boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu
Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh
selanjutnya atas pertuduhan itu; dan sesudah itu semua prosiding atas
pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran
F Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan
daripada pertuduhan itu.
(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan
melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.
Seksyen 137 Rayuan terhadap pembebasan
G Apabila seseorang tertuduh telah dibebaskan oleh Hakim, maka tiada rayuan
boleh dibuat kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis daripada, Ketua
Pendakwa Syarie.
Seksyen 152 Notis Rayuan
(3) Notis mana-mana rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah diberikan
H oleh, atau dengan persetujuan bertulis daripada, pegawai itu sahaja.
Seksyen 167 Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan daripada
Mahkamah Rendah Syariah
...
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah seksyen ini
I hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau apa-apa masa yang lebih
panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dari
masa keputusan rayuan yang dimaksudkan itu; dan dalam hal suatu
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 134 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
134 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie, hendaklah dibuat oleh atau A
dengan kebenaran bertulis pegawai itu sahaja.
Seksyen 181 Ketua Pendakwa Syarie
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kawalan dan arahan ke atas segala
pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Akta ini.
B
Seksyen 183 Pendakwaan
(1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah dijalankan
oleh —
C
(a) Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie;
(b) seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberikuasa secara bertulis
oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya; atau
(c) seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Seksyen 193 Jika orang yang terikat untuk memberikan keterangan berniat untuk D
meninggalkan Malaysia
Bilamana dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana-saksi
yang terikat untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mana-mana
kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa
matlamat keadilan akan barangkali terjejas jika orang itu tidak hadir pada
perbicaraan itu untuk memberikan keterangan, Hakim boleh, atas permohonan E
Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan wajar dibuat bagi
saraanya dan bagi memampasinya kerana penahanannya dan masanya yang
terbuang, memenjarakan orang itu di penjara sivil sehingga perbicaraan atau
sehingga dia memberikan jaminan yang memuaskan hati bahawa dia akan
memberikan keterangan pada perbicaraan itu.
F
[15] Jika posisi seorang ketua pendakwa syarie adalah sedemikian rupa,
soalnya apakah landasan atau prinsip yang digunapakai oleh ketua
pendakwa syarie sebelum memutuskan sama ada untuk mendakwa sesuatu
kes jenayah Syariah atau tidak. Jika tanpa adanya sebarang prinsip, polisi
atau dasar yang praktikal dan berorientasikan tindakan (action oriented
policy), barangkali boleh menimbulkan persoalan tentang sistem G
pendakwaan syarie di negara ini. Bukanlah bermakna ketiadaannya boleh
menyebabkan sistem pendakwaan dipertikaikan kerana kuasa budi bicara
tadi. Malah dengan adanya polisi dan standard serta piawaian pendakwaan
bermakna kuasa budi bicara yang besar dianugerahkan kepada ketua
pendakwa syarie dilihat sukar untuk disalahgunakan. Apabila ada panduan,
ia boleh meletakkan parameter sejauh mana perlu dan boleh, kuasa budi H
bicara itu digunakan.
[16] Keputusan sama ada untuk mendakwa sesuatu kes atau tidak, adalah
satu langkah yang amat penting dalam proses pendakwaan. Ini kerana tidak
semua kes yang disiapkan oleh bahagian penguatkuasaan berakhir dengan
pendakwaan. Pertimbangan yang wajar harus diberikan kepada I
kepentingan pengadu, orang yang disyaki dan masyarakat seluruhnya bagi
memastikan keputusan yang dibuat adalah betul. Hakikatnya, dalam
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 135 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 135
A membuat keputusan sama ada untuk menjalankan atau memberhentikan
mana-mana prosiding, ia tidak boleh berlaku sewenang-wenangnya.
Keputusan tersebut lazimnya tertakluk kepada hasil siasatan yang ada yang
telah dikemukakan oleh Unit Siasatan/Bahagian Penguatkuasaan Jabatan
Agama negeri.
B Disamping itu, kuasa-kuasa yang luas, yang ada pada seorang ketua
pendakwa syarie juga adalah termasuk memberi keizinan untuk memulakan
pendakwaan terhadap kes-kes tertentu seperti peruntukan di bawah s 73
Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997:
Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 4, 8, 9, 12 atau
13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta
C
559) boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Ketua Pendakwa Syarie.
(iaitu s 4 (mengajar doktrin palsu), s 8 (mempersendakan ayat al-Quran
atau hadis), s 9 (menghina pihak berkuasa agama), s 12 (memberikan
pendapat bertentangan dengan fatwa) dan s 13 (penerbitan bertentangan
dengan hukum Syarak).
D
[17] Dalam konteks prinsip pendakwaan, ketika membuat keputusan
untuk mendakwa, suatu panduan mengenainya telah digunapakai dan
diamalkan oleh jabatan-jabatan agama negeri-negeri. Panduan ini dinamakan
arahan ketua pendakwa syarie, yang mana telah menetapkan bahawa
pendakwa syarie hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:
E
(a) Prima facie, maksudnya kecukupan keterangan yang diterangkan
sebagaimana di bawah:
(i) keterangan telah ditapis;
(ii) keterangan telah melalui proses penilaian;
F (iii) keterangan mencukupi untuk mensabitkan kes;
(iv) saksi-saksi yang kompeten berkredibiliti dapat dibawa ke
mahkamah.
(b) Kepentingan awam yang merangkumi:
(i) keseriusan kes tersebut;
G
(ii) terdapat faktor keringanan dan pemberatan;
(iii) usia muda, kecerdikan, tiada cacat akal, sihat fizikal kepada
tertuduh, atau saksi tertuduh;
(iv) latarbelakang dan riwayat hidup tertuduh;
H (v) tahap keterlibatan tertuduh;
(vi) kesan kesalahan terhadap agama, ketenteraman awam dan moral
atau akhlak masyarakat serta imej pihak berkuasa agama;
(c) Kebolehterimaan pengakuan dan keterangan lain:
(i) terdapat keterangan pada diri tertuduh sendiri;
I
(ii) terdapat dokumen-dokumen yang menyokong; dan
(iii) tidak terdapat unsur-unsur paksaan.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 136 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
136 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
[18] Sepintas lalu mengenai polisi-polisi seumpama, yang ada di beberapa A
tempat lain juga telah dijadikan contoh. Antaranya, Pejabat Peguam Negara
Malaysia misalnya, memaparkan satu piagam bahawa pendakwa raya
berpegang teguh kepada beberapa prinsip dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Adalah menjadi prinsip asas hukum Syarak bahawa,
mana-mana perkara yang tidak ada pengharaman yang jelas atasnya, adalah
menjadi suatu perkara yang harus untuk diamalkan. Menurut s 376(i) B
Kanun Prosedur Jenayah, peguam negara hendaklah menjadi pendakwa
raya dan hendaklah mempunyai kawalan dan arahan ke atas semua
pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Kanun. Kuasa peguam negara
adalah sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
dan yang mana berkaitan dengan hal-hal jenayah adalah yang disebut di
C
dalam perkara 145, fasal (3) Perlembagaan Persekutuan. Ia berbunyi:
Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan
menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan
apa-apa pembicaraan tentang sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di
hadapan mahkamah Syari’ah, mahkamah bumiputra atau mahkamah tentera.
D
[19] Tidak pernah menjadi kelaziman bahawa kesalahan jenayah yang
disyaki, secara automatik menjadi hal perkara bagi pendakwaan. Pendakwa
raya mendakwa apabila ternyata bahawa kesalahan atau hal keadaan
pelakuannya adalah daripada sifat yang suatu pendakwaan berkenaan
dengannya dikehendaki demi kepentingan awam. Hal ini masih merupakan
pertimbangan dominan. Walau bagaimanapun, pendakwa raya mestilah E
ingat pada setiap masa bahawa sesuatu keputusan yang salah dengan mana-
mana cara boleh membawa akibat yang buruk yang menjejaskan bukan
sahaja orang yang disyaki itu, tetapi dalam hal keadaan yang tertentu
terhadap masyarakat keseluruhannya. Selanjutnya, jika seseorang yang
bersalah itu tidak didakwa, pesalah itu mungkin terus menyebabkan lebih
banyak keburukan di luar jangkaan; sebaliknya, jika seseorang yang tidak F
bersalah didakwa, orang itu dan keluarganya mungkin terjejas dengan teruknya
walaupan kesalahan itu secara perbandingannya adalah kecil dan orang itu
akhirnya dibebaskan.
[20] Beberapa prinsip boleh difahami dari pegangan di atas, iaitu
kepentingan awam adalah faktor utama sesuatu kes didakwa. Justeru tidak G
semua kes berakhir dengan pendakwoan. Prinsip asas yang mesti dipegang
oleh pendakwa ialah: seorang suspek patut didakwa hanya sekiranya bukti
mencukupi untuk didakwa. Dalam hal ini, jika kita lihat kepada pejabat
pendakwa raya, adalah menjadi amalan di pejabat pendakwa raya untuk
berpegang kepada ‘Ninety Percent Rule’, yakni, ia bermaksud bukti yang
H
ada untuk mengaitkannya dengan suspek mestilah 90 peratus
berkemungkinan untuk dapat sabitan terhadap tertuduh nanti pada
lazimnya. Di United Kingdom, sebelum memutuskan sama ada untuk
mendakwa atau tidak, pendakwa di Crown Prosecution Service perlu
menjawab dua soalan ini:
(a) Adakah bukti mencukupi untuk membuat pendakwaan? I
(b) Adakah pendakwaan kes itu dilakukan demi kepentingan masyarakat?
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 137 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 137
A Begitu juga jika dilihat ke negeri jiran iaitu Brunei Darussalam, kriteria yang
sama dengan England juga digunapakai dan ditekankan dalam Polisi dan
Standard Pendakwaan Bahagian Pendakwaan Syarie iaitu:
(a) Kecukupan keterangan untuk mewajarkan pendakwaan;
(b) Kepentingan awam.
B
[21] Kegagalan pihak pendakwa untuk memenuhi dan memikul
tanggungjawab beban membukti akan menyebabkan hukuman yang
diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan atau keadilan yang
sebenarnya. Dalam kes Johnson Tan Han Seng v Public Prosecutor; Soon Seng
Sia Heng v Public Prosecutor Public Prosecutor v Chea Soon Hoong; Teh Cheng
C Poh v Public Prosecutor [1977] 2 MLJ 66, Ketua Hakim Suffian, yang
menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan memberi huraian
tentang tiga orang A, B, dan C:
A barangkali telah mempunyai lesen untuk memiliki senapangnya tetapi telah
terlewat dalam membaharuinya. Adalah wajar untuk peguam negara
D menuduhnya hanya di bawah Akta Senjata Api.
Sebaliknya B, tidak pernah mempunyai lesen dan mempunyai rekod jenayah.
Mestikah dia juga dituduh di bawah Akta Senjata Api? Saya fikir dengan keadaan
pada hari ini, iaitu, tidak pernah pun seminggu berlalu tanpa seseorang dirompak
oleh orang yang bersenjata, mungkin peguam negara akan dituduh telah gagal
menjalankan tugasnya jika beliau tidak menuduh mereka di bawah Akta 37.
E
Dalam kes Poh Cho Ching v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 86 tuduhan rasuah
dibawa terhadap dua orang. Seorang kerana memberi rasuah, dan seorang lagi
kerana menerima rasuah. Tuduhan terhadap pemberi rasuah di tarik balik,
sedangkan tuduhan terhadap penerima rasuah, pemohon dalam kes ini,
dikekalkan. Ia disabitkan dan dihukum. Di Mahkamah Tinggi, dia mendakwa
F bahawa penarikan balik tuduhan terhadap seorang lagi telah menyentuh
kesalahan tuduhan terhadapnya. Hakim Wan Yahya merujuk kepada s 25 Kanun
Prosedur Jenayah yang membenarkan satu tuduhan terhadap mana-mana orang
ditarik balik dan prosiding diberhentikan.
Kuasa ini, yang boleh dilaksanakan oleh pendakwa raya, yang merupakan
peguam negara, adalah sama dengan kuasa untuk penggantungan prosiding di
G mahkamah-mahkamah Inggeris dan lebih dikenali secara teknik sebagai Nolle
Prosequi. Kuasa ini boleh digunakan oleh peguam negara dalam pelbagai keadaan,
satu keadaannya ialah dalam kes beliau memerlukan seorang tertuduh bersama
memberi keterangan untuk pendakwaan terhadap tertuduh yang lain. Kuasa ini
tanpa keraguan memberi kepada peguam negara budi bicara yang tidak terhad
berkenaan dengan mana ia diharapkan melaksanakan dengan adil dan bijaksana.
H Tetapi sama ada ia bertindak sedemikian atau tidak, bukanlah tugas mahkamah
untuk memutuskannya.
Public Prosecutor v Hettiarachigae LS Perera [1977] 1 MLJ 12, di mana tertuduh
telah dituduh mengabaikan kawalan ke atas motokarnya dan kesnya telah
ditangguhkan lantaran pihak pendakwa menyatakan bahawa saksi-saksinya tidak
boleh hadir dan perbicaraan ditangguhkan pada tarikh lain. Pada tarikh itu, pihak
I pendakwa menyatakan seorang saksi penting tidak dapat hadir, dan majistret
melepaskan tertuduh tanpa pembebasan. Kemudian satu saman baru dipohon
dan diperolehi dan satu tarikh perbicaraan yang baru telahh ditetapkan. Pada
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 138 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
138 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
tarikh itu, pihak pendakwa memohon penangguhan atas alasan penyiasatan A
belum selesai. Peguam bela membantah terhadap penangguhan dan majistret
memerintahkan satu pelepasan yang tidak terjumlah kepada pembebasan. Hakim
Harun memanggil untuk disemak. Menurut beliau:
… hanya peguam negara mempunyai kuasa memulakan, menjalankan atau
memberhentikan mana-mana prosiding untuk satu kesalahan. Sehingga
beliau membuat keputusan, mahkamah harus menunggu. Oleh itu, B
majistret-majistret tidak ada hak untuk merampas fungsi-fungsi peguam
negara. Jika pihak polis adalah lembab, aduan patut dibuat kepada peguam
negara yang akhirnya bertanggungiawab kepada Parlimen.
[22] Rujukan kepada kes Tang Hak Ju v Ketua Menteri Negeri Pulau
Pinang & Ors [2010] 1 MLJ 319; [2010] 1 CLJ 93, yang dihujahkan oleh C
pihak pemohon, difahami bahawa tindakan ini adalah berkaitan rayuan
penghakiman terhadap beberapa pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pelaksanaan suatu perintah yang dikenakan kepada Pegawai Kewangan
Negeri Pulau Pinang sememangnya mahkamah berkewajipan memberikan
kesan kepada tanggungjawab statutory untuk membayar sedemikian melalui
kuasa memaksa mandamus terhadap responden ketiga ini. Hal yang sama D
juga dirujukkan di dalam kes Minister of Finance, Government of Sabah v
Petrojasa Sdn Bhd [2008] 4 MLJ 641; [2008] 5 CLJ 321 (MP). Kedua-dua
kes tindakan sivil ini adalah berbeza daripada kes di hadapan mahkamah
pada hari ini, iaitu cubaan untuk memberikan perintah dan arahan kepada
pihak pendakwaaan untuk memulakan kes bagi suatu tindakan jenayah.
Sayugia disebutkan juga bahawa memang sudah banyak perintah oleh pihak E
hakim kepada mana-mana penjawat awam, kakitangan atau pegawai
kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Banyak
arahan dan diperintahkan kepada agensi kerajaan khasnya, seperti pegawai
kesihatan, pegawai kewangan, pegawai imigresen, pegawai kastam, pihak
berkuasa tempatan dan lainnya, tetapi tidak kepada pegawai pendakwa F
daripada mana-mana agensi. Adalah disimpulkan dan dirumuskan juga,
bagi kes Re application of Tan Boon Liat @ Allen; Tan Boon Liat v Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1976] 2 MLJ 83; [1976] 1 LNS
126 dan bagi kes P Patto v Chief Police Officer, Perak & Ors [1986] 2 MLJ
204; [1986] 2 CLJ 13, bahawa kes-kes ini bukanlah suatu tindakan atau
permohonan untuk suatu perintah bagi memulakan pendakwaan di dalam G
jenayah. Malah tiada sebarang kes yang dilaporkan bahawa mana-mana
mahkamah mengeluarkan apa-apa perintah dan arahan kepada pihak
pendakwaan untuk memulakan kes atas suatu pertuduhan jenayah.
[23] Kuasa ketua pendakwa syarie pula bersifat quasi judicial dalam
menentukan sama ada untuk mendakwa atau tidak sesuatu kes. Di sini H
pertimbangan profesional akan dibuat berdasarkan pengalaman
perundangan ketua pendakwa syarie sendiri. Oleh sebab setiap kes jenayah
Syariah adalah unik dan tersendiri, maka wajar diberi pertimbangan
berasaskan merit dan fakta kes berkenaan. Ini bermakna ketua pendakwa
syarie mestilah adil, bebas dan objektif. Beliau tidak boleh melibatkan
pandangan peribadi terhadap suspek, mangsa dan latar belakang, pendirian I
politik dan sebagainya dalam pembuatan keputusan. Sayugia diberikan
perhatian dan ingatan kepada semua pihak, sama ada pihak pendakwa,
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 139 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 139
A institusi hisbah atau institusi lainnya, bahawa sebarang campur tangan
daripada pihak-pihak luar atau dari pihak penguasa atau pihak pemerintah
dalam urusan kehakiman dan keadilan seseorang hakim adalah dikira suatu
maksiat. Terdapat suatu kaedah (prinsip) dalam syariat Islam:
Tidak ada sebarang ketaatan kepada mana-mana makhluk di dalam
menderhakai Allah dan terdapat suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dalam sahihnya pada bab Taat kepada Umara’:
C
Dengar dan patuh kepada pemerintah adalah kewajipan seseorang muslim dalam
perkara-perkara yang ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah
melakukan maksiat, maka apabila ia disuruh melakukan maksiat, tidak perlu lagi
didengari dan dipatuhi (Fath al Bari fi Sharh Sahih al-Bukhari li al Asqallani, Jil 13
ms 121–122).
D [24] Pemisahan di antara bahagian pendakwaan dan penguatkuasaan yang
berlaku kini, sememangnya membantu dalam membuat pertimbangan yang
bebas dan objektif, yakni setelah menilai bukti-bukti yang telah
dikumpulkan oleh bahagian lain yang mana pihak beliau tidak terlibat sama
sekali. Jelas bahawa kepentingan masyarakat merupakan kriteria utama
dalam pendakwaan jenayah sivil dan keutamaan yang sama juga diberikan
E oleh jenayah Syariah. Boleh jadi semua kes mempunyai elemen kepentingan
awam kerana jenayah Syariah adalah juga jenayah yang memberi kesan
kepada moral dan agama masyarakat, namun klasifikasi dan keutamaan
mengenai kepentingan awam itu juga diperlukan. Sungguhpun demikian,
cabaran utama terletak pada kertas siasatan, iaitu jika ia lengkap dan bukti
F mencukupi ke tahap yang meyakinkan, barulah mereka dapat menjalankan
amanah yang diberikan dengan berkesan.
[25] Dalam sistem perundangan British yang diamalkan di Malaysia
selepas negara merdeka, sistem demokrasi Parlimen di negara ini,
dibahagikan kepada tiga iaitu, Badan Perundangan (Legislatif), Kehakiman
dan Eksekutif yang rnempunyai bidang kuasa dan peranan masing-masing
G
dalam pentadbiran negara. Dalam Islam, Badan Eksekutif (as Sultatut
Tanfiziyyah) dan Badan Perundangan (as Sultatul Qadhiyyah) mempunyai
bidang kuasa dan pendekatan berbeza dalam menjalankan peranan masing-
masing. Dalam Islam, ulil amri atau pemerintah wajib ditaati tetapi hanya
kepada pemerintah yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang
H mengeluarkan perintah yang bertepatan dan tidak bercanggah dengan
undang-undang dan peraturan Islam. Memetik pandangan di kalangan
ulama yang membicarakan mengenai sistem politik Islam atau As Siyasah
Syariyyah telah menghuraikan peranan serta bidang kuasa pemerintah
(Eksekutif) dalam menjalankan tugasnya. Antara yang menjadi bidang
kuasa pemerintah adalah kuasa hisbah. Ini merangkumi tanggungjawab
I mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga kepentingan
umum menguatkuasakan peraturan keselamatan negara, ketenteraman
awam, ekonomi, pengangkutan, perusahaan dan sebagainya.
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 140 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
140 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR
[26] Menjelaskan kuasa hisbah ini ibnu al Qayyim Al Jauziyyah dalam A
kitab tulisannya At Thuruqul Hukmiyyah menyatakan:
Hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah adalah hukum Syarak.
Hukum itu mempunyai kaedah pelaksanaan di sisi Syarak. Kepentingan umat
mungkin tidak dijaga dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak
memerlukan pendakwa dan orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian tidak
dilaksanakan maka kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan
B
akan menjadi kucar-kacir. Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini
berasaskan petanda alamat yang jelas yang boleh dijadikan keterangan
(circumstantial evidence).
Responden merujuk kepada pandangan hukum Syarak melalui kitab
Majma’ al Anhar Fi Syarie Multaqa al Abhar: C
Pihak yang mendakwa secara Syaraknya tidak boleh dipaksa untuk mendakwa
dan tidak kira dalam apa jua bentuk pertelingkahan dan menuntut hak.
Sesungguhnya tidak boleh dipaksa ke atas sesuatu pertuduhan jika arang yang
mendakwa itu meninggalkannya (menolaknya).
Seterusnya dalam kitab Nadzariyyat al Dakwa Baina al-Syariyyah al D
Islamiyyah, oleh Dr Muhammad Naim Yassin, yang menyebutkan:
Perlaksanaan sesuatu pendakwaan di sisi fuqaha’ adalah harus, yang mana ia
kembali kepada hak kehakiman sejak ianya dilantik oleh pemerintah Islam ... yang
mana dapatlah difahami bahawa pelaksanaan sesuatu pendakwaan adalah harus.
Ia tidak wajib ke atas individu, difahami daripada takrif yang pelbagai daripada E
kebanyakan ulamak bahawa sesiapa yang meninggalkan untuk sesuatu
pendakwaan tidak boleh dipaksa ke atasnya untuk mendakwa.
Berdasarkan keseluruhan keadaan-keadaan ini, pada pandangan hukum
Syarak, dapatlah disimpulkan sebagaimana berikut:
(a) bahawa sesuatu pendakwaan adalah harus, dan tidak wajib ke atas F
individu;
(b) seseorang yang mempunyai kuasa atau hak untuk mendakwa tidak
boleh dipaksa untuk menjalankan pendakwaan kerana ia kembali
kepada budi bicaranya;
(c) sekiranya seseorang yang mempunyai kuasa dan hak untuk mendakwa G
meninggalkan pendakwaan tersebut, tiada sebarang paksaan boleh
dilakukan kepadanya.
Oleh itu, daripada hujahan pihak responden-responden di atas dapatlah
disimpulkan bahawa permohonan yang sedang dilakukan oleh pemohon ini
adalah sesuatu yang salah dan jelas bertentangan dengan kehendak hukum H
Syarak. Jika memakai dan menerima pakai peruntukan s 245(ii) di atas
bahawa hukum Syarak adalah rujukan muktamad maka permohonan
pemohon ini wajar dibatalkan oleh mahkamah ini.
[27] Konsep wilayah al hisbah dan wilayah al qada’ dalam sistem
kehakiman Islam mempunyai peranan serta bidang kuasa masing-masing I
bagi kedua-dua institusi tersebut. Di bawah sistem al qada’ pihak yang
menghukum adalah hakim atau qadi, berdasarkan kepada keterangan-
07 ShlR 2010_Iss 4 Case2.fm Page 141 Thursday, December 9, 2010 9:41 AM
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Shamsuddin bin
[2010] 4 ShLR Hussain & Ors (Mohd Shukor Sabudin ShHCJ) 141
A keterangan yang diangkat kepadanya. Manakala wilayah al hisbah pula
adalah salah satu institusi yang bertugas untuk menegakkan keadilan,
mencegah yang mungkar dan menegakkan al maaruf selain daripada
institusi al qada’. Di Malaysia, pihak yang ditugaskan untuk
menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan keamanan ialah pihak
PDRM, iaitu merupakan sebahagian daripada peranan dan tugas institusi
B hisbah di peringkat persekutuan. Manakala di peringkat negeri dijalankan
oleh pegawai penguatkuasa agama. Jika pelanggaran undang-undang dan
kemungkaran, jelas dilakukan setelah penyiasatan diadakan oleh
penguatkuasa agama maka pendakwaan pula dilakukan oleh pendakwa
syarie.
C [28] Sehubungan dengan itu, tugas penyiasatan dan pendakwaan adalah
di bawah wilayah al hisbah. Tugas melaksanakan satu pendakwaan adalah
tanggungawab serta budi bicara sepenuhnya pihak pendakwaan, selaras
dengan kehendak inilah maka peruntukan s 58(2) Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam diwujudkan dengan memberi kuasa kepada ketua
pendakwa syarie untuk memulakan, menjalankan, atau memberhentikan
D apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah. Jelas kedua-dua institusi
ini mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri.
[29] Sebarang kecuaian dan kegagalan pihak pendakwa untuk memenuhi
dan memikul tanggungjawab beban membukti akan menyebabkan
hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan atau
E keadilan yang sebenarnya. Saya boleh meringkaskan, pada keseluruhan
permohonan, bahawa ini adalah suatu cubaan, yang seolah-olahnya
merupakan satu pencabulan terang-terangan dalam proses mahkamah dan
di dalam sistem keadilan jenayah Islam. Amat besar impak dan kesannya
jika sistem keadilan jenayah itu menjadi kucar-kacir, tidak menentu dan
bercelaru serta berubah-ubah dan sebagainya. Kebimbangan atas bahaya
F ketidakadilan adalah tidak timbul dengan semua prinsip perundangan itu
diamalkan.
[30] Berdasarkan semua hujahan di atas, dalam membuat keputusan bagi
permohonan ini, saya memutuskan bahawa mahkamah menerima bantahan
awal pihak responden-responden dan kes ini diketepikan.
G
Respondents’ preliminary objection allowed and case set aside.
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed
H