100% found this document useful (1 vote)
819 views18 pages

Bukhari Mohd Nor LWN Aishah Ismail

Islamic law

Uploaded by

adlyfaruq95
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
819 views18 pages

Bukhari Mohd Nor LWN Aishah Ismail

Islamic law

Uploaded by

adlyfaruq95
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF or read online on Scribd
JLD. XXI BHG.1 JH(427H) ISSN. 0823.092x1544 JURNAL HUKUM afar 1427 / Mac 2006 RENCANA Kaedah-kaedah Fasakh Di Mahkamah Syariah Oleh Dato’ Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan LAPORAN KI Bakhtiar Adnan In Mohd Faw2i Nahrawi dan 6 Yang Lain Bukhari Mohd Noor Iwn Aisyah Ismail Maimon Mohamad Zain lwn Mohammed Azmi Mohd Said Mohamed Ainuddin Mohamed Nesurdin Iwn Rohani Ismail Mohd Farid Abdul Rahman lwn Rabihah Kamaurdin Norayah Bakar lwn Mohd Adnan Mohd Amin Norma @ Normek Ghazali wn Mohd Zain Abdullah Roslaili Abd. Ghani & Seorang Yang Lain Iwn Ahmad Azman Yaacob Salbiah Othman lwn Hj Ahmad Abdul Ghani Wan Mobd Azemin Wan Alimad Iwn Siti Zabidah Jaafar Wan Mohd Kamil Wan Abd. Ghani Iwn Rosliza @ Mazwani Mohamed Mustapha JABATAN KEHAKIMANSYARIAHMALAYSIA PUTRAJAYA JHXXI/ Bukhari Bin Mohd. Noor twn Aisyah Bin {Mahkamah Rayuan Syariah Di Kota Bharu, Kelantan ( Dato Haji Daud bin Muhammad, KHS, Dato’ Ariffin bin Zakaria, HMRyS, Tost Hj.Mohd, Rawi bin Mat Yaman, HMRyS) 17 April, 2005] {Kes Rayuan Mal No: 03000-017-0006-2005] Manga Undang Kelwarga ~ Tartu harea Sepencaian-Rayuan ter pkeputusan Mahkamah Ting se ariah Kora Bhary, yang menolaktunutan Perayn He i Sepencarian —adakah boleh dituntut oleh ahs ng dunia ~ tuntuan terhadap harta sepencarian A (Responden is sekiranya empunya hak meninggal Hahvarham bapa Plaintif dengan ibueva Undang-Undang Keterangan -Akuan P "rayu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah -adakah merupakan ikrar yang dan sah di sisi Hukum Syarak atau rang boleh sepa Reece Membuct tants « Dekwaan wutaya aman deporte ee Kepada Responder untuk penbahagian harta sane datovaan tidak disokong dengan saksi-satsi yang ‘mahkamah - Perintah Sumpoh pak O dakwaan dianfikan kup dan boleh diterima oleh ‘Nall - kee atas Responden atas dakwoan wana ‘amanah dari si mati kepada beliau SindentUndang Pentadbiran - Ridangkuosa Mahkanah - mendengar kes harta reerearian - seh. 92) Enatonen Pentadbiran Mabkamah Syria 1982, Negeri Kelantan) Fakta Kes Perayu adalah anak kandung kepada Responden, bapa Plainti telah menamakan kesemnua harta-h. petjumlah meclebihi RMI.7 juta kepada Responden, Pore ‘menyatakan bahawa harta-harta tersebut diserahkan kepada Responden sebagai amanah sebelum cibahagikan kepada waris-waris, Perayu datum pe ata tuntutannya menyatakan Pahawe semenjak kematian bapa, ibunya tidak pemah mentee pembahagian ‘crhadap hartahartatersebut, Responden menafikan ianya seba ‘merupakan pemberian sukarela si mati (suami) kepada beliag jemasa hayatnya Allahyarham artanya iaitu lot-lottanah yang b JHX Dalan Pesurt tanah Ketua Respo akuan Hakim Kegag mengit ke Mat Diputu Mahka MEMI menola dan me Arwah Ismail} Manaks dom Ai: hak bag 158 dar Aisyah pihak ibu dan atas 7 Ik sepenca dalam k member anak-an Khas yar saksi, Di Keterany terang da supaya 1 ’ hi h 4 ad f b a Bukhari Bin Mobd. Noor ‘wn Dalam pada itu Perayu telah menandatangani suatu akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada 14 Okt 2002 ekoran daripada pembayaran pampasan tanab lot 158 dan 159 Mukim Padang Leban Kota Bharu yang dibuat oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Kelantan kepada Responden. Bayaran pampasan tersebut di anggarkan RMS00,000.00, Dalam akuan bersumpah itu Perayu bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak akan menuntat sebarang hata daripada Responden Hakim Bicara di Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak Tuntutan Perayu Kegagalan tersebut berpunca daripada ikrar yang dibuat oleh Perayu yang ‘mengikat dirinya, Perayu tidak berpuashati atas keputusan tersebut dan meray ke Mahkamah Rayuan Syariah, Negeri Kelantan, Diputuskan Mahkamah Rayuan Syariah dengan sebulat suara membuat keputusan MEMBATALKAN keputusan Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah yang ‘menolak tuntutan harta sepencarian oleh Perayu yang dibuat pada 23.12.2003 dan memutuskan bahawa Perayu boleh memohon dan menuntut harta sepencaria Arwah ayahnya Mohd. Noor bin Kadir ke atas Responden ibunya Aisyah Bt Ismail ke atas 7 Lot tanah iaitu Lot 463, 1864, 1884, 1344, 2314, 2316 dan 1361 Manakala 6 Lot lagi iait lot-lot 674, 1340, 1289, 477, 484 dan 1025 adalah harta dom Aisyah bi Ismail yang diperolehi dari pemberian ibu bapanya dan tidak ada hak bagi Perayu menuntut sebagai harta sepencarian, Ada pun 2 lot lagi iatu lot 158 dan 159 yang diambil balik oleh Kerajaan dan dibayar kepada Responden Aisyah bt Ismail pampasan sebanyak RMS00,000,00 dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah harta Arwah Mohamad Noor bin Kadir, yang diperolehi dari pesaka ibu dan bapanya. Sungguhpun Perayu berhak menuntut harta sepencarian ke atas 7 lot tanah tersebut,tetapi sebelum mahkamah memutuskan samada sabit sepencarian atau sebaliknya terlebih dahulu diselesaikan suatu isu yang timbul lam kes ini iaity dakwaan Perayu bahawa Arwah ayahnya ada berpesan dan member amanah kepada Responden supaya membahagikan hartanya kepada anak-anaknya secara sama banyak. Amanah ini dibuat dalam suatw perjumpaan kkhas yang dihadiri oleh anak-anak dan Responden sendiri serta beberapa orang saksi. Dakwaan ini dinafi dan ditolak oleh Responden dengan menyatakan bahawa semua tanah-tanah yang dituntut itu (1S lot) diberi Kepadanya oleh Arwah suaminya Mohamad Noor bin Kadir secara suka rela dan bukan secara amanah, Keterangan saksi-saksi Perayu tidak dapat diterima oleh Mahkamah kerana tidak {erang dan dakwaan Perayu dinafikan oleh Responden, Oleh itu Mahkamah ukum Responden —bersumpah —menafikan——adanya supaya Bin Moh. Noor maxx vine aarp dre amanah daripada Arwah suaminya Mohamad Noor bin Kadir untuk membahagikan harta-hartanya kepada anak-anaknya bahkan sebagai pemberian sukarela daripada Arwah suaminya Mohamad Noor bin Kadir kepadanya, Manakala bersumpah demikian tuntutan Perayu DITOLAK. Jika Responden enggan bersumpah tuntutan harta sepencarian oleh Perayu selaku Plaintif sabit disisi mahkamah ke atas 7 lot tanah di atas. Dan separuh daripadanya hendaklah dibahagikan kepada waris-waris arwah Mohamad Noorbin Kadir mengikut Hukum Faraid. Begitu juga lot 158 dan 159 yang dibayar pampasan oleh Kerajaan sebanyak RMS00,000.00 dibahagi mengikui Hukum Faraid kepada waris-waris Mohamad Noor bin Kadir kerana harta tersebut adalah pesaka arwah Mohamad Noor bin Kain. PERINTAHMAHKAMAH 1) Mabkamah perintah Responden bersumpah menafikan adanya amanah daripada Arwah suaminya Mohamad Noor bin Kadir supaya dibahagikan hartanya kepada anak-anaknya secara sama banyak, bahkan merupakan pemberian Arwah kepadanya, 2) Jika Responden enggan bersumpah a) Separuh daripada 7 Jot tanah tersebut sabit harta sepencarian dan hendaklah Responden bahagikannya kepada waris-waris Arwah Mohamad Noor bin Kadir ‘mengikut Hukum Faraid. b) Lot-lot tanah 158 dan 159 yang dibayar pampasan oleh Kerajaan sebanyak RMS00,000.00 adalah harta pesaka Mohamad Noor bin Kadir dan hendaklah Responden membahagikannya mengikut Hukum Faraid kepada wari. waris Arwah Mohamad Noor bin Kadir Peguam Syarie Perayu Tuan Haji Mohd Zaki bin Hj. Zainal Abidin Responden Tuan Alawi bin Mohd Rashid > JHXX1/1 Surah-Surah Al 1 Surah alt 2 Surah al-’ 3. Surah al-£ 4 Surah al-r Hadis-hadis Yan 1 Hadis we 2 Hadisriwe 3. Hadisriwa Kitab-Kitab Yan, 1 ALAtlamah Faanah al-1 2 DrAbdul K 1997M14I4 3. AlSheikh $ Mughnial-b him 268, 4. Abdul Fatal Qanun, him, 5. Dr.Abdul ¥ Wanazarian 6 AlImam Ibr Syariah, Mes ‘Undang-Undang, 1 Enakmen Pe 92).dan se} 2. Akta Akuan 3. Enakmen U sek.2(1). 4. Kanun Tana Bukhari Hin Mohd. Noor JHXXI/I Lash Surah-Surah Al-Quran Yang Dirajuk Surah al-fsra’ ayat 34, Surah al-Nisa’ ayat 32. Surah al-Bagarah ayat 228 dan 282. Surah al-Deukhruf ayat 86, Hadis-hadis Yang Dirujuk Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Hadi riwayat al-Baihagi Hadis riwayat al-Ha Kitab-Kitab Yang Dirujuk, 1. Al-Allamah Abi Bakr Othman bin Muhammad Shatta al-Dumyati al-Bakri Vaanah al-Talibin, (Tanpa tarik), Damsyik, Dar al-Fikr,Jilid 4 him, 251-252. 2 DrAbdul Karin Zaidan, Nizam al-Qadha’ Fi al-Syariah al-Islamiyyah. 1997M/1418H, Beirut, Muassasah al-Risalah, hlm. 135, 3. Al-Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, 2000M/1421H, Beirut, Dar al-Kutub alimiyyab, Jilid 3, blm.268, 4. Abdul Fatah Mohamad Abu al-Aini, Ahkam al-Mirath Fi al-Figh Wal ‘Qanun, bim.52. Dr.Abdul Wadud Muhammad al-Syarbini, Tarikh al-Figh al-Islami Wana ariatuhu al-Ammah, 6 Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah, al-Turug al-Hukmiyyah Fial-Siasah al- Syariah, Mesir, Matba’ ah al-Madani, 1961, hlm, 24 ‘Undang-Undang Yang Dirujuk 1. Enakmen Pentadbiran Mahkama 92).dan sek. 21) Akta Akuan Berkanun 1960. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kelantan Syariah (Negeri Kelantan) 1982, sek Kanun Tanah Negara, sek, 421A dan sek.417| Bukhari Bin Mohd. Noor JHXXI/I ee 2H vlna int ism 1427) Alasan P BID: Mabkamah Tinggi Syariah mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan harta sepencarian dalam kes ini mengikut Seksyen 9(2\iv) Enakmen Pentadbiran Mahkamnah Sy 9 hakiman Anggota Rayuan INGKUASA iah 1982 yang memperuntuk] Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah am in bagaimana berikut — (2) Dalam bidang kuasa sivilnya, mendengar dan ‘memutuskan segala tindakan dan perbicaraan dalam ‘mana pihak-pihak berkenaan semuanya berugama Islam dan yang berkenaan dengan (ii) (ii (iv) Pembahagian atau tuntutan kepada sepencarian atau dom ww) (vii) SYARATSYARATDAKWAAN Dakwaan perayu selaku Plaintif ke atas 15 lot tanah yang nilainya bertambah kes ini telah menepati syarat-syarat dakwaan bagaimana yang dijelaskan oleh al-Sayed al-Bakri Ibnu al-Syed Mohamad Shata al-Dumyati dalam Kitab I'aanah al-Talibinjlid 4 hal. 251-252 yang bermaksud. RMI,727,000.00 juta, dalam i ii) iy) Dakwaan seseorang yang mendakwa itu hendaklah terang Yang kena dakwa terikat dengan dakwaan Hendaklah ditentukan orang yang kena dakwa iggah dengan d ‘waan yang lain Tiap-tiap or ‘maka (akil baligh) ie yang mendakwa dan kena dakwa adalah Tiap-tiap seorang dari keduanya (mendakwa dan kena dakwa) terikat dengan hukuman 30 >» JHXXI/I SURATAKUANPI Perayu Bukhary bi satu akuan di hadap: beberapa akuan dia kes ini surat akuan Dengan ne (Bukhary B. dan membuc harta daripc Dan saya me apa yang te peruntukkan Berdasarkan kepada bahawa Plaintif (Pe tidak akan menuntui tersebut menghalan kerana suatu ikrar ¢ Bicara telah merujt persatu di mana Pl: ikrar, jelas Hakim Bic Sayangnya Hakim B penghakimannya itu sama ada surat akus Hokum Syarak atau ‘oleh Hukum Syarak i) DrAbd Syariah oe Maksudnya rar ite ial yang membuat ‘ada hak orang Bokhari Bin M JH XXI/I eee aa27H SURATAKUANPLAINTIF (PERAYU YANG BERTANDAD-D, Perayu Bukhary bin Mohd. Noor pada 14 Oktober 2002 telah menandatangani satu akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Rahmah bt Mamat yang mengandungi beberapa akuan diantaranya yang menjadi isu utama bagi Hakim Bicara dalam kes ini surat akuan yang bertanda D-I yar berbunyi “Dengan nama Allah yang Maha Esa, Maha Mengetahui, saya (Bukhary Bin Mohd. Noor), dengan ini berjanji dan berikrar dan membuat pengakuan bahawa tidak aka ut sebarang hharta daripada Aishah bt Ismail’ Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa: apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut peruntukkan Akia Akuan Berkanun 1960. Berdasarkan kepada surat akuan tersebut Hakim Bicara telah membuat keputusan bbahawa Plaintif (Perayu) telah membuat ikrar bersumpah dengan nama Allah ‘tidak akan menuntut sebarang hata daripada Aishah Bt Ismail dan dengan ikrar tersebut menghalang Plaintif (perayu) daripada meneruskan tuntutanaya ita kerana suatu ikrar dalam kes mal tidak boleh ditarik balik. Seterusnya Hakim Bicara telah merujuk kepada syarat-syarat ikrar serta menghuraikannya satu persatu di mana Plaintif telah menepati segala syarat yang berkaitan dengan ikrar,jelis Hakim Bieara Sayangnya Hakim Bicara sebelum menghuraikan syarat-syarat ikrar dalam alasan penghakimannya itu, tidak memberi perhatian kepada definisi ikrar it sendiri sama ada surat akuan (D-1) itu merupakan ikrar yang tepat dan sah dari see Hokum Syarak atau sebaliknya, Di sini mari kita lihat definisi ikrar yang diakui oleh Hukum Syarak yang terdapat dalam kitab-kitab figh 3) Dr Abdul Karim Zaidan dalam Kitab Nizam al-Qadha' Fi al Syariah al-Istamiah menjelaskan bahawa AN colt le gall > Sy Le gm gd ey: Ghee wa LIT dealt day Maksudnya rar itu ialah pengak 1 talah orang in dan pada pandangan yang membuat ikrar itu menerangkan dengan suatu pen un pada ‘orang lain ke atasdivinya sehat st hadapan Bukhari Bin Mohd, Noor maxx a aaznn Sheikh Mohamad al-Khatib al-Sharbini dalam kitab Mug ni ‘al-Mutaj menjelaskan yi ‘krar dari segi bahasanya ialah menetapkan. Dan syaraknya pula ialah menerangkan suatu h lain) yang tetap ke atas orang yang membs dari segi hak (kepunyaan orang at ikrar itu sendiri iy -Allamah Abi Bakr al-Masyhor Bissayid al-Bakri iyed Mohd. Syata al-Dumyati dalam Kitab 'aanah ‘al-Talibin menerangkan — ERIS — Ae GF ath eh ea OLY al yigy WAS fe si le Gir gis gas i Maksudnya — ‘Herar dari segi bahasanya ialah menetapkan dan da syaraknya pula ialah menerangkan ada hak kepunyaan orang dain ke atas dirinya seperti dia berkata bagi Za sebanyak sekian bersama saya, maka jik id ada haknya ke atas diri saya atau a tidak ada perkataan ke atas diri saya Bersama saya tidak akan di anggap suatu ikrar” Dari penjelasan di atas jelas bahawa surat akuan Pi kandungan dalam D-1 itu tidak bole boleh ditarik balik, malah ianya meray Jka dia berniat demikian kerana di lainif (Perayu itu) bagaimana +h dianggap suatu ikrar syarie yang tidak spakan suatu akujanji atau sebagai sumpah da menyebut nama Allah dan ba, yang melanggar sumpah dikenakan kifarat itu diber plih d Scorang hamba dan memberi makan 10 orang miskin, setiap orang miskin satu cupak daripada makanan biasa dalam negeri dan menyediakan satu pakaian bagi Jetiap orang dari mereka dan jika da tidak berupaya berbuat demikian diwajibkan berpuasa selama 3 hari. Manakala orang yang mungkir janji hendaklah bertaubat di atas dosa memungkiri jai orang ygan memerdekakan JHXXI/I Firman Allah “Dan akan « Allah Jallajalal menghisab setie Bagi orang-orar bagi mereka me tidak bercangge syarat-syarat da HARTASEPEN () DariSegi Mengikut ts Syariah 198% Dalan mengke Harta Eninya asset de Mengikut Ene 2(1) meneran; Tafsiran “har Harta yang « berkuatkuasa i) Dari Seg. perkataan har ‘adalah merups kepada kaum adat atau ure undang, kedu menjadi suat Bukhari Bin Mob JHXXI/L a a2 Firman Allah dalam Surah al-Isra” ayat 34 yang bermaksud Dan sempurnakantah segala perjanjian kerana perjanjian itu ‘akan ditanya Allab Jallajalaluhu akan menyoal tentang penunaian perjanjian itu dan akan ‘menghisab setiap mereka yang memungkiri dan membatalkan perjanjian itu Bagi orang-orang yang termasuk dalam kedus-dua golongan in tidak menghalang bagi mereka menuntut apa-apa hak di hadapan Hakim di dalam mahkamah kerana tidak bercanggah dengan syarat-syarat dakwaan bagaimana dijelaskan di bawah syatrat-syarat dakwaan 5.2~ (i) (vi HARTASEPENCARIAN () DariSegi Undang-Undang Mengikut tafsiran dalam Seksyen 2(1) Syariah 1982 meni adbiran Mahkamah askan ‘Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya ‘mengkehendaki makna yang berlainan Harta Ertinya semua hartaalih dan tak ah termasuk wang, kepent ‘dan hak-hak kepuny: mn yang Iain. Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam No, 6 Tahun 2002 Seksyen 20)m nerangkan Tafsiran “harta sepencarian’ ertinya ‘yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkusisa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Gi) Dari Segi Hukum Adat, mabkamah berpendapat walau pun tidak ada perkataan harta sepencarian dalam Hukum Syarak secara nyata, namun ianya adalat in adat melayu yang telah diterima dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita khususnya di negeri ini, Di dalam Islam apabila sesuatu dat atau uruf diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang- tundang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat, akan tetapi ianya bertukar ‘menjadi suatu peraturan atau undang-undang Islam yang dibuat oleh Bukhari Bin Mohd. Noor JAXXI/1 Fee aan sax MENU Pemerintah berdesarkan kepada maslahah yang mest dikutidan dikuatkussa a a Ate dat Muhatamah enya adatita dak dander pengktnatn ondary Apabil undan oleh w empun (Gi) Dari segi hukum syarak firman Allah ~ Kitab suatue EN Ca aly eS Ces Jel Hes : ae ’ > pela kata a Yang bermaksu boleh n ‘Orang-orang letaki ada bahagian dari apa yang mereka eva ssahakan dan orang-orang perempuan pula aa bahonion dijlash dari apa yang mereka usahakan” (surah aleNisa’ eyed 92) Hak dc Dan rman Attah— Hak ha Be Ogle JE Wy Synaby Sele call J Sui, Haas ; alee, perkahy Aewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap soon) melaink dlengan cara yang separunya. (Dan tidak ditarane sh wont 4 4 Bllang« terhadap suaminya yang waji dilaksunatan dengan cara don hak per bik maka si sua juga menanggung kewajipan terhodeg bapa ter isterinya yang wajib dlaksanakan dengan cart wang bak, send (surah at: Bagarah avat 228, bagi hak hak war tersebut Dalam pada itu orang-orang leak Suan-suan iu) mempunyaisatudasiat « e Kelebihan ke tas scorang petempuan (ister (keana merchaa one hepa Dr. Abd mengawalnya dan member afkah sehagaimana yang dterangkan dalam ane Wanacar 34 Sura a-Nisa” yang bermaksud ~“kaum elak itu aalah pemivoin ae semua h Pengawal yang bertnggungiawab terhadap kaum perenpares waris-wn bukan ba dengan dengan t e Bukhari Bin Mohd, Noor JH XXI/1 tito ann ENUNTUTHARTASEPENCARIAN OLEH WARIS Apabila harta sepencarian ada asasnya di segi syarak, maka hak itu boleh dituntut oleh waris-waris kerana hak itu akan berpindah kepada waris sckiranya yang empunya hak itu meninggal dunia. Abdul Fatah Mohamad Abu al-Aini dalam Kitab An Figh Wal Qanun halaman 52 menjelaskan sebagai ‘suatu contoh apabila seorang menahan jerat bagi menangkap binatang kemudian yang membuatjerat itu meninggal dunia, maka binatang yang terkena jerat akan ‘menjadi hak kepada waris-warisnya atau pun seseorang melabur maka harta pelaburan dan keuntungannya akan menjadi pesaka kepada si mati, Dengan erti kata lain hak itu akan berpindah kepada waris-warisnya, ini bererti waris si mati boleh menuntut harta sepencarian bagi pihak si mati kerana hak akan berpindah kepada waris-waris sekiranya yang empunya hak meninggal dunia. Di sini perlu dijelaskan lagi apakah yang dikatakan hak dan perkara yang berkaitan dengannya? tam al- Mirath Fi a Hak didefinasikan sebagai sesuatu perkara yang menjadi kepunyaan seseorang. Hak haria itu berlaku kerana beberapa Sebab, antaranya melalui usaha bagaimana Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 32 bagaimana tersebut di atas (5.4 (ii). Harta sepencarian adalah termasuk dalam hak mereka yang terlibat dalam perkahwinan kerana mercka sama-sama berikhtiar mencari harta sama ada secara w tidak secara langsung. Harta adalah tergolong dalam hak hamba semata-mata, Apabila harta tergolong dalam hak hamba atau hak manusia maka hok seseorang ke alas sesuatu harta tidak tergugur dari seseorang lainkan digugur oleh mereka yang mempunyai hak. Hak-hak tersebut tidak hilang dari seseorang melainkan kerana sebab-sebab yang diperakui syarak, Pengguguran hak ini berbeza kerana perbezaan “Ain” atau jenis-jenis hak tersebut hhak perkahwinan tergugur kerana berlakunya perceraian, hak nafkah anak dari bapa tergugur kerana kemampuan anak mencari nafkah atau anak dapat kerja sendiri, Hak pemilikan harta tergugur kerana penjualan dan begitulah seterusnya bagi hak-hak yang lain (Wahab al-Zubaili juzuk 4 halaman 39). Demikian juga hhak waris terhadap harta pesaka tidak tergugur melainkan digugur oleh waris, tersebut. langsung Dr. Abdul Wadud Muhammad al-Syarbini dalam Kitab Tarikh al-Figh al-Islami Wanacariatwhu al-Ammah menyatakan babawa Fugaha telah sepakat kata bahawa semua hak yang terbentuk harta atau berkaitan dengan harta dipusakai oleh waris-waris seperti tanah, motokar atau hutang das sebagainya, ada pun yang bbukan harta secara langsung dan bukan dalam eti kata harta tetapi anya berkaitan dengan harta seperti hak syufaah, hak piliban (khiyar) hak mendapat munafaat dengan harta yang diwasiatkan, hak menahan barang jualan sehingga dibayar Bukhari Hin Mohd, Noor mixx ten fen SRR catty 7 = hadis yang dirivayatkan oleh Bukhari. Nabi: w.) bersabda Wy ta yd sh le Me Ss oy Bermmaksud PEMILIKANHARTA dipusakai juga mengikut mazhab Malik, Shafie dan Hambali berdasarkan Jika harta sepencarian yang diperolehi dalam masa perkahwinan itu didaftarkan alas nama suami atau i, al-Imam Tbnu Qayyim al-Jauziah ada menyal dalam Kitab al-Turuk al-Hukmiah Fi-al-Siasah al-Syariah, Cetakan Matha’ ah al-Madani, Mesir Tahun 1961 halaman 24 iaitu Soll EL allay or yh setts pO ebgiill pagar OF US yoy al MLL ada g gureally Bs gle JH Ju gp Ig Jptl of : 06 ah Talal Ab ty Ges Lab gat gy Yala Wao gry bed Ul dye U sheet tale Ab wy ada Ob ga oy Gl) pte alle oly Maksudnya — Yang demikian sebilangan besar Ahli Perundangan (Jumhur Al Fugaha) menyatakan dalam kes dakwaan 2 orang suami isteri berhubung dengan perabut rumah dan kes 2 orang tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang menyatakan percakapan orang yang ada menunjukkan satu etunjuk di atas kebenarannya itulah yang diterima ‘Dan yang tepat dalam persoaian seperti ini tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai atas sesuatu harta dengan mendapat nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja, malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga pengakuan seorang yang merampas kain serban daripada seorang yang sedang mengikuti dibelakangnya dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban. Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi erampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya: 36 b a JHXx Dalam! seperti dalam r menunj dari per Mengil mempe, Subsek PERIU Kedua- telah bv anak-ar supaya Plaintit (Respor menun} pember sukarel berhubs boleh d dinafik Al-Bail "0H arkan kan akan va’ah Bukhari Bin Mohd. Noor ben JHXXI/1 Poe sma (427) Dalam hubungan ini, bolehlah dikiaskan perkakas rumah dengan harta-hara lain seperti rumah, tanah dan sebagainya yang diperolehi hasil dari usaha bersama dalam masa kedua-duanya masih suami isteri selagi tidak ada bukti Jain yan; ‘menunjukkan bahawa harta-harta itu sudah dibabagi atau ada hak masing dari pemberian ibu bapa atau pesaka atau sebagainya. Mengikut Peruntukkan Kanun Tanah Negara Seksyen 421A yan memperuntukkan Bagi maksud Seksyen-seksyen 417 dan 420 “mahkamah” termasuklah Mahkamah Syariah: Subseksyen 417(i) Kanun Tanah Negara memperuntukkan ~ Mahkamah atau hakim boleh dengan perintah mengarahkan Pendafiar atau mana-mana Pentadbir Tanah untuk melakukan segala perbuatan sepertimana yang perlu untuk memberi watkuasa kepada apa-apa hukuman atau perintah yang diberi ‘atau dibuat dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan tanah dan ia hendaklah merupakan kewajipan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mematuhi perintah itu selepas itu PERJUMPAANKHAS. Kedua-dua pihak tidak berselisih pendapat bahkan sepakal kata serta mengaku ah berlaku satu perjumpaan khas yang dihadiri oleh kedua-dua pihak serta ‘anak-anak di mana arwah Mohd, Noor bin Kadir telah membuat satu arahan supaya dibahagikan harta-hartanya sama banyak di antara anak-anak, cuma Plaintif mendakwa bahawa arahan fersebut merupakan amanah kepada Defendan (Responden) supaya membahagikan hartanya kepada anak-anak yang mana ini ‘menunjokkan bahawa arwah masih mempunyai harta pada masa itu, sedangkan semua lot-lot nah telah ditukar kepada Defendan. Tetapi Defendan menafikan pemberian itu sebagai amanah kerana beliau mengangeap pemberian itu sebagai sukarela Kerana arwah sayang kepadanya. Oleh kerana dakwaan Plaintif gan amanah itu tidak ada sokongan saksi-saksi yang cukup serta boleh diterima oleh mahkamah mengikut hukum syarak dan dakwaan tersebut dinafikan oleh Defendan, maka jika keadaan demikian mereka yang menafikan sesuatu dakwaan hendaklah bersumpah mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihagi, Nabi a.m, telah bersabda yang bermaksud berhubung de Bukhari Bin Mohd, Noor mM xXI/1 diate ann ‘Orang yang mendakwa hendaklah membuktikan dengan eterangan saksi dan sumpah ke atas orang yang menafthannya KENYATAAN PLAINTIF Perayu selaku Plaintif dalam kenyataan twuntutannya semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah mengaku 6 lot daripada 15 lot yang dituntut harta Sepencarian itu sebagai harta Defendan (Responden) daripada pusaka ibunya itu Tot-lot 674, 1289, 1340, 477, 484 dan 1025, Dan hanya 7 lot sahaja harta Sepencarian jaitu lot-ot 463, 1864, 1884, 1344, 2314, 2316 dan 1361, Manakala 2 Jot lagi 158 dan 159 harta yang diperolehi oleh arwah Mohd. Noor bin Kadir dari pusaka ibu bapanya yang diambil balk oleh kerajaam dan dibayar pampasan kepada Responden Aishah bt Ismail sebanyak RM500,000.00. Dan seterusnya menyatakan lagi bahawa arwah ayahnya dalam satu perjumpaan khas yang ihadiri sama oleh Defendan (Responden) bersama-sama anak-anaknya ada ‘membuat suatu amanah kepada Defendan (Responden) supaya dibahagikan harta ‘arwah Mohd, Noor bin Kadir kepada anak-anaknya secara sama banyak. Dan minta dalam masa perbicaraan itu, jika Defendan tidak setuju supaya dia bersumpah. Bagi menyokong tuntutan tersebut, Perayu mengemukak saksi iaitu fan 3 orang i) Norasmat bt Mohd, Noor ii) Ashari bin Ab. Kadir iit) Abd. Razak bin Isma Ketiga-tiga orang saksi Plaimif tersebut telah menerangkan bahawa mereka hadir dalam satu perjumpaan pembahagian harta oleh arwah Haji Mohd, Noor bin Kadir kepada anak-anaknya semasa dia masih hidup di mana mereka mendengar Haji Mohd. Noor bin Kadir telah membuat pembahagian harta kepada anak aanaknya seramai 3 orang di hadapan Defendan (Responden) « tersebut tidak met api saksi-saksi an satu persatu berhubung dengan harta-harta yang dibahagikan itu seperti nombor lot anah dan sebagainya dan juga mereka tidak menerangkan bagaimana harta yang dikatakan sepencarian itu boleh diperolehi oleh Mohd. Noor bin Kadir dengan Aishah bt Ismail. Hukum Syarak telah ‘menetapkan syarat yang wajib ada kepada seseorang saksi semasa dia memberi kesaksian, di antaranya ialah saksi itu tiada tohmah bagaimana firman Allah dalam Surah al-Bagarah aya Allah berfirman ~ b a JAXX Dankera oleh al-t Byha x Saksi pe kepentin, arwah ba menyoke ada tohn Plaintitk sokong, pembaha M Bukhat Bin Mohd. Noor Maksudnya — Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) Keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu Dan keraguan itu boleh menimbulkan tohmah bagaimana hadis ya oleh al-Hakim bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda- Bhan Gly Lage dally 241 63 Vy Lib old alge 592 Y iriwayatkan Yang bermaksud Tidak boleh diterima keterangan saksi yang ada tohmah dan < ada permusuhan” Saksi pertama Norasmat adalah adik beradik Plaintif yang ada tohmah dan kepentingan kerana harta yang dituntut itu beliau juga ada hak pesaka bah ‘arwah bapanya, Oleh itu tidak dapat diterima keterangannya sebagai saksi bagi menyokong Plaintif. Manakala saksi yang kedua dan ketiga sunggubpun tidak ada tohmah, tetapi keterangan mereka tidak terang bagi menyokong tuntutan 4 Plaintifkerana mereka tidak dapat meajelaskan satu persatunya apa yang mereka sokong, cuma setakat yang boleh diterima ialah menghadiri perjumpaan dan pembahagian harta sahaja otis a Maksudnya Kecuali merel mengeta yang menyaksi dengan sebenar secara mereh ui dengan yakin Bukhari Bin Mohd, Noor mixxtt re JAWAPANDEFENDAN (RESPONDEN) Semasa perbicaraan di Mabkamah Tinggi Syariah, Responden selaku Def dan ‘memberitahu mahkamah antara lainnya bahawa anaknya Bukhari menuntut tana 7 keping itu tetapi tidak sebut nombor lot tanah-tanah tersebut). Ada lagi tanah Jain atas nama saya, tanah lain itu dimiliki dengan cara beli bersama-sama arwah Mohd. Noor bin Kadir, suami saya. Semua tanah-tanah itu didaftar atas nama saya kerana arwah suami saya suka kepada saya dan pemberian itu secara sukarela, ‘Semua harta itu nak cerita tak boleh tetapi kalau tunjuk tempat boleh. Seterusnya Defendan mengaku arwah Mohd. Noor bin Kadir semasa hidupnya menyurah Defendan bagi harta tanah atas namanya (Mohd. Noor) sama banyak kepada anak-anak, begitu juga hak namanya (Defendan) sama banyak, manakala saya mati dan lagi Defendan (Responden) mengaku ada satu lot rumah yang diperolehi dari arwah ibu bapa suaminya Mohd. Noor dan tanah itu arwah beri kepada saya. Tanah ini diambil balik oleh kerajaan dan dibayar pampasan sebanyak RMS00,000.00. Dan Defendan (Responden) tidak setuju pemberian itu sebagai ‘amanah untuk dibahagikan kepada anak-anak serta kemukakan seorang saksi bernama Norasiah bt Mohd. Noor iaitu anak kepada Defendan (Responden) ‘enerangkan antara lainya apabil dia (arwah) mati tanab-tanah hendaklah dibahagi sama banyak (tidak menurat hukum) tanah yang dimaksudkan itu tanah kepunyaan ayah, begitu juga dibahagi sama banyak tanah kepunyaan itu apabila ibu meninggal, DEFENDANSEBAGAIPEMEGANGAMANAH_ Isu yang penting yang perlu mahkamah beri perhatian dalam kes in ialah Plaintif (Bukhaty bin Mohd. Noor) mendakwa bahawa dalam perjumpaan khas yang Aihadiri bersama oleh Defendan (Responden) arwah bapanya Mohd. Noor bin Kadir ada membuat amanah kepada Defendan supaya membahagikan harta-harta sama banyak kepada anak-anak itu dinafikan dan tidak dipersetujui oleh Defendan (Responden). Dakwaan seperti ini sudah tentu heban pembuktian terletak ke alas bahw orang yang mendakwa iitu Plaintf, bagain oleh Baihagi Muhammmad (s.a.w.) telah bersabda — ana hadis yang diriwayatkan SSN oe Ae cnely goal le BS) Maksudnya — Orang yang mendakwa he aklah membuktikan dengan keterangan saksi dan sumpah ke atas orang yang menafikannya’ b b IH XxI Dan dale telah ber Dakwaa saksi da hendakl: Noor bit kepunya dituntat Berdasat sepertim Keputus Mahkan sebulat s Mahkan yang dit dan men Respone 1344,23 484 dan ibu bapa Ada pun dibayar diperset yang di memute diselesa Arwah 3 membah dibuatd: senditis dengan 1H uh da ya hi da ak a) tif ta ke > Bukhari Bin Mohd. Noor JHXXI/I an Dan dalam hadis lain ya telah bersabda diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim Nabi (S.a..) Ae eal de cael Maksudnya Akan tetapi sumpah ke atas orang yang kena dakwa” Dakwaen Plaintif berhubung dengan amanah itu tidak ada sokongan daripada saksi dan dinafikan oleh Defendan (Responden) dan bagi menyelesaikannya hendaklah Defendan (Responden) bersumpah menafikan bahawa arwah Mohd. ‘Noor bin Kadir memberi amanah kepadanya untuk membahagikan harta-harta kepunyaannya kepada anak-anak secara Sama banyak. Babkan harta-harta yar dlituntut sepencarian itu adalah pemberian Mohd. Noor bin Kadir kepadanya secara sukarela. Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, me sepertimana berikut hkamah membuat keputusan ‘Keputusan Mahkamah Rayvan Syariah yang bersidang pada hari ini 17/4/2005 dengan sebulat suara membuat keputusan MEMBATALKAN keputusan Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak tuntutan harta sepencarian oleh Perayu yang dibuat pada 23.12,2003 dan memutuskan bahawa Perayu boleh memohon dan menuntut harta sepencatian Arwah ayahnya Mohd, Noor bin Kadir ke atas Responde isyah Bt Ismail ke atas 7 Lot tanah iaitu Lot 463, 1864, 1884, 1344,2314,23 16 dan 1361, Manakala 6 Lot agi iaitulot-lot 674, 1340, 1289, 477, 484 dan 1025 adalah harta dom Aisyah bt Ismail yang diperolehi dari pemberian ibu bapanya dan tidak ada hak bagi Perayu menuntut sebag Ada pun 2 lot lagi iaitu lot 158 dan 159 yang diambil balik oleh Kerajaan dan dlibayar kepada Responden Aisyah bt Ismail pampasan sebanyak RM500,000.00 dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah harta Arwah Mohamad Noor bin Kadir, yang diperolehi dari pesaka ibu dan bapanya. Sungguhpun Perayu berhak ‘menuntut harta sepencarian ke atas 7 lot tanah tersebut, tetapi sebelum mahkamah memutuskan samada sabit sepencarian atau sebaliknya terlebih dahulu harta sepencarian, iselesaikan suatu isu yang timbul dalam kes ini iaitu dakwaan Perayu bahawa ‘Arwab ayahnya ada berpesan dan memberi amanah kepada Responden supaya ‘membahagikan hartanya kepada anak-anaknya secara sama banyak. Amana ini

You might also like