PERDEBATAN ANTARA KAUM MENGENAI ISU
KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
Abdul Halim Ramli
Abstract
This article examines the debate revolving around the issue of citizenship between 1946 and
1957. This article will examine the introduction of the Malayan Union citizenship, the
subsequent Federation of Malaya Agreement in 1948 and the debate surrounding the
citizenship issue. The second part of the article will concentrate the debate surrounding the
citizenship during the formulation of the 1957 federal constitution. The issue become
controversial debate between Malays and non-Malays before Independence and triggered
strained feeling among two ethnic groups. However the issue finally resolved by negotiation
and compromise among them. This article show the issue of citizenship has led Malays fear
of losing their right after Independence. However, intensive negotiations among the leaders
of three ethnic groups had been able to solve this issue successfully. The non-Malays have
finally received the citizenship right they fought for so long. Their struggle for citizenship
right is essential for legalization of political right to ensure protection and survival their
future in this country.
Pengenalan
Isu hak kerakyatan kaum bukan Melayu sebelum merdeka, terutama
selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua menjadi isu yang kontroversi
dan sensitif dalam kalangan perbagai kaum, terutama dalam kalangan
orang Melayul. Hak kerakyatan ini telah menjadi matlamat perjuangan
kaum bukan Melayu terutama selepas penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1948. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
dilihat oleh kaum bukan Melayu lebih banyak meninggalkan kesan negatif
terutama dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan hak kerakyatan
dan kesaksamaan hak, sebaliknya is dilihat lebih banyak memberi
perlindungan dan mengukuhkan kedudukan bangsa Melayu di negara
ini. Lantas perjuangan kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak
kerakyatan menimbulkan tindak balas daripada orang Melayu.
Sikap orang Melayu terhadap tuntutan kaum bukan Melayu tersebut
terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama menentang tuntutan
tersebut disebabkan kebimbangan mereka terhadap ancaman masa depan
kaum bukan Melayu terhadap kedudukan orang Melayu terutama dalam
56
JURNAL SEJARAH
aspek politik dan ekonomi. Lebih-lebih lagi mereka berpendapat bahawa
negara ini adalah pusaka turun menurun orang Melayu yang tidak boleh
digadaikan bagi memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu tersebut.
Manakala orang Melayu yang berpendirian sederhana (pemimpin UMNO),
sedia memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu setelah
mereka diyakini tentang kesetiaan kaum bukan Melayu yang tidak berbelah
bahagi terhadap negara ini, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu bersetuju
mengiktiraf dan menerima hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan kedudukan raja-raja Melayu. Peristiwa sejarah tawar menawar tersebut
disebut sebagai 'persetujuan bersejarah' dan merupakan quid pro quo yang
dirakamkan berlaku dalam proses penggubalan Perlembagaan negara
bermula seawal tahun 1955. Akhirnya orang Melayu telah menerima hak
kerakyatan kaum bukan Melayu selepas kaum bukan Melayu mengiktiraf
hak-hak orang Melayu yang sah dari sudut perlembagaan sebagai kaum
bumiputera di negara ini.
Kerakyatan Malayan Union: Penentangan Orang Melayu
Apabila kerajaan Inggeris membuat pengumuman untuk menubuhkan
Malayan Union pada bulan Oktober 1945, bagi menggabungkan negerinegeri Melayu di Semenanjung, mewujudkan satu bentuk pentadbiran yang
berpusat dan melonggarkan syarat-syarat kerakyatan bukan Melayu,
maka orang Melayu telah bangkit menentang gagasan tersebut.2 Di bawah
Malayan Union, orang Melayu akan menjadi warganegara secara
automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara
perlu memenuhi beberapa kelayakan seperti dilahirkan di Tanah Melayu
dan Singapura. Mereka juga boleh diberikan hak kewarganegaraan apabila
tinggal 10 daripada 15 tahun di negeri-negeri Melayu atau lima tahun di
Singapura.3 Kelonggaran syarat kerakyatan kepada kaum Cina dan India
adalah sebagai inisiatif kepada mereka untuk memutuskan hubungan
mereka dengan negara leluhur mereka dan menganggap Tanah Melayu
sebagai tanah air mereka sendiri.4 James Allen pula berpendapat, Malayan
Union merupakan satu usaha Inggeris untuk menghukum orang Melayu
dan memberi "reward" kepada orang Cina. Perkara ini ada kaitannya
dengan sokongan orang Melayu terhadap pemerintahan Jepun selepas
British mengaku kalah dan ketidakaktifan orang Melayu dalam membantu
Inggeris menentang Jepun. Sebaliknya British terasa terhutang budi
dengan orang Cina kerana banyak membantu mereka mempertahankan
Malaya dari serangan tentera Jepun dan berkerjasama dengan tentera
British menentang Jepun melalui Malayan Peoples'Anti-Japanese Army
(MPAJA) semasa Tanah Melayu dijajah oleh Jepun.5
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
57
Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union bukan sahaja
raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan di negeri masingmasing kepada Baginda Raja Inggeris, tetapi juga dilihat oleh orang
Melayu sebagai satu ancaman terhadap hak orang Melayu dan sebaliknya
hanya berfaedah kepada orang bukan Melayu. Justeru itu, orang Melayu
telah bangkit menentang Malayan Union.' Tunjuk perasaan orang Melayu
yang pertama menentang Malayan Union ialah di Kelantan ketika Mac
Micheal tiba di Kota Bharu pada penghujung Disember 1945.
Kedatangan Mac Micheal ke Kelantan telah disambut dengan demontrasi
kira-kira 10,000 orang Melayu dengan melaungkan kata-kata "Malaya
kepunyaan orang Melayu. Kami tidak mahu bangsa lain diberikan hakhak dan keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu".7
Kemuncak bantahan orang Melayu ialah apabila Mesyuarat Kongres
Seluruh Melayu diadakan di Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946 yang
meluluskan beberapa ketetapan. Antaranya menghantar telegram ke
Menteri Jajahan Inggeris yang mengandungi isi bantahan orang Melayu
terhadap Malayan Union dan menggesa kerajaan Inggeris berfikir panjang
sebelum melaksanakan gagasan tersebut.8 Sekiranya gagasan Malayan
Union ini berjaya dilaksanakan, maka raja-raja Melayu akan kehilangan
kedaulatan mereka, British akan dapat memerintah secara langsung di
negara ini dan akan wujud hak kewarganegaraan yang sama untuk semua
kaum. Kalau ini berlaku, kerajaan British tidak akan lagi mengiktiraf orang
Melayu sebagai rakyat peribumi yang mempunyai hak yang lebih
berbanding kaum lain. Orang Melayu juga akan kehilangan dominasi
mereka dalam politik dan kehilangan identiti mereka dalam jangka masa
panjang.9 Di samping itu, sekiranya Malayan Union dapat dilaksanakan
secara keseluruhannya, maka ia akan menjadikan Malaya sebagai
"Malayan" nation-state, bukannya "Malay" nation-state.1
Walaupun Malayan Union memberikan kelebihan kepada kaum bukan
Melayu terutama dalam hak kerakyatan, namun kaum Cina pada
mulanya tidak memperlihatkan sokongan mereka terhadap gagasan
tersebut, tidak seperti yang dijangkakan oleh Inggeris. Akhbar-akhbar
Cina tidak memberikan komen mereka terhadap Malayan Union
sehinggalah pada 31 Januari 1946.11 Kaum Cina lebih bimbang terhadap
permasalahan ekonomi dan ganguan hak sivil mereka pada waktu
tersebut. Majoriti kaum Cina melihat cadangan perlembagaan Malayan
Union tidak membawa apa makna, kecuali jika ia memberi kesan terhadap
kehidupan peribadi mereka sendiri. Manakala dalam kalangan ahli politik
yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan nasib kaum Cina
juga berbeza pendapat. Ahli Kuomintang dan orang Gina yang dilahirkan
di negara China tidak menunjukkan minat mereka terhadap Kertas Putih
cadangan Malayan Union. Kesetiaan politik mereka hanyalah kepada
negara asal mereka.12
58
JURNAL SEJARAH
Bagi mereka, penerimaan terhadap kewarganegaraan yang
dicadangkan melalui Malayan Union hanya akan menimbulkan masalah
terhadap status kewarganegaraan mereka sebagai warganegara China.
Menurut akhbar Chung Hwa sekiranya kaum Cina inginkan hak
kewarganegaraan Malaya, mereka harus secara terbuka mengisytihar
atau secara tidak langsung menyatakan bahawa mereka sudah terpisah
dari negara asal mereka. Keadaan ini agak menyukarkan orang Cina
untuk menerima kewarganegaraan Malayan Union sedangkan mereka
ingin terus mengekalkan kewarganegaraan China. Manakala akhbar Cina
yang lain seperti Modern Daily telah menentang peranan sultan-sultan
Melayu sebagai pemimpin tradisional dan ketua agama bagi Malayan
Union. Akhbar Sin Min Chu dalam laporannya bertarikh 24 Januari 1946
secara tegas mengkritik Malayan Union yang disifatkannya masih jauh
dalam memperkasa status politik rakyat Malaya dan hanya "consolidated
Britain's hold on Malaya and Singapore".13 Manakala golongan radikal Cina
yang diwakili oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah menolak Malayan
Union kerana is tidak menyediakan satu pilihan raya yang menyebabkan
kuasa Gabenor dianggap berlebihan dan pemisahan Singapura dianggap
tidak logik dari sudut politik dan ekonomi. Golongan radikal Cina ini
memperjuangkan penubuhan sebuah negara sosialis. Manakala golongan
Cina yang moderat tidak begitu menentang Malayan Union kerana tertarik
dengan peluang untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui gagasan
tersebut.14
Manakala kaum India juga tidak banyak memberikan respons mereka
terhadap gagasan Malayan Union. Editor akhbar kaum India tidak
menyentuh cadangan Malayan Union sehinggalah pada 1 Februari 1946.
Ini disebabkan penumpuan akhbar Tamil pada waktu tersebut adalah
terhadap isu kekurangan makanan, peningkatan harga barangan dan
industri. Bagaimanapun, isu Malayan Union mula menjadi tumpuan
komuniti India apabila akhbar Jananayagam (akhbar golongan sayap kiri
kaum India) pada 23 Mac 1946 telah mengkritik Malayan Union dengan
menyifatkannya sebagai satu metod untuk memperteguhkan pentadbiran
British dan menjajah negara ini. Ia adalah satu rancangan untuk memecah
belahkan Malaya mengikut kehendak kaum imperialis."
Akhbar India lain yang turut mengecam Malayan Union ialah The
Tamil Press, Malaya Nanban, Tamil Murasu dan lain-lain. Sikap komuniti
India yang berpecah dalam isu Malayan Union berlaku disebabkan
penumpuan politik kaum India sehingga pertengahan tahun 1946 adalah
terhadap perkembangan politik yang berlaku di India. Bagaimanapun
mulai pertengahan tahun 1946, majoriti kaum India telah mengalu-alukan
rancangan untuk memberikan kewarganegaraan Malaya yang sama
kepada semua kaum dan pemusatan kerajaan. Apabila MIC (Malaysian
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
59
Indian Congress) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946, barulah kaum
India melalui MIC membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
perlembagaan dan kesan Malayan Union terhadap kaum India di negara
MIC seperti UMNO (United Malays National Organization) juga telah
menentang Malayan Union kerana gagasan ini dilaksanakan dengan
paksaan tanpa persetujuan rakyat asal negara ini. Pandangan umum dalam
kalangan komuniti India ketika itu ialah Malaya adalah negara Melayu
dan hakikat ini mestilah dikekalkan. Kaum India juga tidak menerima
sebarang pembaharuan perlembagaan yang tidak diterima oleh orang
Melayu sendiri. Justeru itu, John Thivy (Presiden MIC) dalam ucapannya
pada 7 Jun 1947 ketika Mesyuarat Tahunan MIC di Kuala Lumpur telah
meyakinkan orang Melayu bahawa kaum India;
Would never appeal over the heads of the Malays to the British for
any particular right or privilege in the task of establishing a constitution
for Malaya; if we do so we would be sowing the seeds of communal
dissensions.17
Hak Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948: Penentangan
Kaum Bukan Melayu
Pada bulan Disember 1946, satu perjanjian telah dicapai bagi membubarkan
Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
diwujudkan pada 1 Februari 1948.18 Menurut Comber, Persekutuan Tanah
Melayu merupakan asas kepada Perlembagaan Malaysia hari ini dan
penubuhannya merupakan kejayaan kepada orang Melayu. Ini disebabkan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa Pesuruhjaya
Tinggi Inggeris akan bertanggungjawab menjaga hak istimewa orang
Melayu dan kepentingan sah kaum bukan Melayu.19 Perjanjian Persekutuan
merupakan tolak ansur orang Melayu dan Cina. Sungguhpun orang Cina
tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa Kerja (Working Commitee) tetapi
pandangan mereka telah diperolehi sebelum Perjanjian itu menjadi undangundang. Menurut Comber lagi, orang Melayu bersetuju memberi
kerakyatan Persekutuan kepada mereka yang mencurahkan taat setia
yang tidak berbelah bagi kepada negara ini mengikut syarat yang telah
disebutkan dalam Perjanjian tersebut. Orang Melayu kebanyakannya telah
berpuas hati dengan perlembagaan baru ini tetapi tidak berapa mendapat
sambutan dari kaum bukan Melayu disebabkan ketidakpuasan hati mereka
mengenai undang-undang kerakyatan Persekutuan2 yang ketat.21
Peruntukan mengenai syarat-syarat kerakyatan di bawah perjanjian
Persekutuan telah menyebabkan orang bukan Melayu sukar untuk
memperoleh hak kerakyatan berbanding kaum Melayu. Menurut Oong,
60
JURNAL SEJARAH
Perjanjian Persekutuan merupakan satu polisi kerajaan British yang
pertama kali membuat perbezaan antara orang Melayu dan bukan
Melayu. Ia bukan sahaja memberi definisi siapakah orang Melayu22 tetapi
secara tidak langsung telah membahagikan orang Cina kepada tiga
kelompok, iaitu Cina Negeri Selat (warganegara British), Cina yang
dilahirkan di Malaya yang telah dibaratkan atau separuh-diasimilasi dan
Cina asing (pendatang). Komuniti Cina Selat yang menjadi rakyat British
di Penang dan Melaka diterima sebagai warganegara Persekutuan.
Manakala Cina yang dilahirkan di Malaya, di mana ibu bapa mereka
juga lahir di sini, mereka layak mendapat hak kerakyatan mengikut "kuat
kuasa undang-undang".
Namun begitu, sebahagian besar dari kelompok Cina asing boleh
mendapatkan hak kerakyatan berasaskan kepada permohonan, tetapi
harus memenuhi syarat seperti mempunyai pengetahuan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris yang memadai. Akibatnya, sebahagian besar kaum
Cina asing (pendatang) tetap menjadi pendatang di Malaya, manakala
golongan pendatang dari Indonesia yang telah diiktiraf oleh Sultan Melayu
sebagai rakyat Malaya bersama dengan orang Melayu telah diberi
kerakyatan berdasarkan "kuat kuasa undang-undang".23 Bagaimanpun,
di bawah Perjanjian Persekutuan, berdasarkan annual report bagi tahun
1950, seramai 3,120,000 orang telah menjadi warganegara melalui kuat
kuasa undang-undang, di mana 2,500,000 orang adalah orang Melayu,
350,000 Cina dan 225,000 adalah orang India, Pakistan dan Ceylon.
Selepas dicampur dengan bilangan mereka yang memperoleh kerakyatan
berdasarkan permohonan, jumlah warganegara Persekutuan
dianggarkan sebanyak 3,275,000, di mana 2,500,000 adalah orang
Melayu, 500,000 Cina dan 230,000 adalah orang India, Pakistan dan
Cyelon.24
Reaksi dan penentangan kaum bukan Melayu terhadap Perjanjian
Persekutuan menurut Khong dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu
penentangan golongan radikal Parti Komunis Malaya (PKM), konservatif
Cina (Dewan Perniagaan Cina) dan minoriti (seperti MIC, Malayan
Democratic Union (MDU) dan lain-lain). Faktor penentangan PKM terhadap
Perjanjian Persekutuan, antaranya disebabkan ketidakpuasan hati mereka
mengenai syarat kewarganegaraan yang ketat di mana PKM berpendapat
bahawa kaum bukan Melayu sepatutnya memperoleh hak kerakyatan
dengan mudah dan mempunyai hak yang sama dengan kaum Melayu.
Kerajaan British sepatutnya bertindak menyatukan kaum Melayu dengan
kaum Cina. Sekiranya kaum Cina didiskriminasikan dan tidak mendapat
kerakyatan, maka perpaduan kaum agak sukar untuk dibina.25
Justeru itu, setelah Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan
secara rasmi penubuhannya pada 1 Februari 1948, Parti Komunis Malaya
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
61
(PKM) telah mengumumkan kempen penentangannya terhadap kerajaan
secara gerila dan bersenjata bagi mendapatkan kuasa memerintah.26
Sebelum mengisytiharkan penentangannya terhadap kerajaan British
secara gerila, PKM dilihat sebagai tenaga penggerak yang menyatukan
gerakan kiri terutama mempergunakan AMCJA-PUTERA bagi
menentang cadangan Persekutuan.27 Menurut maklumat dari Malayan
Security Service, pada awal bulan Ogos 1946, PKM telah mengeluarkan
satu arahan sulit bagi mewujudkan "gerakan bersama" di bawah satu
"organisasi yang bersatu" untuk melakukan "emansipasi kaum di
Malaya" dari pemerintahan British. Gerakan tersebut merupakan satu
peluang bagi PKM untuk mewujudkan ketidakpuasan hati rakyat
terhadap polisi penjajah. Justeru itu, PKM telah mengarahkan supaya
ahli-ahlinya mewujudkan kerjasama dengan tiga kumpulan kaum di
Malaya dan pelbagai pertubuhan politik serta menyokong gerakan antiPersekutuan yang akan menjejaskan pemerintahan British.28
Bagi menjayakan rancangan Persekutuan, MacDonald dalam satu
konfrensi sulit pada bulan Jun 1947, telah mengisytiharkan bahawa PKM
adalah "musuh nombor satu" British. Untuk melemahkan pengaruh
PKM, kerajaan British perlu menyelesaikan dengan segera rancangan
Persekutuan. Manakala menurut Edward Gent, sekiranya rancangan
Persekutuan dilewatkan pelaksanaannya, maka ia akan membolehkan
PKM menjadi "dangerously strengthened and encouraged".29 Dengan sebab
itu, British tidak perlu memenuhi tuntutan Dewan Perniagaan Cina
Malaysia (ACCM) yang mendesak supaya diwujudkan sebuah
Suruhanjaya Diraja bagi membuat semakan terhadap Perjanjian
Persekutuan kerana ia bukan sahaja mewujudkan suasana
ketidaktentuan, tetapi juga akan menjadi alat PKM.3
Walau bagaimanapun, pelaksanaan segera rancangan Persekutuan
tidak dapat membendung pengaruh PKM, bahkan gerakan mereka
semakin agresif. Kekacauan dan keganasan yang pertama PKM dilakukan
di Perak (Sungai Siput)31 pada bulan Jun 1948 dan akhirnya merebak ke
seluruh Tanah Melayu sehingga mendesak kerajaan Inggeris
mengumumkan pemerintahan darurat di seluruh Persekutuan pada 12
Julai 1948. Pemberontakan PKM telah menyebabkan banyak kemusnahan
harta benda dan nyawa sehingga membawa kerajaan Inggeris
mengharamkan pergerakan PKM. PKM telah diharamkan pada 23 Julai
1948. Pengharaman PKM telah membawa pemimpin kaum Cina
memikirkan alternatif lain bagi menyalurkan aspirasi perjuangan mereka
yang membawa kepada penubuhan MCA pada 27 Februari 1949.32
Manakala reaksi golongan konservatif Cina seperti Dewan
Perniagaan Cina menurut Khong, tidaklah secara total menolak Perjanjian
Persekutuan yang dilihat oleh mereka sebagai menjaga kepentingan orang
62
JURNAL SEJARAH
Melayu sebagai penduduk peribumi Tanah Melayu. Namun, mereka telah
menolak syarat kerakyatan yang memerlukan 15 tahun bermastautin di
Tanah Melayu yang dianggap sebagai menghalang lebih ramai dari
kalangan kaum Cina mendapat hak-hak mereka yang sah di negara ini."
Penentangan golongan konservatif Cina terhadap cadangan Persekutuan
terserlah melalui memorandum yang dihantar oleh Pan-Malayan Chinese
Chambers of Commerce (ACCC) kepada Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris
yang diputuskan melalui konfrensi yang mereka adakan pada 23 Februari
1947. Memorandum tersebut bertajuk Memorandum on the Constitutional
Proposal for Malaya yang dirangka oleh Tan Cheng Lock dan dihantar
melalui telegram pada 28 Februari 1947. Memorandum tersebut telah
menyuarakan penentangan Dewan Perniagaan Cina Malaysia terhadap
cadangan Persekutuan yang disifatkan mereka sebagai "is undemocratic
and retrograde in structure and conception, and thoroughly inconsistent with
His Majesty's Goverment's pledge to facilitate and ensure the program of the
people of Malaya towards unity and ultimate self-goverment... ". 34
Cadangan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu telah dikritik
oleh Dewan Perniagaan Cina Malaysia sebagai meminggirkan orang Cina
dan kaum bukan Melayu dianggap sebagai golongan yang tidak
dikehendaki. Mereka seterusnya menuduh British melaksanakan polisi
"pecah dan perintah" dan "Malaya untuk orang Melayu". Ini disebabkan
orang Melayu mendapat hak kerakyatan yang mudah, tetapi menafikan
hak orang Cina dan bukan Melayu yang dilahirkan di Malaya, kecuali
kedua ibu bapa mereka dilahirkan di negara ini dan tinggal di negara ini
dalam jangka masa tidak kurang dari 15 tahun.35
Bertitik tolak dari hakikat tersebut, memorandum tersebut telah
mencadangkan supaya pemerolehan hak kerakyatan secara automatik
perlu dikaji semula dan syarat kerakyatan Persekutuan berdasarkan kuat
kuasa hendaklah diberikan kepada (i) sesiapa sahaja yang dilahirkan
dan menjadi pemastautin tetap di mana-mana negeri Persekutuan tanpa
diskriminasi kaum, (ii) sebarang individu di mana bapa, ketika is
dilahirkan adalah rakyat Persekutuan (iii) sesiapa yang sudah menjadi
residen biasa dalam mana-mana negeri Persekutuan 10 tahun dari 15
tahun.36 Memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Tanah Jajahan
British tersebut turut mendesak supaya diwujudkan segera sebuah
Suruhanjaya Diraja. Suruhanjaya tersebut perlu datang ke Malaya untuk
mengkaji keseluruhan kandungan Perlembagaan Persekutuan dan
membuat perbincangan dengan semua pihak di Malaya."
Manakala MIC (minoriti) turut menjadi salah sebuah organisasi
yang awal menentang draf Perjanjian Persekutuan.38 Pada tahun 1947,
MIC melalui keahliannya dalam AMCJA telah membuat kempen untuk
menentang cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. MIC
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
63
telah menyuarakan pandangan mereka bahawa Malaya adalah sebuah
negara majmuk bukan hanya negara bagi orang Melayu semata-mata.
Oleh sebab itu, hak kewarganegaraan yang sama rata perlu diberikan
kepada semua kaum. MIC telah meluluskan satu resolusi pada bulan
Mac 1948 untuk memulaukan Perlembagaan Persekutuan dan memecat
mana-mana ahlinya yang menganggotai Majlis Perundangan.
Bagaimanapun pemulauan tersebut telah mendapat tentangan dari
beberapa cawangan penting MIC.39
Perjuangan Menuntut Hak Kerakyatan Melalui Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC)
Walaupun gerakan anti-Persekutuan digerakkan oleh kaum bukan
Melayu melalui PKM, AMCJA, Dewan Perniagaan Cina dan pelancaran
hartal atau mogok ekonomi yang dianjurkan oleh gabungan AMCJAPUTERA pada 20 Oktober 1947 bagi membantah Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu, namun is tidak menghalang kerajaan British
mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1948. Meskipun gerakan anti-Persekutuan telah gagal dan tuntutan bukan
Melayu supaya British menyemak kembali undang-undang kerakyatan
Persekutuan tidak dilayan oleh British, namun perjuangan kaum bukan
Melayu untuk mendapat hak kerakyatan yang lebih memihak kepada
mereka tetap diteruskan. Misalnya, Tan Cheng Lock telah menghabiskan
10 tahun dari masanya (iaitu semenjak dari tahun 1947 hingga 1957)
menentang syarat kerakyatan yang terkandung dalam Perjanjian
Persekutuan dengan memperjuangkan syarat kerakyatan berdasarkan
jus soli untuk orang Cina. Perjuangan tersebut menampakkan kejayaannya
pada tahun 19514 dan 1957.41
Kejayaan tersebut mula tercapai melalui peranan aktif yang
dimainkan oleh Tan Cheng Lock dan pemimpin elit Cina yang lain melalui
Jawatankuasa Hubungan Kaum (CLC) dan penubuhan MCA pada tahun
1949. Tan Cheng Lock yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan
Kaum bersama dengan lima wakil kaum Cina yang lain dan masingmasing satu wakil dari kaum India, Eurasian, Ceylon dan Eropah42 telah
menggunakan medium tersebut untuk memperjuangkan hak kerakyatan
bukan Melayu. Manakala British pula telah menggunakan penubuhan
CLC sebagai satu cara untuk meneutralkan penentangan orang Melayu
terhadap tuntutan bukan Melayu mengenai hak kerakyatan Malaya. Mac
Donald telah menggunakan faktor kebimbangan orang Melayu terhadap
Parti Komunis Malaya (PKM) yang mungkin merampas kuasa, kecuali
kerajaan British mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu kerakyatan
bagi mengurangkan sokongan orang Cina terhadap PKM yang
menjanjikan hak politik dan kerakyatan yang sama untuk semua kaum
64
JURNAL SEJARAH
jika mereka mendapat kuasa. Justeru itu, Mac Donald menegaskan
bahawa kerajaan British terpaksa menggunakan janji yang sama kepada
kaum bukan Melayu bagi menarik sokongan mereka. Alasan tersebut
telah menyebabkan pemimpin UMNO bersetuju dengan tuntutan MCA
bagi meliberalkan peruntukan-peruntukan mengenai hak kerakyatan.43
Perbincangan mengenai hak kerakyatan telah menjadi salah satu
isu utama yang dibincangkan di dalam perjumpaan Jawatankuasa CLC
pada 29 hingga 31 Disember 1949 di Pulau Pinang. Menurut Tan Cheng
Lock, mesyuarat CLC pada 30 Disember telah membincangkan cadangan
untuk meminda Perlembagaan Persekutuan 1948 berkaitan dengan soal
kewarganegaraan. Bagaimanapun, cadangan tersebut telah dikritik oleh
sebahagian dari ahli CLC Melayu dengan menyifatkan keinginan beriburibu orang Cina untuk mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan
disebabkan kebimbangan mereka untuk kembali ke negara China yang
ketika itu telah menjadi sebuah negara komunis. Mereka mendakwa
keinginan orang Cina untuk mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan
bukan disebabkan perasaan kesetiaan mereka terhadap negara ini. Justeru
itu, Tan Cheng Lock dalam mesyuarat tersebut telah merayu kepada wakil
Melayu supaya mempunyai sikap timbang rasa kepada komuniti Cina,
membuangkan sikap keraguan dan sikap tidak mempercayai masyarakat
Cina di negara ini. Menurut Tan Cheng Lock lagi, sekiranya orang Melayu
menyakini orang Cina ikhlas dan ingin menumpahkan kesetiaan mereka
kepada negara ini dan orang Cina pula dapat membuktikan kesetiaan
mereka maka orang Melayu akan dapat menerima orang Cina sebagai
warganegara Malaya. Akhirnya, pada akhir mesyuarat tersebut, ahli
jawatankuasa CLC telah sebulat suara menerima prinsip jus soli (undangundang tempat lahir) digunakan dalam soal pemberian kewarganegaraan
kepada kaum bukan Melayu.
Prinsip jus soli perlu diperkenalkan dengan secepat mugkin di setiap
negeri-negeri Melayu supaya semua orang yang berketurunan Asia atau
Eurasian yang dilahirkan di negeri tersebut menjadi rakyat Raja dan dengan
demikian membolehkan mereka menjadi rakyat Persekutuan pada masa
yang sama." Jawatankuasa CLC telah mencadangkan supaya
diwujudkan dua jenis kewarganegaraan iaitu melalui undang-undang
dan melalui pendaftaran. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undangundang mestilah melalui ujian yang mudah dan sesiapa yang dilahirkan
di Persekutuan layak menerima kerakyatan Persekutuan. Manakala
kewarganegaraan melalui pendaftaran boleh dipohon oleh sesiapa sahaja
yang bermastautin selama 15 tahun dalam Persekutuan, di samping
mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai pengetahuan yang
mencukupi sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris sekadar yang
boleh difahami) dan perlu membuat pengisytiharan kesetiaan
(mengangkat sumpah taat setia) terhadap Persekutuan.
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
65
Penerimaan cadangan kewarganegaraan yang mengguna pakai
prinsip jus soli oleh ahli jawatankuasa CLC secara sebulat suara tersebut
adalah merupakan kompromi atau tolak ansur yang amat penting
dilakukan oleh Dato' Onn terhadap tuntutan Tan Cheng Lock. Ia dibuat
setelah pemimpin-pemimpin Cina bersetuju tentang "implimentasi polisi
berkenaan hak-hak keistimewaan kaum Melayu" dan "keistimewaan
ekonomi" bagi kaum Melayu diakui.46
Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Hubungan Kaum
supaya diadakan undang-undang kerakyatan bagi Persekutuan dan
negeri-negeri Melayu dengan syarat yang mudah dan longgar telah
menimbulkan kemarahan dari ahli-ahli UMNO dan orang Melayu.
Umpamanya, Nik Mahmod bin Hj. Abdul Majid Kelantan, di dalam
Warta Negara bertarikh 10 Mei 1950 berpendapat, sekiranya kaum bukan
Melayu diterima sebagai warganegara Malaya yang sama taraf dengan
orang Melayu, maka tindakan berikut perlu dilakukan.47
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kesemua bangsa bukan Melayu tidak dibenarkan lagi masuk
menduduki Tanah Melayu melainkan bangsa British sahaja.
Kesemua bangsa Melayu Sarawak, Brunei, Borneo, Indonesia, Siam,
Kemboja dan mana-mana negeri atau pulau di seluruh dunia
dibenarkan masuk menduduki Tanah Melayu menjadi anak Tanah
Melayu.
Kesemua sekolah-sekolah bangsa asing mestilah ditutup dan tidak
dibenarkan lagi melainkan hanyalah sekolah-sekolah bahasa Melayu
dengan sekolah bahasa Inggeris sahaja.
Kesemua bangsa mestilah lulus Darjah Lima Sekolah Melayu
baharulah boleh ia masuk sekolah Inggeris dan barulah boleh diterima
bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dan menjadi kakitangan kerajaan.
Kesemua bangsa asing yang telah menjadi anak rakyat Tanah
Melayu tidak boleh pulang ke negerinya dan harta bendanya tidak
boleh dihantarkan ke negerinya dan dimestikan ia putus
persaudaraan dengan bangsa di negerinya.
Tiap-tiap gudang perniagaan bangsa asing yang memakai kuli dan
kakitangannya, mestilah setengah kulinya atau kakitangannya itu
dipakai orang Melayu.
Sementara itu, UMNO pula terpaksa membuat cadangan balas
mengenai syarat-syarat menjadi rakyat Persekutuan dan rakyat Raja.
Cadangan balas itu telah dibentangkan dalam Persidangan Agung UMNO
pada 20 dan 21 Mei 1950 di Kuala Lumpur. Dalam Persidangan itu,
Dato' Onn telah berucap dengan panjang lebar menolak kritikan terhadap
cadangan tersebut dan syarat-syarat kerakyatan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Antara yang kuat menentang
66
JURNAL SEJARAH
cadangan kerakyatan tersebut ialah Persekutuan Penuntut-penuntut
Pelajaran Tinggi yang menuduh Dato' Onn belot dan khianat. Dalam
persidangan itu juga terdapat dalam kalangan ahli-ahli UMNO yang
menentang dengan keras cadangan tersebut dan mendesak supaya
cadangan itu ditangguhkan dahulu kerana para perwakilan belum
mendapat masa yang mencukupi untuk melihat dan mengkaji undangundang kerakyatan seperti yang telah dicadangkan oleh CLC.48
Rasional dari pengujudan undang-undang kerakyatan yang
menimbulkan kontroversi itu telah dihuraikan dengan lanjut oleh Dato'
Onn dalam perjumpaan pada 20 dan 21 Mei 1951 tersebut. Menurut
Dato' Onn', undang-undang kerakyatan di negeri-negeri Melayu belum
wujud lagi bagi menentukan siapakah yang menjadi rakyat Raja atau
rakyat bagi negeri-negeri Melayu. Dengan ketiadaan syarat-syarat
kerakyatan dalam undang-undang negeri-negeri Melayu agak sukar
untuk menentukan kerakyatan seseorang itu. Dengan sebab itu menurut
Dato' Onn, adalah mustahak setiap buah negeri mengadakan Undangundang Kerakyatan negeri itu bagi menentukan siapa yang dikatakan
rakyat negeri itu. Kata Dato' Onn lagi; "Oleh kerana, selagi tidak ada
undang-undang yang semacam itu, maka pada hari ini, ada beratus ribu
orang dari keturunan atau yang datangnya dari Indonesia tetapi sudah
mengaku duduk dan berkehendak duduk di sini selamanya, tidak boleh
diakui menjadi rakyat negeri kita. Begitukah kehendak dan tujuan orang
Melayu?. Saya sendiri tidak faham".49
Undang-Undang Kerakyatan itu juga merupakan satu perakuan dari
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) yang menyebutkan oleh
kerana setiap negeri-negeri Melayu itu merupakan negeri Melayu beraja
dan mempunyai kerajaan, maka secara logiknya ia berhak mempunyai
rakyatnya sendiri. Oleh kerana, negeri-negeri Melayu tidak mempunyai
undang-undang kerakyatan mereka sendiri, maka akan terpakai undangundang dunia iaitu yang menggunakan prinsip jus so/i. Sekiranya prinsip
ini digunapakai dalam undang-undang negeri, maka ia melibatkan 1.2 juta
kaum Cina, 270,000 kaum India dan lebih kurang 45,000 kaum-kaum lain
yang boleh menuntut menjadi kerakyatan British ataupun rakyat raja-raja
Melayu disebabkan mereka dilahirkan di dalam Persekutuan Tanah
Melayu.50
Lanjutan dari cadangan Dato' Onn, satu Persidangan Agung UMNO
pada 10 hingga 11 Jun 1950 telah diadakan secara khusus bagi
membincangkan undang-undang kerakyatan yang dicadangkan oleh
UMNO untuk dikemukakan kepada kerajaan British. Persidangan
tersebut bermula dengan agak panas. Terdapat ucapan-ucapan
perwakilan yang menuduh, menghentam Dato' Onn dan menolak
cadangan kerakyatan tersebut. Akhirnya, pada hari kedua persidangan
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
67
tersebut Dato' Onn telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai
Presiden UMNO. Pengumuman peletakan jawatan Dato' Onn sebagai
Presiden UMNO telah menimbulkan suasana kelam kabut. Dalam ucapan
pada hari terakhir persidangan, Dato' Onn telah menjelaskan sebab-sebab
peletakan jawatannya disebabkan perbezaan pandangan mengenai
cadangan kerakyatan kaum bukan Melayu dengan sebahagian ahli
UMNO. Peletakan jawatan ini bagi menjaga perpaduan orang Melayu
dan UMNO kerana beliau dituduh membawa sesuatu perkara yang tidak
boleh diterima oleh orang Melayu sendiri. Kata Dato' Onn'; "Tuduhan
ini amat berat yang saya sendiri tidak dapat menerimanya. Saya
mempunyai darah Melayu. Dari dikekalkan tuduhan-tuduhan itu, terlebih
baik saya tunjukkan kepada bangsa dan tanah air saya dengan
mengundurkan diri dari UMNO"."
Bagi Dato' Onn, soal mengadakan undang-undang kerakyatan
adalah satu persoalan dasar dan pokok yang perlu diselesaikan. Ia adalah
satu realiti politik yang perlu diterima oleh orang Melayu. Katanya lagi,
"jika partinya tidak mahu menerima dasar yang dibawanya itu tidak
ada lain jalan baginya melainkan meletakan jawatan dan membuka
kepada lain orang menjalankan UMNO itu menurut dasar yang
dipersetujui dan dikehendaki oleh Persidangan Agung". Walaupun
selepas itu, Persidangan telah meluluskan usul yang memberikan
kepercayaan penuh kepada Dato' Onn dan meminta beliau menarik balik
perletakan jawatannya, namun beliau tetap tidak berganjak dengan
pendirian asalnya itu.52 Bagaimanapun, dalam persidangan UMNO pada
27 hingga 29 Ogos, 1950, Dato' Onn telah dipilih semula sebagai Presiden
UMNO tetapi setahun kemudian beliau keluar dari UMNO dan
menubuhkan sebuah parti baru yang dinamakan Parti Malaya Merdeka
atau IMP.
Dalam persidangan Agung UMNO pada 25 dan 26 Ogos 1951, iaitu
persidangan yang terakhir baginya, Dato' Onn telah membayangkan
untuk menubuhkan sebuah parti baru yang tidak bersifat perkauman
dengan harapan untuk mendapat sokongan dan mengukuhkan
kedudukannya dalam kalangan kaum bukan Melayu. Beliau telah
menerangkan sebab utama beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan
sebuah parti baru adalah kerana beliau ingin mewujudkan perpaduan
dan perhubungan yang baik antara kaum di Tanah Melayu serta hendak
mengikat kaum-kaum lain yang hendak menumpahkan taat setia mereka
dan menjadi warganegara di negara ini. Di samping itu, faktor penolakan
cadangan beliau khususnya oleh ahli UMNO sendiri mengenai undangundang kerakyatan yang memberi hak kepada bukan Melayu menjadi
warganegara negara ini turut menjadi faktor beliau meninggalkan UMNO
dan menubuhkan sebuah parti baru.53
68
JURNAL SEJARAH
Perasaan tidak puas hati kaum bukan Melayu terhadap syarat-syarat
kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menghalang mereka untuk mendapatkan hak kerakyatan dengan mudah,
di samping cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CLC bagi
meliberalkan syarat kerakyatan telah mempengaruhi British membuat
pindaan terhadap Perjanjian tersebut. Hasilnya pada bulan Jun, 1951
proposal mengenai isu kerakyatan telah dibawa ke dalam Majlis
Undangan Persekutuan. Namun is tidak diluluskan kerana bantahan
dari ahli Dewan Perundangan sama ada oleh wakil Melayu dan bukan
Melayu. Bagi ahli Dewan Perundangan Melayu, cadangan tersebut begitu
liberal, manakala bagi kaum bukan Melayu, cadangan tersebut terlalu
ketat. Isu tersebut kemudiannya telah dirujuk untuk penilaian yang lebih
lanjut lagi oleh Select Commitee. Hanya pada tahun 1952, Select Commitee
telah mengemukakan cadangan-cadangan mereka yang termuat dalam
Ordinan Perjanjian Persekutuan (Pindaan) tahun 1952 yang
memudahkan kaum bukan Melayu memperoleh hak kerakyatan."
Walau bagaimanapun, menurut Ratnam dan Heng, pindaan tersebut
masih tidak memuaskan hati kaum bukan Melayu. Bagi Ratnam, pindaan
tersebut meskipun membuka pintu hak kerakyatan yang agak luas juga
kepada kaum bukan Melayu, tetapi is masih tidak dapat membentuk
satu nasionaliti Malayan dan menyuburkan kesatuan rakyat. Ini
disebabkan pindaan tersebut telah membentuk satu kewarganegaraan
dan sembilan nasionaliti, di mana seseorang itu boleh menjadi
warganegara Persekutuan sama ada melalui rakyat Raja atau rakyat
United Kingdom dan tanah jajahannya serta memenuhi syarat-syarat
tertentu.55 Pindaan itu juga masih menyukarkan kaum bukan Melayu
memperolehi hak kerakyatan berbanding syarat kerakyatan yang terdapat
dalam Malayan Union. Pindaan tersebut juga tidak dapat memuaskan
hati kaum bukan Melayu kerana tuntutan mereka supaya digunakan
prinsip jus soli bagi mewajarkan mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu
mendapat hak kerakyatan secara automatik tidak digunakan dalam
pindaan Ordinan tersebut.
Walau bagaimanapun, pindaan tersebut telah membolehkan kirakira antara 50 dan 60 peratus orang Cina memperolehi hak kerakyatan
Persekutuan dan 30 peratus orang India.56 Prinsip jus soli tidak digunakan
dalam pindaan tersebut disebabkan berlakunya perubahan kepimpinan
UMNO dari Dato' Onn kepada Tunku Abdul Rahman pada 25 Ogos 1951.
Prinsip jus soli yang hendak digunakan dalam pemberian hak kerakyatan
merupakan janji Dato' Onn kepada MCA pada tahun 1950 dan ketika
beliau menganggotai Jawatankuasa CLC. Apabila Tunku Abdul Rahman
mengambil alih teraju kepimpinan UMNO, beliau tidak terikat dengan
janji tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak pernah menganggotai
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
69
Jawatankuasa CLC dan yang lebih penting lagi prinsip jus soli tidak
diterima oleh ahli-ahli UMNO. Sebagai orang yang baru dipilih sebagai
Presiden UMNO, beliau tentunya tidak mahu membuat suatu keputusan
yang tidak popular.57
Walaupun pindaan Ordinan Perjanjian Persekutuan 1948,
menghampakan kaum bukan Melayu kerana prinsip jus soli diketepikan
dalam pemberian hak kerakyatan, namun is tidak mematahkan
perjuangan mereka membuat desakan mengenainya. Tan Cheng Lock
dalam ucapannya dalam Mesyuarat Tahunan General Committe MCA di
Singapura pada 27 Disember 1953 telah membuat penegasan sekali lagi
bahawa kaum Cina tidak boleh diragukan kesetiaan mereka terhadap
negara ini. Kaum Cina menurutnya datang untuk tinggal di negara ini
dan menjadikan negara ini sebagai tempat tinggal mereka yang tetap.
Tan Cheng Lock juga menegaskan ketika negara ini jatuh ke tangan
pemerintahan Jepun yang zalim, orang Cina masih menunjukkan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara ini. Adalah satu
metos mengatakan orang Cina menguasai kekayaan negara, padahal
orang Cina hanya memiliki kurang dari 20 peratus ladang getah dan
tidak lebih dari 25 peratus pemilik lombong bijih timah, sedangkan pemilik
yang terbesar industri tersebut adalah orang Eropah. Orang Cina
menguasai kekayaan Malaya adalah lebih kecil dari apa yang dipunyai
oleh orang Eropah, meskipun bilangan orang Cina lebih ramai.
Kebanyakan orang Cina masih lagi miskin seperti kebanyakan orang
Melayu. Tan Cheng Lock telah memberi ingatan bahawa "we are living
in an age "when any prolonged attempt of any race nation or class or sex to
dominate another can only bring destruction to both"."
Isu Kerakyatan Dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955
Pilihan raya Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 27 Julai
1955. Dalam pilihan raya tersebut, pihak parti Perikatan telah
mengeluarkan manifestonya pada bulan Mei 1955 setelah dibincangkan
dengan panjang lebar oleh Majlis Tertinggi Perikatan.59 Manifesto yang
dikeluarkan oleh Perikatan ketika itu tidaklah membuat satu pendirian
yang tegas dan tetap mengenai dasar kerakyatan. Ini disebabkan
pemberian hak kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli telah ditentang
dengan hebat oleh orang Melayu.6
Bagi mendapat sokongan dari orang Melayu dalam pilihan raya
tersebut, UMNO telah berjanji untuk mempertahankan hak istimewa
orang Melayu dan tidak membuat janji yang khusus mengenai hak
kerakyatan bukan Melayu dalam Manifesto tersebut. MCA tidak
membantah tindakan tersebut kerana mereka telah berpuas hati dengan
jaminan yang diberikan kepada mereka oleh UMNO mengenai hak
70
JURNAL SEJARAH
kerakyatan. Sebaliknya, pemimpin MCA telah berpuas hati dengan
pengisyitiharan manifesto mengenai isu pendidikan Cina (termasuk janji
menyemak kembali Ordinan Pelajaran 1952)61 yang boleh menarik
sokongan pengundi kaum Cina kepada Perikatan.62 Tambahan pula,
jumlah pengundi Cina ketika itu hanya mewakili 11.2 peratus dari jumlah
pengundi yang membuatkan MCA bersikap membisu dalam soal ini.
Bagaimanapun, Perikatan telah mengambil jalan tengah di mana masalah
kewarganegaraan hendaklah diselesaikan oleh satu Suruhanjaya bebas
yang merangka perlembagaan negara.63 Perkara ini dinyatakan dalam
manifesto Perikatan yang menyebutkan:
Perikatan berpendapat bahawa oleh kerana Persekutuan yang telah
merdeka harus mengadakan perubahan-perubahan perlembagaan,
suruhanjaya bebas yang akan mengkaji perubahan-perubahan
perlembagaan itu mestilah juga memeriksa dengan teliti masalah yang
berhubung dengan penduduk-penduduk dari bangsa-bangsa asing yang
besar jumlahnya. Suruhanjaya itu haruslah diberi tugas kewajipan
menyiasat masalah ini dan membuat syor bagaimana masalah ini boleh
diselesaikan dengan memuaskan hati.64
Hak Kerakyatan Sebagai Testamen Politik Perikatan Tahun 1956
Walaupun dalam pilihanraya Persekutuan 1955, MCA dan MIC mengalah
kepada kehendak UMNO untuk tidak memasukkan soal kerakyatan
dalam manifesto mereka, bagi meraih sokongan 84 peratus pengundi
Melayu, namun tuntutan bukan Melayu terhadap pemakaian prinsip jus
soli dalam soal kerakyatan terus diperjuangkan. Perkara ini terserlah
melalui Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang
disifatkan sebagai Testamen Politik Perikatan yang mengandungi 20 muka
surat telah disediakan oleh beberapa pemimpin penting UMNO, MCA
dan MIC di antara bulan April dan September 1956.65 Dalam aspek
kerakyatan, memorandum ini telah menegaskan bahawa Perlembagaan
patutlah menyediakan satu undang-undang kebangsaan yang akan dapat
membina sebuah negara Persekutuan yang merdeka, aman dan stabil.
Bagi mencapai matlamat ini, maka adalah amat mustahak diadakan satu
undang-undang taraf kebangsaan yang akan mewujudkan kebangsaan
yang tunggal.
Dalam memorandum tersebut, Perikatan telah mengesyorkan
bahawa kesemua mereka yang menjadi rakyat Persekutuan melalui kuat
kuasa undang-undang, pendaftaran atau naturalisasi pada tarikh
pengisytiharan kemerdekaan mestilah diterima sebagai warganegara
yang pertama sekali bagi Malaysia. Begitu juga bagi mereka yang
dilahirkan di Melaka dan Pulau Pinang (yang dianggap sebagai
warganegara British melalui undang-undang yang ada) sebelum dari
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
71
tarikh pengisytiharan kemerdekaan patutlah menjadi warganegara
Malaysia pada dan selepas pengisytiharan kemerdekaan itu dibuat.
Mereka juga diberikan hak memilih sama ada mereka hendak memegang
terus taraf kerakyatan British di dalam tempoh satu tahun daripada tarikh
kemerdekaan dengan cara membuat ikrar melucutkan taraf kerakyatan
Malaysia. Perikatan juga mencadangkan supaya mereka yang dilahirkan
di Malaysia pada dan selepas daripada tarikh pengisytiharan
kemerdekaan patutlah menjadi warganegara Malaysia. Bagi warganegara
yang dilahirkan di Malaysia yang ibu bapa mereka adalah rakyat asing
pada atau selepas daripada tarikh kemerdekaan, pihak UMNO
mencadangkan supaya mereka diberi kebebasan untuk memilih
kerakyatan selepas mereka berumur 21 tahun.
Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan oleh UMNO
ini tidak dipersetujui oleh MCA dan MIC. Memorandum itu juga
menetapkan syarat kerakyatan bagi mereka yang dilahirkan di luar
Malaysia sedangkan bapanya adalah warganegara Malaysia adalah
layak menjadi warganegara melalui cara pendaftaran. Manakala isteri
seorang warganegara Malaysia berhak didaftarkan sebagai warganegara
melalui cara permohonan. Anak-anak yang berumur kurang dari 21
tahun yang bapanya pada tarikh dilahirkan belum lagi menjadi rakyat
Persekutuan menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
kemudian selepas itu mendapat taraf kerakyatan, hendaklah
selepas daripada tarikh kemerdekaan menjadi seorang warganegara
melalui cara pendaftaran, jika is lazim tinggal di dalam negeri ini. Bagi
mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu sebelum merdeka, Perikatan
berpendapat mereka berhak mendapat kerakyatan setelah didaftarkan
dan memenuhi syarat seperti berumur 18 tahun atau lebih, berkelakuan
baik, mengangkat sumpah taat setia kepada negara, membuat ikrar
bahawa mereka akan tinggal di negara ini secara kekal, telah menduduki
di sini selama 5 tahun daripada 7 tahun terdahulu dan mempunyai
pengetahuan bahasa Melayu yang mudah. Bagi kaum asing yang tidak
dilahirkan di negara ini, tetapi telah mendiami di sini sebelum dan
sehingga kepada tarikh kemerdekaan, mereka juga layak mendapat hak
kerakyatan dengan syarat sama seperti di atas, tetapi disyaratkan telah
menduduki di negara ini selama 8 tahun daripada 12 tahun yang
terdahulu sedikit daripada tarikh permohonan itu.66
Melalui syarat-syarat kerakyatan seperti yang dihuraikan di atas,
ini bererti UMNO telah mempersetujui penggunaan prinsip jus soli seperti
yang dituntut oleh kaum bukan Melayu, terutama desakan dari kaum
Gina. Menurut Heng, UMNO akhirnya bersetuju dengan prinsip jus soli
berasaskan tiga pertimbangan, iaitu tekanan dari British yang
menginginkan penyediaan satu dasar yang kuat dan stabil untuk sebuah
72
JURNAL SEJARAH
bangsa Malayan baru, keinginan untuk mendapatkan persetujuan
daripada MCA mengenai hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu
serta penegasan kerajaan British kepada pemimpin Perikatan supaya
pemimpin Melayu dan bukan Melayu perlu berkongsi kuasa memerintah
serta generasi masa depan kaum Cina dan India tidak boleh dikeluarkan
dari peranan mereka yang sah dalam politik, ekonomi dan budaya bagi
sebuah Malaya yang merdeka. Pemimpin UMNO mempercayai bahawa
British akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya
orang bukan Melayu diberikan hak kerakyatan Tanah Melayu.67
Sebenarnya kompromi UMNO terhadap tuntutan bukan Melayu
terhadap prinsip jus soli dalam soal kerakyatan dan kelonggaran dalam
soal bahasa sebelum Memorandum Perikatan dikeluarkan, telah
menimbulkan bantahan yang hebat dari orang Melayu dan sebahagian
ahli-ahli UMNO. Umpamanya, Datuk Raja Mohammad Hanifah (UMNO
Negeri Sembilan) telah memberi amaran kepada pemimpin UMNO
supaya tidak mengalah dengan tuntutan kaum bukan Melayu melalui
perundingan dalam parti Perikatan mengenai perlembagaan yang
berkaitan isu kerakyatan, hak istimewa orang Melayu dan bahasa.
Manakala pengarang Akhbar Warta Negara bertarikh 16 April 1956 pula
telah mengingatkan bahawa UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946
telah berjaya menyatu dan memimpin orang Melayu menentang Malayan
Union. Penentangan utama orang Melayu terhadap Malayan Union
disebabkan is mahu memberikan hak kerakyatan yang sama antara orang
Melayu dengan bukan Melayu. Kejayaan orang Melayu menentang
sehingga terhapusnya Malayan Union tidak bererti jika sekiranya UMNO
menerima tuntutan MCA mengenai prinsip jus soli dan hak
kewarganegaraan yang sama.68
Kebimbangan dan penolakan orang Melayu terhadap pemakaian
prinsip jus soli juga diperlihatkan melalui sebuah artikel yang disiarkan
dalam Majalah Qalam bilangan 70, bulan Jun 1956. Rencana tersebut
bertajuk "Kita dan Jus Soli" mengkritik tuntutan MCA mengenai prinsip
jus soli yang diperjuangkan oleh Tan Cheng Lock semenjak 40 tahun
lalu. Menurut rencana itu, perjuangan untuk mendapatkan hak
kerakyatan tersebut dilakukan sama ada secara berlawan atau berkawan.
Rencana tersebut turut menyifatkan tuntutan tersebut merupakan satu
tipu muslihat. Qalam turut menyelar pemimpin UMNO dan ahli UMNO
yang menyokong tuntutan tersebut dengan mengemukakan persoalan
"apakah orang UMNO akan sentiasa patuh dan taat sentiasa kepada
kehendak pucuk pimpinan kalau sekiranya muslihat yang dijalankan
oleh pucuk pimpinan itu berlawanan dengan dasar dan kehendak orang
Melayu yang diakui diperjuangkan oleh ahli-ahli UMNO?". Qalam turut
mempertanggugjawabkan kepada UMNO sekiranya muslihat tersebut
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
73
diterima yang menyebabkan bangsa Melayu terjual atau tergadai oleh
orang Melayu dalam UMNO.
Prinsip jus soli bagi Qalam bermakna bangsa Melayu akan menjadi
penumpang dalam negara ini. Ia juga bermakna dalam masa sepuluh
atau dua puluh tahun akan datang orang Melayu akan diperintah oleh
orang yang asalnya berdagang di negara ini. Hakikat ini berasaskan
kepada kebimbangan Qalam terhadap peningkatan pertambahan
bilangan orang dagang ini dalam masa sepuluh tahun akan datang yang
menyebabkan wakil-wakil mereka dalam kerajaan akan bertambah ramai.
Berasakan kepada prinsip demokrasi siapa yang banyak mereka itulah
yang berkuasa, maka di ketika itu Qalam bertanya "di manakah
kedudukan bangsa Melayu, di manakah kedudukan anak-anak kita
kelak?, jawapannya mereka akan diperintah oleh orang dagang!. Justeru
itu, Pengarang Qalam telah mengingatkan orang Melayu dan khususnya
ahli UMNO supaya mengkritik apa yang dilakukan oleh pimpinan mereka
dan tidak mentaati secara membabi buta terhadap keputusan yang dibuat
oleh pucuk pimpinan demi kesejahteraan bangsa Melayu kerana
"cemburu kepada semua perkataan dan perangai yang manis itu adalah
menyelamatkan kita kemudian hari".69
Polemik yang hangat dan berterusan dalam kalangan orang Melayu
dengan bukan Melayu mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan
penggunaan prinsip jus soli dalam mendapatkan kerakyatan telah
mendorong Tunku Abdul Rahman membuat ucapan ke seluruh Malaya
melalui radio pada 22 April 1956. Melalui ucapannya itu Tunku telah
menegaskan bahawa orang Melayu bersedia memberikan apa juga hak
mereka kepada orang lain yang taat setia mereka curahkan seluruhnya
kepada negara ini. Namun Tunku meminta orang bukan Melayu supaya
bersikap adil, bertimbang rasa dan tuntutan mereka biarlah berpatutan.
Tunku menegaskan;
Saya harap janganlah hendaknya dilupakan bahawa tidak ada
putera bumi mana-mana negeri pun di dunia ini yang telah menyerahkan
banyak haknya kepada orang lain seperti yang telah dilakukan oleh orang
Melayu. Tidak ada putera bumi negeri lain yang menunjukkan sikap
berbaik-baik kepada orang yang masuk ke negerinya sebagai yang
ditunjukkan oleh orang Melayu.7
Kepada orang Melayu pula, Tunku telah merayu:
Tidak ada sebuah negeri pun di dunia ini yang telah mencapai
kemerdekaannya dengan tidak memberikan banyak pegorbanan. Saya
tidak menyangkal sedikit pun bahawa saudara-saudara semua akan
sanggup berkorban dan terus menjaga nama baik saudara-saudara
sebagai satu bangsa yang bersopan santun, bertimbang rasa dan sentiasa
74
JURNAL SEJARAH
ingin bersahabat..Saya menyeru kepada semua rakyat supaya
mengamalkan sifat toleransi dan menjaga semangat saling bekerjasama
yang telah diamalkan oleh Perikatan dengan jayanya dalam usaha untuk
mencapai kemerdekaan.7'
Menurut Miller, hasil daripada ucapan Tunku tersebut, suasana
tegang yang ditimbulkan oleh perasaan curiga oleh orang Melayu menjadi
kendur dan masalah jus soli terus lenyap dari halaman akhbar-akhbar
Melayu selama beberapa minggu berikutnya.72
Kebimbangan Antara Kaum Terhadap Implikasi Laporan Reid
Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perikatan mengenai syarat
kerakyatan telah diterima oleh Suruhanjaya Reid, walaupun Suruhanjaya
Reid juga ada menerima cadangan dari pihak-pihak lain. Cadangan syarat
kerakyatan seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan
disifatkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai terbaik bagi menguruskan
keadaan yang terdapat pada masa ini dengan adil berbanding pihak lain.
Ahli Suruhanjaya berpuas hati bahawa syarat-syarat tersebut adalah
munasabah dan merupakan kompromi di antara pelbagai pandangan
dalam parti-parti tersebut. Persetujuan tersebut adalah cara terbaik bagi
melaksanakan keadilan antara kaum yang dikemukakan oleh Perikatan.
Berasaskan cadangan tersebut, Suruhanjaya Reid telah membahagikan
syarat kerakyatan seseorang itu kepada empat kategori. Syarat tersebut
merujuk kepada seseorang yang mempunyai hak kerakyatan, dilahirkan
dalam Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka, dilahirkan dalam
Persekutuan sebelum hari Merdeka dan tinggal dalam Persekutuan pada
hari Merdeka dan mendiami Persekutuan pada hari Merdeka tetapi tidak
dilahirkan di sini.73
Suruhanjaya Reid telah mencadangkan mereka yang telah
mempunyai hak kerakyatan sebelum Merdeka, akan terus mempunyai
hak-hak tersebut. Mereka yang memperolehi kerakyatan berasaskan kuat
kuasa undang-undang (berasaskan klausa 126 Perjanjian Persekutuan
1948) akan terus mempunyai hak kerakyatan. Bagi mereka yang berada
dalam kategori kedua (seseorang yang dilahirkan dalam Persekutuan
pada atau selepas hari Merdeka), is turut dicadangkan memperolehi hak
kerakyatan berasaskan kuatkuasa undang-undang (by operation of law).
Dalam soal kerakyatan kategori kedua ini, Suruhanjaya Reid
menyebutkan:
We received many representation that the principle which has come to be
know generally in Malaya as jus soli should be given retrospective effect.
We are not satisfied that it is entirely possible or desirable to provide that
all those who were born in Malaya, whatever be the date of their birth,
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
75
wherever they may be now, and whatever be their present nationality,
should retropectively made citizens of the Federation by operation of law.74
Bagi kategori ketiga pula, Suruhanjaya Reid mencadangkan mereka
layak diberi hak kerakyatan dengan syarat mereka telah tinggal tetap di
dalam Persekutuan selama lima tahun daripada tempoh tujuh tahun
yang lalu, berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik dan mempunyai
pengetahuan yang asas dalam bahasa Melayu. Manakala bagi mereka
yang berada dalam kategori empat (seseorang yang mendiami
Persekutuan pada hari Merdeka tetapi tidak dilahirkan di sini),
Suruhanjaya Reid telah mencadangkan syaratnya ialah telah tinggal di
dalam Persekutuan selama lapan tahun daripada tempoh 12 tahun dan
mengambil ujian bahasa Melayu yang asas (rendah) bagi pemohon yang
berumur lebih dari 45 tahun.75 Bagi syarat kerakyatan berdasarkan
Masukan atau Naturalisation, Suruhanjaya Reid telah meletakkan enam
syarat, iaitu ia sudah berumur 21 tahun, berkelakuan baik, sudah
mendiami Persekutuan selama 10 tahun daripada tempoh 12 tahun
sebelumnya, ia berniat hendak bermastautin di Persekutuan secara tetap,
mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai dan mengangkat
sumpah kesetiaan kepada negara
Cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid mengenai syaratsyarat kerakyatan walaupun telah diterima oleh parti-parti Perikatan
tetapi dibantah oleh kaum bukan Melayu. Kaum bukan Melayu (terutama
kaum Cina) telah mengkritik syarat yang ketat untuk mendapatkan
kerakyatan. Bagi mereka, kesaksamaan hak-hak kerakyatan dan cara
yang mudah untuk mendapatkan kerakyatan adalah asas yang utama
dalam pembinaan negara, bukannya melalui syarat yang menyusahkan
dan bersikap selektif dalam proses pemilihan kerakyatan. Editorial akhbar
China Press pada 3 Julai 1957, telah menulis "We feel that the most important
thing in citizenship is the question of loyalty, and a knowledge of the Malay
language is only of secondary importance" .77
Sementara itu, Dato' Onn dan Parti Negara di bawah pimpinannya
dengan lantang menentang pemakaian prinsip jus soli terbuka dalam
soal kerakyatan. Menurut Dato' Onn:
Saya meminta kepada tiap-tiap orang Melayu yang benar-benar kasih
dan sayang kepada kaum bangsa dan negerinya supaya memikirkan
perkara ini dengan halus dan teliti supaya di belakang hari umat Melayu
yang ada pada hari irui tidak akan disumpah oleh cucu-cicit dengan sebab
tidak sedarkan kepada tanggungan kita pada masa kini dengan
mempersetujukan dan meluluskan perubahan pada masa akan datang
yang sudah tentu akan menghapuskan kekuatan dan kedudukan orang
Melayu di negara yang dikatakan Semenanjung Tanah Melayu, di negeri
76
JURNAL SEJARAH
yang diakui oleh Perikatan sendiri umat Melayu dikatakan ialah
Bumiputera"."
Penolakan kerakyatan jus soli terbuka oleh Dato' Onn kerana bimbang
orang Melayu akan hilang kedudukannya sebagai peribumi. Ini
disebabkan melalui peruntukan jus soli Suruhanjaya Reid, semua yang
lahir di Tanah Melayu mempunyai kedudukan dan hak yang sama dari
segi politik. Oleh itu taraf 'anak negeri' bagi orang Melayu, mengikut
Dato' Onn hanya tinggal sebagai satu catatan sejarah.79 Dalam akhbar
Kritie bertarikh 8 Ogos 1956, Dato' Onn menzahirkan kebimbangannya,
dengan pemakaian prinsip jus soli akan menyebabkan kuasa undi yang
dimiliki oleh orang Melayu akan bertambah kecil. Jumlah orang Melayu
yang kecil iaitu hanya 49.8 peratus pada tahun 1947 jika dibandingkan
dengan bukan Melayu yang berjumlah 50.2 peratus, menjadi bertambah
kecil pada tahun-tahun akan datang. Dari analisis Dato Onn', melalui
peruntukan ini, orang bukan Melayu akan bertambah kepada 50.3 peratus
manakala orang Melayu akan menjadi kurang iaitu 49.7 peratus.
Pertambahan penduduk bukan Melayu ini menyebabkan jumlah
pengundinya bertambah, iaitu daripada 16 peratus pada tahun 1955
menjadi 56.8 peratus pada tahun 1959.81 Cadangan kerakyatan yang
dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid turut ditolak oleh parti PAS. Bagi
PAS, jika cadangan tersebut diterima, is akan membawa negara ini jatuh
ke dalam petaka yang hebat. Dengan membuka hak kerakyatan kepada
sesiapa sahaja yang dilahirkan di negara ini maka tindakan sedemikian
bagi PAS akan melahirkan warganegara yang tidak setia kepada negara
ini dan merosakkan kewujudan serta kemajuan sebuah kerajaan yang
merdeka.82
Penentangan Parti PAS terhadap Laporan Reid telah membawa parti
tersebut mengadakan satu rapat umum di Padang Malaya, Kuala
Terengganu pada 17 Mac 1957 yang dihadiri kira-kira 2,000 orang
penyokong. Dalam rapat umum tersebut, Dr. Burhanuddin al-Helmy (Yang
Di-pertua Agung PAS) telah menyatakan bahawa syor-syor dalam
Suruhanjaya Reid tersebut merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari
keadilan. Nama bangsa Melayu telah terhapus dan jaminan kedaulatan
bangsa Melayu dan agama Islam telah ditinggalkan.83 Rapat umum yang
dihadiri oleh pemimpin Parti Negara, Parti Rakyat dan PAS bersama
dengan orang Melayu juga telah diadakan di Padang Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur pada 10 Mac 1957 dan diikuti rapat umum di
padang Muar Club pada 16 Mac 1957. Dalam rapat umum di Padang
Muar Club, Dato' Onn telah berucap (ucapannya disiarkan dalam akhbar
Kritik pada 20 Mac 1957) yang menzahirkan kebimbangannya dan
kebimbangan bangsa Melayu berkenaan implikasi Laporan Reid terhadap
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
77
nasib masa depan bangsa Melayu. Dato' Onn menegaskan bahawa
matlamat rapat umum yang diadakan bertujuan untuk "umat bangsa
Melayu berkehendak tahu apakah akan jadinya kepada negeri-negeri
Melayu dan umat bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini...
khasnya selepas 31 haribulan Ogos hadapan ini". Dalam ucapannya,
Dato' Onn telah mengimbas kembali perhimpunan keramat orang Melayu
pada 12hb. Mac 1946 di mana anak-anak Melayu telah merayu dan
memberikan satu pesanan kepada ibu bapa mereka yang berbunyi:
Ayuhai bapa-bapa dan ibu-ibu, sementara kami besar-sementara
kami remaja-sementara kami menjadi umat yang bertanggungjawab di
atas negerinya sendiri-maka dengan hati yang suci murni-dengan
menyusun jari sepuloh-kami pohonkan belalah hak kami sementara kami
besar-pertahankan pusaka kami sementara kami remaja-kawalah
kehormatan dan maruah kami sementara kami menjadi umat yang
bertanggungjawab atas negerinya..dan kepada Tuhan kami memohonYa Allah-berkatilah oleh Mu dan kabulkan oleh Mu akan sebarang niat
baik yang sedang ditaja oleh bapa-bapa dan ibu-ibu kami bagi membela
dan mempertahankan hak-hak kami-perkenan oleh Mu akan sebarang
langkah bagi membina sebuah kota untuk mengawal hak-hak kami
sekelian.84
Dato' Onn telah meminta orang Melayu supaya mengkaji sedalamdalamnya Laporan Reid sebelum menerima laporan tersebut.
Kebimbangan dan kegelisahan terhadap masa depan bangsa Melayu
selepas keluarnya Laporan Reid telah ditimbulkan oleh rencana
Pengarang Kritik. Menurut rencana Pengarang Kritik, "..nampaknya pada
hari nyatalah umat Melayu sedang gelisah dan terharu-haru fikirannya
menanti-nanti sahaja penerangan dan keterangan daripada pihak
kerajaan dan dari pihak Perikatan sendiri dan dari pihak yang lain-lain
juga supaya dapatlah dibandingkan sesuatu penerangan dan keterangan
itu".85 Kebimbangan orang Melayu itu ada asasnya kerana menurut Dato'
Onn; "the Malays would undoubtedly go astray and some might get the blessing
in haven as dreamt by Chief Minister, Tengku Abdul Rahman". Manakala
kaum bukan Melayu menurut Dato' Onn, akan menyetujui cadangancadangan yang dikemukakan oleh laporan tersebut kerana mereka
mengharapkan perkara tersebut, sebelum penubuhan Perikatan lagi.86
Ahmad Boestamam, pemimpin parti Rakyat turut tidak meyakini
keupayaan Laporan Reid dalam memenuhi hasrat bangsa Melayu. Justeru
itu, menurutnya, parti Rakyat tidak menghantar apa-apa pandangan
kepada Suruhanjaya Reid. Bagi Ahmad Boestaman, perlembagaan
sesuatu negeri itu tidak patut dibentuk oleh orang dari luar negeri yang
tidak tahu keadaan tanah air melainkan hendaklah dibentuk sendiri oleh
rakyat negara ini. Apa yang telah ditegaskan oleh parti Rakyat itu
78
JURNAL SEJARAH
memang berasas sebagaimana penolakan Dato' Onn dan Dr.
Burhanuddin terhadap keperluan pembentukan Suruhanjaya Reid atau
pihak luar bagi menggubal perlembagaan negara
Tunku Abdul Rahman memang menyedari kebimbangan orang
Melayu terhadap kesan laporan Reid terhadap survival masa depan
mereka dan lebih menguntungkan kaum bukan Melayu. Tunku kerap
kali telah meminta orang Melayu dan semua pihak bertenang dan
mengkaji serta memahami sedalam-dalamnya laporan tersebut sebelum
membuat sesuatu tindakan. Gesaan Tunku itu telah disiarkan banyak
kali oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu sejurus Laporan Reid
dikeluarkan dan diedarkan kepada umum. Tunku juga meminta orang
Melayu supaya berani, bersatu dan sedia membuat pengorbanan.88
Akhbar The Malay Mail pula menyifatkan Laporan Reid sebagai "The
Foundation for a New Malay" yang memberi kesan kepada semua orang
tanpa mengira kedudukan seseorang. Manakala menurut Ong Yoke Lin,
jika laporan tersebut diluluskan, maka beribu-ribu orang yang tinggal di
Persekutuan akan dapat kerakyatan, di mana pada masa lepas mereka
tidak layak mendapatkannya.89 Tan Cheng Lock pula menyifatkan
laporan tersebut adalah "satu dokumen yang boleh diterima", manakala
Tan Siew Sin lebih berterus terang dengan menyifatkan laporan itu sebagai
"nothing that the report was fair because neither the Malays nor the nonMalays were completely satisfied".9
Kebimbangan itu bukan sahaja melanda orang Melayu pada
umumnya tetapi turut dirasai oleh ahli-ahli UMNO. Mereka merasakan
sekiranya cadangan-cadangan yang terdapat dalam Suruhanjaya Reid
jika diterima, is akan membawa bencana besar yang boleh menimpa orang
Melayu. Kegusaran tersebut telah mendorong UMNO mengadakan
Persidangan Agung Tergempar pada 28 Mac 1957 di Rumah UMNO,
Kuala Lumpur. Dalam persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil
UMNO di seluruh Persekutuan dan Singapura, Tunku Abdul Rahman
telah menjelaskan tujuan persidangan itu diadakan bagi memberi peluang
yang seluas-luasnya kepada ahli UMNO untuk mengkaji sehalushalusnya cadangan yang terkandung dalam Suruhanjaya Reid. Tunku
turut menjelaskan mengenai kemajuan yang telah dicapai dalam soal
perlembagaan dan corak perlembagaan negara merdeka yang telah
dipersetujui oleh ketiga-tiga parti. Tunku menyifatkan persetujuan yang
dicapai oleh ketiga-tiga parti dalam Perikatan sebagai persetujuan yang
besar, yang mengandungi erti yang mendalam. Persetujuan tersebut
disifatkan oleh Tunku sebagai kemenangan yang besar kepada UMNO
dalam perundingan dengan rakan-rakannya dalam Perikatan.91
Perbahasan mengenai syor-syor yang terkandung dalam Laporan
Reid yang dilakukan oleh wakil-wakil UMNO dalam Persidangan Agung
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
79
Tergempar UMNO tersebut berjalan dengan suasana agak tegang dan
panas. UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya Laporan
Suruhanjaya Reid ditangguhkan sehingga selepas merdeka. Tetapi
cadangan tersebut tidak mendapat sokongan ramai dan digugurkan.
Akibatnya, 9 daripada 10 orang wakil UMNO yang diketuai oleh Datuk
Raja Mohammad Hanifah merasa tidak berpuas hati dan bertindak
menarik diri dan keluar dari persidangan tersebut setelah meminta
kebenaran dari Pengerusi.92 Di akhir persidangan, satu ketetapan telah
dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk menerima keseluruhan syorsyor yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Reid berserta pindaan
serta tambahan-tambahan yang diputuskan melalui Perhimpunan Agung
tersebut yang akan diperjuangkan untuk dimasukkan ke dalam laporan
tersebut.93
Dalam Perhimpunan tersebut telah diluluskan empat usul yang
utama, iaitu (1) menolak dua kerakyatan, (2) kedudukan Islam sebagai
agama negara ini mestilah dijamin, (3) tidak ada tempoh tertentu bagi
hak isimewa orang Melayu dan (4) bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
yang tunggal dan bahasa Inggeris boleh digunakan dalam urusan rasmi
untuk tempoh 10 tahun.94 Lanjutan dari Persidangan Agung UMNO
tersebut, UMNO Bahagian Selatan Seberang Perai telah menghantar tiga
usul tambahan Perlembagaan Persekutuan yang tidak sempat
dikemukakan pada Perhimpunan tersebut. Antara usul yang disampaikan
ialah, "Perlembagaan Malaysia hendak-lah di-rakamkan bersama2 di-dalam
Bahasa Melayu dan Inggerish sa-lewat2nya dalam tempoh 8 tahun. Sa-lepas
daripada itu Bahasa Inggerish tidak di-gunakan lagi".95 Manakala
Jawatankuasa Politik Perikatan dalam mesyuarat mereka pada 14 Mac
1957 telah mengambil keputusan berpegang kepada Memorandum
Perikatan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Reid pada bulan
September 1956 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah membincangkan isu
dua kerakyatan, pengisytiharan Islam sebagai agama Persekutuan dan
kedudukan istimewa orang Melayu. Jawatankuasa tersebut telah memberi
tahu akhbar The Malay Mail bahawa, "there was complete agreement among
us. We hope to submit an agreed recommendation to the National Council very
shortly. There is no major point on which we cannot agree".96
Kesimpulan
Ternyata isu hak kerakyatan kaum bukan Melayu menjadi isu 'panas'
yang mewarnai hubungan antara kaum sebelum merdeka. Isu tersebut
kadang kala telah mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum tetapi
telah dapat diselesaikan melalui jalan perundingan yang intensif terutama
dalam kalangan pimpinan tertinggi parti Perikatan. Kebijaksanaan politik
Tunku Abdul Rahman dan sikap akadomatif yang diamalkan oleh
80
JURNAL SEJARAH
pemimpin MCA dan MIC telah dapat meredakan ketegangan tersebut
sehingga isu tersebut dapat diselesaikan melalui jalan perundingan yang
menterjemahkan konsep 'give' and 'take'. Orang bukan Melayu akhirnya
telah mendapat hak kerakyatan yang telah sekian lama mereka
perjuangkan yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957,
walaupun tidak semua tuntutan mereka dapat dipenuhi.
Perjuangan kaum bukan Melayu untuk mendapatkan hak
kerakyatan amat penting untuk pengabsahan hak politik bagi menjamin
perlindungan dan survival masa depan mereka di negara ini. Manakala
kaum Melayu bersedia menerima kerakyatan bukan Melayu setelah kaum
bukan Melayu menerima beberapa kosensi yang mengukuhkan
kedudukan orang Melayu di negara ini. Orang Melayu akhirnya
menerima realiti kemajmukan masyarakat Tanah Melayu, terutama
setelah mereka diyakini ketaatsetiaan kaum bukan Melayu terhadap
negara ini yang tidak berbelah bagi dan keinginan yang memuncak untuk
memerdekakan negara dari penjajahan serta memenuhi syarat Inggeris
yang inginkan perpaduan kaum dicapai terlebih dahulu sebelum negara
ini diberi kemerdekaan.
Nota
Khong Kim Hoon, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya
1945-1957, Petaling Jaya: Strategic Information Research Development, 1984, hlm.
250.
2 Ibid., hlm. 108.
Victor Purcell, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1967, hal. 284.
4 Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and The Struggle for Independence in
Malaya 1945-1957, hlm.109.
5
James Allen, The Malayan Union, New Haven: Yale University: South-East Asia
Studie Monograph Series, 1967, hlm. 17.
6 Kunjungan Sir Harold MacMicheal ke negeri-negeri Melayu untuk mendapatkan
tandatangan sultan-sultan Melayu agar menerima gagasan Malayan Union telah
disambut dengan tentang kuat orang Melayu. Di Kelantan, kedatangan
MacMicheal telah menyebabkan kira-kira 10,000 orang Melayu berarak di
hadapan istana Sultan bagi menunjukkan penentangan mereka terhadap Malayan
Union (Drs. Li Chuan Siu, Ikhtisar Sejarah Pergerakan dan Kesusateraan Melayu Moden,
1945-1965, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1967, hlm. 80). Menurut
Anwar Abdullah, pelaksanaan Malayan Union telah menyebabkan hampir-hampir
mencetuskan pemberontakan bersenjata kalau tidak disebabkan kesabaran dan
kebijaksanaan Dato' Onn. Dato' Onn pernah didatangi oleh beberapa orang
pejuang Melayu yang telah melahirkan kepadanya hasrat mereka hendak
membunuh MacMicheal, tetapi Dato' Onn menyejukkan hati mereka dan
menerangkan kepada mereka bahawa perjuangan orang Melayu pada masa itu
adalah perjuangan secara perlembagaan dan tindakan ganas akan hany a
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
81
merugikan orang Melayu sendiri (Anwar Abdullah, Biografi Dato' Onn: Hidup
Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan, 2005, hlm. 141). Malayan Union
juga telah ditentang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan
mengadakan rapat umum dan mogok yang dilancarkan di seluruh Malaya.
Bantahan terhadap Malayan Union telah membawa tertubuhnya satu badan yang
diberi nama PUTERA-AMCJA. PUTERA adalah gabungan pertubuhan politik
dan bukan politik yang menentang Malayan Union. Manakala AMCJA terdiri
daripada badan bukan Melayu yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock. Hasil
dari perjumpaan yang diadakan di Kuala Lumpur, PUTERA-AMCJA telah
membuat draf Perlembagaan yang dikenali sebagai People's Constitution atau
Perlembagaan Rakyat (Abdul Majid Salleh 2004, Memoir Abdullah Majid Salleh
Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 72).
7
Utusan Melayu, 22 Disember 1945.
8
Untuk melihat intipati ketetapan yang diputuskan oleh Kongres yang dikirim
kepada Perdana Menteri British, lihat, Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan
Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 89-91.
9
Khong Kim Hoong, Merdeka! him. 123.
1 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, 2002, hlm. 2.
11 Menurut Victor Purcell, akhbar-akhbar Cina hanya menunjukkan minat yang
kecil terhadap isu Malayan Union. Kritikan awal akhbar Cina terhadap Malayan
Union dibuat oleh akhbar komunis iaitu The New Democracy (Sin Min Chu) pada
12 Oktober 1945. Akhbar ini telah mengkritik pemisahan Singapura dari Malaya
lanjutan dari dasar "pecah" dan "perintah" Inggeris. Akhbar ini juga pada 3 Mei
1946 menyebutkan tidak ada gunanya dibuat perdebatan mengenai hak
kewarganegaraan dan pilihanraya sekiranya masalah yang asas tidak
diselesaikan terlebih dahulu. Apa yang penting ialah gangguan terhadap hakhak sivil bukannya kesaksamaan kerakyatan (Lihat Victor Purcell, The Chinese in
Malaya, hlm. 286-287).
12 Ibid./him. 286.
13 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy,
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan, 2000, hlm. 97-98.
14
Rejeswary Ampavanar, The Indian Minority and Political Change in Malaya 19471957, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1981, hlm. 80.
15 Ibid., hlm. 79-80.
16
Ibid.
17 Ibid., hlm. 83.
18 Cheah Boon Kheng, "Perpecahan dan Perpaduan Dalam Gerakan Kemerdekaan
Selepas Perang Dunia Kedua", dlm. S. Husin Ali (ed), Kaum, Kelas dan Pembangunan,
Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia, 1984, him. 85-87.
19 Menurut Perjanjian Persekutuan Tanh Melayu 1948, Pesuruhjaya Tinggi diberi
"satu tugas istimewa" untuk melindungi hak negeri-negeri Melayu atau sebarang
petempatan dan hak-hak, kuasa dan kedaulatan Sultan serta melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain (lihat The
Federation of Malay Agreement,1948, Goverment Press, Kuala Lumpur, h1m.10).
82
JURNAL SEJARAH
Leon Comber, 13 May1969: A History Survey of Sino-Malay Relations, Petaling Jaya:
Henemann Educational Books (Asia) Ltd., hlm. 43-44.
21 Mengikut Perjanjian Persekutuan 1948, hak kewarganegaraan diberikan kepada
'mana-mana rakyat...Duli Yang Maha Mulia Raja mana-mana negeri yang
ditakrifkan sebagai (i) tergolong kepada pemastautin kaum asli dalam negeri itu,
atau (ii) ia seorang Melayu yang lahir dalam negeri itu atau (iii) ia seorang Melayu
yang lahir di luar negeri Melayu yang bapanya menjadi rakyat raja itu di bawah
mana-mana undang-undang. Selain dari dari rakyat raja, kewarganegaraan
Persekutuan juga diberikan kepada (i) mana-mana rakyat British yang lahir di
mana-mana satu Negeri-negeri Selat dan bermastautin secara tetap dalam
Persekutuan; (ii) mana-mana rakyat British yang lahir dalam Persekutuan atau
pun pada masa kelahirannya rakyat British itu adalah seorang permastautin
tetap; (iii) mana-mana orang yang lahir dalam Persekutuan yang lazimnya
bercakap Melayu dan menurut adat istiadat Melayu, (iv) mana-mana orang yang
lahir dalam Persekutuan dan yang menjadi pemastautin tetap di Persekutuan
dan (v) seorang yang bapanya adalah warganegara Persekutuan (Lihat, K.J.
Ratnam, Communalism and the Political Process, Kuala Lumpur: University of Malaya
Press, 1967, hlm. 76, Visu Sinnadurai, "Undang-undang Kewarganegaraan
Malaysia", dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (eds), Perlembagaan Malaysia
Perkembangannya: 1957-1977, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1984,
hlm. 83).
22 Menurut Artike1128, klausa (3) (b), Perjanjian Persekutuan mendefinisikan Melayu
sebagai (i) kebiasaannya bertutur dalam bahasa Melayu, (ii) memeluk agama
Islam, dan (iii) mengamalkan kebudayaan Melayu.
23 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya, hlm. 114.
24 K .J. Ratnam, Communalism and the Political Process, hlm. 84.
25 Khong Kim Hoong, Merdeka! hlm. 150-151.
26 Beberapa orang penulis tentang gerakan komunis di negara ini sependapat
bahawa PKM telah mengambil keputusan untuk melancarkan perjuangan
bersenjata terhadap Inggeris sebelum penjajah Inggeris mengisytiharkan Undangundang Darurat pada pertengahan Jun 1948. Misalnya menurut Barber antara
pertengahan Mei hingga awal Jun 1948, Politburo PKM yang mengadakan
mesyuarat sulit di hutan Pahang telah memutuskan untuk melancarkan
perjuangan bersenjata terhadap Inggeris (Lihat, Mohamad Salleh Lamry, Gerakan
Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi; Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2006, hlm. 97). Dalam usaha PKM mencapai matlamat perjuangannya,
mereka telah melakukan kegiatan sabotaj dan tindakan ganas. Di antara bulan
Oktober 1945 hingga bulan Disember 1947, sebanyak 191 kejadian culik dan
pembunuhan dilakukan oleh PKM. Dalam masa enam bulan pertama 1948,
sejumlah 107 penculikan dan pembunuhan telah dilakukan oleh PKM (Lihat
R.Thompson, Defeating Communist Insurgency, New York: F.A. Preager, 1966, hlm.
26-27).
27 Lihat Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, Singapore: University
Press, 1991, hlm. 246.
28 Ibid., hlm. 245.
29 Ibid., hlm. 246.
2"
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
30
83
Ibid.
Menurut Chin Peng di dalam Memoirnya, pembunuhan tiga peladang kulit putih
di Sungai Siput dilakukan bukan dari arahan beliau tetapi dilakukan oleh
sepasang suami isteri yang membalas dendam terhadap Inggeris. Peristiwa di
Sungai Siput itu merupakan kesalahan serius PKM yang mengagalkan usaha
PKM untuk mengundurkan kader-kader PKM secara sulit ke dalam hutan dan
menyusun jaringan gerakan bawah tanahnya dengan baik. Peristiwa ini telah
digunakan oleh Inggeris untuk menguatkuasakan perintah darurat pada 18 Jun
1948 dan pada 20 Jun 1948 dilakukan tangkapan beramai-ramai terhadap orang
yang disyaki komunis dan PKM diharamkan (Chin Peng, My Side of History,
Singapore: Media Masters, 2003 ).
32 Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism: Conflict or Consensus, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan, 2006, hlm. 56.
33 Khong Kim Hoong, Merdeka!, hlm. 153-154.
34 Lihat Memorandum on the Constitutional Proposals for Malaya by Pan-Malayan
Chinese Chambers of Commerce, 1947, hlm. 5, Arkib Negara Malaysia.
35 Ibid., hlm. 12.
36 Ibid., hlm. 13.
37 Ibid., hlm. 6.
38 Khong Kim Hoong, Merdeka!, hlm. 156.
39 Rejeswary Ampavanar, The Indian Minority, hlm. 91.
4 Pada tahun 1951, kerajaan Inggeris telah membuat pindaan terhadap Perjanjian
Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan syarat kerakyatan Persekutuan
yang agak liberal dari sebelumnya (Perjanjian Persekutuan 1948) walaupun masih
tidak memuaskan hati orang bukan Melayu. Dengan pindaan ini telah
membolehkan hampir separuh dari orang Cina yang tinggal di Tanah Melayu
memperolehi kerakyatan (Lihat, Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya, hlm.
157-158).
41 Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malayasia, hlm. 47.
42 Ibid., hlm. 148.
43 Ibid., him. 150.
44 Lihat surat Tan Cheng Lock kepada kawannya di Kuala Lumpur bertarikh 19
Januari 1950 dlm. A Collection of Correspondence by Dato' Sir Tan Cheng Lock,
Singapore: The Singapore Tiger Standard Press, t.trkh. hlm. 14-17. Jawatankuasa
CLC telah membuat cadangan sesiapa saja boleh menjadi rakyat Raja Melayu
mengikut syarat-syarat seperti berikut:
1. Seorang daripada kaum ash yang menduduki di dalam negeri itu dan juga
seorang Melayu yang diberanakkan sama ada di dalam ataupun di luar negeri
itu dengan syaratnya pada masa is diperanakkan maka ibu atau bapanya
ialah raakyat Raja negeri itu.
2. Seorang yang berketurunan daripada bangsa Asia ataupun bangsa Eurasian
yang diperanakkan di dalam negeri sebelum atau pun pada atau kemudian
hari yang ditetapkan dengan syaratnya salah seorang daripada ibu atau
bapanya telah diperanakkan di dalam negeri itu.
3. Seorang yang berketurunan bangsa Asia ataupun bangsa Eurasian yang
diberanakkan di dalam negeri sebelum atau pun pada atau kemudian daripada
31
84
JURNAL SEJARAH
hari yang ditetapkan itu sungguhpun ibu atau bapanya tidak diperanakkan
di negeri itu dengan syaratnya seorang itu mengambil sumpah taat setia dan
didaftarkan pula telah mengambil sumpah itu.
4. Seorang yang menjadi ibu atau bapa seorang yang menjadi rakyat Raja menurut
Fasal 9(2) di atas, sekalipun ia tidak diperanakkan di dalam negeri itu dengan
syaratnya seorang itu adalah mengangkat sumpah taat setia dan sumpahnya
itu didaftarkan.
5. Seorang yang belum cukup umurnya dengan syaratnya pada waktu ia
diperanakkan maka bapanya ialah rakyat Raja negeri itu (Lihat Perisytiharan
Oleh Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum (CLC), Arkib Negara Malaysia).
45 CO 717/183 dipetik dlm. Mohd. Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang
Bersatu 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan, 2004, hlm. 131-132.
46 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya, hlm. 157.
47 Nik Mahmod Hj. Abdul Majid Kelantan, "Satu Rupabangsa Bagi Tanah Melayu",
Warta Negara, 10 Mei 1950.
48 Laporan UMNO Sepuloh Tahun 1946-1956, him. 56.
49 Lihat ucapan Dato Onn' Jaafar dlm. Majlis Tergempar Mesyuarat Agung UMNO
di Hotel Majectic, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Mei 1950. Dipetik dlm. Mohamed
Abid, Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaya, Trj. Shajaratuddur
S.Abdul Halim & Syed All Tawfi al-Attas, Kelana Jaya: Pelanduk Publication (M)
Sdn. Bhd., hlm. 326.
5 Ibid., hlm. 327.
51 Ucapan Dato' Onn di Majlis Mensyuarat Agung Khas UMNO, di Hotel Majestic,
Kuala Lumpur, pada 10 dan 11 Jun 1950, dipetik dlm. Ibid., hlm. 335.
52 Laporan UMNO Sepuluh Tahun 1946-1956, hlm. 64-65.
" Ibid., hlm. 67-68.
54 Lihat Federation of Malaya Agreement (Amendment) Ordinance, 1952, Article 125,
126, 131;Lihat juga, K.J. Ratnam, Communalism and the Political Process, hlm. 84-86.
" K.J. Ratnam, Communalism and the Political Process, hlm. 89.
56 Khong Kim Hoong, Merdeka! hlm. 252.
" Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, hlm. 155.
" Ucapan Tan Cheng Lock di Annual General Committee of the Malayan Chinese
Association in Singapore, pada 27 Disember, 1953.
59 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, hlm. 207.
60 Umpamanya, Dr. Buhanuddin al-Helmy yang menerajui PAS dan Dato' Onn
Jaafar yang memimpin Parti Negara telah membidas UMNO kerana bersetuju
dengan prinsip kerakyatan berasaskan jus soli kepada orang bukan Melayu. Dato'
Onn melihat UMNO telah menyeleweng dari dasar politiknya yang sentiasa
menjaga kepentingan orang Melayu. Dalam kalangan ahli UMNO juga terdapat
rasa tidak puas hati. Ada yang keluar dari UMNO kerana membantah tindakan
tersebut (Lihat Ramlah Adam, Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka,
1955, Melaka: Institut Kajian sejarah dan Patriotisme Malaysia, him.29.
61 Mengenai isu pendidikan, Manifesto Perikatan menyatakan " ...menggalakkan
perkembangan sekolah-sekolah, bahasa-bahasa dan kebudayaan tiap-tiap bangsa
yang tinggal di dalam negeri ini; mengkaji undang-undang Pelajaran tahun 1952
dan Kertas Putih tentang Majlis Mesyuarat Undang-undang Federal No. 67 tahun
PERDEBATAN ISU KERAKYATAN SEBELUM MERDEKA
85
1954..."(Lihat "Menuju Merdeka dalam 4 Tahun", Manifesto Perikatan Dalam
Pilihan raya Federal 1955).
62 Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, hlm. 207.
63 Harry Miller, Putera Diraja dan Perdana Menteri, Kuala Lumpur:Federal Publication
Limited, t. tarikh., hlm. 232-234.
64 "Menuju Merdeka dalam 4 Tahun", Manifesto Perikatan dalam Pilihan raya Federal
1955, hlm. 34.
65 Dalam usaha Perikatan untuk menghasilkan draf memorandum tersebut, mereka
telah mewujudkan dua Jawatankuasa. Jawatankuasa pertama (dianggotai
pemimpin senior parti) terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Datuk Abdul
Razak, Dr. Ismail abdul Rahman, Ismail Mohamed Ali, Mohamed Khair Johari,
Abdul Khair Shamsuddin, Abdul Aziz Ishak dan Mohamed Daud (semuanya
dari UMNO); H.S. Lee, Leong Yew Koh, Ong Yoke Lin, Tan Siew Sin, Dr. Lim
Chong Eu, Ng Ek Teong, Too Joon Hing, Yong Pung How dan T.H. Tan (MCA);
V.T. Sambanthan, K. Ramanathan, K.L. Devaser, B. Kaher Singh, V.
Manickavasagam dan A. Krishnadas (MIC). Manakala Jawatankuasa kedua
pula terdiri dari Abdul Kadir Shamsuddin, Senu Abdul Rahman (UMNO), Ong
Yoke Lin, Y.C. Kang (MCA), K. Ramanathan dan A. Krishna Dass (MIC) (Lihat
Heng Pek Khoon, Chinese Politics in Malaysia, hlm. 222; Joseph M. Fernando,
The Making of the Malayan Constitution, Monograph No. 31, The Malaysian
Branch of the Royal Asiatic Society, 2007, hlm. 68).
66 Lihat Fail UMNO/SUA No. 108/1956, Memorandum to the Reid Constitutional
Commission, 27 September 1956.
67 Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, hlm. 225.
68 Ibid., hlm. 241.
69 Qalam, Bil. 71, Jun 1956.
70 Lihat ucapan Tunku Abdul Rahman mengenai "Hak Istimewa Orang Melayu"
dlm. Tunku Abdul Rahman, Malaysia: The Road to Independence, Subang Jaya:
Pelanduk Publications, 2007, hlm. 90.
71 Ibid., hlm. 92.
72 Harry Miller, Putera Di-Raja dan Perdana Menteri, hlm. 285.
73 Federation of Malay Constitution Commission 1956-1957, hlm. 14.
74 Ibid., hlm. 14.
75 Ibid., hlm. 15-16.
76 Ibid., hlm. 16.
77 K.J. Ratnam, Communalism and the Political Process, hlm. 97.
78 Dipetik dlm. Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 276.
79 Ramlah Adam, Dato' Onn: Pengasas Kemerdekaan, Cet. 5, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 350.
80 Akhbar Kritik adalah wadah yang digunakan oleh Dato' Onn selepas beliau
menubuhkan Parti Negara bagi menyalurkan aspirasi perjuangannya. Akhbar
ini mula diterbitkan pada 1 April 1956, dikeluarkan seminggu sekali pada setiap
hari Sabtu, sebagai akhbar mingguan. Ia diterbitkan oleh Warga Publishing Ltd.,
kepunyaan Haji Ahmad Mansor yang simpati dengan Dato' Onn yang tidak
mempunyai kerja tetap. Beliau dilantik sebagai pengarang tunggal akhbar tersebut
yang mempunyai 12 halaman saja (Lihat ibid., hlm. 341).
86
JURNAL SEJARAH
81 Ibid.
82 Persatuan Islam Sa-Malaysia (PAS), Ulasan terhadap Penyata Perlembagaan
Suruhanjaya Reid, 2 Mei 1957.
Utusan Melayu,18 Mac 1957.
84 Kritik, 20 Mac 1957.
" Ibid.
86 The Malay Mail, 4 Mac 1957.
87 Kritik, 20 Mac 1957.
88 The Malay Mail, 11 Mac 1957.
89 The Malay Mail, 21 Februari 1957.
9 Dipetik dlm. Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, him. 148.
91 Lihat ucapan Tunku Abdul Rahman dlm. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan
Bangsa Melayu, hlm. 564-567.
92 Tindakan menarik diri wakil-wakil UMNO N. Sembilan dari Persidangan Agong
UMNO pada 28 Mac 1957 disifatkan oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Senu
Abdul Rahman sebagai satu sikap dan contoh yang buruk dalam lapangan
demokrasi, setelah usul yang mereka bawa ditolak kerana tidak mendapat
sokongan. Pada 2 April, 1957, Pejabat Setiausaha Agung UMNO telah menulis
surat kepada Setiausaha UMNO N. Sembilan meminta beliau memberi kenyataan
penuh sebab-sebab yang membawa perwakilan UMNO N. Sembilan keluar dari
persidangan tersebut. Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO N. Sembilan dan wakilwakil UMNO N.Sembilan yang menghadiri persidangan itu juga diminta
menyatakan perasaan kesal dan dukacita mereka terhadap tindakan tersebut.
Sekiranya mereka, enggan, maka tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka
(Lihat UMNO/SUA-28/57, Perhimpunan Agong Khas UMNO Pada 28 Mach
1957).
93 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 567-569.
94 Lihat, UMNO/SU 154/56 dan CO 1030/524 (30), MacGillivary to the Secretary of
State, 8 April 1957, dipetik dlm. Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan
Constitution, hlm.154.
UMNO-S-SP (50-A) 60/55, Tambahan2 Kapada Perlembagaan P.T. Melayu.
96 The Malay Mail, 15 Mac 1957.