Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku yang...
morePenulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku yang mengandungi 10 bab ini secara kritis memerihalkan trenda urus tadbir universiti awam serta perkaitannya (dilema) dengan nilai pendidikan tinggi masa kini. Bagi tujuan penulisan ini, Bab 6 bertajuk The Rise of Manageriat telah dikupas dan cuba dibincangkan dalam konteks urus tadbir universiti awam di Malaysia serta kesannya kepada komuniti nya. Sebuah premis menyatakan bahawa universiti awam masa kini telah menjadi sebuah perbadanan perniagaan transnasional yang beroperasi dalam global knowledge economy yang kompetitif. Malah beberapa kajian akademik menegaskan bahawa universiti moden telah banyak “dipasarkan” atau melalui proses “rasionalisasi" oleh Order Baru Pengurusan. Sehubungan dengan itu, ada pengulas yang berpendapat hasilnya adalah institusi pengajian tinggi yang berfokus kan pelanggan, baru, cekap dan berkualiti tinggi. Namun di sebelah pihak pula menegaskan ia telah menumbangkan dan merendahkan nilai-nilai teras akademik dan merupakan satu amalan penindasan oleh kelas pentadbiran era baru. Malah sebilangan kecil berani berpendapat bahawa “pemasaran” universiti dan pendidikan tinggi ini telah memupuk entiti baru dipanggil "McUniversity". Maka penulisan ini berusaha mengupas idea yang berkaitan dengan keperluan serta kesan daripada sebuah modern university yang meliputi perancangan strategik, polisi, penanda aras, ranking, pengauditan dan penunjuk prestasi. Akhir sekali penulisan cuba mengupas proses transformasi yang sedang dijalani oleh universiti awam masa kini khususnya aspek kecekapan kos dan ekonomi pengetahuan dan juga kesan akhir kepada komuniti yang meliputi graduan, para pelajar serta warga kerja nya.
Kata Kunci : Modern university, New funding environment, Transformation process