Academia.eduAcademia.edu

Hikayat Kelana Sita Kembara sebagai Naskhah Cerita Panji Melayu

2017, Machine Learning

Abstract

Makalah ini membincangkan teks manuskrip Cerita Panji Melayu yang didokumentasikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang berjudul Hikayat Kelana Sita Kembara, nombor kelas MS46. Sehingga kini, tiada lagi kajian manuskrip atau kritikan yang dilakukan bagi menilai naskhah Cerita Panji Melayu Hikayat Kelana Sita Kembara. Melalui kaedah transliterasi teks dan analisis kandungan, maka ciri-ciri Panji Melayu dapat dicerakinkan dengan mengambil kira tiga dasar pembahagian antara cerita panji Jawa dengan cerita panji Melayu, iaitu pembahagian sedia ada, penggunaan bahasa dan unsur tempatan. Berdasarkan kaedah penyelidikan yang telah dinyatakan maka penulisan makalah ini bermatlamat untuk meneliti, mengenal pasti dan membincangkan ciri-ciri Panji Melayu yang terkandung

Key takeaways

  • Bagi mengenal pasti bahawa HKSK ialah sebuah naskhah CP Melayu, maka penelitian terhadap perbezaan Panji Melayu dan Panji Jawa wajar dilakukan.
  • (HKSK, 2014:282) Merujuk kewujudan dewa dalam CP HKSK membuktikan penemuan pengkaji bahawa mitologi masyarakat Jawa memiliki hubungan yang sangat rapat dengan unsur dan peranan dewa.
  • Hal ini juga merupakan salah satu ciri-ciri panji dan boleh juga ditemui dalam teks CP Melayu HKSK.
  • Peranan panakawan ini boleh ditemui dalam CP Jawa mahupun CP Melayu.
  • Dalam CP Melayu HKSK, diperlihatkan suasana kegembiraan apabila Kelana Sangam Negara Tiga Bersaudara yang telah mati itu dihidupkan semula oleh Betara Karma Sakti seperti dalam petikan yang berikut: