Academia.eduAcademia.edu

2 conelia 2

Abstract

Oleh Conelia anak Ragum [email protected] ABSTRAK Kajian ini diilhamkan berfokuskan kepada kaedah penggunaan nombor berwarna dalam membantu murid mengingat nombor 1 hingga 9. Edy merupakan murid pemulihan matematik dari kelas Tahun 3 yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9. Edy sudah berada di kelas pemulihan selama 2 tahun dan masih tersekat pada kemahiran yang sama. Kajian ini telah dijalankan selama 2 bulan. Sepanjang melaksanakan penyelidikan ini, saya telah menggunakan kaedah pengumpulan maklumat daripada pemerhatian, perbualan dan hasil kerja murid seperti lembaran kerja. Data yang telah dikumpul kemudian dianalisis dan disemak melalui triagulasi kaedah dan sumber. Penggunaan nombor berwarna didapati dapat membantu murid mengingat nombor 1 hingga 9 dengan perlahan dan berhatihati. Kata kunci:Teori Perlaziman Klasik, nombor berwarna, hafalan nombor "1" hingga "9", pembelajaran arah kendiri, motivasi dalaman ABSTRACT This research introduced with focus on the use of colour numbers method in order of helping pupil recognised number one to nine. Edy is a Year Three pupil and study in Remedial Class because has the inability to recognise number. Edy has been in Remedial Class for two year and still stuck with the same problem. This research has been organized for two month. Along the research, I have gathered data through observations, interviews and pupil worksheet. Data that has been gathered then being analyse and checked with the triangulation of methods and resources. The colour numbers method have been proved successful in helping Edy with recognized number one to nine with slow and steady pace PENGENALAN Konteks Saya ialah seorang guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Pemulihan Ambilan Januari 2009 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Saya telah mengikuti Praktikum sebanyak tiga fasa iaitu, Fasa I selama sebulan di SK Bahagia , Fasa II selama dua bulan di SK Makmur dan Fasa III selama tiga bulan di SK Sejahtera. Kajian saya adalah berfokuskan murid Pemulihan Tahun 3 iaitu Edy (bukan nama sebenar) yang tidak dapat menguasai kemahiran mengenal nombor kerana mengalami kesukaran mengingat nombor 1 hingga 9.