Academia.eduAcademia.edu

SYARAHAN UMUM

Abstract

Syarahan ini dimulakan dengan mengatakan bahawa setiap orang secara semula jadi mempunyai kecerdasan atau intelligence yang tinggi, dan semua orang boleh berfikir dan belajar dengan baik. Yang berbeza ialah, sesetengah orang belajar dengan cepat, tetapi sesetengah orang belajar agak lambat; ada yang suka belajar dengan cara membaca, ada pula yang belajar melalui perbuatan; ada yang suka mendengar dan melihat, dan sebagainya. Kita boleh belajar semua perkara yang dikehendaki jika kita mahu dan sanggup mencuba. Walaupun memiliki kekurangan diri, kita masih boleh belajar. Proses tersebut mungkin memerlukan masa yang lebih panjang dan mungkin memerlukan bantuan khas, tetapi yang pasti kita boleh belajar. Inilah yang ingin dijelaskan -bahawa setiap orang boleh belajar kerana kita semua mempunyai otak yang tahu bagaimana untuk belajar dan berfikir. Otak kita secara semula jadi adalah bijaksana.