Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
2019
…
16 pages
1 file
2020
Assalamualaikum w.b.t Bacalah (wahai Muhammad) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (Surah Al-Alaq). Islam meletakkan membaca sebagai asas utama dalam pendidikan. Oleh itu, tugas dan peranan pendidik haruslah membangunkan modal insan dengan mengupayakan mereka dengan minda yang berilmu. Justeru, isu dan cabaran utama pendidikan ialah membangunkan intelek manusia berpaksikan tawhid serta membina adab manusiawi berakhlak mulia. Di sinilah, peranan dan tugas utama para pendidik iaitu membangunkan modal insan Rabbani. Sebab itulah, Rasulullah SAW menegaskan bahawa: "Sesiapa hendakkan dunia perlulah dengan ilmu dan sesiapa hendakkan akhirat pun dengan ilmu. Sesiapa hendakkan keduaduanya perlu dengan ilmu". Menuntut ilmu itu menjadi suatu kefardhuan ke atas setiap muslim sebagaimana hadith Rasulullah iaitu menuntut ilmu itu wajib ke atas lelaki dan perempuan. Malahan, proses menuntut ilmu itu berterusan sepanjang hayat (live long learning) sesuai dengan kata motivasi "menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah perlulah dijadikan role model di dalam kehidupan seharian. Berpaksikan dengan Attitude (benar, amanah), Skills (fathanah), dan Knowledge (tabligh), para pelajar Ikmas perlulah menghayati sifat-sifat tersebut dan menjalani urusan kehidupan dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Sifat benar, amanah, fathanah dan tabligh merupakan sifat wajib yang ada pada diri Baginda Nabi Muhammad SAW dan ianya sifat mahmudah serta menjadi nilai utama kepada pembentukan ummah Rabbani. Ummah Rabbani pula merupakan tonggak kepada kesejahteraan sesebuah negara. Oleh yang demikian, para pelajar Ikmas perlulah melengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah tersebut serta menguasai pelbagai kemahiran di era digital agar mampu untuk menjadi para dua't serta huffaz yang akan menyumbang bakti ke arah pembangunan ummah cemerlang. Tahniah dan syabas kepada warga Ikmas, sekalipun masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun aktiviti serta program yang dirancang dapat dimaksimakan pelaksanaannya. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan ialah Wacana Pendidikan Tinggi
2019
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala pujian dirafa'kan ke hadrat Ilahi dengan izin dan Inayah-Nya, maka dapatlah kita menerbitkan Buletin IKMAS Bil. 1/2019 yang julung kalinya diterbitkan bagi mengabadikan aktiviti serta program yang telah dianjurkan oleh Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bermula Januari sehingga Mac 2019. Jutaan penghargaan turut dirakamkan kepada Yang Berusaha Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah IKMAS di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Jabatan Penerbitan IKMAS untuk mengorak langkah selaku perintis bagi penerbitan Buletin IKMAS.
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.
AFRIDA, ERSHA, NOVIA, 2023