Artikel yang ditulis oleh Siti Nor Aisyah Ngadiran yang bertajuk Konsep Sejarah menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas: kajian terhadap karya-karya terpilih telah dijadikan sebagai sumber rujukan kepada saya dalam memberi ulasan secara ringkasnya tentang konsep sejarah Islam. Artikel ini secara amnya membincangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep sejarah Islam dan perbezaannya dengan konsep sejarah Barat yang lainnya. Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang meliputi pelbagai aspek kehidupan dan amat penting untuk dikaji serta dipelajari. Bermula dari satu peradaban ke peradaban yang lain, proses-proses ini melibatkan banyak perkara dan perubahan yang memerlukan kepada pengkajian mendalam tentang bagaimana permulaan awal sesuatu peradaban tersebut. Ilmu ini sememangnya memerlukan kepada metodologi-metodologi khusus dalam penetapan fakta yang betul dan asli. Penulis berusaha membawa pembaca untuk memahami konsep sejarah Islam untuk dibandingkan dengan konsep sejarah Barat. Umum mengetahui, seiring perubahan zaman dan peradaban, telah lahir tokoh-tokoh sarjana Islam mahupun Barat yang masing-masing memiliki pandangan serta pendirian yang tersendiri terhadap