Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
2020
…
314 pages
1 file
Kebanyakan negara majori Muslim memiliki sistem perundangan yang meliputi peruntukan Islam dan hak-hak liberal. Meskipun kedua-dua elemen tersebut tidak semestinya bercanggahan, komitmen terhadap kedua-duanya menjadi asas, dari segi undang-undang serta simbolik, untuk para aktivis mengajukan visi masing-masing tentang negara dan masyarakat. Dengan menggunakan Malaysia sebagai kajian kes, buku Mengkanunkan Agama ini meneliti bagaimana susun atur perundangan sedemikian telah mencetuskan litigasi-litigasi dan membantu pembinaan konstruk “binari hak-lawan-ibadat” di ruang undang-undang, politik, serta imaginasi popular massa. Dengan merujuk kepada sumber-sumber primer yang ekstensif dan menjejak kembali kes-kes kontroversial dari kamar mahkamah undang-undang sehinggalah ke mahkamah pendapat awam, kajian ini berusaha untuk menteorikan proses “pemahkamahan agama” dan kesan-kesan terbitan daripada tindakan mahkamah ke atas kesedaran perundangan serta keagamaan popular masyarakat. Buku ini mendokumentasikan bagaimana institusi perundangan menggalakkan pertembungan ideologi, yang seterusnya mentakrifhan negara ini berserta politiknya. Dengan meninjau hubung kait antara pluralisme undang-undang, gerakan sosial, sekularisme, dan Islamisme politik, buku Mengkanunkan Agama membuka ufuk perbincangan baru tentang kesalinghubungan antara undang-undang, agama, politik dan masyarakat. Terjemahan oleh Hazman Baharom.
Masyarakat Islam, termasuk di Malaysia sedang berhadapan dengan berbagai ancaman yang boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah yang terpaksa diharungi atas nama kemajuan pada era globalisasi ini.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LAW AND ISLAMIC JURISPRUDENCE (ICLIJ 2017), 2017
Sesuatu yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu.
2013
Tesis ini mengkaji liberalisme agama di Malaysia daripada sudut akidah Islam untuk melihat kedudukan liberalisme serta memberi penjelasan Islam kepada masyarakat. Kajian yang berdasarkan kualitatif ini mendapat data menerusi dokumen dan temu bual dengan pihak yang mendokong liberalisme agama kemudian data diolah dan disusun berdasarkan metode deskriptif dan metode sejarah. Fokus utama kajian adalah kepada isu berkaitan dengan akidah. Hasil kajian mendapati bahawa fahaman liberal agama bertapak di negara ini dan bergerak menerusi seruan kepada pembaharuan dalam agama dengan dimulakan dengan pentafsiran baru terhadap teks agama. Liberalisme agama mengalami penyelewengan yang berlainan tahap; ada yang sungguh bahaya dan ada pula yang kurang bahaya. Penyelewengan yang sungguh bahaya itu ialah penolakan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Hasil kajian juga mendapati agama Islam mempunyai identiti yang tetap; bukan segala-galanya dalam Islam berubah menurut zaman. Islam berperanan sebagai...
Fahaman Islam Liberal merupakan salah satu bentuk serangan pemikiran yang disasarkan kepada umat Islam pada hari ini termasuk Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Islam Liberal dalam masyarakat Islam di negara ini. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk kepada sumber-sumber ilmiah seperti buku, jurnal, artikel, kertas kerja prosiding dan seminar serta sumber-sumber lain seperti laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan kajian ini, fahaman Islam Liberal di negara ini dipelopori oleh individu profesional yang bergerak aktif melalui badan-badan bukan kerajaan. Fahaman ini juga mendapat sokongan daripada beberapa individu yang berpengaruh dalam politik negara. Manakala isu-isu utama yang diperjuangkan oleh golongan ini ialah hak kebebasan beragama, penentangan terhadap Undang-undang Syariah dan isu persamaan hak lelaki, wanita dan kaum sejenis. Implikasinya semua pihak perlu menggembelingkan tenaga memperluaskan dakwah dan memperkasakan pendidikan Islam di semua peringkat lapisan masyarakat. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang perlu perkasakan lagi supaya Islam tidak dipandang hina dalam masyarakatnya sendiri.
Jurnal 'Ulwan, 2016
Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak kurun ke-12 lagi. Malah kedudukan Islam sebagai agama utama Persekutuan turut dinyatakan melalui Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Namun kedudukan tersebut terjejas dengan isu murtad di Malaysia dengan alasan Hak Kebebasan Beragama. Tidak terdapat peruntukkan undang-undang yang jelas dan ketidakseragaman undang-undang mengenai kesalahan berkaitan murtad turut menambah derita bagi isu murtad di Malaysia. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk mengulas mengenai isu murtad di Malaysia secara ringkas dan kemudian memberikan cadangan mekanisme ke arah penyeragaman undang-undang murtad di Malaysia.
Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran modenisme Islam telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan Muslim ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al-Afghani, as-Syaikh Muhammad ' Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan modenisme yang berakar dari filsafat Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Saat ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Pada hakikatnya ia adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, ideaidea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. Kertas ini adalah paparan sepintas lalu kerangka-kerangka pemikiran Islam liberal. Kemudian, kita akan membuat fokus terhadap implikasi pemikiran Islam terhadap kedudukan Islam dan para penganutnya di Malaysia.
Era globalisasi menjadikan umat beragama harus berhadapan dengan serangkaian tantangan baru seperti pluralisme agama dan konflik intern atau antar agama. Berbeda dengan masa saat kehidupan umat beragama seperti kamp-kamp yang terisolasi dari tantangan dunia luar sehingga memunculkan ketentraman tersendiri. Konsekuensi dari hal tersebut adalah munculnya pertanyaan seperti "Apabila Tuha itu Esa, tidakkah sebaiknya agama itu tunggal saja?" Atau "Mengapa aku memeluk suatu agama dan tidak ikut agama lain?" dan pertanyaan lain yang sejenis. 1 Islam sebagai salah satu agama juga tidak lepas dari pemikiran tersebut. Beberapa karya ilmiah tentang pemikiran Islam khususnya di Indonesia mulai banyak bermunculan pada tahun 1970-an, baik yang ditulis oleh kalangan Indonesianis maupun oleh para ilmuan Indonesia sendiri. Beberapa kajian pemikiran Islam di antaranya adalah dilakukan oleh Fachry Ali (1987) tentang politik Islam, Syafii Anwar (1995) yang menentang pluralisme, sekularisme dan liberalisme, dan Greg Barton (1995) tentang neo-modernis. Hal tersebut menunjukkan bahwa telaah atas pemikiran Islam Idonesia semakin menemukan momentum dan relevansinya. 2 Pemikiran tersebut tidak lepas dari Isu global berupa rasionalisme (berlangsung sejak masa Renaissance Eropa), modernisme (berkembang sejak sekitar abad ke-18 di Eropa), nasionalisme, demokrasi, HAM dan gender. 3 Salah satu pemikiran yang berkembang karena adanya isu-isu tersebut adalah Islam liberal, yang mempunyai enam prinsip dasar yaitu individualisme, rasionalisme, kebebasan, tanggungjawab, keadilan dan toleransi. 4 Karena prinsip tersebut, dalam 1
Kertas kebijakan ini disusun sebagai materi lobi YLBHI untuk mendorong pengakuan dan pemenuhan hak atas kebebasan beragama yang sesuai dengan prinsip-prinsip dan standar universal Hak Asasi Manusia yang berlaku.
2019
Artikel ini mengelaborasi konstruksi identitas religius (Islam) dan etnisitas (Melayu) melalui konsep ideologis “Masuk Melayu” di Malaysia. Keberjalinan agama dan etnisitas membentuk paham dan praktik politik yang mengombinasikan keduanya menjadi suatu ideologi politikkebudayaan di Malaysia. Ideologi tersebut telah digunakan sebagai parameter untuk mengelola kehidupan sosial dan politik dengan karakteristik multikultural di Malaysia. Artikel ini juga memperlihatkan bahwa konstruksi identitas religius dan etnisitas di Malaysia maupun negara-negara lain Asia Tenggara pada umumnya tidak bisa dipisahkan dari diskursus kolonialisme yang terjadi pada waktu lampau. Kolonialisme telah mewariskan sistem-sistemsosiobudaya dan politik yang kemudian melaluinya menjadi fondasi aktivitas birokrasi pemerintahan dan pembentukan budaya politik masyarakat Asia Tenggara hingga saat ini. Namun, pemerintahan pascakolonial di Malaysia terus melanjutkan konstruksi identitas semacam itu dengan menambahkan ...
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.
Jurnal Litigasi, 2014
UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies
Prosiding KOPSIS, 2019
Journal of Governance, 2016
Jurnal Penelitian Psikologi, 2019
Religious Freedom Institute, 2018