Academia.eduAcademia.edu

Variasi Pemaknaan Uslub Al-Tanbih Dalam Al-Quran

2021, QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada uslub al-Tanbih yang merupakan salah satu daripada asalib yang terdapat di dalam al-Quran. Ia merupakan kaedah berseni dan panduan efektif untuk tujuan komunikasi dan interaksi sesama manusia. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian pihak kedua iaitu orang yang ditujukan berkenaan sesuatu percakapan supaya memberi perhatian penuh serta mendengar dengan teliti berkenaan isi kandungan yang disampaikan oleh pihak pertama iaitu orang yang bercakap. Oleh demikian, kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah utama pemerolehan data. Seterusnya, data-data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis bagi menghasilkan kaedah-kaedah uslub al-Tanbih bersumberkan pandangan para ulama lughah, 'ulum al-Qur'an dan mufassirin. Hasil kajian ini telah menemukan beberapa asalib atau gaya bahasa uslub al-Tanbih yang terdapat dalam al-Quran iaitu uslub al-Istifham, uslub al-Tikrar, huruf hijai'iyyah dan juga uslub al-du'a'. Justeru, kajian ini telah membuktikan bahawa al-Quran adalah kitab mukjizat yang datang daripada Allah SWT dari sudut keindahan bahasa al-Quran dan kefasihannya. Turut dibuktikan juga bahawa al-Quran adalah sebaik-baik panduan bagi umat manusia dari segenap aspek dalam menjalani kehidupan seharian.