Academia.eduAcademia.edu

Sppa

1 , [email protected] 2 ABSTRAK Meningkatkan tahap pengekalan pelajar merupakan isu kritikal dalam kejayaan pelaksanaan Massive Open Online Course (MOOC). Kajian ini bertujuan untuk membina kluster pelajar yang boleh menggambarkan tahap penglibatan pelajar dalam MOOC Kesepaduan dan Hubungan Etnik (KKHE). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan model penggalian data Cross Industry Standard Process -Data mining (CRISP-DM). Sebanyak enam fasa di dalam proses penggalian data menggunakan model CRISP-DM iaitu memahami matlamat kajian, memahami data, penyediaan data, pembinaan model analisis, penilaian model dan laporan hasil dapatan. Sampel kajian terdiri daripada 11,175 pelajar kohort keempat MOOC KKHE pada semester 2 sesi pembelajaran 2015 / 2016. Data telah dianalisis menggunaan model analisis kluster bagi menentukan tahap penglibatan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan 58.07% pelajar berada dalam kluster tahap penglibatan Cuba Uji, 30.81% dalam kluster Cicir, 2.28% dalam kluster Audit dan 8.84% dalam kluster Lengkap. Kajian ini memberi input penting kepada pensyarah dan pembangun MOOC di institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi merekabentuk dan melaksanakan MOOC yang dapat meningkatkan tahap penglibatan pelajar dan seterusnya memastikan kejayaan pelaksanaan MOOC selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -Pengajian Tinggi 2015 -2025. Sebagai kesinambungan, adalah dicadangkan satu kajian tentang pembangunan MOOC yang beridentitikan Malaysia dan memenuhi keperluan pendidikan secara global. PENDAHULUAN Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak mempengaruhi transformasi pendidikan global melalui kaedah penyampaian pengajaran terutamanya dengan tersedianya infrastruktur capaian internet berkelajuan tinggi, malah telah membuka konsep dan model pendidikan yang lebih terbuka melalui kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran