Academia.eduAcademia.edu

KERJA KURSUS SEJARAH TOKOH PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses yang mengandungi perbagai aktiviti yang dirancang khas untuk pembangunan masyarakat. Satu daripada fungsi konservatif pendidikan ialah memupuk, mengekal dan meyalurkan nilai-nilai tradisi masyarakat. Dengan demikian , seharusnya pendidikan ditadbir oleh anggota yang berkaliber tinggi dan terlatih secara profesional supaya berupaya memberi kepimpinan yang berkesan dan dinamik. Dalam konteks ini, tokoh pendidikan merupakan orang yang telah banyak berjasa kepada negara dalam bidang pendidikan yang boleh dijadikan contoh kepada generasi masa kini dan masa akan datang. Pencapaian dan sumbangan yang dicurahkan wajar dijadikan aspirasi dan motivasi kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda masa kini. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mencurah bakti membangunkan negara dan masyarakat setempat terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan wajar dijadikan iktibar dan dihargai oleh setiap rakyat. Selain itu, menurut Siti Ezaleila Mestafa dalam bukunya yang berjudul '20 Tokoh Ilmuan', beliau menyenaraikan antara tokoh-tokoh yang boleh dijadikan contoh dalam bidang pendidikan ialah Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) , Tan Sri Aminuddin Baki , Tan Sri Dr. Ungku Omar, Khoo Kay Kim dan lain-lain. Masyarakat setempat juga harus mencontohi tokoh-tokoh berkenaan yang berkorban jiwa dan raga untuk memajukan pendidikan kepada masyarakat. Susulan daripada itu , di Meru, yang merupakan sebuah kawasan petempatan kecil di daerah Klang, Selangor terdapat seorang tokoh yang amat disegani dan dihormati oleh penduduk setempat. Beliau ialah Tuan Haji Ajidan Bin Haji Hashim. beliau memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan di Meru, Klang sepanjang menjadi warga pendidik dari tahun 1966 sehingga 2015. Beliau juga amat mementingkan aspek perancangan dalam mempersiapkan dirinya sebagai seorang pejuang pendidikan.