Academia.eduAcademia.edu

Jurnal Artikel

2016, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstract

Abstrak Penyelidikan ini direncanakan berasaskan permasalahan pembelajaran murid sepanjang pemerhatian dan penglibatan penyelidik dalam arena pendidikan sekolah rendah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat kesan penggunaan display board untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 6 dalam eksperiman Persaingan Ruang Antara Haiwan. Penyelidikan ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di Kedah dengan penglibatan responden seramai 18 orang murid yang terdiri daripada pelbagai aras kecerdasan. Pengkaji mengumpul data secara kuantitatif bagi melihat impak terhadap kefahaman responden dengan menggunakan instrumen praujian serta pascaujian. Hasil dapatan diterjemah dalam bentuk peratus, min serta sisihan piawai. Manakala, kaedah kualitatif dijalankan untuk melihat perubahan minat responden dengan menggunakan borang soal selidik berbentuk 'Skala Likert' 4 mata serta temu bual. Keputusan analisis penyelidikan ini memperlihatkan peningkatan nilai min dari 40 semasa praujian ke 60 selepas pentadbiran pascaujian. Sementara itu, nilai sisihan piawai pula mengecil dari 10.89 menjadi 9.80 dengan perbezaaan sebanyak 1.09. Data ini turut diperkuat dengan maklum balas responden dalam borang soal selidik serta temu bual yang menunjukkan peningkatan minat yang tinggi. Ini membuktikan bahawa display board berjaya meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 6 dalam eksperimen Persaingan Ruang Antara Haiwan.