Academia.eduAcademia.edu

KEPIMPINAN, KEPEMIMPINAN & TRANSFORMASI

Abstract

Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ruangan komen oleh salah seorang sahabat kita yang bertanyakan soalan berikut: 'Apa beza kepimpinan dan kepemimpinan? Dan apa tu transformasi?' Soalan ini begitu bertepatan dengan situasi semasa kerana USIM baru sahaja melalui fasa perubahan 'kepimpinan' dan seluruh organisasinya sedang mengadaptasi proses 'kepemimpinan' yang baru ini. Malahan seluruh warga kerja USIM begitu teruja dan bersemangat untuk menjayakan 'transformasi' yang dibawa oleh barisan kepimpinan baru yang dilihat akan membolehkan USIM lebih fokus dalam merealisasikan matlamat penubuhannya. Lihatlah betapa eratnya perkaitan serta penggunaan perkataan 'kepimpinan', 'kepemimpinan' dan 'trasformasi' itu dalam menggambarkan hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan kejayaan.. Konsep Kepimpinan. Pertamanya molek kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis.Berikut adalah definisi kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :. • " Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama " (Hemphill & Coons). • " Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau matlamat-matlamat khusus. " (Tannenbaum, Weshler & Massarik). • " Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan interaksi. " (Stogdill, 1974). • " Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu. " (Fiedler, 1967)