Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976 -1980, merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial. Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990). RMK3 ini merupakan peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembangunan sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan peluang pekerjaan. Di samping itu, mengikut Malaysia Kita (2014), dalam tempoh pelaksanaan DEB,