Academia.eduAcademia.edu

MODAL INSAN

Abstract

Malaysia. " Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. " YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai Wawasan 2020 di mana negara akan menjadi negara yang maju secara holistik. Justeru, agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa yang disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sebagai panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasional iaitu pembangunan modal insan adalah satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara. Modal insan adalah aset yang paling berharga bagi sebuah negara yang boleh disuntik nilai tambahnya dengan ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan yang dirancang dengan rapi adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara dalam meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih, berdaya saing sepadan dan mencukupi dengan keperluan dan kehendak industri dan pasaran semasa atau masa hadapan negara menjelang tahun 2020. Justeru, modal insan yang ingin dihasilkan perlulah mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Menurut Sidek Baba (2005), tanpa nilai dan etika remaja akan nantinya kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yang baik atau buruk, bermanfaat atau membawa