Academia.eduAcademia.edu

POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA

Abstract

Malaysia turut menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global yang kini menuntut kepada pendekatan ekonomi sosial sebagai mana yang diamalkan oleh negara Barat. Keadaan ini menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengimbangi kedudukan sosio-ekonomi warganya berikutan ancaman krisis pengangguran graduan yang semakin meruncing dan peningkatan kadar kemiskinan hidup berlaku setiap tahun. Mengambil kira hal tersebut, maka keusahawanan sosial adalah relevan untuk dilaksanakan melalui aktiviti koperasi sosial. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengoperasian koperasi sedia ada berada pada tahap yang baik. Namun peranan ini perlu dikembangkan manfaatnya kepada masyarakat sekitar selari dengan tuntutan ekonomi semasa. Manakala konsep dan amalan koperasi sosial di negara ini masih di peringkat permulaan dan ianya perlu diterapkan dalam setiap amalan organisasi koperasi sedia ada. Hal ini disebabkan inovasi yang terhasil bukan sahaja mampu mengurangkan bebanan kerajaan dalam merancang belanjawan tetapi lebihan tersebut digunakan bagi meneruskan agenda pembangunan negara yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti potensi KS dengan amalan keusahawanan sosial di Malaysia. Perinciannya, objektif kajian ini adalah a) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar IPT mengikut jantina; b) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar mengikut kategori IPT. Kajian ini melibatkan seramai 330 pelajar Institusi Pengajian Tinggi dipilih menggunakan pendekatan persampelan berkelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berada di tahap mungkin menubuhkan perusahaan sosial. Secara khususnya, kajian mendapati pelajar lelaki mempunyai tahap kepastian yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam menubuhkan perusahaan KS. Begitu juga, pelajar IPT Swasta didapati mempunyai tahap kepastian yang tinggi dalam menubuhkan perusahaan KS berbanding pelajar IPT Awam. Walaupun belum wujud KS di Malaysia, namun KS berpotensi untuk ditubuhkan oleh bakal graduan. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi kepada amalan koperasi sedia ada dan pentadbir IPT akan dibincangkan. Kata Kunci: Koperasi Sosial, Keusahawanan Sosial, Orientasi Sosial, Golongan Terpinggir ___________________________________________________________________________ Pendahuluan Kemunculan awal koperasi sosial (KS) bermula di Eropah pada 1942 dan Itali menjadi negara pertama yang mengamalkan KS ini melibatkan jenis dan aktiviti penawaran barangan pengguna, pertanian, pembinaan, pengangkutan, perikanan yang mana pengeluarannya telah memberikan manfaat peluang pekerjaan. Seterusnya, penubuhan KS ini tertakluk kepada badan perundangan tahun 1991 iaitu Undang-Undang 381. Selain itu, KS juga perlu mematuhi prinsip dalam pengagihan sebanyak 3 peratus daripada keuntungan tahunan bersih untuk