Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
1993
…
180 pages
1 file
1.0 PENGENALAN Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu medium kearah penyatuan dan pembangunan negara bangsa Malaysia. Bahasa Kebangsaan telah mengalami perkembangan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga kini. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang bertepatan dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan baahsa rasmi bagi persekutuan. 1 Sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang ulung dan menjadi Lingua Franca dalam urusan perdagangan dan pemerintahan di Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya. 2 Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab. Antaranya ialah kerana Tanah Melayu adalah negeri bagi orang Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda bagi Tanah Melayu, Bahasa Melayu adalah bahasa perantara bagi negeri-negeri di negeri ini, bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dan sebagainya. Pendapat ini diutarakan oleh Za'ba dalam tulisannya "Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lapas Merdeka" yang menyenaraikan mengenai sebab-sebab mengapa bahasa Melayu perlu dipilih menjadi bahasa kebangsaan di negara Malaysia. 3 Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam reaksi terhadap pengiktirafan tersebut. Penggunaan bahasa kebangsaan adalah penting kearah proses pembentukan negara bangsa yang berjaya. Hal ini kerana bahasa adalah alat penyatuan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan suatu bentuk penyelarasan bahasa di negara ini. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga perlu dipertahankan kerana bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa maka hilanglah bangsa 1 2 2.0 KONSEP NEGARA BANGSA MELALUI BAHASA KEBANGSAAN Konsep "negara bangsa" atau "Nation State" sering kedengaran dalam usaha kearah pembentukan penyatuan dan hala tuju pembangunan negara terutamanya selepas sesebuah negara mencapai kemerdekaan termasuk negara Malaysia. Pembinaan negara bangsa dalam kerangka Malaysia masih lagi didalam persoalan dan masih lagi perbahasan dalam kalangan sarjana. Dalam pada itu, negara masih lagi berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan sempurna. Usaha-usaha kearah pembentukan negara bangsa yang sempurna dan ideal ini telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Namun, pelbagai cabaran dan halangan terpaksa dihadapi apatah lagi negara ini mempunyai pelbagai kaum yang menyebabkan sentimen perkauman masih lagi dimainkan oleh sesetengah pihak yang pada akhirnya akan membantutkan proses pembentukan negara bangsa yang ideal. 4
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam yang merupakan antara universiti terawal ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya. USM juga merupakan universiti pertama yang mendapat status universiti Apex di Malaysia yang merupakan satu penghargaan dan kepercayaan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terhadap USM. USM menerima pelajar dari pelbagai negara seperti pelajar dari negara China, Libya, Sudan, Mesir, Nigeria, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain lagi yang kesemuanya melebihi lima belas buah negara. Majoriti pelajar antarabangsa yang mendaftar di USM merupakan pelajar pascasarjana dan sebahagian kecilnya merupakan pelajar ijazah pertama. Kertas kerja ini merupakan hasil pengalaman penulis dalam mengajar kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kurus wajib universiti yang perlu diikuti dan wajib lulus sekurang-kurangnya mendapat gred c oleh pelajar antarabangsa yang belajar di Universiti Sains Malaysia. Dimensi utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada pelajar peringkat pascasarjana dengan model pengajaran yang menggunakan modul kursus Bahasa Malaysia I (LKM100) yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan sepenuhnya iaitu penulis akan merujuk hasil peperiksaan akhir semester pelajar yang melibatkan 100 orang pelajar pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. Keputusan peperiksan mereka diambil untuk dianalisis secara terperinci berdasarkan pecahan tajuk yang terdapat dalam peperiksaan tersebut bagi menghasilkan suatu kesimpulan terhadap kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan dapatan secara ilmiah terhadap keberkesanan penggunaan modul pengajaran dan pencapaian pelajar. Keyword: Pengajaran bahasa Melayu, bahasa asing, Universiti Sains Malaysia PMIOL Style Guide 1. Pengenalan Universiti Sains Malaysia mewajibkan semua pelajar antarabangsa pada peringkat pascasarjana mengambil kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kursus wajib pengijazahan bagi semua pusat pengajian. Kursus ini merupakan kursus Bahasa Malaysia peringkat permulaan. Pelajar diajar cara menyebut perkataan mengikut Sistem Bunyi Bahasa Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan tatabahasa asas dan dilatih membina ayat yang mudah. Kosa kata yang diperkenalkan lebih kurang 500 patah perkataan meliputi kata nama, kata kerja, kata sendi nama, kata adjektif dan kata tugas. Isi kandungan modul kursus Bahasa Malaysia I terdiri daripada empat belas unit yang merangkumi sistem bunyi bahasa Malaysia, ucap selamat, nombor dan masa, wang, memperkenalkan diri, mengenal pasti objek, penjodoh bilangan, keluarga, kalendar dan aktiviti harian, kedudukan objek, pengangkutan, arah dan lokasi, makanan dan rasa serta negara dan cuaca. Kursus ini juga membolehkan pelajar menggunakan perbualan yang mudah dalam pelbagai situasi harian. Pelajar juga akan didedahkan dengan budaya masyarakat Malaysia khususnya budaya Melayu.
Akademika, 2019
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun demikian pelaksanaannya mengalami masalah apabila kerajaan negeri Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan melambat-lambatkan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak. Hal ini menimbulkan pertentangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penggunaannya di Sarawak. Kerajaan negeri cuba menggunakan alasan dengan Perkara 18 yang menguntukkan kebebasan untuk kerajaan negeri mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak sebagai bahasa rasmi. Hal ini membawa kepada bantahan kerajaan pusat dibawah pimpinan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman mengingatkan kerajaan negeri Sarawak tentang kepentingan bahasa Melayu untuk perpaduan rakyat. Sebaliknya, Ningkan tidak berganjak dan ...
Perhimpunan bangsa-bangsa Asia Tenggara atau disebut ASEAN lahir dan berkembang di tengah lingkungan global Perang Dingin antara kubu Amerika Serikat dan Uni Soviet. Tahun 1967 saat kelahiran pertama melalui Deklarasi Bangkok, negara anggotanya dianggap berkeinginan menjauh dari komunisme dan sekaligus ingin membangun kesejahteraan di kawasan Asia Tenggara. 1 Beberapa poin yang disebut dalam deklarasi ASEAN menunjukkan adanya kesamaan keinginan dan kepentingan bersama. ASEAN hadir untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya. ASEAN juga menginginkan perdamaian dan stabilitas kawasan selain juga menghendaki adanya kerjasama teknis di berbagai bidang. 2 Dari sini jelas bahwa masyarakat regional Asia Tenggara karena memiliki sejumlah kesamaan membentuk institusi yang dapat mewadahi keinginan bersama itu.
e-Prosiding Seminar Falsafah dan Tamadun 2018, 12 Nov, 2018
Kajian lakuan bahasa ialah kajian tentang pelbagai bentuk tindakan dalam ujaran ketika berkomunikasi. Ujaran seperti kata “saya akan membayar hutang saya besok pagi” melambangkan tindakan berjanji. Tiga tokoh utama dalam kajian lakuan bahasa ialah J.L Austin, Searle, dan Bach & Harnish. Ketiga-tiga tokoh ini telah membahasakan lakuan bahasa dan menghasilkan teori lakuan bahasa masing-masing. Kerangka teori yang mereka hasilkan telah mempengaruhi kajian bahasa di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan kajian lakuan bahasa di Malaysia. Kaedah kepustakaan digunakan untuk meneliti kajian-kajian lepas tentang lakuan bahasa. Secara umumnya, tinjauan mendapati bahawa ahli bahasa mula menunjukkan minat terhadap kajian lakuan bahasa. Kajian ini turut mendapati teori lakuan bahasa oleh Austin, Searle, dan Bach& Harnish telah diterima pakai di Malaysia. Namun demikian, kajian lakuan bahasa di negara ini agak lewat berbanding dengan usia teori lakuan bahasa yang diperkenalkan pada 1962. Kajian lakuan bahasa hanya bermula pada 1998 melalui kajian Ahmad Mahmood Musanif. Selain itu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pengkaji menyarankan agar sarjana memberi perhatian terhadap aspek lakuan bahasa dalam kalangan pemimpin tertinggi negara. Hal ini penting untuk mengetahui sikap dan tindakan bahasa dalam kalangan pemimpin negara.
JURNAL ULASAN BUKU (JAUHAR, KUIS), 2017
Buku ini ditulis untuk mendedahkan segala pahit getir pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara khususnya dan di rumpun Melayu amnya. Buku ini terdiri daripada enam bab dan setiap bab mengandungi beberapa tajuk kecil. Buku ini amat menarik kerana segala bab yang diperincikan berkaitan dengan bahasa dalam sistem pendidikan, yang merangkumi aspek sejarah, perundangan, bahasa dan politik, pemikiran tentang hubungan bahasa dengan pembangunan dan perpaduan, perjuangan bahasa yang perlu diteruskan.
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)
Makalah ini mengupas amalan-amalan leksikografi yang terkandung dalam karya Frank A. Swettenham, Vocabulary of the English and Malay Languages. Tujuannya ialah untuk meninjau status karya ini sebagai sebuah buku kosa kata Inggeris-Melayu ataupun kamus berdwibahasa. Makalah ini bermula dengan meneliti aspek bunyi (vokal, konsonan dan diftong) yang digunakan untuk melambangkan sebutan bahasa Melayu. Swettenham didapati amat menitikberatkan ketepatan penyebutan sehingga simbol-simbol penanda sebutan digunakan sebagai perlambangan bunyi. Dari segi amalan-amalan leksikografi, entri kata buku ini disusun mengikut abjad. Terdapat pelbagai bentuk kata entri misalnya entri kata dasar, terbitan, majmuk dan sebagainya. Pemerian entri-entri didapati dilakukan dengan menggunakan pendekatan padanan, leksikografi, ensiklopedia dan antonimi. Antaranya, pendekatan padanan terjemahan amat menyerlah dalam menghasilkan karya ini. Justeru, hasil analisis mendapati karya ini lebih berupa sebuah buku pada...
ABSTRAK Kursus Kesusasteraan Melayu dalam bidang pendidikan sama ada di institusi pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah pada masa kini semakin kurang mendapat perhatian atau tempat dalam kalangan pelajar. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar pada hari ini lebih meminati kursus-kursus yang bersifat praktikal dan memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Sehubungan itu, kursus-kursus kesusasteraan tidak lagi menjadi tumpuan pelajar. Kursus Kesusasteraan Melayu perlu diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi maklumat kini. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan tentang perlaksanaan dan cabaran dalam tiga kursus Kesusasteraan Melayu di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya yang ditawarkan dengan mengambil kira keperluan semasa para pelajar. Kursus tersebut ialah Kursus Penyuntingan Sastera, Sastera Komersial dan Pengajaran E-Sastera. Ketiga-tiga kursus tersebut merupakan kursus yang memperkenalkan aspek pengisian sastera, sama ada genre sastera moden atau sastera tradisional dalam medium yang baharu dan lebih praktikal. Hal ini selaras dalam menjadikan bidang Kesusasteraan Melayu sebagai bidang yang " menyusur akar mencecah awan. " Perkara ini memberi penjelasan bagaimana kursus-kursus ini dapat menjadikan sastera Melayu lebih menarik perhatian atau mendapat tempat dalam kalangan generasi muda sekarang. Seterusnya kursus-kursus ini dapat membantu kesusasteraan Melayu berkembang dan mantap seiring dengan bidang-bidang yang lain. Daripada kajian ini didapati kursus-kursus kesusasteraan bersifat semasa dan komunikasi perlu diperluaskan kerana kursus-kursus seperti ini memberi nilai tambah seperti kemahiran penyuntingan karya dan kemahiran multimedia. Selain itu juga kursus-kursus seperti ini juga dapat memberi suntikan baru kepada karya sastera, iaitu penyebarannya lebih meluas dan dipersembahkan dalam bentuk yang menarik selari dengan matlamat menjadikan kesusasteraan Melayu " menyusur akar mencecah awan. " Kata kunci: Kesusasteraan Melayu; kursus Kesusasteraan Melayu; penyuntingan sastera; pengajaran e-sastera; sastera komersial ABSTRACT The Malay Literature course in education are getting less attention in higher education institute and also schools simply because most of the students nowadays prefer the practical based courses or the courses that meet the current market’s requirements. This has caused the literature courses does not get the student’s attention. The Malay Literature course is supposed to be given more improvements and adjustments in order to fulfill the current market’s requirements in this information technological era. Therefore, this paper will discuss further the implementations and challenges faced by the Malay Department, University of Malaya in offering courses with the current social needs and employability. Courses to be introduced would be Literary Editing, Commercial Literature and E-literature Learning. All the courses will have basic introductions in the aspect of literary contents, in modern or traditional literature in different practical approaches. This would be in line with the notion of making the Malay Literature as a field of “skirting the roots reach for the sky.” This will explain how those courses have transformed the Malay literature’s scope and context especially in getting more attention and widely preferred among the young generation. This also could help the Malay literature to be evolved and developed together with other courses. Based on the research, it is shown that the literature courses are up to date hence the communication needs to be enhanced as these types of courses will give additional values such as editing skill and multimedia skill. Besides, these courses could also give better insights to Malay literature without having to omit the beauty and uniqueness of its context specifically. Keywords: Malay literature; Malay literature course; literary editing course; e-literature learning, comercial literature
Jurnal Teknikal dan Sains Sosial, 2017
Abstrak Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di Malaysia dan sekolah adalah agen kepada hasrat murni tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu dan tahap Interaksi Sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar di SMJKC Negeri Melaka. Selain itu, kajian juga akan menganalisa hubungan antara tahap penggunaan bahasa Melayu pelajar dengan tahap Interaksi mereka di antara kaum. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Seramai 130 orang responden yang melibatkan tiga buah SMJKC di negeri Melaka telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan SPSS version 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar berada pada tahap yang sederhana (min = 2.84) dan min keseluruhan tahap interaksi sosial antara pelajar berada pada tahap yang tinggi dengan nilai (min = 3.54). Hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial pelajar pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai (r = 0.525) dan kekuatan hubungan adalah berada pada tahap yang tinggi. Kata Kunci : Bahasa Melayu, Interaksi Sosial & Perpaduan Kaum PENDAHULUAN Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan kestabilan sesebuah negara khususnya dalam bidang pendidikan. Perpaduan juga adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat meembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
Abstrak Kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam sistem pendidikan negara sangat penting. Murid-murid pekak yang bersekolah juga terpaksa menguasai BM jika mereka ingin ma ju dalam akademik walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan untuk menguasainya. Makalah ini merupakan penelitian penulis berdasarkan sorotan linguistik tentang penguasaan BM murid pekak dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Hal ini berguna kepada pihak yang terlibat dengan pendidikan murid pekak kerana BM ialah mata pelajaran penting bagi mendapatkan sijil dalam peperiksaan awam dan kelayakan untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan. Oleh itu, kegagalan untuk lulus dalam mata pelajaran BM di kalangan murid pekak membawa impak yang besar kepada mereka. Makalah ini juga mencuba mengenal pasti beberapa keadaan yang menyukarkan murid pekak menguasai BM secara teori dan praktis. Dari segi teori, BM mempunyai ciri-ciri yang sukar dikuasai oleh kebanyakan murid pekak. Kebanyakan murid pekak juga tidak memperoleh BM seperti yang diperoleh oleh kanak-kanak berpendengaran normal. Dari segi praktis pula, kebanyakan daripada mereka tidak mendapat pendedahan awal yang secukupnya tentang BM. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membuktikan bahawa 'pekak' bukanlah faktor utama yang menghalang mereka dalam menguasai BM. Cadangan-cadangan juga dikemukakan bagi membantu murid pekak mempertingkatkan penguasaan BM. Setelah memahami situasi dan kesukaran yang dialami oleh murid pekak dalam menguasai BM, diharapkan guru-guru dapat: (1) mengenal pasti cara murid pekak memperoleh dan mempelajari BM, (2) mengenal pasti kesukaran mereka dalammenguasai BM (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), (3) mengenal pasti hubungan antara memperoleh dan mempelajari BM dengan kesukaran yang 639
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.
GEMA Online® Journal of Language Studies, 2018
International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2019
Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 2022
Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature
Jurnal BAHASA, 2019
Jurnal Ulasan Buku: Jauhar. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017
e-Prosiding Seminar Falsafah dan Tamadun 2018, 12 November,, 2018