Abstrak. Penyelidikan ilmiah ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Teknologi Maklumat (ICT) dan juga mengenal pasti tahap kesediaan fizikal dan mental guru Pendidikan Islam di dalam mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran .Seramai 16 orang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP) telah dijadikan responden bagi kajian ilmiah ini.Borang soal selidik kajian telah diedarkan bagi melihat tahap keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam .Borang soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat diri responden), Bahagian B (Persepsi terhadap penggunaan ICT), Bahagian C (Tahap literasi komputer) dan Bahagian D (Permasalahan yang dihadapi oleh responden). Semua data ini telah dianalisis menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 berdasarkan kekerapan dan peratusan. Kata kunci: ICT, Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Islam PENGENALAN Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks,menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan mudah menerusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Senario ini turut dialami dan meliputi di dalam bidang Pendidikan Islam juga.Permasalahan kurangnya penggunaan ICT dikalangan Guru Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,membuatkan Penyelidik merasakan satu keperluan untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam .Penyelidik ingin melihat skop skop yang boleh diberi penambah baikan di dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam.Penyelidik juga turut ingin melihat bagaimana keberkesanan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat meningkatkan prestasi murid sejajar keperluan sebagai modal insan pada masa akan datang. Menurut UNESCO 2002,dalam era globalisasi,teknologi maklumat dan komputer ianya telah membawa perubahan yang amat besar terhadap ekonomi dunia.ICT telah menukar cara manusia berkomunikasi dan berniaga di samping membawa transformasi dalam bidang pertanian,perubatan,kejurutaraan dan bidang bidang lain.Malaysia telah mengambil inisiatif dalam sistem pendidikan sebagai penyesuaian dengan era teknologi maklumat.Bagi mencapai aspirasi wawasan 2020 iaitu melahirkan tenaga kerja yg mampu menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan global,Kementerian Pelajaran