Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
…
6 pages
1 file
Bicara tentang budaya banyak hal yang harus dikupas secara tuntas karena budaya memiliki pembahasan yang sangat luas. Budaya sering diartikan dengan kesenian, namun sebenarnya budaya tidak hanya berkaitan dengan kesenian saja karena budaya dapat pula menjadi tanda pengenal suatu daerah.
A. Mengapa budaya itu penting bagi kehidupan manusia, apa fungsi dan peranan budaya bagi masyarakat? Manusia dalam kehidupannya tidak lepas dari kebudayaan, apakah masyarakat itu tergolong masyarakat yang masih bersifat primitif atau pun masyarakat moderen, karena kebudayaan itu merupakan sarana manusia dalam rangka memenuhi berbagai macam kehidupannya. Oleh karena itu, kebudayaan sangat penting bagi kehidupan manusia karena kebudayaan mengatur agar manusia dapat mengerti bagaimana seharusnya bertindak, berbuat, dan menentukan sikapnya jika mereka berhubungan dengan orang lain. Kebudayaan mempunyai fungsi yang sangat besar bagi manusia dan masyarakat.
Untuk membahas pengertian "budaya populer" ada baiknya kita pahami dulu tentang kata "budaya", dan selanjutnya tentang "pop". Selanjutnya untuk mendefinisikan budaya pop kita perlu mengkombinasikan dua istilah yaitu "budaya" dan "populer".
Organisasi merupakan hal yang tidak mungkin terlepas dari kehidupan bermasyarakat. Karena dari semenjak lahir secara langsung kita sudah dikenalkan dengan organisasi yaitu keluarga. Dalam organisasi tersebut tidak mungkin juga terlepas dari ikatan budaya yang ada dalam organisasi.
a papaer presented in : Konferensi Keempat(4) Dialog Peradaban antara Jepang dan dunia Islam
I. Kebudayaan dapat dibagi menjadi 3 macam dilihat dari keadaan jenis-jenisnya: 1. Hidup-kebatinan manusia, yaitu sesuatu yang menimbulkan tertib damainya hidup masyarakat dengan adat-istiadatnya,pemerintahan negeri, agama atau ilmu kebatinan. 2. Angan-angan manusia, yaitu sesuatu yang dapat menimbulkan keluhuran bahasa, kesusasteraan dan kesusilaan. 3. Kepandaian manusia, yaitu sesuatu yang menimbulkan macam-macam kepandaian tentang perusahaan tanah, perniagaan, kerajinan, pelayaran, hubungan lalu-lintas, kesenian yang berjenis-jenis; semuanya bersifat indah (Dewantara; 1994). II. Kebudayaan berdasarkan wujudnya Menurut J.J. Hoenigman, wujud kebudayaan dibedakan menjadi tiga,yaitu: 1. Gagasan (Wujud ideal) Wujud ideal kebudayaan adalah kebudayaan yang berbentuk kumpulan ide-ide, gagasan, nilai-nilai, norma-norma, peraturan, dan sebagainya yang sifatnya abstrak; tidak dapat diraba atau disentuh. Wujud kebudayaan ini terletak dalam kepala-kepala atau di alam pemikiran warga masyarakat. Jika masyarakat tersebut menyatakan gagasan mereka itu dalam bentuk tulisan, maka lokasi dari kebudayaan ideal itu berada dalam karangan dan buku-buku hasil karya para penulis warga masyarakat tersebut. 2. Aktivitas (tindakan) Aktivitas adalah wujud kebudayaan sebagai suatu tindakan berpola dari manusia dalam masyarakat itu. Wujud ini sering pula disebut dengan sistem sosial. Sistem sosial ini terdiri dari aktivitas-aktivitas manusia yang saling berinteraksi, mengadakan kontak, serta bergaul dengan manusia lainnya menurut pola-pola tertentu yang berdasarkan adat tata kelakuan. Sifatnya konkret, terjadi dalam kehidupan sehari-hari, dan dapat diamati dan didokumentasikan. 3. Artefak (karya) Artefak adalah wujud kebudayaan fisik yang berupa hasil dari aktivitas, perbuatan, dan karya semua manusia dalam masyarakat berupa benda-benda atau hal-hal yang dapat diraba, dilihat, dan didokumentasikan. Sifatnya paling konkret diantara ketiga wujud kebudayaan. Dalam kenyataan kehidupan bermasyarakat, antara wujud kebudayaan yang satu tidak bisa dipisahkan dari wujud kebudayaan yang lain. Sebagai contoh: wujud kebudayaan ideal mengatur dan memberi arah kepada tindakan (aktivitas) dan karya (artefak) manusia.
Definisi Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya. Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.
PROGRAM PASCA SARJANA UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA 2014 BAB I 0 PENDAHULUAN Pragmatik merupakan cabang linguistik yang mempelajari bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dalam situasi tertentu. Semantik, pragmatik dan sintaksis merupakan cabang dari semiotika, yaitu ilmu tentang tanda. Semiotika terbagi menjadi tiga cabang kajian, yaitu; Pertama, sintaksis yaitu kajian semiotika yang mengkaji hubungan formal antar tanda-tanda; kedua, semantik yaitu cabang kajian semiotika yang mengkaji hubungan tanda dengan objek yang diacunya; ketiga pragmatic yaitu cabang semiotika yang mengkaji hubungan tanda dengan pengguna bahasa.
Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini demikian dapat dilihat dengan jelas di negara Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu bermula sebelum wujudnya empayar Kesultanan Melayu Melaka. Setelah wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka di Semenanjung Tanah Melayu, bumi Melaka telah bangkit menjadi pusat perdagangan dunia kerana kedudukan Melaka yang strategik dan membuatkan para pedagang dari serata dunia terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain datang berdagang ke Melaka. Pada era Kesultanan Melayu Melaka ketika itu dapat dilihat ekonomi masyarakat Melayu semakin maju yang bermula dengan perusahaan pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan melalui aktiviti perdagangan. Meskipun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Hasil pertembungan kepelbagaian budaya yang wujud akibat daripada aktiviti perdagangan telah membuatkan penduduk Melayu Melaka menerima kehadiran Islam dan membuatkan golongan atasan hingga ke rakyat marhaen memeluk agama Islam sekaligus menjadikan segala pengaruh budaya yang bertentangan dengan kehendak syarak mula ditapis terutamanya pengaruh yang terang-terangan mensyirikkan Allah S.W.T. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya budaya memberi duit raya kepada kanak-kanak apabila menjelang hari raya Aidilfitri yang ambil daripada budaya masyarakat Cina. SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU 2.0 KONSEP BUDAYA Secara umumnya terdapat pelbagai pandangan tentang konsep budaya mengikut pandangan pengkaji itu sendiri. Dari segi ilmiahnya, pelbagai takrif telah dikemukakan tentang makna budaya itu sendiri. Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddayah yang terbentuk daripada kata Sanskrit iaitu buddhi yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala kata daya merupakan bahasa Melayu yang memberi maksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Kata daya di sini memberi maksud bahawa seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang diterima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Di samping itu, dalam bahasa Inggeris pula, budaya disebut sebagai culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Menurut Kamus Dewan (2007), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Di dalam buku Dictionary of Philosophy (1996) ada menjelaskan bahawa budaya itu adalah: 'The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, scienes, modes of perception, and habits of thought and activity.' Amalan-amalan yang dibentuk ini akan menetukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan. SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya merupakan keseluruhan pemikikan dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran dalam semua aspek kehidupan. Hal ini bermakna, sesiapa sahaja boleh mempelajari budaya dalam semua aspek kehidupan mereka. Tujuh unsur utama budaya yang telah diklasifikasi oleh Koentjaraningrat (2002) iaitu agama dan upacara keagamaan, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi dan sistem teknologi dan peralatan. Selain itu, Mohd Taib Osman (1988) memberi pandangan beliau mengenai budaya iaitu budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat. Manakala Malinowsky dalam bukunya ' A Scientific Theory of Culture' telah mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya. Budaya secara umum adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa dan meliputi semua aktiviti harian manusia serta berperanan membezakan bangsabangsa tertentu. Kesimpulan yang dapat dirumuskan mengenai budaya dari aspek bahasa ialah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk bentuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya juga merupakan warisan sosial manusia yang merupakan hak masyarakat untuk menentukan bentuk tingkah laku mereka dan menjadi identiti bagi sesebuah masyarakat.. SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU 4.0 KONSEP KEBUDAYAAN MELAYU Menyentuh semula dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Melayu adalah satu cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. 4.1 Bidang Politik Pada zaman sebelum penjajahan Barat, masyarakat Melayu tradisional menggunakan sistem sosial atau hierarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa mutlak dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Hierarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Pada ketika ini sistem pemerintahan disesuaikan dengan agama Islam.Selain itu juga, sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan pahlawan Islam iaitu Zulkarnain Fil alam (Bayangan Tuhan di atas muka bumi). Sultan turut dibantu dalam menjalankan pemerintahan oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai. Unsur mistik juga tidak terkecuali dalam sistem pemerintahan beraja. Hal ini demikian kerana sultan juga dianggap mempunyai kekuatan dan keajaiban kerana baginda dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Selain itu juga, konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini menjadikan institusi raja sebagai institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi. Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda juga merupakan ketua agama Islam dan penggubal undang-undang. melenggang akan diadakan dan apabila sudah lahir upacara bercukur rambut akan diadakan menandakan anak tersebut diterima oleh masyarakat. 4.3 Bidang Ekonomi Kebudayaan Melayu dalam bidang ekonomi dapat dilihat apabila kegiatan ekonomi dijalankan pada zaman Melayu tradisional terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berbentuk pertanian. Pertanian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata dan bukannya untuk tujuan jualan atau perniagaan. Antara tanaman yang paling popular ketika itu ialah penanaman padi. Dalam sistem ekonomi sara diri ini, pekerja atau buruh yang menjalankan aktiviti pertanian terdiri daripada golongan keluarga sahaja. Selain daripada pertanian, pencarian hasil hutan, penternakan, perikanan, perlombongan dan kerja-kerja kemahiran juga terdapat dalam kegiatan sosioekonomi masyarakat Melayu tradisional. Seterusnya, kegiatan komersil adalah kegiatan ekonomi yang bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri tetapi juga melibatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hasil daripada pertanian yang mempunyai lebihan akan diniagakan. Begitu juga dengan kutipan hasil hutan dan perikanan. Lebih menarik lagi apabila kegiatan ekonomi komersil yang berbentuk perdagangan ini merupakan sumber kewangan utama kerajaan dan masyarakat Melayu tradisional. Manakala dari segi pengurusan harta masyarakat Melayu pula menggunakan enam jenis sistem iaitu secara faraid, wasiat, wakaf, sedekah dan hibah. Masyarakat Melayu menguruskan harta peninggalan sesusah mati mengikut cara Islam sesuai dengan agama yang dianuti. Namun demikian terdapat juga pengurusan harta yang lebih...
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.