Academia.eduAcademia.edu

ALWI SEMINAR BARU

Pembangunan secara umumnya merupakan proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada peringkat yang lebih maju yang menjurus ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kebebasan samaada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal serta persekitaran. Dalam itu juga, pembangunan juga melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan (Todaro, 1977). Selain daripada itu juga, pembangunan juga boleh ditunjukkan dengan pembasmian isu kemiskinan, kurangnya jumlah pengangguran, rapatnya jurang ketaksamaan, perkembangan dalam sektor sosioekonomi dan jumlah kadar pendapatan. Dalam pengertian