ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada memanaskan badan secara berkaitan memberi kesan-kesan yang positif terhadap ketepatan menjaring secara statik dalam permainan bola jaring Subjek-subjek kajian ini terdiri daripada 20 orang pemain bola jaring pasukan Maktab Perguruan Ipoh Perak, Hulu Kinta, Perak. Umur purata mereka ialah 21.83 + 1.97 tahun, manakala tinggi dan berat badan purata adalah masing-masing berukuran 160.8 + 6.11 sentimeter dan 55.57 + 5.04 kilogram. Ujian Pertama kemahiran menjaring statik dalam buku bertajuk 'PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN" muka surat 140 oleh Teng Boon Tong (Edisi Ke-2) telah dijalankan ke atas kesemua 20 orang subjek yang sama di mana sebanyak lima belas kali percubaan diberikan dalam setiap sesi ujian. Jumlah sesi ujian ialah enam kali, iaitu tiga kali dengan adanya rawatan memanaskan badan dan tiga kali lagi tanpa sebarang rawatan memanaskan badan. Sesi-sesi ujian ini telah diadakan pada hari -hari yang berlainan. Memanaskan badan secara berkaitan berjangkamasa 25 minit yang telah diaplikasikan terdri daripada aktiviti -aktiviti seperi latih-tubi menghantar dan menangkap, jaringan-jaringan am dan menjaring secara statik. Keputusan ujian telah menunjukkan bahawa terdapat kemajuan yang ketara dalam ketepatan menjaring secara statik selepas memanaskan badan. Diperhatikan bahawa min prestasi jaringan tanpa memanaskan badan ialah 78.62 (daripada 45 kali percubaan) ; manakala min prestasi jaringan selepas memanaskan badan adalah 82.40. Analisis data juga menunjukkan bahawa