Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
…
2 pages
1 file
GUIDE FOOTER, 2014
ABSTRAK RAJA NUR AZMIRA BTE RAJA IBRAHIM KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH Diges Ilmiah diterbitkan sebagai bahan rujukan kepada semua dari sudut bahan inovasi, penyelidikan dan penulisan. Perkongsian ini dibuat agar dapat menyebarluaskan ilmu berkaitan bahan penyelidikan , inovasi dan penulisan kepada tenaga pengajar, pelajar dan mereka yang berkaitan. Penulisan bahan inovasi dibuat supaya inovasi yang dihasilkan boleh menjadi pemudahcara kepada tenaga pengajar untuk menyelesaikan masalah pelajar yang berdepan dengan kesesuaian penggunaan produk inovasi yang dihasilkan. Menurut Ricki Rakhmadi; Inovasi adalah suatu penemuan baru yang berbeda dari yang sudah ada atau yang sudah dikenal sebelumnya. Orang atau wirausahawan yang selalu berinovasi, maka ia dapat dikatakan sebagai seorang wirausahwan yang inovatif. Manakala Muhammad Salim Islahi (2014), menyatakan inovasi merupkan sesuatu yang baru dalam situasi soaial tertentu yang digunakan untuk menjawab atau memecahkan suatu permasalahan. Dalam menuju negara maju malalui perkongsian ilmu begini mempercepatkan proses capaian ilmu dan mengembangkan idea kepada para pengajar dan pelajar untuk memperluaskan daya imaginasi untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk inovasi yang bermutu tinggi serta disebarluas. KATA KUNCI : inovasi , pemudahcara, sebarluas
Buku Panduan Pengurusan MSSM Tahun 2011 ini disediakan khas sebagai buku rujukan untuk Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri dan semua Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS). Saya difahamkan bahawa buku ini juga telah dicetak semula oleh JPN sebagai rujukan di peringkat daerah dan sekolah. Pada zahirnya buku ini adalah komunikasi dua hala antara pihak MSSM dengan MSSN/MSSD/MSS dalam memberi maklumat yang berkaitan dengan aspek pengurusan kejohanan MSSM. Saya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri dan PTPS atas daya usaha penambahbaikan buku ini melalui mesyuarat/bengkel bagi mempastikan agar pengelolaan kejohanan MSSM berjalan dengan baik. Usaha mentafsir masalah, menganalisis faktor, mengumpulkan maklumat, menyelesaikan masalah dan membuat penyelesaian alternatif adalah satu langkah positif untuk penambahbaikan mutu penganjuran kejohanan MSSM yang diadakan setiap tahun. Saya penuh yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pegawai dan guru dalam menjayakan kejohanan MSSM. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memperkasakan pencapaian sukan di semua peringkat dalam sistem pendidikan negara. Sekian terima kasih. EE HONG
Pekan Pendang dibuka pada sekitar tahun 1800. Nama "Pendang" dipercayai lahir daripada"pendiat", perkataan Siam yang bermaksud tempat menangkap gajah. Pada zaman dahulu, gajah liar banyak di kawasan Pendang. Satu parit yang panjang diperlukan untuk memerangkap gajah. Parit itu digali dengan ukuran lebarnya sepadan dengan saiz seekor gajah. Kemudian, gajah dikepung dan didorong supaya masuk ke dalam parit itu. Apabila gajah sudah berada di dalam parit, gajah liar tersebut segera ditimbus dengan tanah.
Modul Pembimbing Rakan Sebaya i Modul Pembimbing Rakan Sebaya ii KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada kumpulan Pembina Modul Pembimbing Rakan Sebaya kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti mana Modul Pembimbing Rakan Sebaya yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini. Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan. Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang. Modul Pembimbing Rakan Sebaya iii KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSI KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atas penerbitan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini. Saya percaya penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu proses kemenjadian murid umumnya khasnya Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan PRS yang berkualiti dan berkeyakinan tinggi di samping mempunyai kemahiran kaunseling asas yang betul. Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan kemantapan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah kelak. Sumbangan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada kecemerlangan murid. Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif menghasilkan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modul Pembimbing Rakan Sebaya iv KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini.
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.