Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan sei... more Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan patriotis dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras pada peringkat rendah. Kebejatan sosial turut menyaksikan sekolah dijadikan tempat penyemaian nilai dan budaya kemanusiaan menerusi Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Bahasa terus dijadikan sebagai alat perpaduan social dan pengukuhan bangsa menjadi fokus yang tidak pernah selesai sejak Penyata Razak (1956) hinggalah kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas pertama turut menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada. Arah aliran kurikulum juga menuntut agar peperiksaan dan prosedur penilaian diubah daripada bentuk berpusat kepada penilaian berasaskan sekolah mengikut tahap keupayaan muridmurid. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan sebagai yang diharapkan.

Uploads
Papers by Sivapriya Gopi