Papers by sitinorfazilah matail
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah:

Menurut buku Glosari Pengajian Melayu yang ditulis oleh pengarang Naffi Mat pada tahun 2006, peng... more Menurut buku Glosari Pengajian Melayu yang ditulis oleh pengarang Naffi Mat pada tahun 2006, pengajaran membawa maksud satu sistem kegiatan yang ditujukan kepada murid ataupun pelajar. Kegiatan ini yang membawa maksud aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk membuat perubahan terutamanya perubahan kepada tingkah laku murid. Perubahan tingkah laku inilah yang perlu dilakukan oleh guru. Perubahan tingkah laku ini juga seharusnya berlaku dalam tiga domain utama iaitu kognitif,afektif dan juga psikomotor. Perubahan yang lain juga termasuklah dari segi jasmani,emosi, intelek dan juga rohani murid. Bagi mencapai perubahan-perubahan ini ke dalam diri murid, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, dan juga teknik yang tertentu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pengajaran dapat didefinisikan sebagai segala yang berkaitan dengan aktiviti mengajar. Secara amnya, pengajaran tatabahasa merupakan pengajaran yang utama dalam mengenal ataupun mengetahui hukum-hukum dan juga peraturan dalam sesuatu bahasa. Lazimnya, pengajaran tatabahasa melibatkan struktur dan sistem bahasa yang dikaji. Tatabahasa merupakan perkataan yang diambil daripada terjemahan perkataan bahasa Inggeris iaitu 'Grammar' yang telah diambil daripada bahasa Yunani iaitu 'Gramatikos' yang membawa maksud seni membaca membaca dan juga menulis. Menurut Arbak Othman pada tahun 1985, pengajaran tatabahasa seharusnya dikendalikan supaya murid dapat memahami perkara-perkara yang berikut: 1) Bentuk dan unsur-unsur tatabahasa. 2) Fungsi unsur-unsur tertentu tatabahasa. 3) Makna tatabahasa dan unsur-unsur tatabahasa. 1 4) Pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa.
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.
NOVEL "MENCARI AZIZAH": SATU PENDEKATAN FEMINISME OLEH SITI NORFAZILAH BINTI MAT AIL sitinorfazil... more NOVEL "MENCARI AZIZAH": SATU PENDEKATAN FEMINISME OLEH SITI NORFAZILAH BINTI MAT AIL [email protected] ABSTRAK Jurnal ini bertujuan untuk melihat tentang teori dan pemikiran yang terdapat dalam Novel Mencari Azizah karya Khadijah Hashim. Menerusi Mencari Azizah, Khadijah Hashim mengajak pembaca menyelami jiwa seorang wanita yang tabah dalam mencari identiti dan kekuatan diri.
Uploads
Papers by sitinorfazilah matail