Lucas Kee
Related Authors
Muhammad S H A H I D Khan
Suan Sunandha Rajabhat University (Thailand)
Dr. Milah Zainal
University Putra Malaysia, UPM
Abdishakur Ali
SIMAD University
Zoran Stjepanovic
University of Maribor
Nazirah Abdul Rohman
Universiti Teknologi Malaysia - UTM
mukaramah harun
Universiti Utara Malaysia
Uploads
Books by Lucas Kee
Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Industri & Alumni (PPIA) dan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) dari Kolej Komuniti dan Politeknik untuk membimbing pelajar atau graduan untuk menyediakan resume yang lengkap dan berkualiti untuk memohon penempatan latihan industri atau pekerjaan. Perkara ini selanjutnya menjadi cabaran kepada pegawai sendiri apabila kurang peka dengan semakan butiran-butiran resume yang dihasilkan pelajar atau graduan. Antara butiran utama yang sering terlepas pandang oleh PPIA dan PPP ialah resume “copy paste”, kesilapan ejaan, dan format penulisan. Oleh demikian, panduan yang akan diterangkan adalah perkara asas untuk memudahkan PPIA dan PPP menyemak resume pelajar dan graduan semasa pengurusan latihan industri dan kerjaya untuk penghasilkan resume yang mudah difahami, kemas, ringkas, dan padat.
Papers by Lucas Kee
Kemahiran teknikal merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutama yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Pengetahuan pula merujuk kepada tahap kefahaman dan pengalaman individu mengenai bidang kerja yang diberikan. Aspek kemahiran insaniah yang diuji pula merujuk kepada kebolehan yang memfokus kepada pembangunan keterampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Ketiga-tiga aspek ini iaitu kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dinilai oleh majikan dalam menentukan kebolehpasaran graduan kolej komuniti.
Sehubungan itu, satu kajian kepuasan majikan telah dijalankan bagi mengukur persepsi majikan terhadap lepasan Kolej Komuniti Sandakan dalam memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Seramai 20 majikan telah dipilih dalam kajian ini dan kaedah soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan persepsi majiakn secara umum. Dapatan kajian menunjukkan rata-rata majiakan mempunyai persepsi yang baik terhadap lepasan Kolej Komuniti Sandakan dan konstruk-konstruk yang diuji mendapat nilai min yang tinggi.
Drafts by Lucas Kee