Papers by Nursyawalna Mohamed Kamil

Mei 2007 i PENGAKUAN Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ring... more Mei 2007 i PENGAKUAN Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 13 Mei 2007 ISHAK BIN SAAT 25 Rabiulakhir 1428H P-OD0040 ii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kurniaNya saya telah diberikan kekuatan dan kesungguhan untuk menyelesaikan tesis doktor falsafah sejarah ini. Dalam kesempatan ini penyelidik ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khas kepada Profesor Madya Dr. Hj. Ahmad Jelani bin Halimi dan Profesor Madya Dr. Mohd. Isa bin Othman, selaku penyelia tesis doktor falsafah ini yang telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta bimbingan di sepanjang proses menyiapkan catatan sejarah ini. Malah pandangan yang membina sering diberikan di setiap kali pertemuan. Dalam kesempatan ini juga penyelidik ingin memberikan penghargaan kepada semua pihak yang turut terlibat memberikan bantuan dan pandangan bagi menyiapkan tesis doktor falsafah yang berjudul Radikalisme Melayu Dari Perak 1945-1970: Kebangkitan Rakyat, Pemikiran, Sumbangan dan Pengorbanan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada keluarga tercinta khasnya isteri tersayang Sharifah Rogayah bt. Syed Idrus serta anakanak, yang amat memahami kesibukan penyelidik ketika menyiapkan tesis ini. Semoga kejayaan in akan menjadi sumber inspirasi buat kalian. Akhir kata, semoga catatan sejarah ini dapat dimanfaatkan buat semua pembaca serta mendapat keberkatan Ilahi.
Uploads
Papers by Nursyawalna Mohamed Kamil