
Cari dalam internet menggunakan Safari pada Mac

Pergi ke app Safari
pada Mac anda.Masukkan perkataan atau frasa dalam medan Carian Pintar.
Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul.
Pilih cadangan, atau tekan Return untuk mencari menggunakan enjin carian pilihan anda.
Apabila anda klik cadangan, Safari membawa anda ke halaman web atau sediakan pratonton interaktif yang mengandungi maklumat berguna.
Nota: Anda boleh melihat cadangan daripada sejarah pelayaran, penanda buku dan halaman web terbuka anda pada semua peranti anda. Lihat Sediakan iCloud untuk Safari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Anda juga boleh menggunakan Siri atau mencari apa-apa sahaja dengan Spotlight untuk mencari di web, mencari maklumat pada Mac anda dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut, pilih menu Apple 
dalam bar sisi, klik Privasi Carian, kemudian klik Perihal Carian & Privasi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)