Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Baca buku dalam app Buku pada iPad
Dalam app Buku , ketik Sedang Dibaca untuk melihat buku yang anda sedang baca, terbaru dibeli oleh anda dan cadangan diperibadikan. Ketik Pustaka untuk melihat semua tajuk anda.

Anda boleh menyelaraskan koleksi Sedang Dibaca anda merentas peranti iOS anda yang disediakan dengan Apple ID yang sama. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud dan aktifkan kedua-dua iCloud Drive dan Buku. Kemudian pergi ke Seting > Buku dan aktifkan Sedang Dibaca.
Baca buku
Ketik tab Sedang Dibaca atau Pustaka, kemudian ketik kulit untuk membuka buku. Gunakan gerak isyarat dan kawalan untuk menavigasi seperti berikut:
Menyelak halaman: Ketik sebelah kanan halaman atau leret dari kanan ke kiri.
Pergi semula ke halaman sebelumnya: Ketik sebelah kiri halaman atau leret dari kiri ke kanan.
Pergi ke halaman khusus: Ketik halaman dan gerakkan gelangsar di bahagian bawah skrin ke kiri atau ke kanan. Atau, ketik
dan masukkan nombor halaman, kemudian ketik nombor halaman dalam hasil carian.
Tutup buku: Ketik halaman untuk menunjukkan kawalan, kemudian ketik
.

Petua: Putar iPad ke orientasi landskap untuk melihat dua halaman serentak.
Tukar penampilan teks dan paparan
Ketik halaman, ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kecerahan skrin: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Tukar saiz fon: Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau ketik A kecil untuk mengurangkannya.
Tukar fon: Ketik Fon untuk memilih fon berlainan.
Tukar warna latar belakang halaman: Ketik bulatan berwarna.
Malapkan skrin apabila persekitaran gelap: Aktifkan Tema Malam Auto untuk menukar warna halaman dan kecerahan secara automatik apabila menggunakan Buku dalam keadaan cahaya malap. (Bukan semua buku menyokong Tema Malam Auto.)
Nyahaktifkan penomboran halaman: Aktifkan Paparan Penskrolan untuk menskrol terus-menerus menerusi buku.

Tandakan halaman
Apabila anda menutup buku, tempat anda disimpan secara automatik—anda tidak perlu menambah penanda buku. Tandakan halaman yang anda mahu kembali lagi.
Ketik untuk menambah penanda buku; ketik lagi untuk mengeluarkan Penanda Buku.
Untuk melihat semua penanda buku anda, ketik , kemudian ketik Penanda Buku.
Serlahkan atau garis bawah teks
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Serlahan, kemudian ketik
untuk memilih warna serlahan atau garis bawah.
Untuk mengeluarkan serlahan atau garis bawah, ketik teks, kemudian ketik
.
Untuk melihat semua serlahan anda, ketik , kemudian ketik Nota.
Tambah nota
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Nota, kemudian masukkan teks nota.
Ketik halaman untuk menutup nota dan meneruskan pembacaan.
Untuk melihat semua nota anda, ketik , kemudian ketik Nota. Leret ke kiri pada nota untuk memadamnya.
Kongsi pilihan
Anda boleh berkongsi pilihan teks menggunakan Mail atau Mesej, atau anda boleh menambah pilihan ke Nota. Jika buku daripada Kedai Buku, pautan kepada buku disertakan secara automatik. (Perkongsian mungkin tidak tersedia dalam semua rantau.)
Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.
Ketik Kongsi, kemudian pilih cara.
Untuk berkongsi pautan ke Kedai Buku sahaja, ketik halaman, ketik , kemudian ketik
.
Selaraskan nota dan serlahan merentas peranti
Anda boleh menyelaraskan kedudukan membaca, koleksi, nota dan serlahan anda merentasi semua peranti iOS dan Mac anda apabila anda mendaftar masuk ke iCloud dengan akaun yang sama.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku.