Baru dalam iOS 12
App Apple TV (iOS 12.3) Dapatkan rancangan, filem dan saluran yang anda gemar bersama di satu tempat. Cari dan tonton kandungan kegemaran anda dengan cepat, sambung di tempat anda berhenti dengan Seterusnya, atau terokai sesuatu yang baru —diperibadikan hanya untuk anda. Lihat Sediakan app Apple TV.
AirPlay 2 dan TV pintar (iOS 12.3) Kongsi atau cerminkan hampir apa sahaja daripada iPad terus ke TV pintar didayakan AirPlay 2 anda. Lihat Strim audio dan video ke peranti lain daripada iPad.
iPad Air (generasi ke-3) dan iPad mini (generasi ke-5) (iOS 12.2) Tulis dan lukis dalam app yang disokong pada model baru menggunakan Apple Pencil (generasi pertama). Pada iPad Air (generasi ke-3), anda juga boleh menggunakan Smart Keyboard (tersedia secara berasingan).
Apple News+ (A.S. dan Kanada sahaja; iOS 12.2) Dalam app News, nikmati surat khabar teratas dan beratus majalah untuk harga satu bulan. Lihat Langgan Apple News+.
FaceTime Kumpulan (tidak tersedia di semua rantau; iOS 12.1.4) Gunakan FaceTime Kumpulan bersama sehingga 32 peserta serentak. Lihat Buat panggilan FaceTime Kumpulan.

Model iPad Pro (iOS 12.1) iPad Pro (11 inci) dan iPad Pro (12.9 inci) (generasi ke-3) menampilkan reka bentuk skrin penuh, prestasi yang mengagumkan dan peningkatan seperti Face ID, USB-C dan sokongan untuk Apple Pencil (generasi ke-2). Lihat Model iPad disokong, Ketahui gerak isyarat untuk model iPad dengan Face ID dan Sambung ke komputer anda menggunakan USB.
Animoji dan Memoji (iOS 12.1) Ekspresikan diri anda dalam Mesej dan FaceTime menggunakan Animoji atau Memoji diperibadikan pada iPad Pro (11 inci) dan iPad Pro (12.9 inci) (generasi ke-3). Lihat Gunakan Animoji dan Memoji dalam Mesej.

Apple Music (iOS 12.1) Kini lebih mudah untuk melayari, menemui dan mendengar muzik kegemaran anda. Lawati halaman artis, semak 100 lagu teratas harian dari seluruh dunia, lihat lagu yang rakan anda sedang dengar pada Friends Mix dan cari lagu mengikut lirik. Lihat Layari Apple Music, Lihat apa yang orang lain sedang dengar dan Cari dalam Apple Music.
Prestasi iOS telah dipertingkatkan untuk pengalaman yang lebih laju dan lebih responsif pada peranti sehingga iPad Air.
Mesej Ekspresikan diri anda dengan kesan kamera termasuk penapis dan pelekat. Dengan app iMessage Foto, dapatkan cadangan foto berdasarkan orang yang anda hantarkan mesej, perkara yang anda bualkan dan tempat anda mengambil foto bersama. Lihat Hantar foto atau video dan Tambah kesan kamera pada foto atau video.
FaceTime Tambah kesan kamera seperti penapis, bentuk dan pelekat. Lihat Tambah kesan kamera dalam panggilan FaceTime.
Masa Skrin Laporan aktiviti menyediakan pandangan tentang cara anda dan ahli keluarga anda menggunakan iPad, iPhone dan iPod touch. Anda boleh mengesetkan had masa untuk menggunakan app tertentu atau keseluruhan kategori app, seperti permainan. Lihat Setkan masa skrin, peruntukan dan had.

Pemberitahuan Pemberitahuan dihimpunkan menjadikannya mudah untuk melihat lebih banyak maklumat sekilas pandang. Penalaan Segera dan cadangan Siri membantu anda mendapatkan pemberitahuan yang anda mahu dan perlukan. Lihat Lihat dan balas pemberitahuan.
Jangan Ganggu Pilihan baru menamatkan Jangan Ganggu secara automatik berdasarkan waktu atau tindakan. Jangan Ganggu semasa Waktu Tidur memalapkan paparan anda dan menyenyapkan pemberitahuan semalaman sehingga anda membuka kunci iPad anda pada waktu pagi. Lihat Setkan Jangan Ganggu semasa Waktu Tidur.
Ukur Dapatkan dimensi objek dunia sebenar dengan menghalakan kamera iPad anda padanya. Lihat Ukur dimensi.

Foto Foto lebih pintar daripada dulu dengan enjin carian serba baru dan tab Untuk Anda yang diperibadikan. Ia juga boleh mencadangkan berkongsi koleksi foto dengan orang dalamnya. Lihat Lihat foto, Live Photos dan video.
Kamera Kamera kini menyerlahkan kod QR dalam bingkai, menjadikannya lebih mudah untuk diimbas. Lihat Ambil foto dengan kamera.
Siri Tambah pintasan untuk perkara yang anda kerap lakukan supaya anda boleh meminta Siri melakukannya. Lihat Tambah pintasan ke Siri. Semasa Siri mempelajari rutin, anda juga mendapat cadangan untuk perkara yang anda perlu lakukan, pada masa yang tepat, pada skrin Kunci dan dalam Cari. Lihat Perihal Cadangan Siri.
App pintasan Muat turun pintasan daripada App Store dan automasikan tugas yang anda kerap lakukan. Cipta atau sesuaikan pintasan anda sendiri untuk menjalankan beberapa langkah serentak. Mulakan dengan contoh daripada galeri dan peribadikannya dengan langkah daripada app berlainan.
Apple Books (tidak tersedia di semua rantau) Ia kini lebih mudah untuk anda menemui, membaca dan mendengar buku serta buku audio kegemaran anda. Lihat Baca buku dalam app Buku.

Memo Suara Ianya lebih mudah untuk menangkap dan mengedit rakaman anda. Juga dengan iCloud, anda boleh mengakses rakaman anda dalam app Memo Suara pada iPhone dan Mac anda. Lihat Buat rakaman dalam Memo Suara.

Saham Saham telah direka bentuk semula sepenuhnya untuk iPhone dan iPod touch serta app serba baru untuk iPad dan Mac. Lihat Semak saham.

Maklumat bateri Carta penggunaan bateri dalam Seting kini menunjukkan penggunaan anda selama 24 jam atau 10 hari terakhir. Lihat Cas dan pantau bateri.
Privasi dan keselamatan Pencegahan penjejakan ditingkatkan melindungi privasi anda dalam Safari. Cipta, isi auto dan simpan kata laluan yang kukuh secara automatik dalam Safari dan app iOS. Lihat Cipta kata laluan tapak web dan app.

Pelajari cara untuk iOS 12 App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya iPad anda. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPad, rantau, bahasa dan pembawa anda.