Archive | July, 2007

Protes Remaja Dalam Album Runut Bunyi Haru Biru

27 Jul

Oleh ABD. AZIZ ITAR

ROSLAN Aziz (kanan) bersama (dari kiri) Shadan Hashim, Raja Azmi dan Adlin Aman Ramlie (penerbit Haru Biru) selepas pelancaran album runut bunyi filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SELAKU penerbit album, Roslan Aziz bijak menyelami konsep lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem Haru Biru.

Roslan telah mencipta lagu-lagu khas untuk album tersebut, sesuai dengan filem arahan Shadan Hashim itu yang memaparkan gejolak jiwa remaja masakini.

“Album ini menggambarkan pelbagai perasaan remaja hari ini seperti sikap protes terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Selain itu, turut dipaparkan ialah perasaan kecewa, marah, dendam, sikap ego dan sebagainya,” katanya pada pelancaran album runut bunyi itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun menerima kritikan sepanjang menghasilkan album runut bunyi tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat Roslan.

“Shadan (pengarah Haru Biru) pernah kata lagu-lagu ciptaan saya macam lagu-lagu Hong Kong.

“Saya tidak kisah kalau apa yang dikritik itu tentang kerjaya saya. Malah, saya cuma ambil masa sekitar tiga bulan untuk menghasilkan album itu.

“Saya cipta lagu-lagu album ini di depan komputer murah sahaja di rumah saya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Tidak perlulah sampai pergi duduk di tepi pantai dan sebagainya untuk mendapatkan ilham. Mak saya antara yang banyak memberi ilham kepada saya,” ujarnya.

Album runut bunyi Haru Biru menampilkan 12 buah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru Ali Ahmad daripada kumpulan Garring.

Kata Roslan, dia yakin dengan kemampuan Ali bagi membawakan kesemua lagu dalam album tersebut.

“Penyanyi lama atau baru, popular ataupun tidak bukan menjadi masalah bagi saya. Itu soal kedua. Apa yang penting ialah bakat.

“Kalau dalam album ini ada 10 lagu dan lapan daripadanya orang suka, maknanya album itu berjayalah. Ramai orang suka dengan suara Ali.

“Saya kagum dengan Ali dan kumpulannya kerana mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri,” kata Roslan lagi.

Filem Haru Biru yang mengisahkan remaja yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah sudahpun ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai semalam (26 Julai).

Filem terbitan Pengedaran J.A.S Sdn.Bhd., (milik Raja Azmi) itu antaranya dibintangi oleh Que Haidar, Betty Banafe, Ijoy dan Dynaz.

Powered by Utusan Malaysia

Wali Kisah Lelaki Lembut

25 Jul

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BUKAN untuk mengangkat atau menghina golongan mak nyah yang semakin bercambah dalam kelompok masyarakat masa kini. Apa yang dipaparkan dalam drama Wali yang bakal disiarkan menerusi Astro Ria, 10 malam, 27 Julai ini adalah cebisan kisah realiti kehidupan seorang lelaki lembut.

Menurut pengarah Rashid Sibir, Wali terbitan Opera Klasik Sdn. Bhd., yang menampilkan Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Madam Zaza itu sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jelasnya, watak Zaza atau Hamzah tidak digambarkan sebagai lelaki lembut atau mak nyah yang melakukan pekerjaan terkutuk.

Sebaliknya, Zaza bekerja menjual nasi lemak. Hanya sesekali sahaja ditonjolkan wataknya memakai pakaian wanita bagi memenuhi keinginannya.

Meskipun pergerakan dan pertuturan Zaza seperti wanita namun jauh di sudut hatinya, dia sedar bahawa asalnya adalah lelaki.

Justeru itulah Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk menjadi wali kepada anaknya, Wani, lakonan Rita Rudaini.

“Saya cuma nak memberitahu biar selembut mana seseorang lelaki itu, dia boleh menjadi wali bila kita kembali kepada hukum Allah.

“Dalam Wali saya paparkan Zaza yang terkenal sebagai Draq Queen, akhirnya tetap akur dengan kehendak agama demi memenuhi permintaan anaknya. Saya tidak menghina atau mengutuk mana-mana pihak, cuma saya lebih senang membiarkan penonton berfikir sendiri mana yang baik dan buruk,” katanya pada majlis prebiu Wali di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Rashid, orang ramai tidak boleh terus menuding jari pada golongan sebegitu tanpa mengetahui cerita sebenar.

Justeru itulah dipaparkan bekas isteri Hamzah, lakonan Liza Othman sentiasa menyanjungi bekas suaminya.

Jelas pengarah itu, bekas isteri Hamzah terus menyanjungi bekas suaminya kerana dia tahu Hamzah adalah seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh terus hukum golongan itu dengan berkata mereka akan masuk neraka kerana itu bukan urusan kita. Sebab itulah saya tonjolkan watak nenek Faizal, lakonan Yusni Jaafar.

“Nenek Faizal ini memandang rendah pada Zaza. Dia takut kalau Faizal berkahwin dengan Wani, cucunya akan jadi lembut seperti Zaza. Apa yang saya nak katakan di sini, sebagai manusia kita tidak boleh menghukum orang,” jelasnya.

Menurut Rashid, dia tidak menghadapi masalah dengan pihak Astro. Tiada satu pun adegan yang dipotong pada drama yang menjalani penggambaran selama 10 hari di sekitar Kuala Lumpur itu.

Kata Rashid, sudah banyak drama kisah bapa diarah tapi Wali berbeza kerana bapa yang ditonjolkan seorang lelaki lembut.

“Apabila Shukery Hashim kata dia ada skrip, saya tengok dan tertarik kerana ceritanya berbeza. Saya beli skrip itu dan olah semula.

“Sebenarnya kalau dilihat secara teliti, Hamzah yang masih menyayangi keluarganya sanggup berpisah kerana tidak mahu orang tersayang dihina sepertinya,” kata Rashid.

Dari Datuk jadi Draq Queen

Sehari sebelum penggambaran Wali, Ahmad Tarmimi Serigar yang sering berlakon sebagai orang korporat berpangkat Datuk itu masih was-was sama ada perlu meneruskan hasrat berlakon atau tidak.

Perasaan itu timbul kerana dia takut mendapat impak negatif daripada orang ramai apabila membawa watak lelaki lembut.

Namun apabila memikirkan yang drama Wali mempunyai mesej tersendiri, Tarmimi, 58, membatalkan niatnya untuk menolak tawaran Rashid itu.

“Bila di akhir cerita saya lihat Zaza kembali ke pangkal jalan setelah kehadiran anaknya, itu yang membuatkan saya tidak jadi tolak tawaran Rashid.

“Saya tak tahu macam mana orang boleh tahan disolek selama satu jam setengah dan mengenakan solekan yang tebal. Nasib baik saya ini lelaki,” katanya sambil ketawa.

Sinopsis Wali

WANI yang akan melangsungkan pernikahan dengan Faizal (Norman Hakim) mahu mencari ayahnya untuk menjadi wali. Wani terkejut apabila mendapati Madam Zaza adalah ayahnya. Dia tidak dapat menerima Zaza sebagai ayahnya dan begitu juga Zaza tidak dapat menerima Wani sebagai anaknya.

Kisah lama terungkai semula dalam hidup Zaza yang hidup bersama rakannya, Sherry (Mimi Zarina). Dia mahu bercerai dengan isterinya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat yang menghina. Zaza tidak mahu anaknya mengalami masalah yang sama dan sebab itulah dia tidak mahu ada hubungan dengan Wani.

Setelah dinasihati oleh tunangnya, Wani sedia menerima Zaza dan mahu memperkenalkan ayahnya itu kepada keluarga Faizal.

Pada majlis suai kenal itu, nenek Faizal telah menghina Zaza dan hingga pada hari pernikahan dia masih lagi membuat kecoh agar majlis dibatalkan.

Powered by Utusan Malaysia

Poor Diet In Pregnancy Can Cause Child Obesity: Study

25 Jul

WELLINGTON : The diets of pregnant women may have an important role in determining whether their children will be obese later in life, a new study suggests.

The study by New Zealand and British scientists indicates that children born to mothers who ate badly during pregnancy may be more likely to put on weight later in life.

Scientists at the University of Auckland’s Liggins centre say the way the foetus adapts to the environment in the womb can determine how it reacts to food later in life.

If the womb is low in nutrients, the foetus may predict food supplies will be low later in life and set its metabolism to store and conserve fat, the researchers led by Professor Peter Gluckman said in a statement Tuesday.

The study says if this early prediction proves false and food — particularly food high in fat — is readily available, the child may be programmed for adult obesity and conditions such as heart disease and diabetes.

“The study poses questions of fundamental importance that change the whole way we think about who we are,” Gluckman said.

He said the study may be important in explaining why genetically similar individuals can have markedly different metabolisms later in life.

“It changes the way we should think about tackling the obesity epidemic.”

The study, based on tests on the metabolisms of rats, was done in collaboration with New Zealand’s National Research Centre for Growth and Development and the University of Southhampton in Britain. – AFP/il

Channel News Asia

Bengkel I-Sihat Di Ampang Puteri

24 Jul

MAJALAH i-Sihat produk terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad akan mengadakan Bengkel Sihat Sepanjang Hayat secara jelajah bermula pada 28 Julai hingga Disember 2007 bertempat di sembilan lokasi terpilih.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran dan informasi berkaitan kesihatan dan kecantikan kepada orang ramai.

Di samping itu, ia juga bertujuan menjadi salah satu alternatif mendekati masyarakat bagi mengenali majalah i-Sihat dan menjadikannya sebagai bahan bacaan utama sekeluarga.

Satu majlis pelancaran sebagai lambang bermulanya penganjuran bengkel ini akan diadakan pada 28 Julai 2007 (Sabtu) di perkarangan Ampang Puteri Specialist Hospital pada jam 10.30 pagi.

Gimik pelancaran akan disempurnakan oleh Fahrin Ahmad, selebriti dan pelakon muda yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Majlis akan turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Farah Asyikin yang sedang meningkat naik.

Selain majlis pelancaran, bengkel bagi lokasi pertama akan turut berlangsung pada hari yang sama pada jam 2.00 hingga 5.30 petang bertempat di Dewan Anugerah, Ampang Puteri Specialist Hospital.

Peserta bengkel akan dikenakan bayaran RM37 seorang dan akan menerima langganan majalah i-Sihat selama enam bulan. Peserta juga akan menerima cenderamata penyertaan berupa majalah i-Sihat dan pelbagai produk penaja berserta hi-tea.

Bengkel sehari ini meliputi dua sesi ceramah kesihatan dan turut diselangi dengan satu sesi teknik dan demonstrasi solekan. Bagi sesi pertama, Dr. Nor’Aini Abdul Aziz akan mengupas topik mengawal obesiti dan menjana kesihatan.

Bagi sesi kedua Dr. Ariza Mohamed akan mengupas topik berkaitan dengan kesuburan. Peserta turut berpeluang untuk mengutarakan soalan-soalan berkisar topik yang telah diperbincangkan.

Di samping itu, pengunjung dan peserta bengkel turut berpeluang berkunjung ke mini karnival yang turut diadakan bersempena penganjuran bengkel ini di perkarangan Ampang Puteri Specialist Hospital. Mini karnival tersebut turut mempamer dan menjual pelbagai produk yang berhubung kait dengan kesihatan.

Bengkel ini merupakan rentetan dari penganjuran bengkel kesihatan yang pernah diadakan sebelum ini dan akan menemui semua peserta di semua lokasi siri jelajah.

Keterangan lanjut bengkel sila hubungi Kak Tim: 03-8924 3831/ Lieya: 03-8924-3869/Meja i-Sihat: 03-8926 2999 @ Faks: 03-8924 3922.

Powered by Utusan Malaysia

Irwansyah Cuma Tempelan?

24 Jul

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

Sebagaimana mutu vokalnya yang sederhana, begitulah juga dengan lakonan Irwansyah (Irwan) dalam filem Love Is Cinta yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Alasan yang diberikan Irwan mudah sahaja iaitu wataknya kecil. “Lagi pun peranan saya dalam filem itu tidak terlalu sukar.

“Barangkali watak Ryan sesuai untuk saya manakala watak Donni untuk Raffi,” jawab pelakon kacak itu selepas pratonton Love Is Cinta bersama pihak media di Cathay Cineleisure, Damansara, baru-baru ini.

Kekasih hatinya, Acha pula sering kali mempertahankan Irwansyah apabila dikritik tenggelam dek lakonan hebat bintang baru Indonesia, Raffi Ahmad.

“Kami bertiga selalu berbincang di lokasi tentang watak masing-masing. Mungkin itu penilaian anda semua. Elemen komersial perlu difikirkan juga,” kata Acha bersungguh-sungguh.

Bagi Raffi pula, dia tidak kisah jika dianggap tidak kelihatan sebagai lelaki gagah dalam filem berkenaan kerana wataknya sebagai Donni yang sering menangis.

“Donni hanya mempunyai tiga hari untuk menyakinkan dirinya adalah Ryan dan dia perlu melafaz kata cinta kepada Cinta.

“Pada pandangan saya dan pengarah, isu tidak kelihatan kelelakian tidak timbul lagi ketika itu. Yang penting cintanya buat Cinta,” katanya ketawa kecil.

Apabila ditanya tentang adegan panas bersama seorang lelaki tua bagi menggambarkan Donni seorang gay akan mendapat penerimaan negatif penonton di Malaysia, Raffi jelas tidak melatah.

“Saya hanya berlakon dan untuk pengetahuan semua, saya bukan gay,” katanya selamba.

Lafazkanlah cinta

“Aku cinta padamu.” Cuma tiga perkataan sahaja. Kalau dilafazkan, hanya mengambil masa tidak sampai beberapa saat.

Namun, mengapa berat untuk ucapkannya padahal perasaan cinta itu memang ada. Mengapa juga sukar mengakui perasaan itu sedangkan ia ada dalam hati masing-masing.

Malu barangkali. Betul, memang malu jika cinta itu tidak berbalas.

Namun bagaimana kalau kerana malu, cinta berganti penyesalan apabila orang dicintai pergi meninggalkan kita tanpa mengetahui perasaan hati terhadapnya. Ketika itu, rasa kesal tidak berguna lagi.

Dan filem Love Is Cinta membuktikan kebenaran hakikat itu. Ia kisah dua kawan rapat Ryan (lakonan Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa) yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi.

Di sebalik kemesraan dalam persahabatan, tersimpan di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain. Namun perasaan malu menjadi penghalang.

Walaupun mereka cuba untuk meluahkan isi hati tetapi keadaan masih tidak mengizinkan. Masing-masing terus menunggu dan dibiarkan dalam keraguan tentang perasaan antara satu sama lain.

Masa terus berlalu. Ryan mendapat tawaran menyambung pelajaran di Amerika Syarikat. Dia meninggalkan Cinta tanpa melafazkan kata cintanya.

Namun di saat akhir, Ryan nekad menemui Cinta untuk meluahkan isi hatinya. Dia berpatah balik dari lapangan terbang. Namun dalam perjalanan itu, satu tragedi menimpanya yang meleburkan impiannya bersama Cinta.

Ironinya, mempertaruhkan lagu Ada Cinta memang menjadikan Love Is Cinta sebuah filem paling romantis dari Indonesia tahun ini.

Cuma, bila watak Ryan boleh hidup kembali dan menjelma dalam tubuh Donni (Raffi Ahmad) sebagai peluang kedua melafazkan cintanya kepada Cinta, filem arahan Hanny R. Putra itu menjadi kelakar dan tidak logik.

Malah, adegan Ryan dan Acha terbang di udara selepas melafazkan kata cinta masing-masing di akhir cerita juga agak keterlaluan.

Nasib baik lakonan berkesan Raffi menyelamatkan keadaan. Selain itu, elemen kasih sayang yang kuat antara kekasih, ibu dan anak serta kakak dan adik dalam filem ini turut berjaya mempengaruhi mood sedih penonton.

Powered by Utusan Malaysia

Gateway To America

23 Jul


Gateway to America

The Salman Khan starrer “Marigold” is finally ready for release, Anuj Kumar speaks to director Willard Carroll


Ready to bloom Willard Carroll says the dubbed version of the film will be released in India

It took time to blossom but Marigold is finally ready for release. The first Indo-U.S. joint production is directed by Willard Carroll and stars Salman Khan and Ali Larter in the lead.

Says Willard, “Around four years ago when I was in India, by chance, I got to see Chori Chori Chupke Chupke
. The film introduced me to Salman Khan and a new world called Bollywood. In the next six months I watched 150 Hindi films, and the idea to make a film around Bollywood for an American audience germinated in my mind.”

Willard quickly clarifies the idea was not to present a parody of the Hindi film industry. “See, Americans only have a vague idea about Hindi films. One perspective is it’s all about song and dance, then there are films which target the non-resident Indians in the U.S., but most of them have no idea how big and affectionate it is.”

Sounding board

On the second trip, Willard made friends with Salman and soon Salman became his “sounding board.” “I started writing the film with Salman in mind. But the problem was how to present the Indian society which has strong value systems. Here Salman was a great help. Like he told me how his father used say that a father should not fish for his son, he should teach him how to fish. Such little anecdotes helped me understand the environment better.”

Basically a musical, the story, says Willard, is about an American actress Marigold played by Ali Larter who comes to India but gets stranded in Mumbai. She bags a role in a Bollywood film. During the making of the film, she falls in love with the choreographer Prem, played by Salman Khan.

Willard, who has worked with Sean Connery in the past, finds similarities between Sean and Salman. “Both are instinctive and spontaneous. Like for Sean, two retakes are a lot for Salman!” Willard says people will get to see the subtle side of Salman. “I have tried to present the vulnerable Salman, the one people saw in Maine Pyar Kiya.” On the popular notion that Salman is a character in real life as well, Willard refuses to comment but cites an incident. &#
8220;Once he staged his kidnapping on the sets. Only I knew in advance. Everybody was shocked. It was only when I entered to save him that people realised it was a prank.”

The film has seven songs composed by Shankar Ehsan and Loy, written by Javed Akhtar. Willard says edited versions of the songs have been used as American won’t be able to digest the complete versions, which are available in the album. “Five songs are in Hindi and the rest are in English. Even in the English version, the Hindi songs have been retained.” Willard praises Javed’s patience. “I loved Dil Chahta Hai where the same team worked. Javed translat
ed every line into English and made me understand the idea behind the song.”

From Hollywood standards, it is a small film and Willard agrees. “I never wanted to make those sci-fi technological marvels. No doubt they do well, but there is a growing audience in the U.S. which likes to watch cinema that explores the family dynamics and emotions. My film is for them.” In fact, according to Willard, this is the reason why the film got delayed. “It is ready since last Christmas, but that’s the time for big releases. The market guys felt summer was the best time.” Willard wants to return to Bollywood for one more film. Before parting he has some advice. “Bollywood is the only healthy film industry outside Hollywood. It should not try to ape Hollywood.” Hope the Oscar aspirants are listening.


Hindu On Net

Konsert Gemilang Putrajaya

22 Jul

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

SEORANG demi seorang pejuang seni muncul di ruang yang indah terhias.

Lalu beralunlah satu per satu irama asyik menguak aroma kalbu dan kita terus kembali kepada sejarah masa lampau.

Perjuangan yang terus dikenang dan nikmat kemerdekaan yang kita terhutang, bagaikan terbias di depan mata.

Kisah-kisah yang disampaikan melalui lagu membuatkan kita asyik dan rela menanti untuk larut dalam keasyikan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sempena menghargai kemerdekaan negara ke-50, Konsert Simfoni Putrajaya 2007 bersiaran secara langsung dari kota kegemilangan ini.

Desah-desah kebebasan, keharmonian dan rasa syukur yang berpanjangan terlahir dari suara yang aduhai, asyik sekali penangannya.

Malam itu ada Yusni Hamid, Aishah, Nassier Wahab, Syafinaz, Kopratasa dan ramai lagi.

Malah penyanyi bukan Melayu seperti David Arumugam, Kenny Lee dan Andre Goh juga tidak ketinggalan.

Persembahan ini diiringi oleh Orkestra RTM yang disertai oleh 70 ahli muzik profesional di bawah pimpinan dua orang konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali bersama Koir Kebangsaan.

Persembahan yang indah ini berlangsung pada sebelah malam, Ahad, minggu lalu.

Malam itu juga Putrajaya berpesta lagi. Tetapi kali ini rentaknya cukup berbeza.

Di hadapan pemimpin besar dua negara, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark berserta pemimpin negara lainnya, keindahan dan nikmat rasa orang merdeka ini dilahirkan oleh para artis yang mengambil bahagian.

Seribu tetamu jemputan tentunya menikmati kepuasan yang berganda, tetapi bukan bererti ia menjadi milik mereka sahaja.

Bahkan berjuta rakyat Malaysia menjadi saksi betapa meriah dan bangganya menjadi anak Malaysia yang bebas dan merdeka.

Melalui segmen demi segmen yang tersusun rapi, menjadikan persembahan selama dua jam ini bagaikan terlalu pantas berlari.

Segmen di Atas Runtuhan Kota Melaka Didirikan Putrajaya membuka tirai dengan kocakan lembut, tetapi mesra lagu-lagunya.

Segmen Simfoni Tanah Air membawa kita menyelami semangat cintakan tahan air. Betapa cinta yang sarat dan menggunung di dada mampu membius rasa nikmat sebagai anak merdeka terbawa-bawa dengan cukup jelas dan jauh ke dalam segmen ini.

Ditambah dengan lagu Kemegahan Negaraku dan Putera-Puteri serta Bahtera Merdeka, perasaan cinta itu sungguh, bagaikan meluap-luap laksana lahar berapi.

Apatah lagi Bahtera Merdeka ditangani dengan cukup baik oleh penyanyi Aishah.

Tidak dilupakan khazanah lagu-lagu lama, segmen Simfoni Warisan Bangsa menampilkan lagu malar segar, moga-moga ia terus hidup dan subur di jiwa penggemarnya sampai bila-bila.

Bunga Tanjung didendangkan oleh Yusni Hamid, Joget Kenangan Manis (Kenny Lee) dan Taman Gemalasari pula senang diindera melalui rentak instrumental. Bersahaja, tetapi menusuk jauh ke dalam kalbu.

Nassier Wahab senang dengan lagu Cenderawasih, sesuai benar dengan suara romantiknya yang tidak pernah membuatkan kita jemu menanti diikuti dengan instrumental oleh Lim Soon Lay dan Chan Mali Can.

Selepas segmen Senandung Pilihan Zaman, Dancing Eyes, Hungarian Dance, Strangers n The Night serta Quando, Quando, Quando mewarnai segmen Irama Malar Segar klasik Barat.

Menutup tirai persembahan, pastinya mengangkat Putrajaya sebagai kota kemegahan kita bersama.

Konsert ini berakhir dengan lagu gemilang Putrajaya, Putrajaya Kota Perkasa dan Gemilang Malaysia.

Tanpa sedar jam sudah menghampiri angka 11 malam dan acara ini bakal ke penghujungnya, sedang dalam hati bagaikan tidak mencukupi apa yang sudah diberi.

Ini adalah antara usaha terbaik RTM yang tidak pernah jemu menyuburkan rasa bangga dan cinta rakyat terhadap tanah air yang satu ini.

Apa yang diharapkan, usaha RTM ini tidak dipandang sebelah mata dan matlamat yang disusun bagi memartabatkan maruah bangsa dan negara dapat bersama-sama dihayati oleh generasi muda hari ini.

Powered by Utusan Malaysia

Cat Farish Bersanding Di Rumah Sendiri

22 Jul

KUALA LUMPUR 21 Julai – Lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis persandingan anggota kumpulan The Fabulous Cats, Cat Farish, 33, dan isterinya, Hartini Ramly, 24, yang diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki di Jalan Duta di sini hari ini.

Cat Farish ketika ditemui bersyukur majlis persandingannya berjalan lancar walaupun hujan lebat.

“Alhamdulillah segalanya selamat. Saya lega semuanya berjalan lancar biarpun hujan lebat. Malah niat saya untuk mengadakan majlis persandingan di rumah saya sendiri telah termakbul.

‘‘Saya memilih untuk mengadakan majlis ini di rumah berbanding hotel kerana mahu mengumpul seluruh ahli keluarga dan sanak saudara yang belum pernah saya jumpa sebelum ini,” katanya.

Majlis persandingan berkonsepkan ‘Garden Jungle Wedding’ itu merupakan ideanya sendiri sambil dibantu oleh rakan keluarganya.

Pada majlis tersebut, Cat dan isteri telah mengenakan pakaian berwarna putih rekaan Estillo.

Menurut Cat Farish, Pulau Tioman menjadi pilihan beliau dan isterinya untuk destinasi bulan madu mereka.

“Saya sukakan tempat tersebut kerana ada sesuatu yang menarik di situ. Walaupun kami berdua agak sibuk tapi kami akan cuba mencuri masa untuk berbulan madu sebelum kedatangan Ramadan,’’ ujarnya.

Cat Farish yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Ruffedge dan Hartini selamat diijabkabulkan pada 13 Julai lalu di kediaman pengantin perempuan di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi.

Sehari selepas majlis pernikahan tersebut, majlis persandingan diadakan di kediaman pengantin perempuan.

Pasangan tersebut mula berkenalan sejak awal 2004 apabila Hartini yang juga merupakan seorang peguam sering menemani temannya menyaksikan persembahan Ruffedge.

Misha Omar, Nash dan isteri, Shahila serta Shazzy antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Powered by Utusan Malaysia

Intisari Rancangan Astro Ria

21 Jul

Sabtu 21 Julai 2007

Pagi:

6.00 Penantian (Episod 3)

7.00 LayaRIA – Papan

9.00 RIAksi – E.R 5 (Ejen Rahsia Lima)

9.30 RIAksi – Zon Aktif

10.00 RIAksi – Dark City

10.30 RIAksi – Motor Addict

11.00 Dari Studio 1 Bersama Fairuz Hussein

12.30 Buzz Ikon Malaysia

Petang:

1.00 Wazzup Mila?

1.30 Wayang Kita

2.00 LayaRIA – Gris & Gucci

4.00 Klip IKON Malaysia

6.00 AC Di Sini Bersama Amy Mastura

Malam:

7.00 Trek Selebriti AF5

7.30 Fulus Mania – Siaran Langsung

8.30 Berita BERNAMA – Siaran Langsung

9.00 Warna Warna Malaysia Ku

9.05 Klip IKON Malaysia

11.00 AC Di Sini

12.00 LayaRIA – Man Laksa

2.00 RIAksi – E.R 5 (Ejen Rahsia Lima)

2.30 RIAksi – Zon Aktif

3.00 RIAksi – Dark City

3.30 RIAksi – Motor Addict

4.00 Wayang Kita

4.30 Trek Selebriti AF5

5.00 Wazzup Mila?

5.30 Buzz IKON Malaysia

Powered by Utusan Malaysia

Jutawan Remaja

20 Jul

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
[email protected]

MEWARISI empayar fesyen terkenal dan bergelar jutawan di usia semuda 11 tahun menyebabkan kehidupan Allegra Beck, menjadi tumpuan dunia.

Anak saudara kesayangan mendiang Gianni Versace itu diramal bakal menjadi kuasa baru empayar fesyen antarabangsa sekali gus menjejak langkah ibunya, pereka terkenal, Donatella.

Allegra, 21, mencatat rekod antara jutawan termuda dengan harta bernilai lebih RM462 juta, tetapi lebih dari itu dia bakal menggalas tanggungjawab memastikan jenama Versace terus menguasai industri fesyen dunia.

Dia menguasai 50 peratus daripada saham syarikat serta harta Gianni, termasuk rumah mewah 12 bilik di Miami, vila besar di tepi Tasik Como dan sebuah kediaman sebesar istana di Milan, di samping rumah bernilai RM39 juta di Manhattan.

Namun, tidak ramai mengetahui bahawa jutawan remaja ini mengalami trauma teruk 10 tahun lalu apabila bapa saudaranya ditembak mati di Miami.

Tragedi yang menimpa bapa saudaranya menyebabkan Allegra mengalami trauma kerana ketika berita pembunuhan itu disiarkan, dia dan adiknya, Daniel sedang menonton televisyen.

“Saya tidak memahami maksud berita berkenaan ketika itu tetapi saya lihat mereka menyiarkan gambar bapa saudara. Saya mula syak sesuatu berlaku apabila melihat ibu menangis tidak henti-henti,” katanya.

Selepas kematian Gianni, Donatella dikatakan sedaya upaya menjauhkan anak-anaknya daripada tumpuan lensa kamera kerana baginya mereka terlalu kecil untuk mengerti semua itu.

Allegra kini menjadi buruan paparazi seluruh dunia yang mendapatkan gambar eksklusif kehidupan jutawan remaja itu selepas mewarisi separuh daripada saham syarikat Versace.

Kehidupan hidupnya sering menjadi tumpuan dan lebih memalukan ada yang menuduh Allegra menghidap penyakit berkaitan pemakanan, aneroxia nervosa, semata-mata kerana dia kelihatan kurus.

“Saya tidak pernah menghidap aneroxia dan hairan kenapa mereka menuduh saya begitu. Memang saya pernah mengalami penurunan berat badan secara mendadak, tetapi bukan disebabkan penyakit itu.

“Kurus memang menarik, tetapi saya tidak akan mengabaikan kesihatan semata-mata untuk kelihatan cantik,” katanya.

Disebabkan sejak kecil sudah mendampingi ramai selebriti terkenal dunia seperti Madonna, Elton John dan Rupert Everett, Allegra tidak berminat menyertai syarikat Versace.

“Syarikat Versace adalah amanah bapa saudara dan ia tetap menjadi keutamaan. Tetapi minat saya yang sebenar ialah pada dunia lakonan dan jika berpeluang, saya ingin menceburinya secara serius.

“Saya sedar, ramai ingin menyaksikan sejauh mana kebolehan saya mengetuai syarikat ini. Tentunya ia bukan sesuatu yang mudah dan sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan,” katanya.

Ibunya, Donatella tidak menghalang impian anaknya itu tetapi mahu Allegra menghabiskan pelajarannya dalam bidang kesusasteraan dan drama Inggeris di Universiti New York terlebih dulu.

“Zaman remaja memang penuh dengan keseronokan dan saya tidak akan menghalang Allegra menikmatinya.

“Allegra meminati dunia lakonan dan mempunyai tiga tahun lagi untuk membuktikannya, tetapi jika gagal, syarikat Versace menunggunya,” kata Donatella.

Harian Metro

Design a site like this with WordPress.com
Get started