Archive | March, 2007

Mukhsin Alam Remaja Yang Indah Penuh Emosi

13 Mar

Bersama: A. WAHAB HAMZAH
Bermula dengan Rabun (2003), Sepet (2005), Gubra (2006) hingga yang terbaru Mukhsin, Yasmin Ahmad memantapkan pendekatan dan tema kemanusiaannya, tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan.

Keyakinan Yasmin pada sebuah filem adalah keupayaan filem tersebut mengangkat unsur emosinya. Filem-filem ini seakan sebuah autobiografi bagi Yasmin, tetapi unsur kemanusiaan yang diangkat daripada kisah keluarga ini pada masa yang sama cukup bersifat universal.

Inilah yang dibawakan oleh Mukhsin. Sungguhpun Mukhsin boleh dianggap sebagai sebuah prekuel kepada ketiga-tiga buah filemnya yang terdahulu yang masih menggunakan watak Oked sebagai watak utama dan juga keluarga Oked sebagai latarnya, tetapi filem ini mampu berdiri sebagai satu kisah tersendiri. Mukhsin ini membawa kisah hubungan persahabatan antara Oked (Sharifah Aryana) yang dalam usia remaja 10 tahun bertemu dengan Mukhsin (Mohd. Syafie Naswip) yang berusia 12 tahun semasa cuti sekolah yang panjang dan persahabatan itu mewujudkan kemesraan antara mereka.

Mukhsin cuba mengangkat realiti kehidupan remaja yang masih bersih dan indah, alam sekitarnya dan hubungan kekeluargaan. Berbeza dengan konflik kehidupan yang lebih dramatik dalam Gubra dan masalah hubungan antara kaum dalam Sepet, Mukhsin menyelami kehidupan remaja dan perubahan emosi yang mereka lalui dalam sebuah kisah yang lebih bersahaja. Namun Yasmin masih melihat keindahan realiti masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum menjadi latar utama dalam Mukhsin.

Keluarga Oked iaitu ibunya Mak Inom (Sharifah Aleeya) dan bapanya Pak Atan (Irwan Iskandar Abidin), serta pembantu keluarga Kak Yam (Adibah Noor) adalah gambaran sebuah keluarga yang bahagia, tidaklah begitu mewah tetapi melalui kehidupan yang selalunya gembira.

Mereka yang telah menonton filem-filem terdahulu arahan Yasmin tentu mengenali sifat keluarga bahagia ini. Bagaimanapun dalam usaha Yasmin untuk menggambarkan sebuah keluarga yang kelihatan bahagia tetapi mempunyai kelemahan sendiri, maka digambarkan yang Pak Atan berhutang membeli perabot (tentulah gambaran ini kelihatan seakan sengaja diadakan kerana Pak Atan yang kelihatan terpelajar dan pada masa yang sama mampu mempunyai kereta tentulah tiada masalah membeli perabot sofa). Keluarga yang bersifat kontras kepada keluarga Oked adalah keluarga Rozie (Rozie Rashid), mempunyai seorang anak perempuan sebaya Oked dan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Juga keluarga Kak Senah (Mislina), wanita kampung yang tipikal dan baik hati yang tinggal bersamanya adalah dua anak saudaranya iaitu Husein (Salehudin) dan Mukhsin (Mohd. Syafie Naswip).

Hussein adalah anak muda yang kecewa di atas perceraian ibu bapanya. Manakala Mukhsin menjadi pendiam dan berasa gembira hanya apabila dia bermain dengan teman-temannya. Kehidupan keluarga yang kontras ini dijadikan bandingan oleh Yasmin. Mukhsin yang dahagakan kehidupan keluarga yang bahagia (yang sebenarnya tidak didapatinya dari Kak Senah yang juga tidak punya keluarga sendiri) menumpang bahagia daripada keluarga Oked. Dalam satu adegan Mukhsin memerhati dari luar rumah dengan penuh emosi keluarga Oked yang sedang gembira menari. Dalam banyak adegan Yasmin membuat bandingan kontras kehidupan keluarga ini. Ketika Pak Atan dan Mak Inom boleh bergurau senda, digambarkan hubungan Rozie yang tegang dengan suaminya. Sementara Kak Yam yang tenang sebagai pembantu rumah yang bijak, digambarkan Hussein yang pemarah dan pemabuk.

Sungguhpun demikian, apa yang menjadikan Mukhsin sebuah tontonan yang enak adalah kerana ia sebuah melodrama yang terkawal daripada menjadi terlalu sentimental. Kelucuannya bertempat, kesedihan dan kesusahannya tidak berlebihan, malah konflik dramatik yang besar hampir tidak berlaku kecuali perkelahian kanak-kanak dan adegan buli. Tetapi yang sangat berkesan adalah konflik emosi yang disampaikan secara cukup berkesan oleh para pelakonnya. Biarpun keluarga Pak Atan adalah gambaran keluarga yang bahagia, tetapi gambaran yang paling berkesan adalah keluarga Kak Senah. Sungguhpun Senah tidak mewah tetapi dalam kesederhanaannya itu dia mencurahkan kasihnya kepada anak-anak saudaranya, Hussein dan Muksin. Biarpun Hussein pemarah dan pemabuk tetapi sebenarnya dia sangat menyayangi adiknya Mukhsin dan dia sentiasa berusaha mencari dan menghubungi ibunya melalui telefon walaupun sering terhalang. Adegan yang paling menyayat hati dan paling berkesan adalah ketika dia bersama Mukhsin menangisi kematian ibu mereka. Begitu juga adegan Mukhsin memanggil Oked untuk bertemu sebelum balik ke kampung selepas berlaku perselisihan faham antara mereka semasa bermain galah panjang.

Mukhsin memberikan kesan yang tersendiri dengan kesederhanaan plot dan dialognya yang minimum. Sebagaimana dalam filem-filemnya yang lepas, yang menjadi keutamaan Yasmin adalah kekuatan naratif dan kemantapan lakonan pelakonnya. Dalam Mukhsin, Yasmin nyata mengawal filem ini daripada membesarkan sesuatu isu sebagai satu mesej kritikan sosial, tetapi cukup sekadar memaparkannya dan membiarkan penonton menilainya. Masalah kehidupan Hussein tidak terlalu diperbesarkan, begitu juga masalah yang dihadapi oleh Rozie, dan malah kehidupan Kak Senah yang dahulu pernah menjadi penari joget. Sungguhpun Yasmin tidak membuat penilaian terhadap watak-watak ini tetapi kehidupan yang dilalui oleh Oked mampu menginsafkan kita kerana kesemua kisah ini akhirnya menjadi sebahagian daripada latar kehidupan Oked menempuh alam remajanya. Tetapi ini tidak bermakna yang Yasmin tidak memberikan komentarnya. Dalam beberapa adegan tertentu Yasmin menjawab tentang penggunaan bahasa Inggeris (dalam konteks ini adalah keluarga Oked yang kerap berbahasa Inggeris), tentang hubungan kaum dan dalam satu syot tentang pencemaran budaya. Yasmin dengan bijak menggunakan filem dan adegan-adegan tertentu dalam filemnya untuk menjawab kritikan.

Mukhsin dilengkapkan dengan kerja kamera yang kelihatan sederhana dengan aliran visual yang tenang bukan sahaja mampu mengangkat keindahan alam, lokasi rumah-rumah papan dengan binaan yang nostalgik tetapi mampu melengkapkan karakter filem ini. Namun di sebalik kesederhanaan pendekatan ini, kita dapat merasakan kekuatan emosinya. Mukhsin adalah kisah remaja seadanya, yang sederhana dalam kekuatannya.

Arahan: Yasmin Ahmad

Lakon layar: Yasmin Ahmad

Pelakon: Sharifah Aryana, Mohd. Syafie Naswip, Sharifah Aleeya, Irwan Iskandar Abidin, Salehuddin, Rozie Rashid dan Mislina.

Powered by Utusan Malaysia

No Regrets, Says Antonella Barba

12 Mar

Poor Antonella Barba.

After a couple of weeks of intense media scrutiny, endless jibes and harsh comments from the judges, she was finally voted off American Idol last week, falling just short of making it to the coveted top 12.

And still the press won’t let up about those racy photos that have made hers the most-searched name on the Internet at the moment (way ahead of a bald- headed Britney).

In a 20-minute conference call with international media on Saturday morning, Barba was (not surprisingly) badgered with questions about the photos.

“It’s definitely not how I intended things to go,” she said. “I tried to stay focused on the competition. All that other stuff was irrelevant.”

To Barba maybe, but not to the reporters on the call: More questions on the topic prompted a representative from the show to plead with them to change the subject, saying “she’s been through enough”.

“I keep getting told that no publicity is bad publicity,” Barba said. “But, you know, I’m not known for this thing that I want to be known for, which is singing.”

Barba probably deserves some credit for sticking to her showbiz dreams despite the flak she has received and her unimpressive performances over the past few rounds on Idol.

She said she would remain in Los Angeles for the next two weeks or so to “talk to people, see what offers I can get”.

“I want to strike while the iron is hot,” she said.

One of the offers she won’t be fielding is one that would see her appear in a Playboy spread.

“I definitely wouldn’t do that,” she said. “I don’t want to be known for that.”

Playmate status may not be on the cards for Barba, but she is not opposed to listening to other modelling or acting offers.

“I’d rather promote myself in a classy way,” she said.

Asked whether she regrets joining the show after all that’s happened, Barba would only say: “In retrospect, I still think it was worth it.” –

Channel News Asia

Around The Corner

9 Mar


Around the corner

Yash Raj Films kicks off the year with the Saif Ali Khan starrer Ta Ra Rum Pum


LONG LIST The line up of Yash Raj films opens with Saif and Rani

Yash Raj Films announced the line-up of films for the year. The first film from Yash Raj this year is “Ta Ra Rum Pum,” which is opening on April 27. The film, directed by Siddharth Anand (“Salaam Namaste”) stars Saif Ali Khan and Rani Mukerji and tells the story of a race-car driver.

This film is followed by Shaad Ali’s third directorial venture “Jhoom Barabar Jhoom” on June 15. With a cast of Abhishek Bachchan, Preity Zinta, Bobby Deol, Lara Dutta, and Amitabh Bachchan in a special appearance, the film looks set to repeat the success of “Bunty Aur Babli.”

Then there is “Chak De India,” slated to hit the screens on August 10. Directed by Shimit Amin, (“Ab Tak Chappan”), the film stars Shah Rukh Khan as a hockey coach. Then there is Pradeep Sarkar’s “Laaga Chunari Mein Daag” on October 12 for the festive season. The film features powerhouse performances from Jaya Bachchan, Rani Mukerji, Konkona Sen Sharma, Kunal Kapoor and Abhishek Bachchan.

And saving the best for the last is cinematographer Anil Mehta’s directorial debut “Aaja Nachle,” on November 30. The film is significant as it marks the return of the ultimate diva Madhuri Dixit.

The New Year would be kicked off in grand style with “Tashan”. Directed by Vijay Krishna Acharya (the screenplay and dialogue writer of “Dhoom” and “Dhoom:2”), the film stars Akshay Kumar, Saif Ali Khan, Anil Kapoor and Kareena Kapoor.

Yash Chopra, Chairman, Yash Raj Films said: “At Yash Raj Films, we truly believe that there are only two kinds of cinema, good cinema and bad cinema. And we are committed to bringing the best cinema that there is for our audiences. We are extremely excited about our offerings for 2007, not because of the star casts, but because of the unique subject matter of each of the films, and the youthful talent at the helm of these films. And with our commitment to the studio style of functioning uniquely enables us to make each of these offerings a very special experience for the filmgoer – even though we are releasing six titles at close intervals.”


Hindu On Net

Grin (Or Grimace) But Just Bare It

9 Mar

It was the first time MTV VJ Greg Uttsada and Thai actress Ploy had posed nude, and with each other no less.

But before anyone gets any impure thoughts, there was nothing naughty about the photo shoot and it was all for a good cause: To produce a coffee-table book aimed at benefiting and also sending a message to charities here.

“I was initially very concerned about the project and posing nude for it,” said Utt in a telephone interview with TODAY. “And I had a lot of questions about it.

“But speaking to the brains behind the project, photographer Dominic Khoo, and knowing that the project is to raise awareness of how charities are run, I said yes.”

Of course, it is no secret that the charity scene has been taking a beating of late, what with reports of fund mismanagement at some agencies.

In a bid to promote more transparency in how charities are run in Singapore, about 30 celebrities, including actress Michelle Chia, model-host Jaymee Ong and host Mark Zee, agreed to bare all for the camera.

Copies of the resulting coffee-table book, aptly titled

Channel News Asia

M. Daud Kilau Jahit Labuci Sendiri

7 Mar

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

LETAKLAH sepuluh barisan penyanyi baru, namun bila keluar sahaja Datuk M. Daud Kilau, 69, semua penyanyi baru yang jelita dan kacak itu akan tenggelam!

Ini kerana M.Daud ada keistimewaan yang tidak dimiliki oleh penyanyi lain iaitu mampu menari gelek selain daripada mempunyai vokal yang mantap.

Gelekan M.Daud tidak nampak seghairah goyang gerudi Inul Daratista atau gelek 45 darjah gaya Mas Idayu. Namun tarian geleknya yang lemah lembut dan tampak sopan itu tetap menarik perhatian umum.

Lantaran kelebihannya itulah, M.Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang dilahirkan di Sungai Ular, Bagan Datoh, pada 10 Julai 1938 itu digelar Raja Gelek Malaysia.

Kata M.Daud, dia tidak pernah belajar menari daripada mana-mana koreografer kerana kebolehannya itu kurniaan Allah.

“Entah… saya sendiri tidak tahu dari mana saya ada bakat menari. Semuanya bermula bila saya sedang menjalani rakaman di studio untuk lagu Sireh Pinang.

“Waktu itu penerbit lagu Yusaini Amir yang nampak saya bergoyang beritahu saya, di Indonesia penyanyi yang menyanyi sambil bergelek ialah Rhoma Irama. Bermula dari situlah, bila menyanyi saya automatik akan menari,” katanya terus terang.

Meskipun suka menonton filem-filem Hindi, namun M.Daud tidak begitu gemar dengan tarian gelek artis dari Bollywood kerana gerakan mereka keras.

Sebaliknya, dia lebih senang melihat gaya tarian pelakon-pelakon dari filem Arab yang pada pandangannya lebih berseni dan lemah gemalai.

Kelebihan M.Daud bukan sekadar pada tarian, malah penampilannya dengan pakaian yang berwarna-warni juga amat memukau.

Kata M.Daud, disebabkan ingin kelainan dia lebih selesa mengenakan pakaian berwarna-warni yang disulami dengan labuci dan manik.

Dia yang pernah digelar The Wiggle King itu cukup terkenal dengan fesyen flamboyan dan kebanyakan pakaian persembahan pentasnya ditempah khas.

Antara jenis fabrik yang menjadi pakaian rasmi M.Daud ialah jojet, lace, velvet, satin dan broket yang disulami labuci dan manik.

“Saya suka tengok fesyen Michael Jackson yang penuh labuci itu dan sedikit sebanyak ia mempengaruhi saya.

“Saya ada tukang jahit sendiri. Selepas baju siap dijahit, saya akan jahit labuci atau manik mengikut cita rasa saya. Sekarang ini tidak boleh lagi menjahit kerana penglihatan tidak seterang dulu,” katanya sambil ketawa.

Dia yang merupakan anak bongsu daripada sepuluh beradik itu mula mengasah bakat nyanyian sejak di sekolah rendah.

Katanya, dua kali seminggu gurunya akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang minat menyanyi mengadakan persembahan di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran tamat.

Bermula dari menyanyi di hadapan rakan-rakan kelas, akhirnya M.Daud menyertai kumpulan pancaragam Kampung Sungai Nipah Baroh yang sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan sekitar kampungnya.

“Saya bermula dari sekolah, kampung, persatuan dan seterusnya menyertai Bintang Radio di Pulau Pinang, kemudian barulah ke pertandingan Bintang Radio kawasan tengah. Pada tahun 1968, saya muncul sebagai juara menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis,” katanya mengimbau semula pembabitan awalnya dalam bidang seni suara.

Selepas itu, dia telah dilamar untuk menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu berkonsep langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Sehingga kini dia telah menghasilkan 29 buah album. Sementara lagu-lagu dendangannya yang masih malar segar sehingga kini ialah Anak Pertama, Sireh Pinang, Anak Derhaka, Cek Mek Molek, Kau Pergi Tanpa Pesan dan Gila Judi.

Sampai ke hari ini pun, aura M.Daud belum pudar kerana dia masih mampu digandingkan dengan artis baru seperti Syura dan Ezlynn.

Dia yang masih aktif mengadakan persembahan sehingga kini pernah dianugerah gelaran Penyanyi Lelaki Popular oleh Persatuan Penyanyi Tanah Air (Papita) pada 1979.

Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.

Pada tahun yang sama juga, dia menerima dugaan hebat daripada Yang Maha Esa apabila anak bongsunya, Norhayati meninggal dunia selepas diserang demam panas.

Terdahulu, isteri pertama M.Daud, Allahyarham Asmah Md. Noor, kembali ke rahmatullah pada 1980. Dia yang mempunyai tujuh orang cucu itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Rohani Awang Ngah (Datin) pada 1982 dan kehidupan mereka bahagia hingga ke hari ini.

Powered by Utusan Malaysia

Aksi Di Katil Bukan Kontroversi – Fasha Sandra

6 Mar


Fasha Sandra.

BUKAN mudah laluan yang di daki gadis jelita ini bagi mencapai populariti yang dikecapinya hari ini. Bermula sebagai model sambilan, siapa sangka Nur Fasha Sandha Hassan kini merupakan antara pelakon yang cukup popular.

Kejayaan demi kejayaan diraih olehnya malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia antara primadona Melayu masa kini.

Baru bersyukur dengan apa yang dicapainya, umpama ombak yang memecah pantai, tiba-tiba namanya dikaitkan dengan kontroversi yang tiada hujung pangkalnya.

Dituduh sanggup menggadaikan maruah semata-mata mahu menembusi pasaran seberang dengan menerima tawaran berlakon filem Badai Pasti Berlalu (BPB), sebuah filem terbitan Astral Pictures (Indonesia) dengan kerjasama produksi Malaysia, Wayang Tinggi Corporation Sdn. Bhd.

Watak Puteri yang dibawanya menimbulkan kontroversi apabila ada pihak mendakwa Fasha melakonkan watak bisu di atas ranjang tanpa sepatah dialog. Mengapa pelakon jelita ini sanggup menerima tawaran tersebut?

Menarik nafas sedalam-dalamnya, Fasha cuba mencari kekuatan untuk merungkai cerita di sebalik tuduhan-tuduhan tidak berasas itu.

“Sebelum menuduh saya menggadai maruah, saya nak tanya sikit apa maksud menggadaikan maruah? Gadai maruah bermaksud menjual dirikan? Saya tidak menggadaikan maruah atau menjual diri saya. Saya hanya melakukan aksi lakonan. Dan bagi saya watak itu tidak melampaui batas.

“Saya melakonkan lima babak dan aksi di atas katil itu bukanlah satu aksi yang patut diperkatakan kerana saya berpakaian dan bukannya berselimut atau tanpa pakaian.

“Tentang isu tak bersuara dalam filem itu, saya memegang watak dalam visual flash back (imbas kembali). Jadi dialog terpaksa dipotong. Ada pihak yang sengaja mahu mencipta sesuatu yang tidak benar. Kalau mahu membuat kontroversi mengenai babak itu, baik hentikan sahaja,” kata pelakon jelita ini dalam satu pertemuan bersama MEGA di lokasi filem 9 September yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah duta baru Maybelline ini lagi, dia masih waras dan berfikir panjang sebelum menerima watak tersebut.

“Saya tak sebodoh itu untuk menerima tawaran berlakon yang tak tentu pasal. Dan saya tahu watak itu tak melampaui batas. Watak Puteri merupakan watak penting kerana dia merupakan punca perpisahan Siska dan tunangnya. Walaupun saya hanya muncul dalam lima babak tapi watak itu penting,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Mula terima watak antagonis

Kalau sebelum ini khalayak sering melabelkan Fasha hanya membawakan watak perempuan baik-baik sahaja, kini khalayak harus menukar persepsi tersebut.

Kata gadis kelahiran Johor ini, selain watak Puteri, dia kini sudah mula menerima pelbagai watak antagonis supaya tidak lagi dilabelkan sebagai pelakon stereotaip.

“Peminat kini harus menerima hakikat yang sekarang Fasha sudah mula membawa watak antagonis. Selain watak Puteri, dalam filem Anak Halal saya bawa watak perempuan liar, filem 9 September saya bawa watak tomboy dan beberapa lagi watak antagonis lain.

“Jadi saya harap penonton Malaysia berfikiran terbuka dan dapat menerima watak-watak jahat yang saya lakonkan,” kata pelakon dan model ini.

Justeru Fasha percaya peminat masih berpihak kepada dirinya apabila filem BPB ditayangkan di Malaysia sekitar bulan April depan.

“Saya bagi peluang pada peminat untuk buat penilaian sendiri apabila mereka menonton filem tersebut. Tapi saya yakin mereka akan bersama-sama saya. Lagi pun babak yang dikecoh-kecohkan itu satu babak di mana baru nak mula aksi cium dan ada elemen camera trick di situ. Bukannya babak selepas mengadakan hubungan seks atau apa,” ujarnya.

Seksi berani mati

“Seksi berani mati? Saya rasa tak wujud istilah seksi dalam diri saya. Saya seorang model dan pelakon, jadi saya harus mempelbagaikan cara pakaian saya. Kenapa nak persoalkan pakaian saya,” kata Fasha.

Apa yang dikesalkan oleh Fasha, mengapa apabila dia memakai pakaian yang agak terbuka sering kali dipersoalkan. Tetapi tatkala dia memakai pakaian yang sopan, tidak ada pihak mahu memperkatakannya.

“Bila saya pakai baju kebaya pada Anugerah Skrin kenapa tak ada orang bercakap. Memang lumrah manusia apabila nampak kelemahan kita, akan bercakap tapi bila benda-benda yang baik tidak ada pula nak dibincangkan.

“Saya tak kisah kalau ada orang nak memperkatakan tentang itu. Terpulang pada mereka. Tapi kita harus lebih terbuka dalam isu pakaian ini sebab ia bukan satu isu besar dalam industri kita,” ujarnya.

Tak akan memotong rambut

Untuk menjayakan watak gadis tomboy bernama Nia dalam filem 9 September, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk tidak memotong rambut.

Bukan tidak berani menempuh cabaran baru namun sebab utamanya adalah kerana dirinya terlibat dalam bidang komersial.

“Saya tak potong rambut sebab saya terlibat dalam bidang komersial. Jadi agak menyukarkan kalau saya potong rambut.

“Lagi pun saya pernah berambut pendek sebelum aktif berlakon. Itu bukanlah satu isu besar,” katanya sebelum mengakhiri perbualan pada petang itu.

Utusan Malaysia

Demi Icha Azza Rela Jadi Ibu Tunggal Selamanya

6 Mar

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

MELIHAT lakonan Nor Azzarima Zawari, 29, sebagai Diana dalam Sembilu Kasih, ramai yang membencinya kerana sikapnya yang tidak habis-habis cuba menggoda dan memenangi hati Fendi (lakonan Zed Zaidi).

Tetapi hati akan mudah terusik tatkala menjejakkan kaki ke rumah dua tingkat kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Di sanalah Nor Azzarima yang lebih mesra dipanggil Azza Elite menikmati ketenangan bersama anaknya, Marissa Jannah.

Gelagat sebagai wanita penggoda dan mengada-ngada, secara realiti langsung tidak ada pada Azza.

Sifat Azza tatkala di rumah lebih terserlah sebagai seorang ibu tunggal yang begitu penyayang dan mesra terhadap anak angkat kesayangannya itu yang kini sudahpun berusia setahun sebelas bulan.

Keletah anak kecil yang manja dan bijak dan dikatakan mirip wajah ibu Azza, Rahmah Abdullah, 54, membuatkan siapa sahaja yang melihatnya pasti akan tersentuh hati.

Betapa tidak, dalam usia yang masih hijau Marissa turut terlibat sama dalam gelombang hidup yang dihadapi oleh mummy kesayangannya.

“Sebab itu setiap kali menatap wajah Icha (Marissa), air mata Azza mudah mengalir. Icha mengingatkan Azza pada bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

“Kadang-kadang bila mulut keletahnya bertanyakan mummy nangis ya?, Azza tidak dapat bendung air mata.

“Sampai saat ini, Azza tidak boleh maafkan diri Azza kerana telah menjadikannya kehilangan daddy dalam usianya yang masih hijau. Azza tidak pernah impikan perceraian tapi Azza mesti tabah terima kada dan kadar Tuhan pada jodoh kami yang tidak panjang ini,” cerita Azza dengan nada sayu.

Walaupun perceraian Azza dan Ehsan berlaku pada hari jadi Azza, November 2004 di Kuching, Sarawak tetapi hanya baru-baru ini disahkan.

“Sebenarnya selama dua tahun kami cuba memperbaiki hubungan. Tapi nampaknya memang tidak ada lagi persefahaman antara kami.

“Azza mahu tinggal di Kuala Lumpur kerana mahu menjaga ibu, sementara Ehsan pula terikat dengan perniagaan yang memerlukan dia mesti selalu berada di Kuching dan Jakarta,” jelas Azza.

Menurut Azza, kehadiran Marissa Jannah diterimanya pada saat dia dan Ehsan sedang cuba memperbaiki hubungan yang sedang goyah.

“Saat itu kami mengharapkan kehadiran Icha dapat menyelamatkan mahligai cinta yang telah kami bina sejak 14 Februari 2001. Sayangnya apa yang diimpikan tidak kesampaian.

“Hanya tiga bulan sahaja Icha dapat bersama daddynya kerana selepas itu kami membawa haluan masing-masing,” kata Azza.

Bagi Azza, walaupun perceraian yang cuba dielakkan terjadi juga, namun dia tidak pernah menyalahkan sesiapa apalagi Icha.

“Icha bagaikan nyawa bagi Azza. Azza tak tahu macam mana hidup tanpa dia. Dia memberi kekuatan pada Azza. Icha memang anak yang baik. Apabila kesedihan membendung hidup Azza, dia cuba menghiburkan. Bayangkan dalam usia tidak sampai dua tahun, Icha selalu cuba buat Azza ketawa walaupun dalam menangis.

“Azza bersyukur sangat dianugerahkan Icha dalam hidup ini. Bayangkan di saat Azza ditinggalkan suami, Icha ada di sisi Azza. Azza tak tahu macam mana hidup ini tanpa Icha,” cerita Azza yang masih bersedih dengan perceraiannya.

Menceritakan mengenai buah hatinya Icha, Azza berkata: “Icha anak yang bijak. Wajahnya saling tak tumpah macam emak Azza. Tapi perangainya yang lembut dan penyayang saling tak tumpah seperti daddynya, Ehsan – loving dan gentle.

Satu sahaja yang dia ikut Azza. Azza ada lelah dan Icha juga ada lelah. Tapi biar apa pun penyakit Icha, Azza akan menjaganya dan memberikan yang terbaik untuknya.

Yang ada antara kami berdua hanya kebahagiaan dan kasih sayang. Azza berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar kebahagiaan ini berkekalan. Andai ditakdirkan hidup kami memang berdua, Azza sanggup menjadi ibu tunggal untuk selamanya,” luah hati Azza sambil mengagah Icha yang tidak jemu-jemu mencium mummy kesayangannya.

Azza cipta lagu

Benarlah kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Begitu juga dengan Azza yang suatu ketika dulu begitu popular dengan kumpulan Elite.

Kini walaupun namanya sudah cukup dikenali sebagai pelakon, namun minatnya dalam bidang nyanyian tidak pernah padam. Azza dijangka akan muncul dengan album terbarunya tidak lama lagi.

Takkan Melupakanmu, Kehadiranmu (khas untuk Marisa) dan Ada Dirimu adalah tiga lagu ciptaan dan lirik oleh Azza.

Album yang dijangka menelan kos penerbitan sebanyak RM70,000 itu diterbitkan oleh Edry KRU dan beberapa penerbit lain.

“Azza harap impian Azza untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian akan menjadi realiti. Kos penerbitan adalah hasil dari titik peluh Azza sebagai pelakon,” kata Azza terus-terang.

Powered by Utusan Malaysia

Design a site like this with WordPress.com
Get started