anjing
Penampilan
Bahasa Melayu
[sunting]
Takrifan
[sunting]anjing (ejaan Jawi انجيڠ, jamak ekor)
- Sejenis binatang yang menyalak dari genus Canis (ada yang jinak dan ada yang liar).
- Sinonim: asu
- (kiasan) barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda.
- Dia menjadi anjing musuh kerajaan.
Kata majmuk
[sunting]- anjing ajak: anjing geladak anjing yang tidak dipelihara.
- anjing-anjing:
- buah betis.
- sejenis tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.
- = anjing perahu (lihat bawah).
- anjing hitam: (kiasan) orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum.
- anjing laut: sejenis mamalia laut, Halichoerus grypus.
- anjing perahu: alat untuk menggulung layar pada perahu.
- anjing tanah: sejenis serangga, Gryllotalpa vulgaris.
- burung anjing: burung pekaka, raja udang.
Etimologi
[sunting]Sebutan
[sunting]Terjemahan
[sunting]haiwan
|
Terbitan
[sunting]Peribahasa
[sunting]- anjing galak, babi berani: berani sama berani, kuat sama kuat.
- anjing diberi makan nasi bilakan kenyang: sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
- anjing ditepuk menjungkit ekor: orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
- anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang: orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).
- anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis: orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.
- anjing mengulangi bangkai: lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dll).
- anjing menyalak bukit mahukah runtuh, beberapa pun anjing menyalak bukit bolehkah runtuh: bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya.
- anjing tiada bercawat ekor: sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.
- bagai anjing beranak enam: dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak.
- bagai anjing melintang denai: seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya.
- bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah: orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
- bagai anjing tersepit di pagar: seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.
- bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga: orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat.
- bagai disalak anjing bertuah: tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya).
- melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit): menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
Rujukan
[sunting]- "anjing" di Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, →ISBN, 2005.
Pautan luar
[sunting]- "anjing" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Bahasa Indonesia
[sunting]- Lihat takrifan bahasa Melayu.
