VTuber

Seorang VTuber (Jepun: ブイチューバー, Hepburn: BuiChūbā) atau penggiat YouTube maya (バーチャルユーチューバー, bācharu YūChūbā, virtual YouTuber) ialah seorang penghibur dalam talian yang menggunakan avatar maya yang dijanakan menggunakan grafik komputer. Penangkapan gerakan masa nyata (real-time motion capture) sering digunakan untuk menangkap pergerakan dan perubahan pada riak wajah. Trend digital ini berasal dari Jepun pada pertengahan 2010-an, dan menjadi satu fenomena dalam talian antarabangsa pada tahun 2020-an.[1][2] Majoriti VTuber merupakan peminstrim langsung. Menjelang 2020, terdapat lebih 10,000 VTuber aktif.[3] Walaupun istilah itu merupakan kiasan kepada platform video YouTube, mereka juga menggunakan tapak web seperti Niconico, Twitch, Facebook, Twitter, dan Bilibili.
VTuber dikaitkan dengan budaya popular Jepun dan estetikanya, seperti anime dan manga,[4][5] serta antropomorfisme moe dengan ciri-ciri manusia atau bukan manusia.[4] Sesetengah VTuber menggunakan avatar antropomorfik, termasuklah watak bukan manusia seperti haiwan.[6]
Penghibur pertama yang menggunakan frasa "virtual Youtuber" (penggiat YouTube maya), Kizuna AI, mula mencipta kandungan di YouTube pada akhir 2016. Popularitinya telah mencetuskan trend VTuber di Jepun, lantas mendorong kepada penubuhan agensi-agensi khusus untuk mempromosikan mereka, termasuklah agensi utama seperti Hololive Production dan Nijisanji. Terjemahan peminat (fansub) dan VTuber berbahasa asing telah menandakan peningkatan dalam populariti trend ini di peringkat antarabangsa.[7] Penggiat YouTube maya telah muncul dalam kempen-kempen pengiklanan domestik dan telah memecahkan rekod dunia berkaitan penstriman langsung.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]VTuber menggunakan avatar yang dicipta dengan program seperti Live2D, yang menggambarkan watak yang direka oleh para artis dalam talian.[8] VTuber tidak terikat dengan batasan fizikal, dan ramai di antara mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak disekat oleh identiti dunia sebenar mereka.[4][9] Sesetengah VTuber, terutamanya mereka daripada komuniti yang terpinggir, memilih untuk menggunakan avatar bagi mencerminkan identiti dalam talian mereka demi keselesaan peribadi dan alasan keselamatan.[10][11] VTuber transjantina mungkin menggunakan avatar mereka sebagai satu cara untuk menggambarkan dengan lebih baik penampilan pilihan mereka kepada khalayak mereka.[12]
VTuber sering mempamerkan diri mereka sebagai satu watak kayfabe, tidak ubah seperti gusti profesional; Mace, seorang ahli gusti AEW yang turut mula menstrim di Twitch sebagai seorang VTuber pada tahun 2021, menyatakan bahawa kedua-dua profesion tersebut adalah "sebenarnya perkara yang sama".[13] Ironmouse menyifatkan wataknya sebagai sesuatu yang mirip dengan kostum adiwira.[14][7]
Teknologi
[sunting | sunting sumber]
Avatar VTuber lazimnya dianimasikan menggunakan sebuah kamera web dan perisian, yang mana ia menangkap gerakan, riak wajah, dan pergerakan mulut peminstrim tersebut, lalu memetakannya kepada model dua atau tiga dimensi. Kedua-dua program percuma dan berbayar telah dibangunkan untuk memuatkan model serta melaksanakan penangkapan gerakan, dengan sesetengahnya mampu digunakan tanpa kamera web (walaupun dengan animasi yang telah ditentukan lebih awal), malah ada juga yang menyokong perkakasan realiti maya, atau peranti penjejakan tangan seperti Pengawal Leap Motion.[6][15][16][17] Bentuk perkakasan penangkapan gerakan yang lebih canggih yang dijuruskan terutamanya ke arah VTuber dan VR sosial turut dibangunkan, termasuklah penjejak Mocopi keluaran Sony dan Obskur keluaran Movella.[18][19][20]
Sesetengah program memindahkan bebanan penjejakan gerakan ke kamera telefon luaran melalui aplikasi mudah alih bagi menjimatkan sumber sistem, serta mengambil kelebihan terhadap ciri perkakasan (seperti Face ID pada iPhone) yang boleh membolehkan penangkapan gerakan yang lebih tepat.[17] Pada tahun 2022, VTube Studio melancarkan kemas kini yang disepadukan dengan alatan Nvidia Broadcast, yang membolehkan penangkapan gerakan wajah dengan pecutan NPU pada sistem yang menggunakan kad grafik Nvidia RTX.[21]
Perisian animasi proprietari Live2D lazimnya digunakan untuk menyatukan (rig) model dua dimensi yang dibina daripada tekstur yang dilukis.[15][16][6] Model tiga dimensi juga boleh digunakan; ini lazimnya menggunakan VRM, iaitu satu sambungan kepada spesifikasi glTF yang direka untuk mentakrifkan avatar watak humanoid untuk aplikasi metaverse, dan disokong oleh perisian seperti Liv (yang menggabungkan avatar VRM ke dalam permainan VR) dan VRoid Studio (yang boleh digunakan untuk mencipta avatar bergaya anime lalu mengeksportnya ke format VRM), dan juga boleh ditukar untuk digunakan dalam perisian lain seperti VRChat.[22][23] Model yang ditempah khas boleh menelan belanja setinggi US$2,000 bergantung kepada tahap perinciannya.[24]
Sesetengah VTuber, yang dikenali secara kolokial sebagai "PNGTuber" (merujuk kepada format imej PNG), menggunakan sprit sebagai ganti kepada model yang telah disatukan (rigged), dengan kerangka (frames) yang berbeza untuk menyampaikan emosi atau tindakan yang berbeza.[25]
Agensi dan pengkomersialan
[sunting | sunting sumber]VTuber utama sering bekerja dengan agensi bakat, dengan model perniagaan yang dipengaruhi oleh model yang digunakan oleh agensi idola Jepun. Peminstrim diambil bekerja oleh sesebuah agensi (kadangkala melalui uji bakat terbuka)[26] untuk melakonkan watak yang dibangunkan oleh syarikat tersebut, yang kemudiannya dikomersialkan melalui perniagaan barangan serta penampilan promosi yang lain, di samping aliran pendapatan tradisional seperti pemonetisan video mereka, dan derma penonton.[27][28] Satu lagi sisa peninggalan budaya daripada kumpulan idola ialah penggunaan istilah 'graduasi' untuk merujuk kepada tindakan seseorang VTuber menamatkan kerjaya watak mereka dan/atau meninggalkan agensi dengan cara baik.[27][28][29]
Dalam sesebuah agensi, watak dan aset lain VTuber selalunya merupakan harta intelek agensi berkenaan; jika mereka tidak mendapat hak ke atas IP watak mereka semasa meninggalkan agensi, bekas VTuber korporat tersebut mungkin akan beralih kepada penstriman secara bebas di bawah persona silih (alternate persona), di mana identiti silam mereka lazimnya dilayan sebagai rahsia terbuka.[30][31]
Hak peribadi dan undang-undang
[sunting | sunting sumber]Dengan pertumbuhan pesat dalam industri VTuber, beban mental ke atas para penghibur (dirujuk dalam bahasa Jepun sebagai nakanohito (中の人, "orang di dalam")) serta gangguan dalam talian berterusan yang disasarkan terhadap avatar mereka telah muncul sebagai satu cabaran struktur yang ketara.
Pada September 2020, Anycolor, perbadanan di sebalik agensi Nijisanji, telah menubuhkan sebuah "Pasukan Tindak Balas terhadap Perbuatan Agresif dan Fitnah" untuk menawarkan kaunseling kepada mangsa gangguan dan mengambil langkah undang-undang terhadap pelaku gangguan, khususnya gangguan dalam talian yang membelenggu industri hiburan Jepun. Pengumuman ini dibuat susulan persaraan VTuber Hololive, Mano Aloe, selepas hanya dua minggu beraktiviti disebabkan oleh gangguan dalam talian.[32]
Satu isu perundangan yang unik dalam bidang ini ialah sama ada penghinaan yang ditujukan kepada avatar rekaan membentuk tindakan fitnah secara sah terhadap penghibur sebenar di sebaliknya.[33] Di Jepun, rujukan duluan kehakiman (judicial precedents) telah mula menetapkan bahawa jika penonton menyamakan avatar maya dengan penghiburnya, tindakan melanggar yang ditujukan terhadap avatar berkenaan boleh diiktiraf di sisi undang-undang sebagai pencabulan hak peribadi penghibur tersebut. Rangka kerja undang-undang ini telah membolehkan para penghibur serta agensi mereka untuk memfailkan permohonan pendedahan maklumat identiti pihak pelaku yang berjaya, sepertimana yang ditunjukkan oleh satu keputusan penting yang diputuskan oleh Mahkamah Daerah Tokyo pada tahun 2022.[34][35]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pendahulu
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Februari 2010, pembuat novel visual Nitroplus mula memuat naik siri video ke saluran YouTubenya yang memaparkan versi 3D beranimasi bagi maskotnya iaitu Super Sonico, yang lazimnya akan bercakap dengan penonton tentang dirinya atau tentang pelancaran yang berkaitan dengan syarikat tersebut.[36][Sumber bukan pertama diperlukan] Pada 13 Jun 2011, vlogger Jepun yang berpangkalan di UK, Ami Yamato telah memuat naik video pertamanya, yang menampilkan satu avatar maya beranimasi bercakap kepada kamera.[9][37] Pada tahun 2012, syarikat Jepun Weathernews Inc. telah menonjolkan buat pertama kalinya satu watak bergaya Vocaloid yang dipanggil Weatheroid Type A Airi di dalam SOLiVE24, sebuah penstriman langsung cuaca 24 jam di Nico Nico Douga, di YouTube dan juga tapak web mereka.[38][39][40][Sumber bukan pertama diperlukan] Pada tahun 2014, Airi mendapat program solonya sendiri pada setiap hari Khamis dan mula bersiaran secara langsung menggunakan penangkapan gerakan.[41]
Pada tahun 2014, perisian indie FaceRig telah dilancarkan di Indiegogo sebagai sebuah projek pembiayaan awam (crowdfunding) dan kemudiannya beralih ke Steam, lantas menjadi sut perisian pertama yang membolehkan penggunaan avatar langsung di rumah melalui penangkapan gerakan muka dan membawa kepada avatar beranimasi mula digunakan secara aktif pada tapak web penstriman dan YouTube. Modul perisian Live2D membolehkan avatar 2D dan telah ditambah setahun kemudian pada 2015 melalui kerjasama dengan Live2D, Inc.
Cetusan awal
[sunting | sunting sumber]


Pada lewat tahun 2016, Kizuna AI, iaitu VTuber pertama yang mencapai tahap populariti mendadak,[10][9][42] telah membuat kemunculan sulungnya di YouTube. Beliau merupakan orang pertama yang mencipta dan menggunakan istilah "virtual YouTuber" (penggiat YouTube maya). Dicipta oleh syarikat pengeluaran digital Activ8 dan disuarakan oleh Nozomi Kasuga,[9][43] Kizuna AI berjaya mewujudkan rasa "keintiman sebenar" dengan para peminatnya, memandangkan beliau responsif terhadap soalan-soalan mereka. Dalam masa sepuluh bulan, beliau mencatatkan lebih daripada dua juta orang pelanggan dan kemudiannya menjadi duta budaya bagi Pertubuhan Pelancong Kebangsaan Jepun.[44] Populariti Kizuna AI boleh dikaitkan dengan lebihan penepuan (oversaturation) YouTuber kamera web tradisional serta disebabkan oleh beberapa aspek pada watak berkenaan yang tidak dijangka oleh penonton. Sebagai contoh, di sebalik perwatakannya yang keanak-anakan, Kizuna AI sering menggunakan bahasa kesat dalam videonya apabila beliau mula berasa kecewa semasa bermain sesuatu permainan video.[45]
Trend VTuber
[sunting | sunting sumber]Populariti Kizuna AI yang mendadak telah mencetuskan sebuah trend VTuber.[9][42] Antara bulan Mei hingga pertengahan Julai 2018, jumlah VTuber aktif telah meningkat daripada 2,000 orang kepada 4,000 orang.[8] Kaguya Luna dan Mirai Akari menyusuli Kizuna sebagai VTuber kedua dan ketiga paling popular, masing-masing dengan 750,000 dan 625,000 pelanggan. Nekomiya Hinata dan Siro, dua VTuber awal yang lain, masing-masing meraih 500,000 pengikut dalam tempoh enam bulan.[42]
Pada awal 2018, Anycolor Inc. (ketika itu dikenali sebagai Ichikara) telah menubuhkan agensi VTuber iaitu Nijisanji. Nijisanji membantu dalam mempopularkan penggunaan model Live2D berbanding tumpuan terdahulu terhadap model 3D di samping peralihan ke arah penstriman langsung dan bukannya penggunaan video dan klip yang telah disunting yang menjadi kelaziman (standard) buat para VTuber seperti Kizuna Ai.[46] Cover Corporation, sebuah syarikat yang pada asalnya membangunkan perisian realiti terimbuh dan maya, telah mengubah tumpuannya kepada VTuber dengan menubuhkan Hololive.[28]
Selepas kejayaan awal mereka di Jepun, trend ini mula berkembang ke peringkat antarabangsa melalui daya tarikannya terhadap kumpulan peminat (fandom) anime dan manga.[9] Agensi seperti Hololive dan Nijisanji masing-masing telah mewujudkan pelbagai cawangan di China, Korea Selatan, Indonesia, dan India, di samping cawangan berbahasa Inggeris yang menyasarkan khalayak global. Sementara itu, VTuber bebas mula muncul di banyak negara, bermula dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat. Pada bulan Julai 2018, para VTuber telah mencatatkan sejumlah 12.7 juta langganan secara kolektif, dan lebih 720 juta jumlah tontonan.[47] Menjelang Januari 2020, terdapat lebih daripada 10,000 orang VTuber.[3]
Pandemik COVID-19 telah membawa kepada peningkatan keseluruhan dalam bilangan penonton bagi penstriman langsung permainan video secara amnya pada tahun 2020, yang turut menyumbang kepada pertumbuhan para VTuber menjadi sebuah fenomena arus perdana.[24] Carian di Google untuk kandungan berkaitan VTuber terus meningkat sepanjang tahun 2020, lalu membawa ke arah pelancaran cawangan bahasa Inggeris oleh Hololive pada September 2020.[48] Pada Ogos 2020, tujuh daripada sepuluh peroleh Super Chat terbesar sepanjang zaman di YouTube merupakan VTuber, termasuklah ahli Hololive, Kiryu Coco di tempat pertama, yang mana pada masa itu beliau telah memperoleh kira-kira ¥85 juta (kira-kira US$800,000 pada tahun 2020).[49] Para VTuber telah menyumbang sebanyak 38% daripada 300 buah saluran paling menguntungkan di YouTube, dengan jumlah hasil mencecah US$26,229,911 (yang mana secara kasarnya separuh daripadanya adalah daripada derma penonton).[48] Laporan Budaya dan Trend YouTube 2020 menyerlahkan VTuber sebagai salah satu trend ketara pada tahun tersebut, dengan merekodkan 1.5 bilion tontonan sebulan menjelang bulan Oktober.[50]
Pada masa yang sama, populariti VTuber terus meningkat di Twitch, dengan menampilkan beberapa VTuber penutur berbahasa Inggeris yang terkemuka seperti bekas ahli VShojo, Projekt Melody dan Ironmouse.[51][52] Pokimane juga bereksperimen dengan penstriman berasaskan avatar menggunakan model yang ditempah khas daripada seorang artis VTuber.[24][10]
Pada 30 Mac 2021, Kizuna AI telah dipilih sebagai salah seorang daripada 60 pempengaruh teratas di Asia.[53] Pada Mei 2021, Twitch telah menambahkan teg VTuber untuk penstriman sebagai sebahagian daripada perluasan sistem tegnya dengan lebih meluas.[54] Pada 30 Jun 2021, Gawr Gura—salah seorang ahli cawangan bahasa Inggeris pertama Hololive—telah memintas Kizuna Ai sebagai VTuber yang paling banyak dilanggan di YouTube.[55][56]
Ketua Pegawai Eksekutif Cover, Motoaki "Yagoo" Tanigo, telah dipilih sebagai salah seorang daripada 20 Usahawan Teratas Jepun oleh Forbes Jepun dalam keluarannya pada bulan Januari 2022.[57] Pada bulan yang berikutnya, di tengah-tengah acara subathon (maraton langganan), Ironmouse telah berjaya mengumpul jumlah langganan berbayar aktif yang terbesar dalam kalangan semua peminstrim di platform tersebut pada ketika itu, walaupun beliau masih kekal berada di belakang rekod keseluruhan yang dicipta oleh Ludwig sebelum itu.[58] Menurut data yang disediakan oleh syarikat induk Amazon, kandungan berkaitan VTuber (VTubing) di Twitch telah berkembang sebanyak 467% pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.[14] Pada bulan Disember 2022, VTuber bebas Neuro-sama meraih perhatian di Twitch kerana penggunaannya bagi satu model bahasa besar yang dipautkan dengan satu sistem sintesis pertuturan untuk berinteraksi dengan khalayaknya.[59]
Pada bulan Februari 2024, Anycolor telah berdepan dengan pelbagai kritikan berkaitan layanan mereka terhadap bakatnya, berikutan penamatan kontraknya dengan salah seorang peminstrim Nijisanji EN, Selen Tatsuki. Syarikat tersebut memetik alasan "pelanggaran kontrak yang berulang", "kenyataan yang mengelirukan di platform sosial", dan tindakan yang menyebabkan kelewatan pembayaran komisen kepada artis dari luar. Selepas dijenamakan semula sebagai sebuah VTuber bebas bernama Dokibird, beliau menyatakan bahawa beliau telah dimasukkan ke hospital pada Disember 2023 akibat daripada "buli dari dalaman", dan telah berada dalam satu "persekitaran yang toksik serta daif untuk tempoh beberapa bulan yang menyebabkan saya mencapai tahap kerosakan saya". Dakwaan berkaitan pembayaran untuk wang komisen juga turut disangkal oleh para artis yang pernah menghasilkan kandungan untuk Tatsuki—yang telah pun membayar artis berkenaan secara peribadi.[30][31][29] Kritikan berhubung pengendalian serta respons Nijisanji terhadap kontroversi ini telah mengakibatkan kejatuhan pada harga saham Anycolor, malah pelbagai peminstrim Nijisanji turut mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tempoh rehat (hiatus) daripada melakukan aktiviti di media sosial.[60][29]
Pada bulan September 2024, Ironmouse mencecah angka lebih daripada 320,000 orang pelanggan berbayar aktif di Twitch, lantas mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Kai Cenat.[61] Pada 1 Januari 2025, Neuro-sama memecahkan rekod hype train sepanjang zaman di Twitch, dengan mencecah tahap 111 lalu melepasi pemegang rekod sebelum ini, iaitu Pirate Software, yang mencapai tahap 106.[62] Pada bulan Disember 2025, Neuro-sama melepasi rekod hype train sepanjang zamannya sebelum itu dengan mencapai tahap 123.[63] Pada Januari 2026, Neuro-sama melepasi rekod hype train sepanjang zamannya sekali lagi, dengan mencapai tahap 126,[64] dan mengumpul lebih 328,000 pelanggan berbayar aktif di Twitch, menjadikannya rekod ketiga tertinggi sepanjang zaman.[63]
Pada Mei 2025, YouTube menerbitkan sebuah Laporan Budaya dan Trend mengenai para pencipta maya. Mengikut laporan ini, siri video yang berkaitan VTuber telah mengumpul purata tahunan melebihi 50 bilion jumlah tontonan sejak 2022, dan 16 daripada 20 saluran yang mempunyai Hasil Super Chat terbesar sepanjang masa merupakan saluran VTuber. Melalui satu tinjauan yang dijalankan oleh Google, sebanyak 57% individu berusia dalam lingkungan 14 hingga 44 tahun pernah menonton sekurang-kurangnya sebuah VTuber atau pempengaruh maya pada tahun lalu.[65][Sumber bukan pertama diperlukan]
Pada 21 Julai 2025, ahli pengasas VShojo, Ironmouse mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan agensi tersebut berkuat kuasa serta-merta tatkala terpalit dengan isu undang-undang, dengan mendakwa syarikat tersebut menahan sebahagian daripada hasil Twitch beliau, termasuklah sekitar $500,000 hasil yang bertujuan untuk didermakan kepada Yayasan Kekurangan Imun (Immune Deficiency Foundation), selama lebih daripada setahun; susulan itu sebuah kempen amal berkaitan yang dianjurkan oleh Ironmouse telah pantas berjaya mengumpulkan lebih daripada $1,000,000, melipatgandakan nilai jumlah asal hasil yang ditahan tersebut.[66][67] Pada 24 Julai, Ketua Pegawai Eksekutif VShojo Justin "theGunrun" Ignacio telah mengumumkan bahawa agensi itu telah kehabisan dana dan bakal menamatkan operasinya.[68][69]
Kegunaan dalam pemasaran
[sunting | sunting sumber]
Didorong oleh populariti mereka, pelbagai syarikat dan organisasi mula menggunakan khidmat penggiat YouTube maya sebagai satu kaedah pengiklanan atau untuk menarik perhatian orang ramai terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Apabila SoftBank mengumumkan pelancaran iPhone XS dan XS Max pada 2018, Kizuna AI telah membuat kemunculan di acara itu lalu mempromosikan produk tersebut di saluran beliau.[70]
Terdapat organisasi dan syarikat tertentu yang pernah menggunakan watak VTuber mereka yang tersendiri sebagai maskot dalam pemasaran.[71][72] Ini termasuklah pemerintah tempatan Jepun seperti Ibaraki dan Okinawa (yang masing-masing dipromosikan oleh watak Ibaraki Hiyori dan Ui Nema),[72][73] perkhidmatan penstriman Netflix (yang telah membangunkan watak N-ko untuk muncul dalam siri video yang mempromosikan kandungan animenya),[74] Sega (yang telah merancang untuk membawakan penstriman di dalam watak (in-character streams) dengan Sonic the Hedgehog dan pelakon suara bahasa Jepunnya, Jun'ichi Kanemaru),[75] dan juga perkhidmatan penstriman anime Crunchyroll (yang melancarkan saluran YouTube untuk maskotnya iaitu Crunchyroll-Hime pada bulan Oktober 2021).[76] Pasukan besbol Fukuoka SoftBank Hawks mempunyai dua maskot VTuber, yang bernama Takamine Umi (juga dikenali sebagai Hawk Kannon Sea) dan Aritaka Hina, yang kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 2020. Mereka mempunyai saluran YouTube berserta akaun Twitter masing-masing. Ada kalanya, mereka membuat penampilan khas di papan video Fukuoka PayPay Dome.[77]
Pada bulan Ogos 2018, Wright Flyer Live Entertainment telah melancarkan aplikasi mudah alih yang membolehkan VTuber menstrim video secara langsung sambil memonetiskan video berkenaan lalu berhubung dengan penonton mereka. Dalam sebuah sidang akhbar yang bertempat di Tokyo, ketua di Wright Flyer Live Entertainment telah menyatakan bahawa, "hanya dengan meningkatkan jumlah [VTuber] bukanlah begitu berkesan. Kami mahu mereka terus meneruskan aktiviti mereka. [Untuk berbuat demikian], usaha meraih sokongan peminat dan pemonetisan adalah sangat penting. Oleh itu, kami ingin menyediakan sebuah platform untuk menyokong usaha itu".[78] Kenyataan ini menyusuli langkah syarikat induk Wright Flyer Live Entertainment iaitu Gree, Inc. yang telah membuat pelaburan bernilai ¥10 bilion ($89.35 juta) pada barisan VTuber mereka, di samping menyasarkan jualan ¥10 bilion menjelang tahun 2020.[8]
Pada 24 Jun 2019, seorang VTuber bernama Kaguya Luna, melalui sebuah kolaborasi bersama Nissin Foods bagi mengiklankan mi Yakisoba UFO syarikat itu, telah mengadakan penstriman langsung menggunakan telefon pintar yang diikat pada sebiji belon helium. Menjelang penghujung sesi penstriman tersebut, telefon pintar itu mencecah ketinggian altitud sehingga 30 kilometer (19 bt) di atas paras laut dan telah dicatatkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai penstriman langsung yang direkodkan pada altitud tertinggi, memecahkan rekod sebelumnya yang sekadar mencatatkan ketinggian 18.42 kilometer (11.45 bt).[79]
Good Smile Company mula menghasilkan figura nendoroid bagi Kizuna Ai pada tahun 2018, dan seterusnya memberikan dorongan penuh ke atas pelbagai koleksi patung buatan PVC untuk VTuber Jepun mahupun antarabangsa sejak 2020-an.[80][81][82]
Pada tahun 2020, para VTuber dari Jepun seperti Ayapan dan Jajami telah dijemput oleh pihak kedutaan Brazil di Tokyo pada bulan November bagi membentangkan kandungan mereka yang dihasilkan khas untuk masyarakat Brazil selain menerangkan cara VTuber beroperasi, di mana mereka telah mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Eduardo Paes Saboia, sekaligus menjadikan ia titik pertemuan pertama antara penggiat VTuber dengan pihak berkuasa Brazil.[83][48]
Pada tahun 2021, ahli Hololive bahasa Inggeris Gawr Gura telah membuat penampilan kameo di dalam sebuah iklan bertemakan anime oleh rangkaian restoran makanan segera Amerika iaitu Taco Bell (yang disiarkan bersempena dengan penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo).[84]

Pada bulan Jun 2022, salah seorang ahli Hololive iaitu Inugami Korone telah menjadi duta jenama rasmi untuk francais Sonic the Hedgehog di Jepun. Beliau kemudiannya bakal muncul di dalam filem Sonic the Hedgehog 2 sebagai pelakon suara untuk salah satu watak dalam dialih suara bahasa Jepun, manakala barangan kosmetik bertemakan Korone telah dikeluarkan untuk judul permainan Sonic Frontiers.[85][86] Beliau turut membuat penampilan kameo dalam sebuah episod Yo-kai Watch yang ditayangkan pada Mac 2023.[87]
Pada bulan November 2023, ahli kumpulan Arashi Kazunari Ninomiya, yang sering bekerjasama dengan judul Puzzle & Dragons sejak 2014 (bersama Arashi, dan dari 2021 sebagai dirinya sendiri), akhirnya telah muncul sebagai VTuber bagi kempen pengiklanan komersial yang terbaharu.[88][89][90]
Ironmouse telah berkhidmat sebagai duta untuk Yayasan Kekurangan Imun (Immune Deficiency Foundation), dengan menyebarkan kesedaran tentang penyakit kekurangan imun pembolehubah lazim (CVID) yang dihidapinya sendiri selain mengadakan pelbagai penganjuran maraton amal untuk menyokong organisasi tersebut.[91][92]
Pada bulan Julai 2024, pasukan bola lisut Los Angeles Dodgers telah mengadakan satu kerjasama dengan Hololive pada malam tema perlawanan mereka, yang turut menampilkan kemunculan oleh Usada Pekora, Gawr Gura, dan Hoshimachi Suisei, serta jualan barangan edisi terhad. Kerjasama ini merupakan yang pertama buat pihak Hololive bersama sebuah pasukan sukan profesional di Amerika Syarikat, yang juga merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dianjurkan oleh The Dodgers bersama dengan pelbagai jenama Jepun pada musim itu bagi mengukuhkan pengambilan bintang utamanya, Shohei Ohtani.[93] Pada bulan Oktober 2024, peminstrim Sykkuno telah mengambil bahagian di dalam satu siri acara kempen maya oleh calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 iaitu Kamala Harris bersama senator negeri Vermont, Bernie Sanders (yang mana di dalam salah satu sedutan klip yang tular, ditanya oleh Sykkuno jika beliau tahu apa itu sebuah VTuber).[94] Pada 31 Oktober 2024, salah seorang ahli Hololive Indonesia iaitu Kobo Kanaeru telah bekerjasama dengan Honda Indonesia untuk melancarkan kelab motosikal maya pertama di Indonesia yang dinamakan BeAT Aeru.[95][96]
Pada Mac 2025, Universiti Simon Fraser melancarkan maskot VTuber rasminya yang bernama Mo dan Faye Ayato, lantas menjadikannya selaku watak VTuber universiti rasmi yang pertama di dunia.[97] Duta-duta maya tersebut akan menstrim untuk menyemak hasil karya pelajar dari Pusat Pengajian Seni Interaktif dan Teknologi di universiti tersebut.[98][99]
Penampilan dalam media
[sunting | sunting sumber]Novel ringan tahun 2020, ''VTuber'' Legend: How I Went Viral After Forgetting to Turn Off My Stream berkisarkan tentang ahli sebuah agensi VTuber rekaan yang mengalami lonjakan populariti secara mendadak selepas satu sesi penstriman yang dilakukannya secara tidak sengaja ketika sedang mabuk menjadi tular. Kisah itu telah diadaptasi menjadi siri manga pada 2023, dan kemudiannya menjadi anime pada tahun 2024.[100][101][102]
Salah sebuah episod pada tahun 2026 bagi musim ke-27 drama jenayah Amerika, Law & Order: Special Victims Unit telah menampilkan satu jalan cerita di mana kumpulan siasatan Unit Mangsa Khas daripada pihak polis NYPD yang menyiasat kes serangan seksual ke atas personaliti internet April Deieso (lakonan Sarah Desjardins), yang didedahkannya kepada orang ramai ketika sedang menstrim sebagai seorang VTuber bernama Jaded_Ember; episod tersebut ternyata telah mendapat pelbagai pujian daripada para penonton kerana ketepatannya dalam menggambarkan para penggiat VTuber, termasuklah dari aspek penglibatan dua orang artis komuniti yang ditugaskan untuk mereka bentuk watak tersebut serta model Live2D bagi Jaded_Ember.[103]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Aniform
- Avatar (pengkomputeran)
- Babiniku
- Penciptaan kandungan
- Pempengaruh
- Selebriti Internet
- Idola Jepun
- Budaya popular Jepun
- Penstriman dalam talian
- Replikant
- Permainan video di Jepun
- Pelakon maya
- Watak maya (untuk konsep personaliti maya yang lain)
- Idola maya
- Pempengaruh maya
- VRChat
- Vtuber Awards
- Waifu – Watak fiksyen yang menyebabkan seseorang berasa tertarik kepadanya – Watak fiksyen yang menyebabkan seseorang berasa tertarik kepadanya
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Japan's virtual YouTubers have millions of real subscribers — and make millions of real dollars". Rest of World. 26 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ↑ "Virtual YouTubers behind famous avatars in Japan make millions from superfans". South China Morning Post. 9 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023.
- 1 2 "ユーザーローカル、バーチャルYouTuberの1万人突破を発表 9000人から4ヵ月で1000人増". PANORA. 15 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
- 1 2 3 Dazon, Laura (16 Mac 2020). "Virtual Youtubers – What's the appeal?". Quench. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ↑ Bredikhina, Liudmila (1 Mac 2021). "Virtual Theatrics and the Ideal VTuber Bishōjo". Replaying Japan. 3: 21. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- 1 2 3 Hernandez, Patricia (18 Februari 2021). "The otter who became an accidental VTuber star". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2021. Dicapai pada 19 Mac 2021.
The internet has seen a torrent of different types of 'VTubers' over the last year, and while some models are fusions of humans and creatures, few have broken through as straight-up animals.
- 1 2 Chen, James (30 November 2020). "The Vtuber takeover of 2020". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- 1 2 3 Nagata, Kazuaki (17 Julai 2018). "Japan's latest big thing: 'virtual YouTubers'". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- 1 2 3 4 5 6 Lufkin, Bryan (2 Oktober 2018). "The virtual vloggers taking over YouTube". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2019. Dicapai pada 14 Februari 2018.
- 1 2 3 Faber, Tom (20 April 2021). "VTubers and the Women Behind the Masks". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ↑ Mancuso, Devin (15 Disember 2020). "The Rise of VTubers as Social Media Influencers, Explained". www.virtualhumans.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ↑ Turner, Anna Birna (24 Jun 2022). Streaming as a Virtual Being: The Complex Relationship Between VTubers and Identity. m/s. 35. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2023. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ↑ D'Anastasio, Cecilia. "He's a WWE Star and a Vtuber. Those Worlds Aren't So Different". Wired. ISSN 1059-1028. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2021. Dicapai pada 27 September 2021.
- 1 2 "Twitch's New Star Is Anime Avatar Ironmouse". Bloomberg. 6 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
- 1 2 Martinello, Eva (29 Januari 2021). "The best VTuber software". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
- 1 2 Çakır, Gökhan (29 Januari 2021). "How to become a VTuber". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
- 1 2 Weatherbed, Jess (24 Disember 2021). "How to be a Vtuber". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2021. Dicapai pada 20 April 2022.
- ↑ Truly, Alan (27 Januari 2024). "Sony Mocopi body tracker review with the new app and improved accuracy". MIXED Reality News (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 10 Oktober 2026.
- ↑ "Anyone can be a VTuber with Sony's new $360 portable mocap device". GamesRadar+ (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2022. Dicapai pada 10 Oktober 2026.
- ↑ Weatherbed, Jess (7 Ogos 2023). "Movella brings professional motion tracking to virtual streamers". The Verge (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 10 Oktober 2026.
- ↑ "How VTube Studio's NVIDIA integration is making VTubing more accessible". Dexerto. 27 September 2022. Dicapai pada 26 September 2024.
- ↑ "What is VRM?". VRM Consortium. VRM Consortium, Inc. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ↑ Valens, Ana (28 Mei 2025). "New to VTubing? Don't Discount VRoid Studio. It's Hiding Its Power Level". VICE (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2 Oktober 2026.
- 1 2 3 Hernandez, Patricia (14 September 2020). "Why Pokimane's Vtubing Twitch stream has everyone talking". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2022. Dicapai pada 1 September 2021.
- ↑ "The Growing VTuber Community - The Gate's Wide Open". Anime Corner. 12 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2022. Dicapai pada 14 Mei 2022.
- ↑ "hololive English Opens 1st Auditions for Male Virtual YouTubers". Anime News Network. 25 September 2024. Dicapai pada 25 September 2024.
- 1 2 Marinescu, Jake Dean, Delia (10 Jun 2021). "The Virtual YouTube World Is in Uproar. What's the Virtual YouTube World?". Slate Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
{{cite web}}: CS1 maint: multiple names: authors list (pautan) - 1 2 3 "The Vtuber Industry: Corporatization, Labor, and Kawaii". Vice. 22 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2022. Dicapai pada 8 November 2021.
- 1 2 3 Hashimoto, Kazuma (8 Februari 2024). "VTuber Selen Tatsuki's Nijisanji termination creates uproar and backlash". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2024. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- 1 2 St. Michel, Patrick (16 Februari 2024). "High-profile shakeups prompt scrutiny of virtual YouTuber industry". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2024. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- 1 2 Lada, Jenni (8 Februari 2024). "Dokibird Says She Made Zero Profit in 2023 as Selen Tatsuki". Siliconera. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2024. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- ↑ Morrissy, Kim (4 September 2020). "Bushiroad and NIJISANJI Are Taking Online Harassment Seriously". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2020. Dicapai pada 8 September 2020.
- ↑ "VTuberは人間か? キャラクターか? 止まらない誹謗中傷との戦い方 ポイントは「中の人」の存在". ITmedia NEWS (dalam bahasa Jepun). 1 November 2023. Dicapai pada 30 Julai 2026.
- ↑ Harata, Shinichiro (2023). アバターを用いて活動する者に対する人格権侵害の成否―VTuber 誹謗中傷裁判レビュー [Infringement of Personal Rights of the Person Using the Avatar: Review of VTubers’ Slander Cases]. Journal of Law and Information System. 14: 68–79. doi:10.32235/alis.14.0_68 – melalui J-STAGE.
- ↑ "Vチューバーのキャラ中傷でも「人格権を侵害」…投稿者の情報開示命じる判決". Yomiuri Shimbun (dalam bahasa Jepun). 1 September 2022. Dicapai pada 30 Julai 2026.
- ↑ "すーぱーそに子 ワンダーフェスティバル2010[冬]". Nitroplus. 12 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
- ↑ Ami Yamato (13 Jun 2011). Trying this out... YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2020. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ↑ "ウェザーロイド Airi". Comptique Extra issue of December: Vtique Vol.02 (コンプティーク 12月号増刊 Vティーク Vol.2). Kadokawa. 2018. pp.76–79.
- ↑ "SOLiVE24 (SOLiVE ムーン) 2012-04-13 21:31:23〜". YouTube. 13 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2022. Dicapai pada 1 November 2020.
- ↑ "SOLiVE24 (SOLiVEナイト ) 2014-04-10 23:32:32〜". YouTube. 10 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
- ↑ たまごまご (3 Jun 2018). "最古の新人VTuber「ウェザーロイドAiri(ポン子)」が模索した、視聴者との双方向性". MoguLive (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2025. Dicapai pada 8 Mei 2026.
- 1 2 3 Otmazgin & Ben-Ari 2020, m/s. 77.
- ↑ Loveridge, Lynzee (25 April 2020). "Nozomi Kasuga Confirms She is Kizuna AI Voice Actress". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2020. Dicapai pada 25 Mei 2020.
- ↑ "Come to Japan with Kizuna AI". Japan National Tourism Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ↑ "How Fan Translators Made Virtual YouTubers a Global Phenomenon". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ↑ 公開, 日時 (5 Jun 2020). "尖ったメンバーばかりのVTuberグループ"にじさんじ"の魅力を紹介". Dengeki Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2021. Dicapai pada 28 Januari 2021.
- ↑ "バーチャルYouTuber、4,000人を突破 動画再生回数は合計7億2千万回に". Mogura VR. 10 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
- 1 2 3 Regis, Rafael (25 Ogos 2021). "Análise do impacto econômico, da expansão de popularidade e das novas tecnologias do fenômeno VTuber" [Analysis of the economic impact, expansion of popularity and new technologies of the VTuber phenomenon]. VIII Encontro de Engenharia No Entretenimento (dalam bahasa Portuguese). 8. Rio de Janeiro: Universidade Federal do Estado do Rio de Janeiro (UNIRIO).
{{cite journal}}: CS1 maint: unrecognized language (pautan) - ↑ Morissy, Kim (23 Ogos 2020). "Playboard: World's Biggest Superchat Earner is Virtual YouTuber Kiryu Coco". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 1 September 2020.
- ↑ "YouTube Culture & Trends – Data and Cultural Analysis for You". YouTube Culture & Trends. 15 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2020. Dicapai pada 16 Disember 2020.
- ↑ Desatoff, Sam (23 September 2020). "Report: Twitch viewership reached 1.47 billion hours in August (StreamElements, Arsenal.gg)". GameDaily.biz. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2020. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
- ↑ White, DeForest (29 Oktober 2020). "Column: Bonus Stage: The Sudden Rise of Vtubers". The Eastern Progress. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
- ↑ "SIXTY60 〜BEST OF ASIA 2021〜 - 60MAG(SIXTYMAGAZINE)". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2021. Dicapai pada 30 Mac 2021.
- ↑ Marshall, Cass (27 Mei 2021). "Twitch introduces more than 350 new streamer tags, including Vtuber, transgender, queer". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
- ↑ Harding, Daryl. "Gawr Gura Swims Past Kizuna AI to Be the Most Subscribed VTuber Ever". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
- ↑ "Gawr Gura breaks YouTube milestone to become most popular VTuber ever". Dexerto. 4 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2022. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ↑ 中沢弘子 (25 November 2021). "世界中にファン5000万人。VTuber「ホロライブ」が急成長する理由". Forbes JAPAN(フォーブス ジャパン) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ↑ Miceli, Max (21 Februari 2022). "VTuber Ironmouse surpasses 95,000 Twitch subscribers, takes the throne for active subs on platform". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2022. Dicapai pada 22 Februari 2022.
- ↑ D'Anastasio, Cecilia (17 Jun 2023). "Meet Neuro-sama, the AI Twitch Streamer Who Plays Minecraft, Sings Karaoke, Loves Art". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 4 Ogos 2024.
- ↑ Liu, Stephanie (12 Februari 2024). "Elira, Vox, and Ike of Nijisanji EN Make Statement About Selen". Siliconera. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
- ↑ "Vtuber Ironmouse breaks Twitch subscriber record, surpassing 320,000 paying viewers". PC Gamer. 1 Oktober 2024.
- ↑ "An AI VTuber just beat an impressive Twitch world record with the help of Riot's competitive shooter Valorant". PCGamesN. 2 Januari 2025. Dicapai pada 23 Januari 2025.
- 1 2 "AITuber「Neuro-sama」がTwitchの投げ銭イベントで約9000万円を集める" [AITuber "Neuro-sama" Raises Approximately 90 Million Yen in Twitch Donation Event]. KAI-YOU (dalam bahasa Jepun). 24 Disember 2025. Dicapai pada 17 Mac 2026.
- ↑ Faulkner, Cheri (4 Januari 2026). "AI VTuber Neuro-Sama Has Only Gone And Done It Again, Smashing Another World Record". GameSpot (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 4 Januari 2026.
- ↑ "YouTube Culture & Trends Report: Virtual Creators". 12 Mei 2025 – melalui YouTube.
- ↑ Lada, Jenni (23 Julai 2025). "Ironmouse Raised $1 Million for Immune Deficiency Foundation Charity". Siliconera. Dicapai pada 24 Julai 2025.
- ↑ Lada, Jenni (21 Julai 2025). "Vtuber Ironmouse Left VShojo, Cited Missing Charity Funds". Siliconera. Dicapai pada 22 Julai 2025.
- ↑ @VShojo (24 Julai 2025). "Image by VShojo" (Twit) – melalui Twitter.
- ↑ Cale Michael (24 Julai 2025). "VShojo Officially Shuts Down After Mass Talent Exit, Ironmouse Controversy". Sports Illustrated. Dicapai pada 24 Julai 2025.
- ↑ "【SoftBank】新型iPhone発売セレモニーにお邪魔しました!!【XS / MAX】". YouTube. A.I. Channel. 29 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ↑ Nagumo, Jada (19 Januari 2020). "Japan's virtual celebrities rise to threaten the real ones". Nikkei Asia. Nikkei. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2021. Dicapai pada 23 Jun 2021.
- 1 2 "Ibaraki's virtual YouTuber first in Japan used to promote a prefecture". The Japan Times. 13 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ↑ 県警の広報官に沖縄生まれのVTuber・根間ういさんが任命 [Okinawa-born VTuber Ui Nema appointed as prefectural police public relations officer]. Yahoo News Japan (dalam bahasa Jepun). 29 Januari 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2025. Dicapai pada 29 Januari 2025.
- ↑ Kastrenakes, Jacob (28 April 2021). "Netflix's official Vtuber is part sheep and promotes anime". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 10 September 2021.
- ↑ Diaz, Ana (24 Jun 2021). "Sonic the Hedgehog is a Vtuber now". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2021. Dicapai pada 4 November 2021.
- ↑ "Crunchyroll-Hime launches YouTube channel". advanced-television.com. 25 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2021. Dicapai pada 4 November 2021.
- ↑ HAWKS, Fukuoka SoftBank. "福岡ソフトバンクホークスVTuber 鷹観音海、有鷹ひな紹介サイト". ソフトバンクホークス オフィシャルサイト (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2022. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ↑ Nagata, Kazuaki. "Gree-owned firm launches app aimed at boosting Japan's booming world of 'virtual YouTubers'". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ↑ Morrissy, Kim. "Virtual YouTuber Kaguya Luna Breaks Guinness World Record By Holding Livestream at Highest Altitude". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mei 2020.
- ↑ "Nyatasha Nyanners is the First VShojo Nendoroid". Siliconera. 12 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2022. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ↑ "Gawr Gura and Mori Calliope Among Hololive Vtuber Figures Announced". Siliconera. 3 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ↑ "Nendoroid Kizuna AI". www.goodsmile.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2022. Dicapai pada 11 November 2022.
- ↑ Eriki (11 November 2020). "Embaixador do Brasil no Japão recebe as Vtubers Ayapan e Jajami". Suco de Mangá (dalam bahasa Portugis Brazil). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2021. Dicapai pada 4 Jun 2022.
- ↑ Cahn, Lauren (27 Julai 2021). "The Taco Bell Anime Commercial Cameo Only YouTubers Will Notice". Mashed.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2022. Dicapai pada 27 September 2021.
- ↑ Harding, Daryl. "VTuber Doggo Inugami Korone Goes Fast As Sonic the Hedgehog's Newest Ambassador". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2022. Dicapai pada 21 Disember 2022.
- ↑ "Japanese Sonic Frontiers players receive special V-Tuber DLC costumes". Eurogamer.net. 25 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2022. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
- ↑ "Inugami Korone Will Voice a Character in Yo-Kai Watch Anime". Siliconera. 28 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2023. Dicapai pada 28 November 2023.
- ↑ "二宮和也、"VTuber"デビュー 本人1秒も登場せず「中の人」に専念". Model Press (dalam bahasa Japanese). 21 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2023. Dicapai pada 22 November 2023.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (pautan) - ↑ "二宮和也、『パズドラ』新CMでVTuberデビュー 1秒も出演せず"中の人"に徹する". Livedoor (dalam bahasa Japanese). 21 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2023. Dicapai pada 22 November 2023.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (pautan) - ↑ "『パズドラ』新TV-CMに"嵐"の5名が出演! 6月10日からTV-CM全国放映&メイキング動画公開". Dengeki online (dalam bahasa Japanese). 9 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2023. Dicapai pada 22 November 2023.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (pautan) - ↑ Lada, Jenni (12 Jun 2024). "New Ironmouse Song Appears in Immune Deficiency Foundation Documentary". Siliconera.
- ↑ Cruz, Christopher (10 Oktober 2024). "Ironmouse Is Twitch's Top Streamer, But She Doesn't Know Why You're Watching". RollingStones.
- ↑ "Column: How Gawr Gura and VTubers could help Dodgers further tap into Japanese fan base". Los Angeles Times. 4 Julai 2024. Dicapai pada 8 Julai 2024.
- ↑ Tyler Colp (23 Oktober 2024). "An anime catboy just taught Bernie Sanders what vtubers are during a Twitch stream". PC Gamer. Dicapai pada 14 April 2025.
- ↑ Fathan Radityasani, Muhammad; Ferdian, Azwar (1 November 2024). "Kolaborasi Honda BeAT dengan Kobo Kanaeru, Resmikan Klub Motor Virtual". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 14 April 2025.
- ↑ Rahmadi, Dedi (31 Oktober 2024). "Kolaborasi Honda BeAT dan Kobo Kanaeru Bikin Klub Motor Virtual". merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 14 April 2025.
- ↑ "Meet Mo and Faye Ayato: SIAT's Virtual Ambassadors Unveiled in Stunning Animated Trailer". www.sfu.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 26 Februari 2025.
- ↑ "Virtual Ambassadors". www.sfu.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2025. Dicapai pada 26 Februari 2025.
- ↑ Nadalini, David (28 September 2024). "SFU holding auditions for first virtual ambassadors". CityNews Vancouver. Dicapai pada 14 April 2025.
- ↑ Cayanan, Joanna (19 Januari 2023). "VTuber Legend: How I Went Viral after Forgetting to Turn Off My Stream Light Novels Get TV Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2024. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ↑ Pineda, Rafael Antonio (27 Julai 2023). "VTuber Legend: How I Went Viral after Forgetting to Turn Off My Stream Light Novels Get Manga". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2024. Dicapai pada 27 Julai 2023.
- ↑ 「VTuberなんだが配信切り忘れたら伝説になってた」TVアニメ化、佐倉綾音CVの動画も. Natalie (dalam bahasa Jepun). 19 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ↑ "Law & Order SVU surprises fans with original VTuber character". Dexerto (dalam bahasa Inggeris). 5 April 2026. Dicapai pada 18 April 2026.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Otmazgin, Nissim; Ben-Ari, Eyal, penyunting (23 April 2020). Creative Context: Creativity and Innovation in the Media and Cultural Industries. Springer Singapore. ISBN 9789811530562. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2023. Dicapai pada 20 Mac 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]-
Kategori berkaitan Virtual YouTubers di Wikimedia Commons
- Semua halaman yang memerlukan pengesahan fakta
- Rencana Wikipedia yang memerlukan pengesahan fakta dari Oktober 2022
- Rencana Wikipedia yang memerlukan pengesahan fakta dari June 2025
- Sumber CS1 bahasa Portugis Brazil (pt-br)
- Templat gerbang dengan gerbang berpautan merah
- VTuber
- Kegilaan dan trend 2010-an
- Budaya internet 2010-an
- Neologisme 2010-an
- Kegilaan dan trend 2020-an
- Budaya internet 2020-an
- Realiti terimbuh
- Trend kebudayaan
- Budaya Facebook
- Budaya Twitch (perkhidmatan)
- Budaya X (rangkaian sosial)
- Budaya YouTube
- Budaya nerda
- Realiti campuran
- Otaku
- Budaya permainan video
- Avatar maya
- Realiti maya
- Wasei-eigo