Pergi ke kandungan

Väinameri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Väinameri di Estonia
Ais di Laut Väinameri semasa matahari terbit

Väinameri (Estonia bermaksud Laut Selat; Jerman: Moonsund; bahasa Inggeris: Sound Sea) atau Laut Väinameri ialah satu selat dan teluk kecil di Laut Baltik yang terletak di antara Kepulauan Estonia Barat dan tanah besar Estonia, di bahagian barat negara tersebut. Ia merupakan bahagian utara kepada Teluk Riga dan memanjang ke arah timur Laut Baltik, dengan keluasan kira-kira 2,200 kilometer persegi.[1]

Kawasan ini juga menempatkan Kawasan Pemuliharaan Väinameri yang bertujuan melindungi ekosistem marin tempatan. Antara laluan penting di kawasan ini ialah Terusan Kumari, iaitu laluan perkapalan sepanjang 35 km yang mempunyai kedalaman minimum lima meter, serta Terusan Rukki yang menghubungkan Hiiumaa dengan pelabuhan Rohuküla di tanah besar.

Semasa Perang Dunia Pertama, kawasan ini menjadi lokasi pertempuran laut utama antara Jerman dan Rusia.

  1. "The Väinameri Sea". Estonica. Eesti Instituut. Dicapai pada 16 June 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]