Pergi ke kandungan

Srixon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Srixon
Jenis produkPeralatan sukan
PemilikSumitomo Rubber Industries
Negara asalJepun
PasaranGolf, tenis
Laman sesawangsrixon.com
Bola golf oleh Srixon.

Srixon ialah jenama peralatan sukan yang dimiliki oleh SRI Sports Limited, anak syarikat Sumitomo Rubber Industries Ltd., juga pemilik Dunlop Sport. Srixon memberi tumpuan kepada golf, dengan bolanya memegang bilangan paten terbesar di seluruh dunia, dan sebelum ini telah membekalkan pengeluar terkemuka lain seperti Dunlop Slazenger.[1] Mereka juga menghasilkan pelbagai jenis klub golf dan aksesori.

Pada Oktober 2007, SRI Sports telah mengambil alih Cleveland Golf. Pada 27 Jun 2008, SRI mengumumkan bahawa operasi kedua-dua syarikat akan disatukan.[2]

Penjanjian penajaan

[sunting | sunting sumber]

Srixon telah mengekalkan perjanjian sokongan dengan ramai pemain golf profesional dalam jelajah terkemuka,[3][4] termasuk para juara utama seperti Keegan Bradley, Ernie Els, Hannah Green, Brooks Koepka,[5] Minjee Lee, Shane Lowry, Hideki Matsuyama, Graeme McDowell, J. J. Spaun, dan Inbee Park. Mereka juga menaja penyiar sukan Pittsburgh, Bob Pompeani, dari KDKA-TV.[perlu rujukan]

  1. "Make Yourself Familiar With This Name: Srixon". WISN. February 26, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2011. Dicapai pada 2008-10-13.
  2. "Cleveland, Srixon merge operations". Golfweek. 30 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2008. Dicapai pada 2008-09-17.
  3. "Team Srixon". Srixon. Dicapai pada 23 November 2021.
  4. Tremlett, Sam (21 November 2019). "6 Things You Didn't Know About Srixon". Golf Monthly. Dicapai pada 23 November 2021.
  5. Heath, Elliott (22 November 2021). "Brooks Koepka Signs With Srixon". Golf Monthly. Dicapai pada 23 November 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]