Pergi ke kandungan

SpiceJet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SpiceJet
IATA ICAO Pengenal
SG SEJ SPICEJET
Ditubuhkan
  • 1994; 32 tahun yang lalu (1994)
    (Sebagai ModiLuft)
  • 2004; 22 tahun yang lalu (2004)
    (Sebagai SpiceJet)
Bermula operasi24 Mei 2005; 21 tahun yang lalu (2005-05-24)
Pangkalan
SubsidiariSpiceXpress
Pesawat54
Destinasi35[1]
Diniagakan sebagaiBSE: 500285
NSE: SPICEJET
ISININE285B01017
Ibu pejabatGurgaon, Haryana, India[2]
Orang penting
Pendapatan 8,524 crore (AS$1.3 bilion) (2024)[4]
Pendapatan operasiTemplat:Decreasepositive −423 crore (AS$−63 juta) (2024)[4]
Pendapatan bersihTemplat:Decreasepositive −423 crore (AS$−63 juta) (2024)[4]
Jumlah aset 6,472 crore (AS$960 juta) (2024)[4]
Jumlah ekuiti −5,218 crore (AS$−780 juta) (2024)[4]
Pekerja6,484 (2025)
Laman webwww.spicejet.com

SpiceJet adalah syarikat penerbangan tambang rendah India yang beribu pejabat di Gurgaon, Haryana. Setakat Mei 2025 , ia merupakan syarikat penerbangan keempat terbesar di India mengikut bilangan penumpang domestik, dengan bahagian pasaran sebanyak 4%. [5]

Syarikat ini pada asalnya ditubuhkan sebagai penyedia perkhidmatan teksi udara ModiLuft pada tahun 1994. Pada tahun 2004, syarikat itu telah diambil alih oleh usahawan India Ajay Singh dan dinamakan semula sebagai SpiceJet. Syarikat penerbangan itu mengendalikan penerbangan sulungnya pada Mei 2005. Pada tahun 2010, tokoh media India , Kalanidhi Maran, memperoleh kepentingan kawalan dalam SpiceJet pada Jun 2010 melalui Sun Group. Pegangan tersebut kemudianya dijual kembali kepada Ajay Singh pada Januari 2015. Kini, syarikat penerbangan itu mengendalikan armada pesawat Boeing 737 dan Bombardier Dash 8 .

1984–1996: Era ModiLuft

[sunting | sunting sumber]

Asal usul SpiceJet boleh dikesan kembali ke Mac 1984 apabila syarikat itu ditubuhkan oleh industrialis India, Satish Kumar Modi untuk menyediakan perkhidmatan teksi udara persendirian. [6] Pada 17 Februari 1993, syarikat itu dinamakan MG Express dan memeterai kerjasama teknikal dengan syarikat penerbangan utama Jerman, Lufthansa . Syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo di bawah nama ModiLuft sebelum menghentikan operasi pada tahun 1996. [6]

2005–2013: Permulaan dan perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, syarikat itu telah diambil alih oleh Ajay Singh, yang merancang untuk memulakan semula operasinya sebagai SpiceJet dengan mengikut pakai modelsyarikat penerbangan tambang murah. [6] Pada tahun 2005,

SpiceJet memajak dua pesawat Boeing 737-800 dan merancang untuk memesan sepuluh buah pesawat baharu bagi menyokong pengembangan operasinya. [7] SpiceJet membuka menerima tempahan pernerbangan pada 18 Mei 2005,manakala penerbangan sulungnya beoperasi pada 24 Mei 2005 di laluan antara Delhi dan Mumbai. [8] Menjelang Julai 2008, SpiceJet menjadi syarikat penerbangan kos rendah ketiga terbesar di India dari segi bahagian pasaran selepas Air Deccan dan IndiGo . Pada tahun 2010, tokoh media India , Kalanidhi Maran, memperoleh pegangan sebanyak 37.7% dalam SpiceJet menerusi Sun Group. . [9] [10] Syarikat penerbangan itu menempah 30 pesawat Boeing 737-8 bernilai US$2.7 billion pada Julai 2010 dan 15 pesawat jarak dekat Bombardier Q4 Dash bernilai US$446 million lagi pada Disember 2010. [11]

.

2014–kini: Kemerosotan dan pemulihan

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2015, Sun Group menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam SpiceJet dan menyerahkan semula kawalam syarikat kepada Ajay Singh. [12] Pada September 2017, SpiceJet membuat pesanan untuk 25 pesawat turboprop Q400 . [13] Pada tahun 2019, SpiceJet mengambil alih 30 buah pesawat yang sebelum ini digantung operasinya berikutan penutupan Jet Airways . [14] [15]


Urusan korporat

[sunting | sunting sumber]

Trend perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Trend utama untuk SpiceJet adalah (sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac): [16]

Hasil
(₹crores)
Keuntungan bersih
(₹crores)
Bilangan
pekerja
Bilangan
penumpang
(Juta)
Faktor Muatan Penumpang
(%)
Saiz armada Rujukan
2014 6,304 −1,003 5,639 13 72 58 [17]
2015 5,201 −687 4,185 12 81 34 [18]
2016 5,088 450 5,360 12 91 42 [19]
2017 6,191 427 6,902 15 92 49 [20]
2018 7,760 557 8,447 18 95 60 [21]
2019 9,121 −302 8,556 19.9 93 76 [22]
2020 12,375 −937 11,675 24.7 92 114 [23]
2021 5,171 −1,030 14,578 7.7 77 98 [24]
2022 6,604 −1,744 12,000 9.1 80 88 [25]
2023 8,874 −1,513 10,060 12.7 87 76 [26]
2024 −409 8,165 9.7 90 65 [27]
2025 58.1 6,484 6.9 88 61 [28]

Pemilikan dan struktur

[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini diseneraikan di NSE di bawah kod dagangan SPICEJET. Sehingga Januari 2024, syarikat ini mempunyai dengan permodalan pasaran kira-kira 4,255 crore (AS$630 juta). [29] Pada 30 Mac 2020, HDFC membeli 3.4 crore saham SpiceJet daripada pasaran terbuka, yang mewakili pegangan sebanyak 5.45% dalam syarikat tersebut. [30]

Ibu Pejabat

[sunting | sunting sumber]

SpiceJet beribu pejabat di Gurgaon, India. [31]

Logo dan Slogan

[sunting | sunting sumber]

Logo syarikat penerbangan ini terdiri daripada 15 titik yang disusun dalam tiga baris, dengan setiap baris mempunyai lima titik yang semakin mengecil saiznya, berlatanr belakangkan merah.


Pada bulan Jun 2015, syarikat penerbangan itu memperkenalkan logo semasanya bersana slogan baharu "Red.Hot.Spicy" (Terj: Merah. Panas. Pedas). [32] SpiceJet menamakan semua pesawatnya dengan nama rempah-ratus India . [33]

Anak Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada September 2018, SpiceXpress ialah bahagian kargo udara syarikat penerbangan itu. [34] [35]

Spice Shuttle merupakan anak syarikat milik penuh SpiceJet yang mengendalikan pesawat laut dan perkhidmatan pesawat ulang-alik yang lain. [36] Syarikat penerbangan itu memulakan perkhidmatannya pada 31 Oktober 2020 dengan armada yang terdiri daripada pesawat DHC-6-300 15 tempat duduk. Penerbangan itu beroperasi antara Tebing Sungai Sabarmati, Ahmedabad dan Statue of Unity, Kevadia . Laluan ini dirasmikan di bawah skim UDAN . SpiceJet telah menjalankan ujian pesawat laut di India dalam fasa I ( Nagpur, Guwahati ) dan fasa II ( Girgaon Chowpatty, Mumbai ) sejak 2017. [37][38]

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

SpiceJet mengendalikan hab di Delhi dan Hyderabad, yang merupakan pangkalan utama untuk armada pesawat Bombardier Q400nya. [39] [40] Selepas menamatkan penerbangan selama lima tahun, SpiceJet dibenarkan memulakan penerbangan antarabangsa oleh Direktorat Jeneral Penerbangan Awam pada 7 September 2010. SpiceJet melancarkan penerbangan dari Delhi ke Kathmandu dan Chennai ke Colombo dan penerbangan antarabangsa sulung berlepas pada 7 Oktober 2010 dari Delhi. [41]

Perjanjian perkongsian kod

[sunting | sunting sumber]

SpiceJet mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:

Setakat Ogos 2025, SpiceJet mengendalikan armada berikut:[44][45][46][47]

Armada SpiceJet
Pesawat Dalam perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
Boeing 737-700 2 144
3 149
Boeing 737-800 12 189
Boeing 737-900ER 3 212
Boeing 737 MAX 8 7 129 189


De Havilland Kanada Dash 8-400 24 78
Armada Kargo SpiceXpress [48]
Boeing 737-700BDSF 3 Kargo [49]
Jumlah 54 129

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

SpiceJet telah beralih daripada model perkhidmatan traditional syarikat penerbangan tambang rendah yang hanya menyediakan tempat duduk kelas ekonomi sahaja. [50] Syarikat penerbangan ini menawarkan perkhidmatan premium yang dikenali sebagai SpiceMax, yang mana membolehkan penumpang menikmati pelbagai kemudahan tambahan dengan membayar tambang yang lebih tinggi. Antara manfaat yang ditawarkan ialah tempat duduk yang ditempah lebih awal dengan ruang kaki yang lebih luas,hidangan di dalam penerbangan; daftar masuk dan proses menaiki pesawat keutamaan; dan pengendalian bagasi keutamaan. [51] Bagi penumpang lain, SpiceJet tidak menyediakan hidangan percuma dalam semua penerbangannya. Walau bagaimanapun, syarikat ini menjual hidangan dalam penerbangan dalan penerbangan tertentu. [50] SpiceJet turut mengendalikan program penerbangan kerap, namum tidak menyediakan sebarang pilihan hiburan dalam penerbangan . [50] SpiceJet telah bekerjasama dengan Tripfactory dan EaseMyTrip untuk menjual pakej percutian di platformnya. [52] [53]


Kolaborasi

[sunting | sunting sumber]
  • SpiceJet telah bekerjasama dengan CleverTap bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui menyampaikan komunikasi yang diperibadikan dan mengikut konteks melalui saluran web dan aplikasa mudah alihnya. [54]
  • Pada 23 September 2023, Mankind Pharma bekerjasama dengan SpiceJet untuk meningkatkan kesedaran jenama melalui paparan iklan pada pesawa syarikat penerbangan tersebut. [55]
  • pada 24 Februari 2023, Pengerusi dan Pengarah Urusan SpiceJet, Ajay Singh, bersama Busy Bee Airways, mengemukakan tawaran untuk mengambil alih syarikat penerbangan Go First, yang ketika itu sedang menghadapi masalah kewangan. [56]


  1. "SpiceJet on ch-aviation". ch-aviation.com. Dicapai pada 19 March 2026.
  2. "Contact Information". SpiceJet. Dicapai pada 19 June 2025. Legal & Company Affairs SpiceJet Limited, 319, Udyog Vihar, Phase IV, Gurgaon- 122 016 Haryana, India
  3. Stock Exchange Intimation dated November 11, 2020 for CFO Appointment (PDF) (Laporan). 11 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2021. Dicapai pada 8 June 2021.
  4. 1 2 3 4 5 Annual Report - SpiceJet Ltd (PDF) (Laporan). 15 July 2024.
  5. Reddy, Abhilash. "Domestic air passenger traffic rises 4.4% to 1.37 crore in May". Deccan Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 June 2024.
  6. 1 2 3 "Company History – SpiceJet". moneycontrol.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2012. Dicapai pada 30 December 2011. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "History" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. "India's Spicejet takes 10 Boeings". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  8. "Spic(e)y flight: Delhi-Mumbai for Rs 1,599". Times of India. 10 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  9. "Kalanithi Maran to buy 37% stake in SpiceJet". The Economic Times. 11 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2010. Dicapai pada 30 August 2010.
  10. "Kalanidhi Maran buys 37.7 p.c. stake in SpiceJet". The Hindu. 13 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2010. Dicapai pada 8 August 2010.
  11. "SpiceJet order adds to Bombardier's India footprint". Reuters. Toronto, Canada. 9 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  12. Mishra, Laltendu (15 January 2015). "SpiceJet changes hand". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2015. Dicapai pada 15 January 2015.
  13. "Bombardier inks $1.7 bn deal with SpiceJet for 50 jets". The Economic Times. 29 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2018. Dicapai pada 1 December 2023.
  14. "SpiceJet inducts 22 grounded Jet Airways planes; to add 8 more aircraft". Business Today. 30 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2022. Dicapai pada 1 December 2023.
  15. "SpiceJet Repaints Grounded Jet Airways' Boeing 737 Planes with Own Livery". News18. 22 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2022. Dicapai pada 1 December 2023.
  16. "SpiceJet - Annual Reports". corporate.spicejet.com. Dicapai pada 19 August 2024.
  17. "SpiceJet Annual Report 13-14" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  18. "SpiceJet Annual Report 14-15" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  19. "SpiceJet Annual Report 15-16" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  20. "SpiceJet Annual Report 16-17" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  21. "SpiceJet Annual Report 17-18" (PDF). SpiceJet Annual Report 17-18. Dicapai pada 18 November 2023.
  22. "SpiceJet Annual Report 18-19" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  23. "SpiceJet Annual Report 19-20" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  24. "SpiceJet Annual Report 20-21" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  25. "SpiceJet Annual Report 21-22" (PDF). SpiceJet. Dicapai pada 18 November 2023.
  26. "Annual Report of SpiceJet 2022-23" (PDF).
  27. "SpiceJet Annual Report 2023-24" (PDF). Dicapai pada 19 March 2026.
  28. "SpiceJet Annual Report 2024-25" (PDF). Dicapai pada 19 March 2026.
  29. "SpiceJet Share Price". Money Control. Dicapai pada 7 January 2024.
  30. "HDFC Trustee Company buys 5.45% stake in SpiceJet". Money Control. 30 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2020. Dicapai pada 31 March 2020.
  31. Sinha, Saurabh (17 April 2015). "I am back at SpiceJet for long run: Ajay Singh". The Times of India. TNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2015. Dicapai pada 29 June 2015.
  32. "SpiceJet Unveils New Brand Look and Slogan and Launches New Mobile App for Android and iOS as Part of its Ongoing 10th Anniversary Celebrations" (Siaran akhbar). 6 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  33. "SpiceJet's newest Boeing 737BG aircraft named "Red Chilli"". The Times of India. 21 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2016. Dicapai pada 24 March 2016.
  34. "SpiceJet's air cargo unit SpiceXpress looks to increase capacity, reach". Money Control. 17 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2018. Dicapai pada 25 January 2019.
  35. Majumder, Arindam (11 June 2021). "SpiceJet, IndiGo ready for new war zone as cargo biz continues upward swing". Business Standard India. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2021. Dicapai pada 25 June 2021.
  36. "SpiceJet gets 3,000 bookings for seaplane service". Indian Express. 1 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2020. Dicapai pada 4 December 2020.
  37. "Press Release News Page". corporate.spicejet.com. Dicapai pada 15 September 2024.
  38. "Gujarat seaplane operations stopped due to commercial reasons, Covid: Govt". The Times of India. 8 December 2022. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 15 June 2024.
  39. "Bombardier to land Shamshabad airport in June". The Hindu. 9 April 2011. Dicapai pada 30 December 2011.
  40. "Profile on SpiceJet". CAPA Centre for Aviation. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
  41. "SpiceJet begins flight service to Delhi, Mumbai". The Hindu. 28 September 2010. Dicapai pada 30 December 2011.
  42. "SpiceJet Enters Into Codeshare Agreement With Dubai-Based Emirates". NDTV. 25 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2019. Dicapai pada 1 December 2023.
  43. "Air Communications in the Persian Gulf". Gazetteer of the Persian Gulf, Oman and Central Arabia Online. 12 May 2015. doi:10.1163/2405-447x_loro_com_110023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2023. Dicapai pada 10 October 2020.
  44. "SpiceJet fleet". Spicejet. Dicapai pada 26 December 2023.
  45. "Global Airline Guide 2025 - SpiceJet". Airliner World. September 2025. m/s. 61.
  46. "List of Scheduled/Scheduled Commuter Operators" (PDF). Directorate General of Civil Aviation. 30 April 2025. Dicapai pada 12 June 2025.
  47. "Orders and Deliveries". Boeing. Dicapai pada 12 June 2025.
  48. "India's SpiceJet adds first B737-800 freighter". 24 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 24 September 2019.
  49. "India's SpiceJet to add B737 freighters from 3Q18". CH-Aviation. 2 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 July 2018.
  50. 1 2 3 "General Travel FAQ's". SpiceJet. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2013. Dicapai pada 13 November 2013.
  51. "Enjoy the SpiceMax experience with SpiceJet". SpiceJet. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2016. Dicapai pada 13 March 2016.
  52. Chowdhury, Anirban (29 May 2014). "SpiceJet ties up with tripfactory for selling holiday packages". The Economic Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2018. Dicapai pada 7 February 2018.
  53. "SpiceJet joins hands with travel portal EaseMyTrip". Moneycontrol. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2021. Dicapai pada 30 September 2021.
  54. "SpiceJet partners with CleverTap to enhance customer experience". Financialexpress (dalam bahasa Inggeris). 25 July 2023. Dicapai pada 8 May 2024.
  55. "Mankind Pharma partners with SpiceJet, elevating brand awareness through plane displays". afaqs! (dalam bahasa Inggeris). 21 September 2023. Dicapai pada 8 May 2024.
  56. "SpiceJet's bold move to reshape Indian skies - Travel And Tour World" (dalam bahasa Inggeris). 17 February 2024. Dicapai pada 8 May 2024.