Shae
Shae | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Sheryl Geting |
| Juga dikenali sebagai | Shae |
| Kelahiran | 16 Februari 1994 Pekanbaru, Riau Indonesia |
| Warganegara | Indonesia |
| Genre | Pop R&B |
| Pekerjaan | Aktris, penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2012 |
| Syarikat rakaman | Warner Music Indonesia |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Sheryl Geting atau nama pentasnya sebagai Shae (dilahirkan pada 16 Februari 1994 di Pekanbaru, Riau, Indonesia) ialah penyanyi dari Indonesia. Beliau ialah anak kepada bapa yang mempunyai keturunan Australia dan ibundanya dari Riau, Indonesia. Dia memulakan kemunculan pertama untuk kerjaya beliau di muzik Indonesia apabila pelepasan satu lagu yang bertajuk Sayang dan Kok Telpon Telpon Sih yang diambil daripada album sulungnya The First pada tahun 2012.[1] Antara lagu beliau iaitu bertajuk Sayang telah pun terkenal di Malaysia, Singapura dan malah boleh merebak ke Filipina dan Thailand terlebih dahulu walaupun beliau dari Indonesia. Di samping beliau terbabit dalam kerjaya dunia muzik, beliau telah juga menjalani kerjaya sebagai pemain filem dan fesyen. Dia telah berlakon untuk sebilangan pengiklanan dalam televisyen dan juga sinetron. Pada tahun 2025, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Gegar Vaganza (musim 12) .
Kerjaya nyanyian
[sunting | sunting sumber]Sheryl memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada umur 15 tahun. Selepas menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, beliau mula bertemu dengan seorang penggubah lagu dan pemain dram yang bernama Posan Tobing sebagai individu yang bertanggungjawab bagi kerjaya Sheryl. Sheryl masuk ke bidang muzik, menyertai satu syarikat rakaman Warner Music Indonesia dan melancarkan album sulungnya yang bertajuk The First (2012) pada umur 18 tahun. Semua lagu daripada album ini dicipta oleh Posan Tobing. Kemudian album ini mula menuai populariti melalui satu hit tunggal bertajuk Sayang kerana sering didengari dalam radio-radio Malaysia di kala pelepasan album ini.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2008 | Basahhh... | Indah | |
| 2014 | 3600 Detik | Sandra | |
| 2015 | Rock N Love | Shae | |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Judul | Peran | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2007 | My Love | Ratu | 28 episod |
| Monyet Cantik | Alena | 33 episod | |
| 2013 | Stawberi & Karipap | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
| 2014 | Perempuan Dalam Pasungan | Kawan baik Fariena |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2013 | Cinta Sambal Belacan | Wanda | |
| Cintaku Telah Mati Untukmu | Sarah |
Teater
[sunting | sunting sumber]- Bunga untuk Mira (2018)
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Gegar Vaganza (musim 12) | Peserta | Astro Ria | Tersingkir minggu ke-11 (11 Januari 2026) |
| Konsert | Tema | Lagu | Markah | Kedudukan |
|---|---|---|---|---|
| Minggu 1 | Malam Verse Vaganza | "Rindu" nyanyian asal Shae dan Nukilan & "Sayang" nyanyian asal Shae | 48.50% | 11th |
| Minggu 2 | Sama-Sama Naik | "Lelaki" nyanyian asal Yuna | 65.25% | 4th |
| Minggu 3 | Flagship Song | "Risalah Hati" nyanyian asal Dewa 19 | 57.00% | 12th |
| Minggu 4 | Kolaboranza | "Cari Jodoh" nyanyian asal Wali (Duet bersama Tomok) | 65.75% | 6th |
| Minggu 5 | RNR | "Sakitnya Tuh Disini" & "Goyang Dumang" nyanyian asal Cita Citata | 59.50% | 10th |
| Minggu 6 | Metafora | "Melompat Lebih Tinggi" nyanyian asal Sheila on 7 | 63.75% | 8th |
| Minggu 7 | Mixtape | "Uninvited" nyanyian asal Alanis Morissette | 65.50% | 5th |
| Minggu 8 | Fun Fair Tok Ram | "Stecu Stecu" nyanyian asal Faris Adam | 56.50% | 8th |
| Minggu 9 | Lagu Pilihan Vaganzers Let's Go | "Toxic" nyanyian asal Britney Spears | 56.25% | 8th |
| Minggu 10 | Kengkawan (Suku Akhir) | "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw | 63.25% | 7th |
| Minggu 11 | Medley (Separuh Akhir) | Lagu 1: "Toyol" nyanyian asal Dato' Sudirman Haji Arshad
Lagu 2: "Rosalinda" nyanyian asal Thalía |
65.00% | 7th (Tersingkir) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Laman web rasmi Shae di Warner Music Indonesia Diarkibkan 2013-05-26 di Wayback Machine, diambil semula pada 2 Jun 2013.
- ↑ Temubual antara Shae dan Sinar Harian Malaysia, diambil semula pada 2 Jun 2013.
