Pergi ke kandungan

Seder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Makanan utama disajikan dalam sered

Seder (Ibrani: סֵדֶר "turutan" serumpun Semitik Arab: سَرْد, rumi: sard "kaitan" terbitan kata kerja سَرَدَ sarada "mengait, menyusun turut"[1]) adalah jamuan tumpuan utama menandakan permulaan hari raya Paskah umat Yahudi pada malam hari ke-15 Nisan dalam takwim Ibrani. Ia memperingati peristiwa bani Israel dibawa keluar dari Mesir oleh Nabi Musa seperti yang diceritakan dalam Kitab Keluaran pegangan mereka; bahkan kitab tersebut menyuruh sambutan peringatan sedemikian.[2] Ia sendiri upacara keagamaan paling lazim diamalkan orang Yahudi.[3]

Biasanya, keluarga dan sahabat handai berkumpul pada petang hari untuk membaca kitab menggambarkan tatacara menyambut Paskah yakni Haggadah diadaptasi dari Masnah (Pesahim 10)[4][5] berisi kisah keluarnya bani Israel dari Mesir, pemberkatan dan ritual khusus, ulasan dari Talmud, dan lagu-lagu keagamaan khusus.

Ia dimulakan dengan bacaan doa (קידוש kiddush) dan jamuan wain serta pembuka selera (כרפס karpas) sebelum bacaan berturut-turut memakan matzah dan sayur pahit (מרור maror) memperingati kesusahan bani Israel sebelum diakhiri dengan ucp syukur kepada Tuhan.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. al-Marbawi, Mohamad Idris bin Abdul Rauf (1931). "سَرْدٌ". Kamus Al-Marbawi. Mesir: Syarikat Mustafa al-Babīy al-Halabīy. m/s. 286.
  2. Kitab Keluaran 12-3:8 (Borneo dan SABDA)
  3. "David Blumenthal on the Popularity of the Seder Due to the Manner of Its Celebration". Pitts Theology Library, Emory University.
  4. "Haggadah, Passover." Ernst Goldschmidt, Bezalel Narkiss, Bezalel Narkiss, Joseph Gutmann, Robert Weltsch, Bezalel Narkiss, Joseph Gutmann, Cecil Roth, Hanoch Avenary & Jody Myers. Encyclopaedia Judaica. Michael Berenbaum & Fred Skolnik (penyunting). Vol. 8. Ed. ke-2. Detroit: Macmillan Reference USA, 2007. m/s. 207-217. 22 vols.
  5. "Mishna, Pesahim, Chapter 10". Dicapai pada 2009-06-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]