Pergi ke kandungan

Reiss Nelson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reiss Nelson
Nelson bersama Arsenal pada 2025
Maklumat peribadi
Nama penuh Reiss Luke Nelson[1]
Tarikh lahir (1999-12-10) 10 Disember 1999 (umur 26)[1]
Tempat lahir Elephant and Castle, England
Ketinggian 5 kaki 9 inci (1.75 m)[1]
Posisi permainan Sayap[1]
Maklumat kelab
Kelab terkini
Brentford (dipinjam dari Arsenal)
Nombor 11
Kerjaya remaja
2008–2017 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017– Arsenal 50 (4)
2018–2019 → TSG Hoffenheim (pinjam) 23 (7)
2021–2022 → Feyenoord (pinjam) 21 (2)
2024–2025 → Fulham (pinjam) 11 (1)
2025– → Brentford (pinjam) 9 (0)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 England B16 3 (1)
2015–2016 England B17 11 (11)
2016–2017 England B18 3 (1)
2017–2018 England B19 9 (3)
2018 England B20 1 (0)
2018–2020 England B21 12 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:42, 27 April 2026 (UTC)

Reiss Luke Nelson (lahir 10 Disember 1999) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Brentford secara pinjaman daripada Arsenal.

Dilahirkan di London, Nelson menyertai akademi Arsenal ketika berusia sembilan tahun dan secara beransur-ansur berjaya menembusi pasukan utama, sering bermain bersama kumpulan umur yang lebih tua daripadanya. Beliau membuat penampilan sulung bersama Arsenal dalam Perisai Komuniti FA 2017 sebelum meninggalkan kelab secara pinjaman bagi mencari lebih banyak peluang bermain dalam pasukan utama.

Selepas menimba pengalaman bersama kelab Jerman, TSG Hoffenheim pada musim 2018–19, beliau kembali ke Arsenal di mana pengurus baharu Mikel Arteta jarang menurunkannya akibat kecederaan. Beliau kemudian berpindah secara pinjaman ke Feyenoord di Belanda, di mana beliau memberikan impak positif kepada musim pasukan tersebut dan memperoleh lebih banyak aksi bersama pasukan utama. Nelson menyertai Fulham secara pinjaman bagi tempoh musim 2024–25.

Nelson telah mewakili pasukan bawah-16 England dan semua pasukan kebangsaan remaja England sejak membuat penampilan sulung bersama skuad bawah 16 tahun pada November 2014. Beliau turut beraksi dalam beberapa kejohanan remaja iaitu Kejohanan Eropah Bawah-17 UEFA, dan dipilih dalam Pasukan Terbaik Kejohanan edisi bawah 17 tahun 2016 hasil persembahannya ketika England mara ke suku akhir.

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 27 April 2026
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Lain Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
England Arsenal 2017–18[2] 3010308[a]01[b]0160
2019–20[3] 17121112[a]0—223
2020–21[4] 2010104[a]11[b]091
2021–22[5] 100000——10
2022–23[6] 11300106[a]0—183
2023–24[7] 15010215[c]000231
2024–25[8] 10————10
2025–26[9] 00————00
Jumlah 504518225120908
England Arsenal B21 2023–24[7] ————1[d]010
Jerman TSG Hoffenheim (pinjam) 2018–19[10] 23710—5[c]0—297
Belanda Feyenoord (pinjam) 2021–22[5] 21210—10[e]2—324
England Fulham (pinjam) 2024–25[8] 1110011——122
England Brentford (pinjam) 2025–26[9] 902021——131
Jumlah keseluruhan 11414911144033017722
  1. 1 2 3 4 Kemunculan di Liga Europa UEFA
  2. 1 2 Kemunculan di Perisai Komuniti FA
  3. 1 2 Kemunculan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ↑ Kemunculan di Trofi EFL
  5. ↑ Kemunculan di Liga Konferensi UEFA

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Arsenal
Individu
  • Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah Bawah-17 UEFA: 2016
  • Premier League Game Changer of the Season: 2022–23
  • Rookie Terbaik Bulanan Bundesliga: Oktober 2018
  • Pemain Terbaik Musim PL2: 2017–18
  • Gol Terbaik Musim Arsenal: 2022–23
  1. 1 2 3 4 "Reiss Nelson: Profile". worldfootball.net. HEIM:SPIEL. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2020. Dicapai pada 31 August 2020.
  2. ↑ "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2017/2018". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 31 August 2020.
  3. ↑ "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2019/2020". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 31 August 2020.
  4. ↑ "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2020/2021". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 31 August 2020.
  5. 1 2 "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2021/2022". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 13 August 2021.
  6. ↑ "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2022/2023". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 6 October 2022.
  7. 1 2 "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2023/2024". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 9 March 2024.
  8. 1 2 "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2024/2025". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 21 September 2024.
  9. 1 2 "Permainan yang dimainkan oleh Reiss Nelson dalam 2025/2026". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 1 September 2025.
  10. ↑ "Games played by Reiss Nelson in 2018/2019". Soccerbase. Centurycomm. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2023. Dicapai pada 15 December 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]