Pergi ke kandungan

Perak Tengah, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perak Tengah)
Daerah Perak Tengah
داءيره ڤيرق تڠه
Transkripsi lain
 • Cina中霹雳县 (Ringkas)
中霹靂縣 (Tradisional)
Zhōng pèi lì xiàn (Pinyin)
 • Tamilமத்திய பேராக் மாவட்டம்
Mattiya Pērāk Māvaṭṭam (Transliterasi)
Lokasi Perak Tengah, Perak di Perak
Lokasi Perak Tengah, Perak di Perak
Daerah Perak Tengahداءيره ڤيرق تڠه yang terletak di Malaysia
Daerah Perak Tengahداءيره ڤيرق تڠه
Daerah Perak Tengah
داءيره ڤيرق تڠه
Lokasi Perak Tengah, Perak di Malaysia
Koordinat: 4°15′U 100°55′T / 4.250°U 100.917°T / 4.250; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Perak
SeatSeri Iskandar
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Perak Tengah
Kerajaan
 • Pegawai daerahGhopran Bin Yeop Hamzah[1]
Keluasan
 • Jumlah
1,279.46 km2 (494.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah
94,573
 • Kepadatan74/km2 (190/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (WMP)UTC+8
Poskod
326xx, 328xx-329xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA
Majlis Daerah Perak Tengah

Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Perak berkeluasan 1,279.46 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 94,573 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Seri Iskandar.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.[4]

Perak Tengah bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di utara, Hilir Perak dan Bagan Datuk di selatan, Kinta dan Batang Padang di timur dan Manjung di barat.

Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 1,279 kilometer persegi yang merangkumi 12 buah mukim.

Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya terdiri daripada kawasan yang bertanah pamah dan rendah. Terdapat beberapa sungai utama yang mengairi daerah ini termasuklah Sungai Perak yang mengalir di bahagian tengah daerah, Sungai Kinta, Sungai Tumbuh dan Sungai Pelus. Bukit Tunggal merupakan puncak tertinggi di daerah ini.[5]

Pecahan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Peta Daerah Perak Tengah

Daerah ini terbahagi kepada 12 mukim, satu bandar dan lima pekan.

ada 12 mukim

Bandar dan Pekan

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Perak Tengah ialah seramai 94,573 orang dengan kepadatan penduduk 74 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 97 peratus penduduk. Sebanyak 3.9 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Peratusan etnik di Perak Tengah (2020)
Kaum %
Bumiputera 97.1
Cina 1.6
India 1.0
Lain-lain 0.3
Peratusan agama di Perak Tengah (2020)
Kaum %
Islam 93.8
Ateis 2.7
Hindu 1.4
Kristian 0.9
Buddha 0.8
Lain-lain 0.4
  1. ↑ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah - Pegawai Daerah". pdtseriiskandar.perak.gov.my.
  2. ↑ "RTD Perak Tengah 2030" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-22. Dicapai pada 2019-12-06.
  3. ↑ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. {{cite web}}: Tidak dikenali: parameter |deadurl= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  4. ↑ "Info Perak Tengah". Majlis Daerah Perak Tengah. Dicapai pada 20 Februari 2023.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  5. ↑ http://epublisiti.townplan.gov.my/turun/rt_peraktengah2030/jilid1.pdf
  6. ↑ "Kawasanku - OpenDOSM". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2023.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)