Pergi ke kandungan

Pembedahan plastik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembedah plastik
Ukiran daripada De Curtorum Chirurgia per Insitionem "(Mengenai Pembedahan Mutilasi melalui Cantuman)" (1597) oleh Gaspare Tagliacozzi
Pekerjaan
Nama
  • Pakar perubatan
  • Ahli bedah
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Pendikan yang diperlukan
Bidang pekerjaan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pembedahan plastik merupakan satu kepakaran pembedahan yang melibatkan pemulihan semula, pembinaan semula, atau pengubahsuaian tubuh badan manusia. Pembedahan ini terbahagi kepada dua kategori utama: pembedahan rekonstruktif dan pembedahan kosmetik. Pembedahan rekonstruktif merangkumi pelbagai kepakaran, termasuk pembedahan kraniofasial, pembedahan mulut dan maksilofasial, pembedahan tangan, pembedahan mikro, dan rawatan terhadap lecuran. Pembedahan jenis ini memberikan tumpuan kepada pemulihan semula bahagian badan yang terlibat atau menambah baik fungsinya. Sebaliknya, pembedahan kosmetik (atau estetik) hanya memberi tumpuan kepada penambahbaikan penampilan fizikal tubuh badan.[1][2] Takrifan komprehensif pembedahan plastik tidak pernah diwujudkan, kerana pembedahan ini secara amnya tidak mempunyai sasaran objek anatomi khusus serta bertindih dengan hampir semua kepakaran pembedahan lain. Ciri penting pembedahan plastik ialah ia melibatkan rawatan keadaan yang mesti atau mungkin memerlukan kemahiran penempatan semula tisu.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan plastik dalam pembedahan plastik merujuk kepada konsep "membentuk semula", diserap daripada perkataan bahasa Inggeris plastic surgery, dan berasal daripada perkataan Yunani πλαστική (τέχνη), plastikē ( tekhnē ), "seni pemodelan" daging yang boleh diubah suai bentuknya. Maksud sedemikian dalam perkataan plastic bahasa Inggeris dapat diperhatikan seawal tahun 1598.[3] Dalam konteks pembedahan, perkataan plastic pertama kali muncul pada tahun 1816 dan tertubuh penggunaannya pada tahun 1838 oleh Eduard Zeis[4] mendahului penggunaan teknikal moden pada perkataan untuk bahan polimer sintetik sekitar 70 tahun.[5]

  1. "What is Cosmetic Surgery". Royal College of Surgeons. Dicapai pada 15 January 2013.
  2. "Plastic Surgery Specialty Description". American Medical Association. Dicapai pada 13 July 2020.
  3. "plastic surgery". OED Online. Britannica. Dicapai pada 12 February 2015.
  4. Zeis, Eduard (1838). Handbuch der plastischen Chirurgie (dalam bahasa German). Berlin: Reimer.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. "Plastic". Etymonline. Dicapai pada 2 March 2014.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]