OpenStreetMap
Logo OpenStreetMap | |
OpenStreetMap Kuala Lumpur, Malaysia | |
Jenis tapak | Pemetaan kerjasama |
|---|---|
| Diasaskan | 1 Julai 2004 |
| Pemilik | OpenStreetMap Community[1] |
| Dicipta oleh | Steve Coast |
| URL | http://www.openstreetmap.org |
| Komersial | Tidak |
| Pendaftaran | Diperlukan untuk penyumbang |
OpenStreetMap (OSM) ialah projek usaha sama untuk menghasilkan peta dunia bebas boleh disunting.
Peta ini direka mengggunakan data alat GPS, fotografi udara, sumber bebas lain atau dari pengetahuan tempatan. Kedua-dua imej paparan dan grafik vektor boleh dimuat turun di bawah lesen Open Database License.[2]
OpenStreetMap mendapat inspirasi[3] daripada laman seperti Wikipedia — petanya menunjukkan ciri 'Sunting' dan sejarah yang disimpan. Pengguna berdaftar boleh memuat naik log jejak GPS dan menyunting data vektor menggunakan alatan sunting.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Steve Coast mengasaskan projek ini pada tahun 2004 semasa menghadiri Kolej Universiti London, yang pada mulanya menumpukan pada pemetaan United Kingdom.[4] Di United Kingdom dan di tempat lain, projek pengendalian kerajaan dan projek dibiayai cukai seperti Ordnance Survey telah mencipta set data yang besar tetapi enggan mengedarkannya secara bebas dan meluas. Sumbangan pertama ialah sebuah jalan yang dimasuki Coast pada Disember 2004 selepas berbasikal di sekitar Regent's Park di London dengan unit penjejakan GPS.[5][6] Pada April 2006, Yayasan OpenStreetMap telah ditubuhkan untuk menggalakkan pertumbuhan, pembangunan dan pengedaran data geospatial percuma dan menyediakan data geospatial untuk digunakan dan dikongsi oleh sesiapa sahaja.
Pada April 2007, Automotive Navigation Data (AND) telah mendermakan set data jalan raya lengkap untuk negara Belanda dan data jalan raya utama untuk negara India dan China kepada projek tersebut.[perlu rujukan] Menjelang Julai 2007, apabila persidangan "State of the Map" (SotM) pertama[7] diadakan, terdapat 9,000 pengguna berdaftar. Pada Oktober 2007, OpenStreetMap telah menyelesaikan import set data jalan raya TIGER Banci AS. Pada Disember 2007, Universiti Oxford menjadi organisasi utama pertama yang menggunakan data OpenStreetMap di laman web utama mereka. Cara untuk mengimport dan mengeksport data terus berkembang: menjelang tahun 2008, projek ini telah membangunkan alat untuk mengeksport data OpenStreetMap bagi menguasakan unit GPS mudah alih, menggantikan peta proprietari sedia ada dan peta yang ketinggalan zaman. Pada bulan Mac 2008, dua pengasas CloudMade, sebuah syarikat komersial yang menggunakan data OpenStreetMap, mengumumkan bahawa mereka telah menerima pembiayaan modal teroka sebanyak €2.4 juta.[8] Pada tahun 2010, AOL melancarkan versi MapQuest berasaskan OSM dan memperuntukkan $1 juta untuk meningkatkan liputan OSM terhadap komuniti tempatan untuk laman web miliknya iaitu Patch.[9]
Pada tahun 2012, pelancaran pembayaran untuk Google Maps telah menyebabkan beberapa laman web terkemuka beralih daripada perkhidmatan mereka kepada OpenStreetMap dan pesaing lain.[10] Antara yang paling utama ialah Foursquare dan Craigslist, yang menerima pakai OpenStreetMap, dan Apple, yang menamatkan kontrak dengan Google dan melancarkan platform pemetaan yang dibina sendiri menggunakan data TomTom dan OpenStreetMap.[11]
Setakat tahun 2026, TomTom, Microsoft, Esri, Meta, Proton AV dan FLOSS Fund merupakan penaja korporat peringkat tertinggi bagi Yayasan OpenStreetMap.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "FAQ - OpenStreetMap" (dalam bahasa Inggeris).
- ↑ RWeait (12 September 2012). "OpenStreetMap data license is ODbL v1.0" (dalam bahasa Inggeris). OSM Foundation. Dicapai pada 5 November 2012.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan) - ↑ "derStandard.at". www.derstandard.at (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2026-11-05.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan) - ↑ Foody 2017.
- ↑ Fox, Killian (18 February 2012). "OpenStreetMap: 'It's the Wikipedia of maps'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London. Dicapai pada 12 September 2024.
- ↑ "OSM: The simple map that became a global movement". www.directionsmag.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-04-20. Dicapai pada 2026-11-05.
- ↑ "State of the Map". stateofthemap.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 13 August 2022.
- ↑ "Open-source mapping company CloudMade raises €2.4 million in Series A financing round from Sunstone Capital" (PDF) (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). 17 March 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 November 2012. Dicapai pada 16 September 2022.
- ↑ Kirk, Jeremy (9 July 2010). "AOL's MapQuest Embraces OpenStreetMap Data for the UK". PC World (dalam bahasa Inggeris). San Francisco. Dicapai pada 8 September 2024.
- ↑ Fossum, Mike (20 March 2012). "Websites Bypassing Google Maps Due to Fees" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 13 November 2012.
- ↑ Ingraham, Nathan (11 June 2012). "Apple using TomTom and OpenStreetMap data in iOS 6 Maps app" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2012. Dicapai pada 13 November 2012.
- ↑ "Corporate Members - OpenStreetMap Foundation". osmfoundation.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2026. Dicapai pada 27 Oktober 2026.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- www.openstreetmap.org - Laman utama projek
- Yayasan OpenStreetMap
- OpenStreetMap Wiki
- geo.topf.org perbandingan atas talian antara Google Maps dan OpenStreetMap
- Field Papers (asalnya Walking Papers) Diarkibkan 2026-10-11 di Wayback Machine Cetak peta OpenStreetMap, lukis anotasi, kemudian imbas dan muat naik untuk menyumbang kepada OpenStreetMap