Oak
| Quercus | |
|---|---|
| Daun dan kacang Quercus robur | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Fagales |
| Keluarga: | Fagaceae |
| Subkeluarga: | Quercoideae |
| Genus: | Quercus L. |
Quercus[1] ialah genus pokok renek malar hijau dalam keluarga Fagaceae. Terdapat sekitar 500 spesies genus ini yang masih wujud di dunia.[2] Spesies-spesies tersebut tersebar di kawasan-kawasan beriklim sederhana di luar kawasan-kawasan tropika seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico, di mana 109 spesies daripadanya endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.[3]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama genus pokok ini dijejak daripada perkataan quercus dalam bahasa Latin yang dipakai kepada spesies yang tumbuh di Itali,[4] kata tersebut diturunkan daripada akar *kwerkwu- dalam bahasa Indo-Eropah Purba.[5]
Genus Quercus dibahagikan kepada dua subgenus dan lapan bahagian.[6] Bahagian-bahagian ini menyokong kepelbagaian evolusi antara dua cabang yang berbeza: cabang "Dunia Lama", yakni spesies-spesies yang wujud terutamanya di benua Eurasia; dan cabang "Dunia Baru" bagi spesies-spesies pokok yang ditemukan lazim di benua Amerika.[7]
Kemunculan teknik molekul dalam analisis filogenetik mengubah pemahaman tentang hubungan spesies-spesies dalam genus ini, pada mulanya dengan mendedahkan sokongan berasaskan data molekul bagi pembahagian difiletik Quercus ke dalam cabang-cabang spesies di benua Eurasia dan benua Amerika.[7] Teknik-teknik ini telah terbukti sangat berguna dalam menyelesaikan hubungan skala halus antara 2-5 spesies genus ini, terutamanya bagi kumpulan terhibrid, tetapi sehingga baru-baru ini, penekanan utama pada pendekatan sempit ini menghalang ahli sistematik daripada membuat penentuan berskala besar tentang sejarah genus ini.[8] Kapasiti pensampelan merentasi spesies-spesies genus ini meningkat menyebabkan peningkatan ketepatan pada peringkat bahagian dan spesies sepanjang genus.[9]
Botani
[sunting | sunting sumber]

Daun-daun disusun keliling ranting-ranting pokok; tepi helai daun bergerigi atau licin. Buah-buah dan daun pokok mengandungi asid tanik[10] yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.[11]
Buahnya jenis kekeras, tampuknya keras berbentuk cangkir (cupule).[12] Buah ini berukuran 1–6 cm (1⁄2–2 1⁄2 in) panjang dan 0.8–4 cm (3⁄8–1 5⁄8 in) lebar.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Biji-biji buahnya boleh dimakan, tetapi perlu dibasuh-basuh dalam air yang mengalir untuk membuang tanin pahit.[13] Selepas itu, biji-biji ini boleh dikisar menjadi tepung,[14] ataupun dipanggang dan dimasak dengan air menghasilkan minuman dengan rasa seperti kopi.[13]
Kayu
[sunting | sunting sumber]
Kayu pokok spesies-spesies genus ini keras dan kuat. Ketumpatannya sebanyak 0.75 g/cm3 (0.43 oz/in3); ia menahan tinggi serangan serangga dan kulat kerana kandungan tanin yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai corak ira yang sangat menarik, terutamanya apabila kayu tersebut dipotong rentang.
Papan kayu yang dipotong rentang sangat berharga ketika Zaman Pertengahan untuk digunakan dalam dalam pembinaan perabot yang bermutu tinggi serta panel dalaman bangunan yang megah, misalnya di ruang debat Bangunan Parlimen British di London. Kayu spesies-spesies Quercus robur dan Q. petraea digunakan di Eropah sebagai bahan binaan kapal terutama sekali kapal-kapal perang[15] sehingga ke abad ke-19. Ia juga digunakan dalam pembinaan bangunan berbingkai kayu di Eropah. Kayu pokok-pokok ini masih digunakan hari ini untuk membina perabot, rangka-rangka bangunan kayu serta venir. Tong-tong arak termasuk wain, sherry, brandy serta wiski-wiski jenis Ireland, Scotch dan Bourbon yang berumur juga dibuat daripada kayu pokok jenis ini yang diperolehi dari Eropah dan Amerika. Serpihan kayu oak turut digunakan bsebagai bahan bakar untuk mengasap atau menyalai ikan, daging, keju[16] dan makanan yang lain.
Kulit kayu pohon Quercus alba dikeringkan bagi menghasilkan ubatan tertentu. Ia juga kaya dengan tanin yang merupakan bahan penting menyamak kulit haiwan seperti lembu;[17]:138 bahan ini diperolehi daripada sisa kayu pokok-pokok muda yang ditebang membuat kapal-kapal.[17]:139, 143-144
Keracunan
[sunting | sunting sumber]Daun-daun dan buah pokok spesies dalam genus ini mengandungi asid tanik di mana pemakanannya yang banyak boleh menyebabkan keracunan dalam lembu, kuda, kambing biri-biri dan kambing; malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal serta radang usus. Antara gejala keracunan termasuklah kurang selera makan, kemurungan, sembelit, cirit-birit (yang barangkalinya boleh berdarah), darah dalam air kencing serta penyakit kolik. Walau bagaimanapun, buah oak masih boleh selamat digunakan sekiranya ia direndam bagi mengeluarkan asid taniknya terlebih dahulu.[18]
Dalam budaya
[sunting | sunting sumber]Sebagai simbol negara
[sunting | sunting sumber]Pokok-pokok dalam genus ini merupakan lambang kekuatan dan daya ketahanan, justeru ia telah dipilih kebanyakan negara sebagai pohon kebangsaan mereka seperti Jerman[19], Amerika Syarikat (melalui undang-undang yang diluluskan Kongresnya pada November 2004),[20] Bulgaria, Cyprus, England, Estonia, Perancis, Moldova, Jordan, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Serbia, dan Wales.[21]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Brenzel, Kathleen N., penyunting (1995). Sunset Western Garden Book. Menlo Park, California, AS: Leisure Arts. m/s. 606–607. ISBN 0376038519.
- ↑ "Quercus L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 29 Julai 2026.
- ↑ Hogan, C. Michael (2012). "Oak". Encyclopedia of Earth. Pakatan Maklumat Alam Sekitar, Majlis Sains dan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2013.
- ↑ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "quercus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ↑ Mallory, James P.; Adams, Douglas Q. (1997). Encyclopedia of Indo-European Culture. Chicago, Illnois, AS: Fitzroy Dearborn. m/s. 407. ISBN 1-884964-98-2.
- ↑ Denk, Thomas; Grimm, Guido W.; Manos, Paul S.; Deng, Min; Hipp, Andrew L. (2017), Gil-Pelegrín, Eustaquio; Peguero-Pina, José Javier; Sancho-Knapik, Domingo (penyunting), Oaks Physiological Ecology. Exploring the Functional Diversity of Genus Quercus L., 7, Springer International Publishing, m/s. 13–38, ISBN 978-3-319-69098-8
- 1 2 Manos, Paul S.; Zhou, Zhe‐Kun; Cannon, Charles H. (2001). "Systematics of Fagaceae: Phylogenetic Tests of Reproductive Trait Evolution". International Journal of Plant Sciences. 162 (6): 1361–1379. doi:10.1086/322949. JSTOR 10.1086/322949. S2CID 85925622.
- ↑ Hipp, Andrew L.; Manos, Paul S.; González-Rodríguez, Antonio; Hahn, Marlene; Kaproth, Matthew; McVay, John D.; Avalos, Susana Valencia; Cavender-Bares, Jeannine (Januari 2018). "Sympatric parallel diversification of major oak clades in the Americas and the origins of Mexican species diversity". New Phytologist. 217 (1): 439–452. doi:10.1111/nph.14773. hdl:10161/15608. PMID 28921530.
- ↑ Hubert, François; Grimm, Guido W.; Jousselin, Emmanuelle; Berry, Vincent; Franc, Alain; Kremer, Antoine (Oktober 2014). "Multiple nuclear genes stabilize the phylogenetic backbone of the genus Quercus". Systematics and Biodiversity. 12 (4): 405–423. doi:10.1080/14772000.2014.941037. ISSN 1477-2000. S2CID 85604759.
- ↑ Tull, Delena (1999). Edible and Useful Plants of Texas and the Southwest: A Practical Guide. University of Texas Press. m/s. 102. ISBN 9780292781641.
- ↑ Hipp, Andrew (2004). Oak Trees Inside and Out. Rosen Publishing Group, Inc. m/s. 4.
- ↑ Vázquez, Francisco (13 March 2015). "For Acorns, Size Matters—and So Does Shape". Articles. International Oak Society. Dicapai pada 29 Julai 2026.
- 1 2 Bainbridge, David A. (November 12-14, 1986). "Use of Acorns for Food in California: Past, Present, Future". San Luis Obispo, California: Dry Lands Research Institute, University of California. m/s. 453–458. https://citeseerx.ist.psu.edu/document?repid=rep1&type=pdf&doi=f2e579544c5078e581b28acb81396811d6ae7827.
- ↑ Szabłowska, Emilia; Tańska, Małgorzata (2021). "Acorn flour properties depending on the production method and laboratory baking test results: A review". Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety. 20 (1): 980–1008. doi:10.1111/1541-4337.12683. PMID 33325090.
- ↑ Baugh, Daniel A. (1965). British Naval Administration in the Age of Walpole. Princeton University Press. m/s. 242. OCLC 610026758.
- ↑ Cheese. swaledalecheese.co.uk
- 1 2 Clarkson, L. A. (1974). "The English Bark Trade, 1660–1830" (PDF). The Agricultural History Review. 22 (2): 136–152. JSTOR 40273608.
- ↑ Bainbridge, D. A. (12–14 November 1986), Use of acorns for food in California: past, present and future, San Luis Obispo, CA.: Symposium on Multiple-use Management of California's Hardwoods
- ↑ Schierz, Kai Uwe (2004). "Von Bonifatius bis Beuys, oder: Vom Umgang mit heiligen Eichen". Dalam Hardy Eidam; Marina Moritz; Gerd-Rainer Riedel; Kai-Uwe Schierz (penyunting). Bonifatius: Heidenopfer, Christuskreuz, Eichenkult (dalam bahasa Jerman). Stadtverwaltung Erfurt. m/s. 139–45.
- ↑ "Oak Trees". arborday.org. Dicapai pada 27 April 2010.
- ↑ "Oak as a Symbol". Venables Oak. Dicapai pada 26 September 2012.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Byfield, Liz (1990) An oak tree, Collins book bus, London : Collins Educational, ISBN 0-00-313526-80-00-313526-8
- Philips, Roger. Trees of North America and Europe, Random House, Inc., New York ISBN 0-394-50259-00-394-50259-0, 1979.
- Logan, William B. (2005) Oak : the frame of civilization, New York ; London : W.W. Norton, ISBN 0-393-04773-30-393-04773-3
- Paterson, R.T. (1993) Use of trees by livestock, 5: Quercus, Chatham : Natural Resources Institute, ISBN 0-85954-365-X0-85954-365-X
- Royston, Angela (2000) Life cycle of an oak tree, Heinemann first library, Oxford : Heinemann Library, ISBN 0-431-08391-60-431-08391-6
- Savage, Stephen (1994) Oak tree, Observing nature series, Hove : Wayland, ISBN 0-7502-1196-20-7502-1196-2
- Tansley, Arthur G., Sir (1952) Oaks and oak woods, Field study books, London : Methuen.
- Żukow-Karczewski, Marek (1988) Dąb – król polskich drzew (Oak – the king of the Polish trees), AURA (A Monthly for the protection and shaping of human environment), 9, 20-21.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Flora of China – Cyclobalanopsis
- Oak diseases
- Flora Europaea: Quercus
- Oaks from Bialowieza Forest
- Common Oaks of Florida
- Oaks of the world
- The Global Trees Campaign The Red List of Oaks and Global Survey of Threatened Quercus
- Latvia - the land of oaks Diarkibkan 2017-12-28 di Wayback Machine
- Janka Hardness Scale Diarkibkan 2016-09-25 di Wayback Machine – The Janka Hardness Scale for many Exotic and Domestic species
- Eichhorn, Markus (May 2010). "Oak – A Very English Tree". Test Tube. Brady Haran for the University of Nottingham.