Pergi ke kandungan

Nemes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nemes
{alt
Nemes, melambangkan kuasa Firaun, baik semasa hidup atau mati
Butiran
NegaraMesir
BahanLinen
T34 m sV6
Nemes, kain kepala berjalur
(mahkota sebagai
penentu)


dalam hieroglif Mesir

n
T34 m
sV6
Nemes
dalam hieroglif Mesir

Nemes ialah kain penutup kepala dengan corak berjalur yang dipakai oleh firaun di Mesir purba.[1] Ia menutupi seluruh mercu dan bahagian belakang kepala serta tengkuk (kadangkala memanjang sedikit ke belakang) dan mempunyai lapet, dua kepak besar yang tergantung di belakang telinga dan ke hadapan kedua-dua bahu.[2] Ia kadangkala digabungkan dengan mahkota berganda,[3] seperti yang terdapat pada patung Ramesses II di Abu Simbel. Gambaran terawal nemes, bersama-sama dengan ureus, ialah label gading milik Den dari Dinasti Pertama. Walaupun bukan sejenis mahkota, ia tetap melambangkan kuasa firaun.

Rekreasi moden

[sunting | sunting sumber]

Golongan okultis "The Hermetic Order of the Golden Dawn" menggunakan penutup kepala yang serupa dengan nemes Mesir purba, yang mereka eja "nemyss", dan merupakan sebahagian daripada "pakaian upacara tradisional" mereka.[4]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Kathryn A. Bard, Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, Routledge 1999, p.412
  2. ↑ Watson Early Mills, Roger Aubrey Bullard, Mercer Dictionary of the Bible, Mercer University Press 1990, p.679
  3. ↑ Max Pol Fouchet, Rescued Treasures of Egypt, McGraw-Hill 1965, p.208
  4. ↑ Cicero, Chic; Cicero, Sandra Tabatha (2019). Golden dawn magic : a complete guide to the high magical arts. Woodbury, MN: Llewellyn Publications. m/s. 188. ISBN 978-0-7387-5798-8. OCLC 1089884900.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Kain kepala Nemes di Wikimedia Commons