Kinantropi
Kinantropi (daripada bahasa Yunani Kuno: κύων/kúōn, 'anjing' + ἄνθρωπος/ánthrōpos, 'manusia'), dalam psikiatri, ialah delusi patologi pada orang sebenar bahawa dirinya ialah anjing[1] dan, dalam antropologi dan folklor, ialah amalan sihir andaian penjelmaan berselang-seli antara bentuk anjing dengan bentuk manusia atau pemilikan gabungan ciri anatomi anjing dan manusia, iaitu satu bentuk teriantropi.
Orang Yunani berbicara tentang kinantropi. Istilah ini wujud seawal-awalnya menjelang tahun 1901, apabila digunakan untuk mitos dari China tentang manusia yang berubah menjadi anjing, anjing yang menjadi manusia, dan hubungan seks antara manusia dengan kanin.[2] Selepas likantropi, kinantropi ialah istilah paling terkenal untuk keragaman spesifik bagi teriantropi.
Ahli antropologi David Gordon White menggelar Asia Tengah sebagai "pusaran kinantropi" kerana kaum manusia anjing lazimnya diletakkan di sana oleh penulis purba. Mitologi Hindu meletakkan kaum "Pemasak Anjing" jauh di utara di India, orang Cina meletakkan "Jong Anjing" dan orang gasar manusia/kanin lain di barat ekstrem, dan legenda Eropah kerap meletakkan manusia anjing yang dipanggil Kinosefalus di rantau tidak berpeta di timur. Sesetengah kaum ini diperihalkan sebagai manusia dengan kepala anjing, yang lain sebagai kanin penjelma.[3]
Anjing jadian atau kinantrop juga dikenali di Timor. Ia diperihalkan sebagai pengubah bentuk manusia/kanin yang juga mampu mentransformasi orang lain menjadi haiwan tanpa kerelaan mereka. Transformasi ini biasanya meminati haiwan mangsa seperti kambing, supaya kinantrop dapat membaham mangsa tanpa penemuan tentang jenayah itu.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "cynanthropy". MediLexicon (dalam bahasa Inggeris). Wolters Kluwer. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 20 Januari 2026.
- ↑ de Groot, Jan Jakob Maria (1982). The Religious System of China [Sistem Agama China] (dalam bahasa Inggeris). Taipei, China: Southern Materials Center. m/s. 184. ISBN 9780899863467. OCLC 10943482.
- ↑ White, David Gordon (7 Mei 1991). Myths of the Dog-man [Mitos Manusia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. m/s. 114–115. ISBN 9780226895086. OCLC 22182233.
- ↑ Rose, Carol (4 Disember 2001). Giants, Monsters & Dragons: An Encyclopedia of Folklore, Legend, and Myth [Gergasi, Raksasa, dan Naga: Ensiklopedia Folklor, Legenda, dan Mitos] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: W. W. Norton & Company. m/s. 390. ISBN 9780393322118. OCLC 48798119.