Kesultanan Banjar
Kesultanan di bawah Sultan Suriansyah, 1526s M | |
| Berdiri | 1520-1905 |
| Didahului oleh | Kerajaan Negara Daha |
| Digantikan oleh | [[]] |
| Ibu kota | Kuin, Banjarmasin Muara Tambangan, Martapura Batang Banyu, Martapura Kayu Tangi (Karang Intan) Sungai Mesa, Banjarmasin |
| Bahasa | Banjar |
| Agama | Islam Sunni (Rasmi) |
| Pemerintahan -Raja pertama -Raja terakhir |
Monarki Sultan Suriansyah (1526-1550) Sultan Muhammad Seman (1862-1905) |
| Sejarah -Didirikan -Zaman kejayaan -Dibubarkan Sepihak -Pemerintahan Darurat -Didirikan kembali |
1526 1778-1857 11 Juni 1860 24 Januari 1905 24 Juli 2010-sekarang tanpa kuasa |
Kesultanan Banjar atau Kesultanan Banjarmasin adalah sebuah kerajaan Islam yang terdiri di Kalimantan.
Kerajaan ini pada mulainya terpusat di Banjarmasin Kalimantan Selatan, tetapi kemudian perpindah ke Martapura di Kabupaten Banjar. Kesultanan Banjar adalah penerus kerajaan Negara Daha, sebuah kerajaan Hindu yang ibu kota di kecamatan Daha Selatan. Ketika di Banjarmasin, Kesultanan ini merdapat nama sebagai Kesultanan Banjarmasin.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah takluknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabakan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin[1] untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa[1]. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah[1] dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.
Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman[2].