Ibu negara
Ibu kota ialah kota atau bandar pentadbiran yang utama sesebuah kawasan dari sebesar negara (yakni ibu kota negara atau ibu negara), ke sesebuah negeri bahagian utama dalam negara bersistem persekutuan seperti Malaysia dan Amerika Syarikat (ibu kota negeri atau ibu negeri) sampai sekecil daerah. Oleh itu, istilah "ibu kota" merangkumi apa juga banyak lagi bandar pentadbiran utama bahagian seperti di provinsi, wilayah, kemaharajaan, kerajaan, dan sebagainya.
Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebut parlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, Ibu kota biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggil kedutaan besar.
Peringkat negara
[sunting | sunting sumber]Meskipun ibu kota merupakan kota yang utama, ia tidak semestinya merupakan kota yang paling besar. Di kota ini biasanya terdapat jabatan-jabatan pentadbiran serta pejabat-pejabat komersil.
Terdapat beberapa kekecualian:
- Ibu kota Belanda ialah Amsterdam, tetapi pusat pemerintahannya ialah Den Haag yang menampung perwakilan daripada negara-negara asing.
- Ibu kota Negara Palestin ialah Baitulmaqdis tetapi negara-negara lain menganggapnya sebagai sebuah bandar antarabangsa atau tidak mengiktirafkan Baitulmaqdis Timur sebagai kepunyaan Israel, dan menempatkan kedutaan mereka di Israel di bandar Tel Aviv. (Kecuali beberapa negara)
- Ibu kota Afrika Selatan ialah Pretoria (kerajaan), Cape Town (perundangan) dan Bloemfontein (kehakiman).
- Ibu kota Republik China yang rasmi ialah Nanjing namun kerana kalah di tangan Komunis dalam perang saudara, maka Chiang Kai-shek memindahkan pemerintahannya ke ibu kota sementara di Taipei, Taiwan.
- Ibu kota Malaysia ialah Kuala Lumpur tetapi pusat badan eksekutifnya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Parlimen masih terletak di Kuala Lumpur.
Kadang-kadang beberapa negara memindahkan Ibu kota mereka atas alasan politik atau ekonomi. Beberapa negara yang pernah memindahkan Ibu kota mereka ialah:
- Amerika Syarikat, dari New York ke Philadelphia lalu ke Washington, D.C.;
- Brazil dari Rio de Janeiro ke Brasilia;
- Kazakhstan dari Almaty/Alma Ata ke Astana;
- Turki dari Istanbul/Kustantiniyah ke Ankara.
Sering kali, Ibu kota harus dipindahkan kerana diduduki atau dikuasai negara asing, dan Ibu kota "tandingan" atau sementara harus diasaskan di bandar lain:
- Lithuania antara tahun 1918 dan 1940 memindahkan Ibu kotanya di Vilnius yang dikuasai oleh Poland ke Kaunas.
- Republik Indonesia memindahkan Ibu kotanya beberapa kali antara tahun 1945 dan 1950, iaitu dari Jakarta ke Yogyakarta, lalu ke Bukittinggi sebelum kembali ke Jakarta.
- Perancis Bebas memindahkan Ibu kotanya ke Vichy antara tahun 1940 dan 1944.
Kadang-kadang Ibu kota harus dibahagikan dengan negara lain kerana dikuasai oleh musuh:
- Cyprus dengan Ibu kotanya di Nikosia harus dibahagikan dengan Republik Turki Cyprus Utara sejak tahun 1974.
- Berlin terbahagi antara Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) pada tempoh 1949 - 1990.
Perbezaan dengan ibu negeri
[sunting | sunting sumber]Ibu negara berbeza dengan ibu negeri yang merupakan bandar pentadbiran kepada sesebuah negeri sahaja. Gabungan beberapa buah negeri akan membentuk negara